RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 29 Ogos 2010

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 7

 BAB 7

"Wani tak nak!" itu je la jawapan yang boleh aku berikan pada Fazrul. Maybe jawapan ni jugak yang akan mengecewakannya. Maafkan aku Arul.. aku terpaksa. Terlampau awal untuk aku memikirkan soal perkahwinan. Banyak benda yang aku nak kejar dalam hidup. Nanti kalau dah kahwin, maybe aku dah tak boleh nak enjoy macam sekarang.

Fazrul di hadapan aku hanya terdiam membisu. Kemungkinan kecewa dengan jawapan aku. Kemungkinan jugak dia memikirkan kata-kataku tadi. Sekilas dia mengeluh. Matanya merenung anak mataku sedalam-dalamnya. Sempat aku melarikan pandanganku dari terus memandangnya. Dari dulu sampai sekarang, aku tetap akan kalah dengan pandangan matanya yang redup itu.

"Wani dah tak sayang Arul lagi, ke?" tanya dia. Begitu dalam dan penuh dengan maksud yang tersirat. Bibir kurasakan begitu kaku untuk berkata-kata. Bukan aku tak sayangkan dia tapi.. aku juga ada life. Aku perlukan kebebasan. Banyak benda negatif yang bersarang dalam kepala aku ni bila memikirkan soal kahwin muda. Banyak cabaran yang perlu dilakukan terutama sekali tanggungjawab aku sebagai seorang isteri nanti.

"Bukan Arul. Bukan itu maksud Wani. Wani sayangkan Arul. Sayang Wani pada Arul lebih dari Wani sayangkan diri Wani sendiri. Cuma, masih terlalu awal untuk kita fikirkan benda ni. Lebih-lebih lagi kita masih belajar. Mana Arul nak dapatkan duit untuk biayai Wani nanti? Duit Arul dah cukup untuk kahwin? Mas kahwin, duit hantaran.. pernah tak Arul fikir semua tu? Kahwin bukan senang, sayang. Banyak benda yang kita kena fikir sebelum terus-menerus membuat keputusan.." jawabku panjang lebar. Aku harap Arul faham niat aku yang sebenarnya. 

Perpisahan.. Setiap pertemuan pastinya akan ada perpisahan. Itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. Walau sekuat mana kita cuba lari dari perpisahan, kalau itu takdir Allah.. kita tak boleh nak membantah. Yang penting redha dan teruskan persahabatan itu sampai bila-bila. 

"Kalau macam tu.. Arul kena jugak pergi sebab notis transfer dah lulus" balas Fazrul sayu. Sengaja dia buat aku serba salah. Arul pandang sekali lagi ke arahku. Bibirnya tersenyum pahit. Aku tahu, dia nak sangat aku ikut dia tapi takkan aku nak berhenti belajar semata-mata kerana dia? Aku pun nak kejar cita-cita aku.

"Arul..." 

"Arul harap Wani setia dengan Arul walaupun kita berjauhan..." belum sempat aku berkata-kata Fazrul dah memotong kata-kataku. Tangannya menggenggam erat tanganku. Matanya berkaca. 

"Arul... Wani minta maaf...." balasku. Sungguh! Aku tak sanggup melihat wajahnya sedemikian rupa.

"Janji dengan Arul Wani akan setia dengan Arul??" tanya dia lagi. Langsung tidak mengambil kira kata maaf dari aku.

"InsyaAllah, Wani berjanji..." perjanjian itu yang amat aku takuti. Aku takut aku akan melanggar janji itu. Kalau bukan aku kemungkinan Fazrul. Ah! 3 tahun bukan masa yang pendek. Perlukan pengorbanan. Wani!! Dia hanya di Kuala Lumpur. Masih dalam Malaysia. Bukan ke luar negara. Walau jauh berbatu pun.. kalau dah Allah tentukan jodoh kau.. pastinya dia la yang terbaik untuk kau. Kena ingat tu!!

