RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 29 Jun 2009

Cinta Pertama 33 FINAL

BAB 33

Seperti biasa, Idham keluar berjumpa dengan Hafifah. Malam semalam Hafifah menelefonnya sambil menangis, tidak diketahui kenapa. Sebaik sampai di Plaza Gurney, mereka berjumpa di McD.

IDHAM: Kenapa Fifa? Kau ada masalah lagi, ke?
Hafifah masih diam.. Makanan di hadapan cuma dikuis-kuis sahaja.
Idham memandang wajah Hafifah yang pucat.
IDHAM: Kau sakit, ke?
HAFIFAH: Takdelah..
IDHAM: Habis, tu? Kenapa muka kau pucat?
HAFIFAH: Aku ok, Am. Cuma..
IDHAM: Cuma apa?
HAFIFAH: Cuma aku rindukan seseorang..
IDHAM: Kau rindukan Eriq?
Hafifah mengangguk..
Idham mengeluh..
IDHAM: Kenapa kau terus menerus mainkan perasaan orang, Fifa?
Hafifah mengangkat mukanya memandang Idham..
HAFIFAH: Apa maksud kau, Am? Aku mainkan perasaan siapa? Eriq?
IDHAM: Kalau tiada lagi perasaan cinta kau pada dia, jangan berikan dia harapan lagi. Sekarang ni dia cuba untuk melupakan kau, Fifa. Biar la dia bahagia.
HAFIFAH: Aku yakin dia masih sayangkan aku, Am. Aku yakin sangat!
IDHAM: Memang pada waktu ini dia masih tak boleh lupakan kau. Mana tahu satu hari nanti...
HAFIFAH: Aku dah buat satu perkara yang bodoh. Aku terlampau pentingkan diri sendiri sehinggakan aku mainkan perasaan aku sendiri. Aku tahu aku sayangkan dia tapi aku tamak. Aku nak dapatkan kedua-duanya. At last, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
IDHAM: Aku tak pernah tolak cinta kau, Fifa..
Sekali lagi Hafifah terkejut.
HAFIFAH: Maksud kau?
Idham tersenyum..
IDHAM: Aku pernah sayangkan kau. Dan sehingga kini aku tetap sayangkan kau. Tapi..
HAFIFAH: Tapi apa?
IDHAM: Tak mungkin kita dapat teruskan hubungan ini. Kerana aku sayangkan kedua-dua sahabat aku. Aku sayangkan kau, aku sayangkan Eriq. Dan aku takkan sia-siakan kedua-duanya.
HAFIFAH: Amm...
IDHAM: Kau masih sayangkan Eriq?
Hafifah mengangguk lemah.
IDHAM: Dan kau sayangkan aku?
Kali ini Hafifah diam..
IDHAM: Aku nak kau mengaku jujur, Fifa..
HAFIFAH: Aku sayangkan kedua-duanya. Aku sayangkan kau.. Aku sayangkan Eriq. Aku cintakan kau dan aku juga cintakan Eriq!
Idham mengetap bibir.
HAFIFAH: Aku tak nak kehilangan kedua-duanya.. Sampai aku tak tahu nak memilih..
IDHAM: Kalau kau lelaki, tentunya aku dan Eriq bermadu.. Hehehe..
HAFIFAH: Am.. Ini bukan masanya nak buat lawak. Fifa serius ni!
IDHAM: Ok.. ok..
HAFIFAH: Fifa nak jumpa Eriq. Fifa nak pergi Jepun jumpa dia. Fifa nak merayu dengan dia supaya jangan tinggalkan Fifa. Fifa betul-betul sayangkan dia, Am..
Idham terdiam.. Tidak tahu apa yang harus dia jawabkan..

*****************************


Assalamualaikum Eriq,

Eriq tengah buat apa sekarang, ni? Harap Eriq sihat-sihat selalu. Dah lama Fifa mencari kekuatan untuk menulis email ni kepada Eriq. Fifa perlukan Eriq di kala ini. Fifa tahu, Fifa dah banyak buat salah dengan Eriq. Fifa mainkan perasaan Eriq. Fifa berlaku curang dengan Eriq. Tapi percayalah sayang.. Dalam hati Fifa cuma Eriq sahaja. Walaupun ada sedikit perasaan sayang Fifa pada Am, tapi sayang Fifa kepada Eriq lebih kuat.

Eriq,
Fifa tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau diberi kekuatan, ingin Fifa terbang ke Jepun menemui Eriq. Namun apakan daya, Fifa tak mampu. Kos perbelanjaan untuk ke sana mahal. Cuma boleh cakap di sini.. Fifa akan tunggu kepulangan Eriq. Selama-lamanya..

