RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 18 April 2010

Alamak! Arziril ke Ariel!? 23

BAB 23

"Kenapa Eisya datang?" tanya Arziril. Farisya mengerut dahi.

"Why? Salah ke I datang?" Farisya bertanya. Seolah-olah tidak berpuas hati.

"Takdelah.. selalunyakan Eisya akan call Ziril dulu sebelum datang.." jelas Arziril. Sekilas dia menjeling ke arah Dania. Farisya mencemik.

"Then.. kalau I tak call, senang la u nak bermesra-mesraan dengan perempuan ni??" Farisya cuba bermain serkap jarang. Arziril hanya menggelengkan kepala. Mulutnya beristighfar. Begitu jauh pemikiran Farisya terhadap mereka berdua.

"Eisya tunggu Ziril kat luar boleh?" balas Arziril membetulkan keadaan. Tangannya segera mencengkam lembut lengan Farisya. Gadis itu kaku tidak bergerak. Matanya tajam memandang Arziril.

"I tak nak pergi mana-mana! I nak duduk sini tunggu U!!" rajuk Farisya. Arziril hanya mengeluh. Dania mengetap bibir. Menyampah pulak bila melihat si Farisya dengan gaya gediknya.

"Err.. Arziril.. Takpela. Saya mengganggu je. Saya tunggu dekat luar je la. Korang setelkan masalah korang, ye?" ujar Dania meredakan keadaan. Belum sempat Dania meninggalkan mereka Arziril memanggil.

"Dania tunggu!" jerit dia.

Dania menoleh. Arziril mendekatinya. Mata mereka bertautan. Sekilas Dania mengalihkan pandangan dari terus mengadap Arziril. Takut hatinya akan cair.

"Awak tak perlu pergi mana-mana. Awakkan tetamu istimewa saya?" ujar Arziril dengan nada perlahan. Agak gentle sedikit. Dania tersenyum.

"Ini personal awak. Saya hanya mengganggu je. Takpe saya tunggu dekat luar je la" Dania membalas lembut. Sumpah, begitu ayu dan sopan sungguh perangainya di hadapan Arziril. Ini bukan Dania yang sebenar. Dania yang berubah apabila berhadapan dengan lelaki yang dia sukai.

"Arziril! I hate you. I nak baliklah!" rungut Farisya. Segera dia menampar Arziril dengan beg tangannya. Arziril terkedu begitu juga dengan Dania. Farisya sengaja menghentak-hentak kakinya ketika berjalan seolah-olah memberontak. Pedulik lah! Ada aku kesah?, bisik hati kecil Arziril.

*******************

Setelah beberapa minit Farisya meninggalkan mereka, Arziril menghulurkan segelas air kepada Dania. Dania tersenyum lalu membalas huluran. Gelas bertukar tangan. Segera Dania meneguk dengan perlahan air tersebut untuk menghilangkan dahaga.

"Sorry pasal tadi.." Arziril memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri. Dania hanya tersengih sumbing.

"It's ok! No big deal" jawab dia sambil ibu jari bercantum dengan jari telunjuk menunjukkan tanda 'okey'. Arziril hanya tersenyum.

"Zi.." Marzuki menjerit memecahkan suasana yang sunyi. Dia menghulurkan sekeping kertas kepada Arziril.

"Ini kontrak kita. Penjelajahan ko kali ni maybe akan start dua minggu lagi."jelas dia. Arziril menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Dania macam mana? Boleh ambil cuti selama 3 hari?" tanya Marzuki kepada Dania. Gadis itu mendiamkan diri memikir.

"Berapa hari bulan?" tanya dia kembali.

"Bermula 12hb ni. Kalau ada apa-apa perkara penting pada hari tu Dania kena inform kitorang awal-awal.."

"Ok kot.. Rasanya hari tu saya takde apa-apa hal pun.." jawab Dania.

"Hmm bagus la kalau macam tu. Kitorang akan contact awak nanti la yek.."

"Baik..~"

**************************

Dania keluar dari kereta Arziril. Rasa bangga mula terasa Arziril seorang penyanyi terkenal sanggup menghantarnya pulang.