********************
Sudah hampir 3 bulan berlalu.. Sudah lama aku tak berjumpa Fazrul. Rasa rindu padanya begitu membuak-buak. Pen di tangan terlepas dari pegangan. Aku mengeluh. Niat untuk belajar terhenti. Fikiranku menerawang mengingatkan kekasih nun jauh di Shah Alam. Apa dia buat sekarang? Hari itu adalah hari terakhir aku bertemu dengan Fazrul. Di saat dia ingin berangkat ke Shah Alam, dia tak benarkan aku berjumpa dengannya. Alasan, dia tak mahu aku menangis depan dia. Aku tahu dia begitu sedih dan kecewa dengan keputusanku. Tapi...............

Mataku tertancap pada handphone 'Sony'ku. Aku rindukan Fazrul. Teramat rindukan dia. Sejak dia pergi ke Shah Alam, tidak pernah sekalipun dia membalas mesejku. Namun aku tidak putus-putus berdoa agar dia selamat di sana. Aku membelek rantai tangan pemberian Fazrul. Masihku teringat saat Fazrul menghadiahkan rantai tangan ini. Waktu itu, kami saling sayang-menyayangi.. di saat Fazrul  masih menjadi milikku. Tapi sekarang, seolah-olah Fazrul cuba melarikan diri dari hidupku. Bila aku mesej, dia tak balas. Bila aku cuba call dia.. dia tak angkat. Adakah kau masih marahkan aku, Fazrul? Ah!! Betapa egonya kau. Kenapa buat aku begini? Tanpa dapat ditahan, air mataku mengalir membasahi pipi.. Aku pasrah...

"Arul, kenapa buat Wani macam ni? Wani sayang Arul tau!!" aku bermonolog sendirian.

*****************

"Wani, aku balik dulu la. Azmir nak jumpa aku.." jawab Linda sewaktu kelas kami tamat. Target nak pergi belajar di library bersama. Tapi disebabkan Linda ada hal, aku seorang sahaja la menapak ke library. Final exam pun tak lama je lagi. Aku tak nak gagal. 

Sebaik sampai di library, aku segera ke bilik menyimpan beg. Begku aku simpan di dalam loker. Segera aku mengeluarkan notebook, pensil case dan beberapa buku teks pinjaman dari library dari dalam begku. Segera aku gerak keluar. Namun tanpa disengaja aku terlanggar seseorang.

"Wani?" tanya mamat tu.

Aku agak terpinga-pinga. Dah lama kami tak berjumpa.

"Hakim?" balas aku. Lelaki itu tersengih. 

"Lama tak jumpa kan? Kali ni jumpa lagi dalam keadaan macam ni..." Aku mengangguk. Tiba-tiba perasaan yang sedih tadi bertukar menjadi gembira. Ah! Adakah lelaki ini yang akan membahagiakan aku kelak?

"Wani nak study ke?" tanya dia.

"Haah. Final exam kan nak dekat? So kena la struggle. Hakim?"

"Hakim baru habis study ni. On the way nak balik tiba-tiba  tertinggal barang tadi tu yang patah balik.." jawab dia lurus.

"Oh!" itu je yang mampu aku balas. Tak tau nak borakkan apa lagik. "Hem.. takpelah. Wani masuk dulu ye?" pintaku sebelum mengundur diri. Hakim hanya mengangguk tersenyum. Tiba-tiba...
"Wani!!" Hakim memanggilku semula. Aku menoleh.

Seraya aku mengangkat kening...

"Still pakai nombor lama?" tanya dia. Aku hanya tersenyum lantas mengangguk. "Orait..! Nanti Hakim call yek!? Assalamualaikum..." jawab Hakim sebelum bergerak meninggalkan library. Aku cuma mampu tersenyum tanpa berharap.

********************

Malam itu, seperti dijanjikan mamat library tu call aku. Alasan saja nak borak-borak menghabiskan masa sebelum waktu tidur. 

"Wani still lagi ke dengan bf Wani tu?" soalan yang pastinya membuatkan aku tak mampu nak jawab samada iya ataupun tak.

"Kenapa awak tanya macam tu?" soal aku tidak faham.

