RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 15 Jun 2010

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 6

BAB 6

Aku berlari agak laju. Janji dengan Fazrul pukul 5.30 petang tapi sekarang ni dah pukul 6.00 petang. Ni semua Miss Anne punya pasal la. Geram betul aku dengan dia. Boleh pulak dia extend lagi setengah jam waktu kelas dia. Tak pasal-pasal aku kena beritahu Fazrul last-last minit. Tapi nak buat macam mana, waktu aku mesej dia tu, dia dah ada dalam bas dah. On the way nak jumpa aku dekat Central Square. Apa lagi, terus aku suruh dia jalan-jalan dulu sementara tunggu aku sampai.

 Aku menekan punat handphone.Mata pulak meliar mencari kelibat Fazrul. Kata tunggu dekat jambatan? Puas gak la aku mencari.. Bunyi deringan semakin dekat. Dari jauh kulihat kelibat Fazrul di tengah jambatan. Termenung memandang handphone di tangan. Aku call bleh pulak dia pandang je tanpa menjawab.

"Arul!!" jerit aku. Punat button merah kutekan. Fazrul hanya tersenyum memandangku lantas bangun dari duduknya. Punggungnya ditepuk beberapa kali untuk membuang pasir yang melekat diseluar.

"Hi, sayang..." sapa dia dengan muka tak bersalah.

"Kenapa tak angkat bila orang call?" marah aku.

"Hem.. kan Arul cakap Arul tunggu dekat sini... So Wani cari je la Arul dekat sini. Bukan susah pun..." jawab Fazrul lagi selamba. Aku mengetap bibir. Rasa nak pukui je dia ni. Geram. Sekilas Fazrul ketawa.

"Dah.. dah.. jom kita gerak. Lama betul Arul tunggu Wani. Naik kematu punggung Arul ni tau.." gurau dia lantas menarik tanganku lembut. Aku dari rasa nak sambung marah terus tak jadi bila melihat wajahnya. Hem.. nasib baik la muka ko ni macam Ryo Nishikido. So sweet tengok muka ko.. huhuhu..

Kami berjalan tanpa arah tujuan. Fazrul jalan laju ke depan sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Lagaknya macam orang takde duit je. Hihihi... Sedang mata meliar  memandang keadaan yang agak serabut dan penuh dengan orang tu, maklum la tengah hujung minggu... mestilah ramai.. aku tiba-tiba terpana pada sesuatu. Kakiku berhenti melangkah. Aku mendekati gerai kecil yang menjual barang kemas jenis silver itu. Mataku pada waktu tu dah target pada satu benda. Rantai tangan silver. Siap boleh ukir nama lagi. Aku betul-betul tertarik dengan rantai tangan itu. Kutanya harga rantai itu kepada si penjual. Gadis penjual itu memberi penjelasan yang cukup ringkas dan padat. Harganya? Wow.. sesuai la dengan kecantikan rantai tangan itu.

"Berminat ke?" suara itu membuatkan aku terkejut. Hampir-hampir rantai itu terlucut dari genggaman. Aku memandang ke arah suara itu. Fazrul merenung aku sambil tersenyum. Mata kuyunya betul-betul buat hatiku merasa sejuk.. "Wani minat rantai tu?" tanya dia lagi. Aku hanya mengangguk perlahan. "Berapa harganya?"

"Entah.. diorang cakap harganya RM 30++. Kalau ukir nama maybe diorang tambah RM20 lagi" balas aku. Tiba-tiba aku teringatkan Fazrul sewaktu di sekolah dulu. Cara pandangannya begitu sama sewaktu dia memandang aku ketika kami tunggu di bus stand. Memang sama. Kalau terfikirkan dia sewaktu memakai vest sekolah, memang smart. Tapi Fazrul di hadapannya sekarang hanya memakai t-sirt putih dan jeans lusuh sahaja. huhuhu. Tapi kehenseman dia tetap masih terserlah.

"Kalau Wani nak, amik la satu..."

Amboi.. begitu senang dia kata amik la satu? Mahal woo.. bukan tak mampu beli tapi duit tu dari aku beli benda alah ni baik aku beli makanan je. Lagipun kalau nak beli, nak ukir nama aku sorang je ke? Hemm..