Eriq,
Fifa sayangkan Eriq.. Fifa cintakan Eriq.. Fifa akan tunggu Eriq..

Ikhlas,
Nur Hafifah


Tanpa dapat ditahan, air mata Hezriq mengalir di pipi. Kali ini sudah tidak dapat ditahan lagi.. Sumpah! Dia masih sayangkan Hafifah sepertimana dia sayangkan Hafifah yang dulu. Yang pernah bertakhta dalam hidupnya. Yang banyak memberi sokongan di saat dia hampir jatuh. Gadis itu la semangat dia. Memang sukar untuknya melupakan gadis itu.. kerana Hafifah ditakdirkan untuknya.

Fifa, Eriq pun sayangkan Fifa.

************************

Dear sayang,

Eriq tak tahu nak cakap apa lagi. Memang sehingga kini wajah Fifa sukar untuk lenyap dari bayangan Eriq. Cinta Eriq masih tetap untuk Fifa.

Sayang,
Eriq cintakan Fifa.. Eriq harap sekiranya jodoh kita masih kuat, Eriq nak Fifa tunggu Eriq. Eriq akan sunting Fifa sebagai permaisuri hidup Eriq.. Percayalah sayang.. Eriq tetap sayangkan Fifa. Biarlah segala kenangan pahit itu berlalu. Kita mulakan semula hidup baru.

Eriq sayangkan Fifa.. Take care..

Ikhlas,
Hezriq


Hafifah tersenyum sendirian.. Fifa akan tunggu Eriq. Hafifah janji..

**************************
6 tahun berlalu..

Paluan kompang kedengaran semakin kuat. Kedua mempelai berjalan beriringan menghampiri pelamin. Sama cantik sama padan. Hezriq tersenyum memandang Hafifah. Perkahwinan Idham kali ini betul-betul menggembirakan mereka. Akhirnya Idham bertemu juga jodoh dengan gadis yang banyak berkorban untuknya.

Hezriq makan bersebelahan Hafifah. Dia memandang perut Hafifah yang kini sudah masuk 9 bulan. Tangannya erat memegang tangan Hafifah. Benar la cakap orang, andai ada jodoh tak kemana. Walau sekuat mana dugaan melanda, walaupun berjauhan beribu-ribu batu.. kalau dah jodoh, tentunya tak kemana.

HAFIFAH: Selamat pengantin baru, Am..
IDHAM: Thanks!
HEZRIQ: Bro, akhirnya kau bertemu jodoh gak! Kami tumpang gembira..
IDHAM: Thanks Eriq.. Hehehe.. Dah jodoh. Akhirnya aku bahagia juga!
HEZRIQ: Kami pulang dulu la.. Kirim salam dekat orang rumah kau. Senang-senang datang la rumah..
IDHAM: Insya'allah. Kau pun jaga Fifa elok-elok. Dah nak dekat due datenya tu..
HEZRIQ: Ish! Mestilah! Diakan isteri yang paling aku sayang. Mestilah aku take care..
HAFIFAH: Abang ni.. Malu Fifa.. Kami pulang dulu, ye?
IDHAM: Jaga dirii baik-baik..
HAFIFAH/HEZRIQ: Ok. Assalamualaikum..
IDHAM: Waalaikumussalam..

Mereka meninggalkan rumah Idham. Belum sampai ke kereta, kelihatan Piya bersama tunangnya mendekati mereka.
SOFIAH: Hai, Eriq.. Hai Fifa!!
HAFIFAH/HEZRIQ: Hai, Piya..!
SOFIAH: Korang dah nak balik, ke?
HAFIFAH: A'ah. Kenapa datang lambat? Pengantin dah habis bersanding dah tu..
Piya ketawa..
SOFIAH: Si Remy ni lambat. Katanya ada road block masa nak pergi rumah Piya tadi..
HEZRIQ: Ooo.. yeke?
REMY: Sori la sayang.. Lain kali I tak lambat lagi, ye?
Piya menjeling manja.
HEZRIQ: Kau kena jaga baik-baik si Piya ni, Remy. Dia ni kalau merajuk payah nak pujuk.. Muncung tu dah sedepa panjangnya kalau dah mula merajuk.
SOFIAH: Iya la tuh! Teruk betul la Eriq ni. Fifa, marah la husband you ni.
Mereka ketawa lagi.
HEZRIQ: Ok la.. Kami nak gerak dulu, ni.. Nak hantar Fifa pergi hospital..
SOFIAH: Dah nak sampai masa, ke?
HEZRIQ: Belum lagi. Nak gi buat medical checkup je..
SOFIAH: Ooo.. mesti baby you tu nanti comel macam ibunya. Kan, Fifa..
HEZRIQ: And hensem macam papanya..
SOFIAH: Haa?? (terkejut)
HAFIFAH: Kitorang dapat anak kembar la..
SOFIAH: Ye? Patut la besar..
HEZRIQ: Nak buat macam mana.. rezeki.. Oklah! Pergi dulu..
SOFIAH: Ok, take care...