"Takdelah! Saje je Hakim tanya"

"Hem.. still lagi..~" bohong aku. Aku sendiri pun tak tahu status aku sekarang. Adakah aku masih lagi milik Fazrul ataupun tidak. Seolah-olah aku ni dalam keadaan gantung tak bertali. Tapi kalau nak katakan perasaan sayang aku ni.. Aku masih sayangkan Fazrul. Sayang yang teramat sangat. Tidak pernah sekalipun kurang. 

"Oh! Dia tak kisah ke kalau Hakim call Wani?" Hem.. persoalan yang aku paling benci nak jawab. Kalau la Fazrul tahu ada lelaki lain call aku malam-malam buta macam ni sure mengamuk. Fazrul tu kalau datang baran dia memang tak boleh nak agak. Yelah! Cemburu tandanya sayang. Tapi.. kalau ada lelaki lain call aku pun, aku takkan cakap dengan Fazrul. Tak salah lelaki call aku... bukannya nak ngorat. Just as a friend.

"Tak kisah kot?" jawab aku teragak-agak. Kedengaran bunyi ketawa dari corong sana. Sengaja Hakim ketawakan aku. Aku hanya gelak kecil. Rasa terhibur hati ni sebentar. Agak lama kami berborak. Hakim ni kelebihannya dia pandai berborak. Ada je idea dia nak bercerita walaupun kami baru sahaja kenal. Dia buat aku seolah-olah telah lama mengenali dia. Aku tahu, Hakim seorang yang periang. Kalau nak compare Hakim dengan Fazrul memang macam langit dengan bumi. Fazrul seorang yang pendiam. Kurang ada sense of humor. Tapi Fazrul setia orangnya. Hakim... hem maybe dia jugak setia. Baru dua tiga hari berkawan dengannya, aku rasa gembira sangat-sangat. Hilang sedikit kesedihan aku di kala ini.

Sejak case dia call aku malam itu, kami menjadi semakin rapat. Kadang-kadang keluar ke pekan bersama-sama. Tidak langsung rasa syak di hati mamat tu bila aku selalu sangat keluar dengan dia. Hem.. selagi dia tak bertanya, tak perlu aku jawab.

"Sem ni sem last Hakim..." kata Hakim satu hari tu. Aku terdiam. Sedih pun ada jugak. Yelah, baru nak berkenalan rapat dengan mamat ni kitorang terpaksa berpisah. Hakim tahu aku tak gembira.

"Wani jangan risau. Rumah family Hakim kat Penang jek. Bila-bila boleh mai sini jumpa Wani" jawab Hakim seolah-olah tahu apa yang aku fikirkan. Aku tak sanggup nak mendengar perkataan PERPISAHAN. Cukup la Fazrul pergi meninggalkan aku tanpa khabar berita.. inikan pulak Hakim, seorang lelaki yang boleh dikatakan seorang yang sangat special dan seorang sahabat yang sangat baik.

"Hem.. boleh. Itupun kalau Hakim tak lupa Wani kat sini......" balasku sayu. Hakim ketawa.

"Don't worry, sis! Hakim nak propose something dekat Wani ni..." 

Aku terpinga-pinga. Propose apa?

"Wani jadi adik angkat Hakim mau?" soalan yang membuatkan aku terkejut. Adik angkat? Adakah aku tak salah dengar? Agak lama aku terdiam. Membuatkan Hakim bersuara semula. "Ke nak jadi awek Hakim?" Nak luruh jantung aku bila Hakim memberi soalan sebegitu. Awek? Muka dia agak serius. Adakah dia sudah tahu antara aku dengan Fazrul sudah........

"Wani fikir baik-baik, ye? Walaupun Wani tak sedar apa-apa, terus terang Hakim cakap.. Hakim always mengambil tahu hal peribadi Wani. Hakim tahu, Wani dengan bf Wani.. oooppss.. ex-bf dah takde apa-apa... Sebab tu Hakim try untuk pikat Wani semula....."

"Hakim.... Wani....."

"Hakim tahu sukar untuk Wani membuat keputusan sekarang. Lebih-lebih lagi tengah final exam ni. Tapi Hakim faham.. Hakim sanggup tunggu jawapan dari Wani walau berapa lama sekalipun.."