"Kak, amik rantai tangan ni ye? Ukir perkataan sekali.." jawab Fazrul tanpa menunggu kata putus dari aku. Rantai tangan bertukar tangan.

"Arul, Wani tak cakap nak beli la.." balas aku. Fazrul buat-buat tak layan aku. Dia sibuk menulis sesuatu di atas kertas lalu diberikan kepada penjual tersebut. Aku cuba untuk melihat apa yang ditulis oleh Fazrul tetapi dihalang olehnya.

"Berapa lama boleh siap ukir yek?" tanya dia lagi kepada gadis penjual itu. Aku mengerut dahi.

"Dalam 30 minit abang datang balik sini, boleh? Pegi la jalan-jalan mana-mana dulu." kata gadis itu. Fazrul hanya mengangguk tersenyum. Duit deposit RM20 dihulurkan pada gadis itu. Setelah menerima resit bayaran ,Fazrul menarik tanganku. Aku terpinga-pinga dengan kelakuan Fazrul sebentar tadi.

"Thanks Arul.. for that rantai.." jawab aku. Sungguh tak sangka Fazrul sanggup belikan rantai tangan itu untuk aku. Fazrul sekilas memandang aku..

"Siapa kata nak belikan untuk Wani? Perasan...!!~" balas dia lalu meninggalkan aku ke belakang. Aku diam. Ish! Geram betul... Main-main pulak dia.

********************

Cerita movie di hadapan tidak dapat dihayati sepenuhnya. Mataku masih lagi mengerling ke arah kotak rantai tangan itu di tangan Fazrul. Hem.. betul ke rantai tu untuk aku? Kadang-kadang aku mengeluh. Kalau bukan untuk aku.. untuk siapa? Sekilas aku terkejut bila Fazrul tiba-tiba ketawa. Cet~ kuat betul dia ketawa. Sampai naik bingit telinga aku ni jadinya. huhuhu...

Dari ke movie sampai la makan di Food Court, kotak itu masih lagi digenggamannya.

"Sayang... kenapa tak bagi je kotak tu pada Wani?" tanya aku tak puas hati..

"Nantilah!! Tak sabar-sabar..." balas dia sambil sudu berisi nasi dimasukkan ke dalam mulut. Aku tersenyum. Hem.. betul la kotak tu untuk aku. Hikhikhik...

"Arul tulis apa dekat rantai tu?" tanya aku mencungkil rahsia.

"Adalah... " ringkas jawapannya.

"Alaa.. cakap ajelah.. Arul ni suka buat Wani tertanya-tanya.." marah aku perlahan.

"Nanti Wani akan tahu.. sekarang ni makan dulu. Nasi goreng tu dah sejuk dah..." balas dia selamba. Aku mencebik. Geram lagi..

********************

Sampai sahaja di stesen bas, Fazrul berhenti melangkah lalu matanya meliar mencari kelibat bas ke penang. Sebaik ternampak bas yang dicari, segera dia bergerak laju menghampiri bas tersebut. Aku hanya mengekori jejak langkah Fazrul. Fazrul berhenti tiba-tiba. Hampir-hampir aku melanggarnya.

"Kenapa Arul ni? Jalan laju-laju pastu berhenti mendadak. Nasib tak langgar.." marah aku lagi. Satu hari ni Fazrul betul-betul buat aku sakit hati.

"Hem.. sorry sayang.." jawab Fazrul. Matanya memandang pintu bas. Pemandu dia dah mula memanaskan enjin. Kelihatan orang yang beratur untuk menaiki bas tersebut mula bergerak naik memenuhi bas. Fazrul memandang aku. Sekilas dia mengeluarkan kotak itu dari kocek seluarnya. Dia menghulurkan kotak itu pada aku.

"Untuk sayang.. simpan baik-baik tau. Arul ada hajat besar untuk Wani. Dalam tu ada sekeping surat untuk Wani dan ukiran perkataan di rantai tangan itu betul-betul menunjukkan luahan perasaan Arul yang sebenarnya pada Wani. Hope Wani suka... hemm..~" kata dia panjang lebar. Dia menghulurkan tangan kepada aku untuk bersalam. Aku membalas lalu mencium tangannya. "Take care...." kata dia lagi lalu segera naik bas tersebut. Sebaik sahaja Fazrul duduk di seat yang kosong, bas mula bergerak meninggalkan stesen. Aku hanya melambaikan tangan padanya.. Hati berbunga-bunga riang..