"Thanks Arziril sebab sudi hantar saya pulang.." ucap Dania. Arziril hanya tersenyum.

"Ok jek. Lagipun hari dah larut malam. Awak pun takde kenderaan, so saya bertanggungjawab untuk jaga keselamatan awak since awak jumpa saya tadi.." jawab Arziril. Dania terharu. Wow! Terharunyaaa.. So sweet..

"Hmm.. thanks yek!"ucap Dania sekali lagi. Kereta Arziril meluncur laju meninggalkannya. Tak sabar rasanya menanti saat bercuti dan bergembira bersama Arziril dua minggu depan. Hmm..

*******************

"Kenapa I tak boleh ikut you, Ril? I bayarkan trip I tu..." marah Eisya. Arziril menarik tangan Eisya. Malu menimpa bila gadis itu melenting tak tentu pasal di set.

"What's wrong with you?? You dah gila ke marah-marah tak tentu pasal..?"

"What's wrong with me?? Hello... I sayangkan you ok? I pun nak jugak join you punya trip.. salah ke?"

"Eisya.. ni bukan trip suka-suka tau. Ni trip untuk kerja.."

"Kan I cakap I bayar.. Tak boleh ke kalau I join?"

"You have to get permission from penerbit. Bukan rancangan I..."

"Then go ahead la dapatkan permission tu... I nak jumpa penerbit rancangan tu.."

"Eisya.. you jangan buat gila. We are in public right now.."

"So what? You yang buat I jadi gila..."

"Apa hal ni??" tanya Marzuki, pengurus Arziril..

"You shut up!!" marah Eisya..

"Eisya, please~!!" pujuk Arziril. Keadaan mereka dah menjadi bualan orang ramai.. Media apatah lagi. Lampu flash saling memancar ke arah mereka. Malu Arziril dah sampai tahap paling tinggi. Apa datangnya gila Eisya hari itu.. Dia memang dah tak rasa malu....

*****************

Peristiwa hari itu betul-betul menjatuhkan maruah Arziril sebagai artis. Tidak disangka, pertengkaran mereka menjadi tajuk utama dalam surat khabar.

"Huh.." Arziril mengeluh. Dia tidak berpuas hati. Media sengaja mengada-adakan cerita yang tak sepatutnya.

HUBUNGAN ARZIRIL DAN FARISYA SEMAKIN MEMUNCAK? BENARKAH MEREKA MEMPUNYAI HUBUNGAN???

Arziril menggelengkan kepala. What the hell of this happen? Farisya sengaja mengada-adakan cerita.. Hubungan? Oh no.. memang aku sayangkan Farisya but sayang hanya sebagai kawan.. tidak lebih dari itu...

Memang I sayangkan dia. We are loving each other. I geram sebab dia cuba mencabar kesabaran I..

Sekali lagi Farisya cuba bermain api.. Bila masa aku mencabar kesabaran dia? Loving each other? Tolonglah... aku langsung tak cintakan kau!

Arziril merenyukkan surat khabar itu lantas dibuang ke lantai. Dia geram. She's too much!

********************

"Apa hubungan Arziril dengan Farisya?" tanya Michele dari Melodi. Arziril hanya tersenyum menolak.

"No comment" jawab dia ringkas.

"No komen? Kenapa perlu menyangkalkan benda yang sememangnya berlaku?"

"Michele.. Semua tu tak benar.."

"Then, cuba you cakap benda yang sebenar..."

"Hem.. baik lah.. Antara I dengan Farisya tak ada apa-apa.. Kami hanya kawan tak lebih dari itu. Lagipun kami bekerja untuk certain-certain projek. Kalau benar I ada hubungan dengan dia.. I dah ssebarkan pada media. Kenapa perlu I rahsiakan benda yang baik?"

"Jadi memang benarlah you dengan Farisya takde apa-apa?"

"I hanya mampu cakap benda tu. Terpulang pada peminat untuk membuat keputusan..."

***************

Dania hanya mengeluh. Dia tahu Arziril tidak bersalah. Dia tahu Arziril tiada langsung perasaan pada Farisya. Gadis itu sengaja memutarbelitkan cerita yang sebenar. Dari kejadian hari itu dia nampak Arziril dengan Farisya takde apa-apa..