Bibir aku agak kaku. Tak tahu nak jawab apa. Kalau ikut hati, aku nak! Tapi... aku masih tak boleh lupakan Fazrul. Sayangku pada dia masih ada walaupun hampir 4 bulan kami lost contact. Dia pun dah lama tak call aku...

************************

Malam itu seperti biasa aku berYM dengan Mimi. Sudah lama kami tak berborak. Mimi agak terkejut bila mendengar cerita dariku. Dari cerita pasal Fazrul sampai la ke Hakim....

Aku bingung, Mimi....

Bingung? Kenapa perlu bingung? Si Arul pun dah diam membisu dengan kau kan?

Entahlah! Aku masih sayangkan dia..

Lupakan je la, Wani. Arul tu ego kuat. Dia marah sebab kau tolak lamaran dia rasanya..

Hem.. maybe

Tapi takpelah! Tak payah kau tunggu si Arul tu.. Terima je lamaran Hakim. Kau pun cakap kau bahagia bila bersama dia, kan? At least, kau dapat lupakan sikit kesedihan kau tu...

Tapi kau tak rasa agak terlalu awal untuk aku terima dia? Aku baru je 4 bulan jadi gantung tak bertali tak semestinya aku dah putus cinta. And then, aku masih tahap kenal-mengenali...

Wani, up to you.! Aku cuma memberi idea, tak suruh pun kau ikut pendapat aku bulat-bulat. Ini masa depan kau. Kalau betul Arul sayangkan kau, dia takkan buat kau macam ni.... So ko berhak untuk pilih kebahagiaan kau tu...

Kau tak tanya Fir pasal Arul? 

Nak tanya macam mana? Aku baru je dapat berita pasal korang berdua ni dari mulut kau. Lagipun Fir takde pulak cerita pape pada aku. So aku expect korang masih bersama la. Tak sangka jadi begini pulak!

Hem.. aku rindukan dia la Mimi..

Rindukan siapa?

Arul.....

Hem.. entah la yang.. Aku rasa kau fikir la baik-baik. Arul tu aku rasa dia masih sayangkan kau. Takkan senang-senang dia nak buang kau macam tu? Dulu masa kau tinggalkan kitorang.. walaupun dia marah sangat dengan kau tapi aku tahu dia sayangkan kau gila-gila! Dia tunggu kau.... Arul memang kuat ego tapi dia setia. Cuma aku agak tak faham kenapa dia tinggalkan kau tanpa khabar berita. At least kalau nak berpisah, dia kena alert kau. Ni tak... diam jek...

Entah la Mimi... aku dah bosan. Bila la kebahagiaan nak sampai ye? Aku kadang-kadang jeles tengok kau dengan Fir. Bahagia je korang berdua.....

Hahaha.. depan kau memang la kitorang bahagia. Tapi sebenarnya ada banyak benda berlaku kat sini...

Yeke? Pasal apa?

Eh, aku ada hal la.. Kalau nak cerita panjang-panjang rasa tak sempat. Nanti apa-apa hal aku kontek kau la. Satu je pesanan aku... jangan putus asa untuk hubungi Arul. Jangan sesekali kau putus harap. Allah nak uji kau. Arul tu pun nak uji kau. Nanti aku tanya la si Fir pasal Arul. Mana tau dia tau.. dorang kan adik beradik... Ok la.. see ya! Miss you a lot cayang!! Muuuaaahh....

Ok, thanks Mimi.. Miss ya too!! Muaaaahh...

Perbualan kami tamat bila melihat Mimi sudahpun signout. Sekali lagi aku mengeluh. Call Fazrul? Oh, mampukah aku? Tanganku erat memegang handphone. Dia depan skrin tertera nama Fazrul. Perlukah aku call dia? Punat button 'call' kutekan. Kedengaran bunyi panggilan di corong. Jantungku berdegup kencang... Menanti orang di sana untuk membalas panggilanku...............

Panggilan aku terjawab... kedengaran suara yang sangat aku rindu memberi salam.

"Waalaikumussalam.. Arul??" balas aku... suasana kembali senyap...

***********************




0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...