***************

Selesai sahaja mandi, aku segera mengambil kotak tersebut dari dalam beg. Kaki melangkah ke katil lantas aku melabuhkan punggungku di atas katil itu. Mata menatap kotak tersebut lama. Kemudian perlahan aku membukanya. Rantai tangan itu bersinar apabila terkena cahaya lampu bilikku. Kertas di dalam kotak itu terjatuh ke lantai. Segera aku mencapai kertas itu dan letak disebelahku.

Rantai itu kubelek. Ukiran perkataan itu aku baca perlahan.
FAZRUL LOVES WANIEY
Terharu aku bila membacanya. Segera aku mencium rantai tangan itu. Tak dapat kiss orang, dapat kiss rantai tangan ni pun dah kira ok. Hehehehe.. Tak sangka gatal betul aku ni.. Huhuhu... Kertas di sebelah segera kubuka. Setiap bait ayat aku baca dengan berhati-hati. 

Salam sayangku Wani,

Tiada apa yang terindah bagi Arul selain melihat sayang tersenyum dan gembira. Dan kegembiraan ini dapat menyembuhkan luka Arul untuk sementara waktu. Arul baru sahaja dapat pengesahan dari pihak universiti untuk bertukar tempat belajar ke UiTM, Shah Alam.

Sebenarnya dah lama Arul nak beritahu Wani tapi tak berkesempatan. Dan sekarang sudah tiba masanya untuk Arul berterus terang. Arul sayang nak tinggalkan Wani. Lebih-lebih lagi bila melihat begitu banyak halangan dan cabaran dalam percintaan kita ni. Jadi Arul telah membuat satu keputusan.. KITA NIKAH? Buat masa ni biarlah nikah gantung dulu. At least pertalian itu dah ada. Arul tak sanggup nak berpisah dengan Wani sebab itu Arul buat keputusan ni. Tak payah bertunang.. terus sahaja nikah. Kalau sayang setuju, nanti Arul usulkan pada Mama dan Papa...
Ok la, sayang.. Take care.. Mmmuuuaahh..

Wasalam..
Aku terkejut membaca surat itu. Nikah gantung? Apa yang Arul cuba lakukan? Dah mereng ke dia ni?? Aku terdiam sebentar.. Haruskah aku setuju? Tapi... aku masih belajar lagi. Tapi Arul cakap nikah gantung.. Arggghhh awalnya aku nak berlaki.. tidaaakkk. Umur aku tahun ni baru 19 tahun. Umur 19 tahun dah kahwin? Apa gila ke aku ni? Oh tidakk..

'What??? Nikah'
Mimi terkejut apabila aku PM dia malam itu.
'Jadi kau setuju ke?'
'Aku tak beri kata putus lagi, Mimi..'
'Kau fikir la baik-baik Wani. Aku tumpang gembira kalau betul si Arul tu nak kahwin. Tapi agak-agak la umur korang. Masih terlalu muda.'
'Dia buat macam ni sebab dia tak mahu kami berpisah..'
'Hem.. kalau ada jodoh tak kemana Wani. Andai korang berkahwin pun.. klo jodoh takde tetap tak lama jugak.. Tapi aku doakan la korang bersama selamanya. Hemm.. dia dah tanya parents dia ke? Ni kalau aku beritahu Firdaus, mesti dia tekejut punya la.'
'Belum lagi la Mimi. Aku sendiri tak tahu nak cakap camne. Parents aku kat Sabah tu tak tahu lagi pasal ni..'
'Hem fikir la baik-baik Wani. Kalau ko betul-betul bersedia, terima je la. Aku yakin Fazrul mampu jaga kau...'

Aku terdiam. Hem.. kahwin muda. Umur 19 tahun aku dah berlaki.. Ya Allah.. apakah yang harus aku lakukan?



2 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

mn smbgn citer ni k.waniey...

Cik Waniey berkata...

smbungan apa yek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...