Mereka berjalan mendekati kereta. Hezriq membantu Hafifah duduk.
HEZRIQ: Jaga-jaga sayang..
Hafifah tersenyum. Sebaik pintu ditutup.. Hezriq segera ke kerusi pemandu. Enjin dihidupkan.
HAFIFAH: Abang..
HEZRIQ: Ye sayang..
HAFIFAH: Love you..
Hezriq tersenyum. Tangannya menggengam jari-jemari Hafifah. Sekilas dia mencium pipi Hafifah lembut.
HEZRIQ: Love you too..
Kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan Idham dengan satu harapan. Hargailah segala apa yang ada di hadapan kita. Dan kejarlah kebahagiaan itu selagi hayat dikandung badan..

Setiap orang mempunyai kebahagiaan. Dan kebahagiaan itu takkan datang sekiranya tidak dicari dan diusahakan. Tuhan Maha Adil.. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Dan setiap hikmah mengajar kita menghargai hidup ini..

**************************TAMAT**************************

10 orang beri kritikan::

Lieza berkata...

ala... si idham ni kawen ngan sape?? nape x cakap pun??? huhuhuhu,,, last2 ngan hezriq jugak eh? hmmmmm... not bad la waniey

Cik Waniey berkata...

hehehe..
ntah la.. wani pon xtahu idham kawen ngn sape..
pakai tulis je, plus dh takde idea.. saje tamatkan cepat cerita ni..
kalau ada editing, wani akan update balik ending dia ye? hehehe...

Tanpa Nama berkata...

i dun know why...
but i hate the ending...
mcm...x puas hati...
i prefer idham...sory...

Tanpa Nama berkata...

not bad lah....
butbut , knp blog kak waniey xbleyh nk tgk yg len... that mean , xlah k tgk list novel ngn cerpen kak waniey...
yg haye ade kat blog akk niyh ....
hayelah novel akk yg ending jek...
npe yek ?

Tanpa Nama berkata...

akak, u need to update ur blog lhh cos kite ta bley view ur blog lists only ur main page.
ta best ahh gini.
please,

Tanpa Nama berkata...

salam,,
just my two cents,,
tulisan kau terlalu straight lah,,
tak salah nak main straight nih, tapi ade care pengolahan yang betul,,
so rase tak enjoy bile bace,,
patutnye bungekan sikit ayat tu,,
cube kaji lagi cara nak elaborate bagi cerita kau sampai secara best kpd readers,,
dan lagi,,
kenapa tak ikut aje format penulisan yang betul,,
kalau dialog sepatutnye kau letak quote unqoute tu,,ni bile kau letak idham: ... kan dah tak sampai feel bile nak baca,,
harap kau kiv lah semua ni,,
ye aku blog-hop sekadar melepas busan aje,, tapi y not bg org yg melepas busan mcm aku nih feel utk membaca kan,,
so itu jelah,,


~cheers!

Cik Waniey berkata...

thanks tanpa nama..
wani akan cuba ubah cara penulisan wani lepas ni. sebenarnya wani kurang gemar untuk buat ayat bunga2..
tapi atas permintaan pembaca.. insya'allah wani akan cuba.
thanks atas komen dan kritikan yang membina :)

Tanpa Nama berkata...

wah! Idham dh kawin ! dye kawin ngan sape eek ? mesti ngan sy kan ! aaahhh!! alangkah indahnya ! aiisshh!! melalut smpai kesitu plak aku ni ! tapikan akak , sy tak berapa puas ati lah , sy lbih suka Idham ! , sorry to say .. but your story is best ! i like it ! ^^

Tanpa Nama berkata...

salam..dear writer juzt nk maklumkn cite ni not my taste.why cos bebudak kecik lg dh becinta sakan..then cinta pun cm confius gitu.xtau sape yg d cintai..but then sy bc gak sampai abis..maaf ye kalau terasa..cinta tak menghalalkan pergaulan..haram tetap haram..

Novel Mcdp berkata...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: "CINTA PERTAMA" dan "DILEMA SI GADIS TOMBOY"yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...