RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Rabu, 15 September 2010

Alamak! Arziril ke Ariel!? 24

Bab 24

"Siapa tu?" pertanyaan Arziril masih lagi tidak bersahut. Malah ketukan semakin kuat. Arziril tidak berani membuka. Sepantas kilat dia mengambil handphone di sisi untuk menelefon Marzuki dan berlari ke atas bilik.

Sebaik Marzuki mengangkat telefonnya, Arziril seraya meminta Marzuki datang ke rumahnya malam itu.

"Ki, datang rumah aku malam ni! Ada orang nak ceroboh masuk!" pinta Arziril kecemasan.

"Apesal bro? Siapa ceroboh rumah kau?" tanya Marzuki.

"Aku tak tahu, kau datang lah sekarang! Kalau boleh call polis sekali!!" ujar Arziril lagi. Dia tidak punya banyak masa. Kedengaran pintu utama rumahnya sudah dimasuki orang. Dia hanya memerhati dari dalam biliknya. Peluh memercik. Mukanya pucat. Sempat lagi dia mengira berapa ramai lelaki berbadan besar masuk ke rumahnya malam itu.

'Ya Allah, kau selamatkanlah aku!' doa dia.

"Cari dia sampai dapat!" arah salah seorang lelaki yang berada di situ kepada yang lain. Kemungkinan besar lelaki itu adalah ketua mereka.

Dia kembali menyorok ke bawah katil. Dia hanya mampu berdoa semoga dirinya selamat. Menyesal pulak dia tidak menumpang ke rumah Marzuki malam itu. Kalau tidak tentu peristiwa malam itu tidak terjadi.

Kedengaran bunyi tapak kaki bergerak ke atas semakin ketara. Arziril semakin menyorok ke dalam.

'Lambat betul Marzuki datang nih!' rungut dia. Bunyi tapak kaki tadi sudahpun berada di dalam biliknya. Arziril kelihatan resah. Siapakah mereka? Apa motif mereka datang ke rumahnya?

"Bos! Budak tu takde!" jerit lelaki yang berada di biliknya itu.

"Kau cari sampai dapat la bodoh! Jangan pakai cakap je yang budak tu takde!" marah lelaki yang digelar 'bos' itu. 

Lelaki tersebut hanya mendengar arahan dan menjenguk disekitar biliknya. Dari almari baju ditarik sehinggalah ke bilik airnya lelaki itu mencari. Kemudian terdengar bunyi dengusan kasar dari lelaki itu. Mungkin sudah penat mencari agaknya. Arziril semakin resah. Adakah dia perlu duduk diam di situ?

Belum sempat lelaki itu beredar, entah macam mana telefon bimbit Arziril berbunyi. Sedaya upaya Arziril cuba menutup handphone itu dengan tangannya namun lelaki tersebut berhenti di pintu dan kembali ke arahnya.

"Aku tahu kau ada dekat bawah katil tu!! Baik kau keluar sebelum aku belasah kau!" lelaki itu mengarah. Arziril menekup mulutnya. Habis disumpah seranahnya si Marzuki yang kebetulan menelefon dia di kala itu. Lelaki itu mendekatinya. Sarung katil ditarik dan mukanya terpamer ke arah Arziril. Arziril ketakutan apabila melihat lelaki itu tersenyum ke arahnya! 

"Keluar!" arah dia sekali lagi membuatkan Arziril sepantas kilat keluar dari persembunyiannya.

******************

"Kau nak apa dari aku!?" tanya Arziril yang cuba melepaskan diri dari ikatan tangannya. Lelaki yang berada di hadapannya kini seramai 4 orang. Semuanya berbangsa India dan berbadan tegap.

Pertanyaan Arziril tidak dijawab malah mereka hanya membalasnya dengan ketawa terbahak-bahak. Salah seorang yang digelar bos oleh mereka yang lain mendekatinya.

Mukanya sengaja dirapatkan ke muka Arziril. Lelaki itu memandang tajam ke anak matanya.

"Kami nak habuan dari kau!" jawab dia.