"Beb, kontroversi menyerlah beb..." kata Lily.

"Kau rasa siapa yang betul siapa yang salah??" tanya Yasmin pula.

"Entah? Tapi aku rasa Arziril yang betul.." jawab Dania selamba.

"Why? Because of kau suka pada mamat tu kan?"

"Not because of that.. tapi aku rasa dia memang tak bersalah.."

"Hem.. tapi bila baca article ni.. ketara backing lebih pada Farisya.."

"Whatsoever la siapa yang backing siapa. Yang penting aku tau Arziril tak bersalah..." jawab Dania lagi.

Kawan-kawannya hanya diam membisu...

********************

Malam itu Arziril menonton televisyen seorang diri. Dia takde apa-apa aktiviti. Masa lapangnya dihabiskan di rumah.. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu utama. Dia terkejut.. semakin lama bunyi semakin kuat..

"Siapa??" tanya dia..

Ketukan semakin kuat seolah-olah nak roboh pintu tu. Arziril bangun lantas mendekati pintu tersebut.. Perasaannya berbaur resah dan gelisah. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Siapakah orang yang tidak bertimbang rasa mengganggu dia pagi-pagi buta macam ni??......

14 orang beri kritikan::

in_an berkata...

akhirnya smbung gak cite ni..thanks..

kumako berkata...

adoi..lme tggu..smbg gak..

Blue Skies berkata...

finally ada gak..
almost half year nk tunggu smbgn dia..

btw,smbgn dia nnt jgn wat yg eisya ketuk pintu rumah tu n die sngaja perangkap arziril then tangkap basah..jgn wat camtu tau..
x mau!
nk arziril/ariel ngan dania...
baru masyuk

Cik Waniey berkata...

hehehe.. sori kwn2, mmg dah lama xde smbungan.. almaklumla sy skg agak busy dan mmg xde life sgt.. apa2 hal pon, keep always support hasil nukilan sy wpun lama gak nk tggu entry dari sy.. tp insya'allah sy akan berusaha untuk habiskan setiap jalan cerita yang dah sy buat.. nmpk semua org dah kurang sikit nk beri komen sbb cerita ni last entry setahun yg lepas.. hehehe... hope entry lepas ni dapat tarik lagi ramai pengunjung dan peminat e-novel sy.. hihihi.. \(^^)9

KieKie Zulkifli berkata...

best cite ni cptla smbung kak :)

Tanpa Nama berkata...

Best citer nie cepat2 laa ada smbgan dah X sabar nak tunggu...hope fully boleh baca sampai final...

nice berkata...

lor.. cmtu kew.. owg tgh syok feling!! haii... hurm.. whatever it is.. good job!!

Secret Garden. berkata...

wah..bestnyer..akak.sambung lar lagi.

pipvz devil berkata...

alahai bile ar nk smbung cite ni..naek bsawang den tunggu cte ni..smue org mnantikn nyer..harap tuan umah jgn le wt pmbce setia dcni menanti lebih lme..bengang tau..pnantian e2 1 pnyeksaan..hehe..hrp cik waniey jgn mare plak ngan komen ni.. ;D

LiN sALehaN berkata...

bile cite akan sampai ke pengakhirannye..... mmg quite take time on waiting this story........ hope wanie can finish this story asap.... wish u good luck n have very brighter n fresh idea....

Tanpa Nama berkata...

"peduliklah , ade aku kesah !" wahhhh !! suke3!!!

Tanpa Nama berkata...

haaa , bagus Arziril ! knapelah kau tak LEMPANG!! jer muka EiSYA BODO tu !!!!! HUH !!!! ape kate kau renyuk si BODO tu mcm kau renyuk surat kabar tu ! I love you ! I love you ! GILER !!!

lynn berkata...

baru start bace kat penulisan2u...tp smpai bab 22 jer.. seb baik ade yg bgtau sambung kat blog sis ni.. apepun terbaeek novel ni... hehe..

Cik Waniey berkata...

novel ni akan siap untuk diterbitkan xlama lagi =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...