RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 17 April 2010

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 5

BAB 5

Akhirnya aku setuju dengan ajakan Hakim. Disebabkan kerana aku terlampau bosan duduk di rumah seorang diri, ada baiknya aku ikut Hakim bersiar-siar. Tempat pertama kami adalah panggung wayang.

Kami beratur untuk membeli tiket. Hakim mengerling ke arah aku sambil tersenyum.

"Kita nak tengok cerita apa?" tanya dia. Aku mengetap bibir memikir.

"Hem.. cerita clash of the titans.. best tak?" aku sekadar memberi idea.

"Ok gak.. cerita epik.. Kita tengok je la cerita tu.." balas Hakim bersetuju.

Sampai sahaja di kaunter, aku menghulurkan duit kepadanya tetapi ditolak lembut oleh Hakim. Katanya, hari pertama dating dengan perempuan, biar dia yang belanja. Aku terdiam. Hem.. gentleman sungguh mamat ni. Hehehe..

Selesai sahaja menonton wayang, kami bergerak ke Food Court. Perut dah menari-nari mintak diisi.. Semasa makan, Hakim tidak habis-habis memandang ke arahku sambil tersenyum. Aku berhenti menguyah.

"What?? Any problem??" tanya aku agak tidak selesa.

"Takde apa-apa la.." jawab dia.

"Kalau takde apa-apa, kenapa pandang saya macam tu??" tanya aku lagi.

"Hem... saje je pandang awak... Suka tengok..." jawab dia lagi. Aku cuma tersenyum. Tiba-tiba mataku tertancap pada seseorang. Agak lama aku mengerling.

"Arul??......" spontan bibirku berkata-kata bila melihat Fazrul bersama seseorang di sebuah restoran berdekatan dengan Food Court. Aku sekilas bangun dari tempat duduk. Kakiku melangkah mendekati mereka. Semakin dekat, semakin kuat bunyi tawa dari dia dengan gadis itu.

"Arul!" jerit aku. Dalam hati hanya Allah je yang tahu,lebih-lebih lagi bila melihat wajah lelaki yang aku sayang di dalam keadaan terkejut memandang aku. Fazrul bangun..

"Wani... wani buat apa kat sini??" tanya Fazrul lalu mendekati aku. Nafas aku turun naik. Samada nak marah atau nak mengamuk.. dua perasaan yang sama tetapi berbeza.

"Apa aku buat dekat sini?? Lagi kau mahu tanya??" entah kenapa begitu senang aku mengeluarkan perkataan aku di hadapan Fazrul. Dia terkejut dan terkesima. Hakim mendekati kami.. Begitu juga gadis dengan Fazul itu.

"Wani...." Paannnggg... jawapan yang pasti. Belum sempat Fazrul menjelaskan perkara sebenar, dengan senang tanganku menampar pipinya. Fazrul memegang pipinya. Mukanya merah.

"Kenapa Wani lempang Arul? Apa salah Arul???" tanya dia dengan nada tinggi.

"Kita putus....!" aku terus menarik tangan Hakim berlalu dari situ. Fazrul cuba menghalang kami namun aku tetap tak puas hati.. Patut la selama ni bila aku ajak keluar, dia tolak.. rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku benci Arul!!

*****************

Malam itu Fazrul cuba menelefon aku namun aku tidak balas. Hati aku sakit, emosi aku tidak menentu. Sampai hati Arul buat aku begini....

Tiba-tiba mesejku berbunyi. Aku mengesat air mata yang mengalir lalu mencapai handphone di meja study. Mesej kubaca...

Kenapa tak angkat phone?? Cuba dengar apa Arul nak cakap dulu....
Aku membalas..
For what?? Semuanya dah terbukti...

She's nobody.. kawan kelas Arul.. Kami baru habis buat group assignment.. Kebetulan kawan Arul yang lain pergi beli barang kejap.. Please sayang.. jangan buat Arul macam ni..

Sudah la Arul.. Leave me alone. I don't want to hear anything....

Senyap. Tiada balasan dari Fazrul. Aku mengesat air mata yang mengalir. Handphone aku letak ditepi bantal. Muka kukatup.. Sedih...

******************

"Awak sepatutnya kena dengar apa yang dia nak jelaskan.." nasihat Hakim. Aku diam mengertap bibir..

"Hem.. entah la.." aku tawar hati.

"Dia mesej awak semalam?" tanya dia.

Aku mengangguk. "Tapi lepas tu diam.."

"Sekarang??"

Aku diam. Kemudian menggelengkan kepala.

"Hem... maybe dorang tu kawan... Maybe betul apa yang dia cakap tu, Wani.." nasihat dia lagi.

Aku terdiam. Ada benarnya Hakim cakap macam tu. Aku terlampau emosi semalam. Masakan Arul nak curang dengan aku. Aku sepatutnya kenal Arul. Kami dah berkawan sejak di tingkatan 5 lagi. Sepanjang kami berkawan, tidak pernah sekalipun Arul berkawan dengan kawan perempuan lain tapi semalam begitu mesra sekali..

"Dah.. dah.. malam nanti awak call dia, ye?"