"Kalau kau nak duit ambik je la! Tapi jangan apa-apakan aku!" rayu Arziril. Lelaki itu dan tiga lagi rakannya ketawa lagi. Kali ini agak kuat dan nyaring. Arziril semakin berpeluh. Dia takut kalau-kalau dia bakal jadi mangsa malam ini. Terlalu banyak kes bunuh berlaku kepada orang kenamaan sejak dua menjak ini. Baru-baru ini kes pembunuhan seorang Datuk ternama menjadi berita terhangat. Harap-harap jangan dia pula menyusul selepas ini.

"Duit? Kami nak nyawa kau!" gurau lelaki itu kasar membuatkan Arziril semakin cemas. Dia berdoa semoga dirinya selamat. Dimanakah Marzuki? Kenapa dia tidak datang-datang lagi?
Apa yang ditunggu akhirnya tiba. Kedengaran siren kereta polis mendekati rumahnya. Arziril tersenyum girang. Dia bersyukur. Kelihatan 4 lelaki itu tak keruan. Masing-masing cemas. Salah seorang dari mereka segera mencekak kolar baju Arziril. Mukanya nampak bengis.

"Bodoh! Kau report polis!?" tanya dia. Arziril hanya diam. Jawab pun tak.. senyum pun tak. Dia risau kalau-kalau kedatangan polis malam itu bakal menyusahkan dirinya pula.

"Dengar sini! Rumah ini telah dikepung. Sila menyerah!!!" kedengaran suara dari healer  dari arah luar. Pihak polis sudah bersedia. 4 lelaki itu semakin tidak keruan. Lelaki di hadapan Arziril menyumpahnya berulang kali. Segera dia menarik kolar Arziril sekali lagi. Tangannya seraya diangkat tinggi untuk menumbuk Arziril.

"Apa kau nak buat!?" tanya Arziril risau. Tangannya diikat menyukarkan dirinya untuk membela diri. Tanpa dapat dielak tumbukan itu mengena mukanya. Rasa pedih semakin terasa. Arziril dapat rasakan dia diambang maut. Sekali lagi tumbukan untuk kali kedua menyinggah ke mukanya. Dan kali ini menyebabkan Arziril pening kepala. Matanya berpinar-pinar dan dia hampir pitam. Pintu rumahnya ditendang dari arah luar. Lelaki itu cuba melarikan diri. Sebaik melihat polis berada di hadapannya, Arziril hampir pitam. Dan kemudian, dia  rebah tidak sedarkan diri.............

**********************

Arziril membuka matanya. Sakit di muka masih lagi terasa. Kelihatan Marzuki dan beberapa orang  polis dan doktor yang lain memandang ke arahnya. Masing-masing menunjukkan reaksi yang begitu risau.

"Ril! Bangun.. kau dah sedar!?" tanya Marzuki. Arziril tersedar dari tidur. Dia tak tahu dia berada di mana sekarang. Namun apa yang penting dia selamat.

"Aku kat mana ni?" tanya Arziril lantas cuba bangun dari baringan. Marzuki cuba membantunya.

"Kau dekat hospital ni. Nasib baik polis sempat selamatkan kau. Kalau tak..."

"Apa dah jadi sebenarnya?"

"Kau pitam malam tadi. Mungkin sebab kau kena tumbuk dengan samseng tu kot?"

"Mana samseng-samseng tu?" tanya dia lagi. Dia tidak faham apa motif 4 lelaki india semalam menceroboh rumahnya.

"Diorang dah kena tangkap. Syukurlah kau dah selamat, Ril!" doa Marzuki. Arziril hanya mengangguk. 

"Maaf Encik Arziril, kami dari Balai Polis Dang Wangi nak mengambil keterangan dari encik berkaitan dengan kes pencerobohan di rumah encik malam tadi. Boleh kami dapatkan keterangan dari encik sekarang?" salah seorang polis yang berada di situ mendekatinya. Di tangannya terselit satu buku laporan. Doktor yang berada di situ sedang memberi keterangan sedikit kepada polis yang lain. Arziril hanya mengangguk tanda setuju untuk memberi kerjasama.

"Saya tak mengenali  lelaki yang mencerobohi rumah saya malam tadi," jawab Arziril. Anggota polis itu mengangguk.

"Encik Arziril boleh mengagak siapa suspek yang menjadi dalang dalam kes semalam?"

"Tidak! Saya tak tahu. Sya tak boleh nak kenal pasti siapa. Cuma yang saya tahu, saya takde musuh pun..." Arziril bersungguh-sungguh menjawab. Anggota polis itu menulis sesuatu. Arziril tidak tahu apa punca sebenar rumahnya dicerobohi semalam. Kalau benar ada yang mencemburuinya tetapi siapakah?


******************

"Gila lah!! Malam tadi rumah Arziril kena ceroboh dengan 4 orang samseng wesss..." ujar Lily dengan surat khabar di tangan. Dania yang agak terkejut mendengar segera merampas surat khabar itu dari tangan Lily. Matanya tertancap pada mesej tersebut.

RUMAH ARZIRIL, PENYANYI TERKENAL TANAH AIR DICEROBOHI OLEH 4 ORANG SAMSENG

"Apa masalahnya, beb?" tanya Yasmin pula.

"Tak tahu sebab apa. Tapi semalam Arziril pengsan sebab dibelasah oleh salah seorang samseng tu.." jawab Lily. Dania memandang Lily. Mukanya cemas.
"Dia tak apa-apa, ke?"

"Aku tak tau. Dalam berita cakap Arziril pengsan dan di tempatkan di hospital mana entah. Dorang tak cerita hospital mana. Maybe untuk kebaikan dia kot?" jawab Lily jujur.

Yasmin mengeluh.

"Banyak betul berita keluar mengenai orang kenamaan kan? Takut aku... nasib baik tak jadi artis. Hidup tak selamat je..." Yasmin mengomel sendirian. Lily hanya mengangguk. Dania segera menyerahkan kembali surat khabar Harian Metro tersebut kepada Lily lantas dia segera mengambil begnya.

"Eh, nak kemana ni?" Yasmin mengerut dahi. Dania berlari meninggalkan mereka berdua.

"Dania, kau nak ke mana?" panggil Lily hairan.

"Jumpa Arziril!!" jawab Dania. Dia sendiri tak tahu nak mencari Arziril kemana. Tapi berdasarkan berita, dia memberitahu Arziril ditempatkan di hospital berhampiran. Dimana?

*********************

Arziril hanya memandang mukanya yang bertampal dengan plaster di cermin. Pipi sebelah kirinya membengkak. Bila diusik agak sakit. Marzuki yang baru sebentar tadi masuk membawa sebotol air mineral ke dalam hanya tersenyum melihat gelagat Arziril.

"Apesal kau jenguk-jenguk muka tu kat cermin? Takut hilang kehenseman ke?" gurau Marzuki. Arziril ketawa.

"Takdelah. Aku nak  tengok besar mana bengkak muka aku ni kena tumbuk dengan samseng tu semalam.." jawab Arziril. Marzuki menghulurkan segelas air mineral tadi kepadanya. Arziril mengambil lantas meneguknya dengan rakus. Memang dari tadi tekaknya terasa kering.

"Kau rasa siapa suspek yang jadi dalang tu yek?" tanya Marzuki kepada Arziril. Arziril hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti. Dia pun hairan. Siapakah yang begitu dengki sehinggakan sanggup membunuhnya?

"Tadi ramai wartawan datang nak menemuramah kau. Tapi aku cakap kau nak berehat dan tak mahu diganggu.." ujar Marzuki lantas mengambil kemabli gelas dari tangan Arziril.

"Rimas aku dengan wartawan ni. Tak boleh kasik aku senang sikit!" bentak Arziril. Begitu sukar untuk menjadi public figure. Apa sahaja yang berlaku pastinya menjadi buah mulut orang ramai.

"Sabarlah! Beginilah hidup artis macam kau. Lebih-lebih lagi popular pulak tu. Lagi la ramai peminat nak tahu keadaan kau sekarang. Pagi ni je cerita kau dah jadi perbualan hangat kat surat khabar. Siap jadi Main Story dalam Harian Metro dan Utusan Malaysia lagi tau," jelas Marzuki. Arziril hanya mencebik. Apa la sangat cerita dia sampaikan boleh menjadi cerita terhangat di pasaran?

Tiba-tiba....