Aku hanya tersenyum mengangguk. Nasihat dari seorang abang bagi aku.

********************

Seminggu sudah berlalu.. namun tiada mesej dan calling antara aku dengan Arul. Hem.. marah lagikah dia? Aku terlampau emosi sebelum ini. Dan... takde hati untuk aku untuk mesej dia. Mataku memandang skrin. Tangan menggigil menekan punat.

Kedengaran lagu dari corong handphone. Panggilanku berjawab...

"Hello assalamualaikum..." suara Fazrul kedengaran. Aku mengetap bibir... Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Waalaikumussalam.. Arul.."

"Hem.." Fazrul mengeluh..

"Hem... Arul, Wani nak minta maaf..." luah aku.. Fazrul mengeluh lagi.

"Kenapa Wani tak tunggu apa Arul nak cakap hari tu?" tanya dia dengan nada tidak puas hati.

"Hem.. Wani emosi sangat hari tu..." jawab aku.

"She's nobody.. Kawan group assignment je..."

"Wani tahu... Wani minta maaf..."

"Tapi... siapa lelaki bersama dengan Wani hari tu?" aku terdiam.

"Err....."

"Arul nampak Wani tarik tangan dia... siapa dia??"

"Kawan..."

"Kawan ke pakwe baru??" Fazrul cuba bermain api...

"Arul...."

"Arul nak dengar dari mulut Wani. Arul tak nak fikir yang bukan-bukan. Kalau Wani marahkan Arul sebab Arul keluar dengan perempuan lain, Arul akui Arul bersalah tapi.. Wani keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Arul.. it is too hurt to watch it.." luah Arul dengan penuh tulus..

"He also nobody to me..." jawab aku gagap.

"Betul ke??" tanya Arul tidak puas hati.

"Arul.. Wani call ni sebab nak leraikan salah faham kita. Bukan nak tambahkan masalah..." jawab aku. Aku tahu aku silap. Keluar dengan Hakim hari tu juga satu kesalahan besar yang aku buat tapi.. aku tak curang. Aku sayangkan Arul. Hakim.. dia hanya kawan baru.. maybe abang bagi aku?

Fazrul mengeluh lagi. "Baiklah, Arul percaya cakap Wani. Lepas ni jangan buat lagi ye, sayang? Arul sayangkan Wani seorang. Tiada orang lain.. Percayalah!"

"Thanks sayang.. Wani janji lepas ni Wani takkan melenting tanpa berfikir rasional. Wani sayangkan Arul jugak.. Hubungan kita masih baru.. kita harus cuba kekalkan hubungan ni...." balas aku.

"Kita jumpa? Arul rindukan Wani.."

"Ok!!" cepat aku membalas. Rasa gembira bila kekasih hati ingin berjumpa. Hope lepas ni kami jadikan benda ini sebagai pengajaran. Aku janji dalam diri aku supaya tidak curang pada dia. Aku sayangkan Arul sejak dibangku sekolah lagi. Kenapa dulu kami boleh jadi rapat dan kurang perasaan bersalah antara kami? Tapi bila adanya ikatan sayang antara kami, benda ni berlaku pula.....

******************

"Wani!!" aku mengerling ke arah Hakim apabila melangkahi tangga library..

"Hem hai, Hakim.." sapa aku. Senyum paksa.

"Nak study ke??" tanya dia.

"Hem.. ada kerja sikit. Nak kena siapkan hari ni..." jawab aku.

"Ooo.. Hakim nak keluar kejap. Tiba-tiba nampak Wani tu yang Hakim tegur.."

"Ooo.." aku tak tau nak balas apa.. Harap sangat dia jangan ajak aku keluar makan hari ni. Cukuplah tiga kali kami keluar bersama. No more...

"Jom lepak kejap??"

"Hem... saya banyak kerja.. Lain kali je la.. Boleh?"

"Hem.. takpela.. Hem.. jumpa lagi, ye??" Hakim segera meninggalkan aku. Aku tahu dia kecewa. Jelas nampak kecewa...

Takpelah.. biarlah orang lain yang kecewa tapi bukan Arul... Aku tak mahu kehilangan Arul dalam hidup aku.. Dia begitu penting.. Tak siapa yang boleh menggantikan dia..

*******************

Betul ke Wani?

Malam tu aku berYM dengan Mimi...

Yeps.. aku tahu aku salah. Cukup la sekali benda ni berlaku. Aku tak nak pisang berbuah dua kali.

Habis tu pecite mamat tu plak?

Hem.. maybe takde pape kot pasni..

Bagus la camtu.. Ko kena jaga hubungan ko ngan dia..

Tu la pasal.

Kami berbual dan berbual sampai tengah malam.. tiba-tiba aku rindukan saat kami bersama..

4 orang beri kritikan::

ZiErWa zAiNaL berkata...

jgn la wani ngan hakim..huhu

Cik Waniey berkata...

zierwa.. hehe, insya'allah bukan.. lalalalaa~

kumako berkata...

smbg2...tak sbr2 nieh..

Tanpa Nama berkata...

hrap2 la arul ttp ngan wani :)
cpt smbung tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...