"Sayang!!!" Farisya berlari mendapatkannya. Arziril semakin rimas. Marzuki hanya mengangkat bahu dan tersenyum sinis.

"Sayang tak apa-apa, ke?" tanya Farisya cemas. Dia agak kalut bila mendenagr berita pagi tadi mengenai Arziril. Segera dia call Marzuki untuk mendapat tahu di mana Arziril berada.

"I takde apa-apa, Eisya. You jangan risau," meluat betul dia pada Farisya. Apa yang telah terjadi sebelum ini benar-benar membuka matanya agar berhati-hati dengan gadis di hadapannya ini.

"Apa sebenarnya yang terjadi, ni? Siapa yang dengki sangat dengan you?" tanya dia lagi.

"Awak jangan risau lah Eisya. Kan aku dah cakap dia takde apa-apa tadi?" jawab Marzuki pula. Arziril hanya tersenyum. 

"You ada cari pasal dengan orang lain ke?" Farisya malas nak melayan Marzuki. Sekali lagi dia bertanya. 

"I tak pernah cari pasal dengan orang. Cuma orang je suka cari pasal dengan I," sengaja Arziril membalas kata-kata itu kepada Farisya. Harap gadis itu sedar sikit.

Farisya mencebik.

"You sengaja kenakan I, kan?" marah Farisya.

"Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya..." kali ini Marzuki pula membalas. Arziril  hanyaketawa. Farisya semakin bengang. Segera dia bangun dari duduknya. Mukanya merah padam menahan marah.

"You memang jahat, Ril!! I sanggup datang ke sini sebab risaukan keselamatan dan keadaan you. Tapi ini yang I dapat!"

"I tak paksa you untuk datang.. You sendiri yang sukarela nak datang, kan?" perli Arziril.

"Bodoh! Memang patut samseng tu pukul you! Kenapa la dia tak bunuh je you! Huh!~" marah Farisya lantas meninggalkan mereka berdua.

Marzuki mendekatinya.

"Kau rasa Eisya ada kena-mengena tak dengan peristiwa semalam?" Marzuki cuba memikirkan sesuatu. Arziril menggelengkan kepalanya.

"Tak mungkinlah! Diakan sayangkan aku.. Masakan dia sanggup upah samseng untuk bunuh aku?" sangkal Arziril.

"Mana tahu? Zaman sekarang ni adik-beradik pun boleh saling bunuh-membunuh. Nyawa dah macam tak penting dah sekarang ni..." balas Marzuki membuatkan Arziril memikir sesuatu. Dia pun tidak tahu siapakah dalang yang mengupah 4 orang samseng semalam untuk membelasahnya. Apa yang penting, dia berharap sangat agar kes ni dapat diselesaikan oleh pihak polis dengan kadar segera.

Siapakah dalang yang sebenarnya? Arziril bertanya kepada dirinya namun tiada jawapan. Dia tak tahu siapa yang begitu dengki dengannya selama ini.....

******************************


7 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

Suspen...

Tanpa Nama berkata...

fuhh..ngatkn cgedix 2 y dtg nk wt prangkap..nk kawen free..hehe..suspen..suspen..bgus3..bsmbung gak akhirnye..slmat ari rye waniey..smga lps ni idea dtg mcurah2..agak2 pnjng lg x cite ni..

Cik Waniey berkata...

Tanpa Nama 2010 September 15 17:27

entah la.. ikot pada idea wani..hehehe.. maybe bakal habis tak lama lagi kot. maybe dalam 8-10 episod lagik?? depends pada idea gak la...

yana.daniel berkata...

wanie macam tak cukup power laa...lama lagi kr nak tunggu smbgan?? bosan laa tunggu lama2...

Cik Waniey berkata...

hemm.. insyaAllah wani akan cuba sambungkan cerita ni secepat mungkin.. yana tunggu je la ek... =)

Tanpa Nama berkata...

bila agknyer dania nak sdar dia ade rase kat ariel hah.... bez cpt smbung

Tanpa Nama berkata...

jap2 , hari tu tak silap sy , lain yg sy bace , tapi skarang nape lain plak eek ? ke sy jer yg rase mcm tu ? sori kalu slh phm ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...