RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 9 Mei 2009

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 3

BAB 3

Sudah hampir seminggu aku tidak berjumpa dengan Fazrul. Perlawanan bola keranjangnya akan berakhir seminggu lagi. Aku semakin rindukannya. Mamat ni pula sudah jarang menghubungiku. Mungkin kerana dia sibuk dengan latihan dan perlawanan.

Teringat sewaktu kami sekolah dahulu. Fazrul memang aktif dengan sukan terutama sekali bola keranjang. Hidupnya hanya untuk bola keranjang. Setiap perasaan duka dipenuhi dengan bola keranjang. Sehingga sekarang pun bola keranjang tak boleh lari dari hidupnya. Sudah sebati. Aku tersenyum sendirian.

Tiba-tiba mesej handphoneku berbunyi.. Kemungkinan Fazrul yang hantar..

'Apa khabar, sayang? Miss you la.. Arul baru habis latihan. Penaatt..'
Aku hanya tersenyum apabila membaca setiap bait perkataan yang dihantar oleh Fazrul.
'Sihat je. Sayang macam mana? Penat ye? Dah mandi ke belum ni?'
'Blom. Ingat nak rehat kejap hilangkan penat. Disamping tu nak mesej sayang.. baru mandi..'
'Sayang dah solat, ke?'
'Blom lagi. Kejap lagi, gak! Hehehe.. Baru masuk maghrib. Nak rehat kejap.'
'Hmm.. sayang pegi la mandi dulu.. Nanti solat and then kita sambung borak..'
Sengaja aku berpesan begitu. Tidak mahu dia lalai dalam menunaikan perintah Tuhan.
'Hmm.. ok.. Orang pegi mandi dulu, ye? Nanti kita sambung.. Salam..'
'Hehehe..ok. Mandi wangi-wangi tau..! Jangan mandi kerbau plak! Hoho.. wslm'
Aku meletakkan handphoneku di atas meja. Segera aku ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat maghrib mesti disegerakan.

Malam itu, sedang aku leka menyiapkan assignment, Fazrul call..

"Hai sayang..." sapa aku.
"Hai bucuk.. tengah buat apa?" tanya dia.
"Tengah setelkan assignment ni.. Sayang?"
"Yek? Orang tengah lepak dengan member ni dekat kedai makan.."
"Yek? Patut la bising je dengar.."
"Sayang dah makan ke?"
"Blom lagi. Takde selera la.."
"Kenapa? Rindukan orang ek?"
"Hmm.. maybe kot.Hehehe.. Sayang bila nak balik? Perlawanan macam mana?"
"Orang pun rindukan sayang.. Minggu depan balik la. Perlawanan so far ok. Tadi lawan dengan UiTM Machang menang 32-30"
"Wah.. sipi-sipi je."
"Tu la.. semua pasukan hebat-hebat. Risau gak kalau tak sampai final.."
"Takpe.. sayangkan terer.. mesti boleh punya.."
"Hehehe.. mana ada.. biasa je.."
"Iye.. sayang kan pernah wakil sekolah dulu sampai peringkat negeri. So benda ni semua tak mustahil.."
"Hopefully apa yang wani cakap tu betul.. hehehe"
"Doa-doa je la. Sayang kat sana macam mana? Nakal tak? Ada budak berminat nak kawan dengan sayang, tak?" Sengaja aku bertanya soalan itu padanya. Tak mustahil bagiku sekiranya ada gadis-gadis di situ yang meminati Fazrul. Dia lelaki yang hebat. Punya paras rupa yang ada tarikan.
"Budak berminat nak kawan tu takde la. Tapi jeling-jeling and suwit-suwit tu ada la. Hehehe.." gurau dia.
"Betul?"
"Iye... kenapa? Jeles ek?"
"Mestilah! Tapi wani tahu Arul takkan curang dengan wani, kan?"
"Wani kena percaya dengan Arul.."
"Maybe percaya tapi tak 100% percaya.."
"Hmm.. Arul hanya sayang wani seorang.."
"Betul, ke?"
"Betul la.. Tak percaya lagi?"
"Lelaki selalu berkata-kata manis.."
"Mana ada. Air liur Arul payau.. takde manis pun.."
"Arul~! Pengotoq betul dia, ni!"
Kedengaran Fazrul ketawa..
"Arul janji.. Arul akan setia dengan Wani.."
Aku hanya tersenyum.. Begitu berharap agar apa yang dikatakan adalah benar belaka. Hatiku betul-betul menyayanginya.

****************************

Aku menapak ke tangga perpustakaan. Niat untuk ke bahagian jurnal bagi mendapatkan sedikit informasi berkaitan dengan tajuk assignment aku. Sebaik sahaja sampai di tangga atas, aku agak termengah sedikit. Hahaha.. lama sangat tak exercise. Aku tak macam Fazrul.. dia kaki sukan. Aku pulak kaki tidur. Huhuhu..

Kalau Fazrul ada dekat sini dah lama aku ajak dia jogging. Lama juga aku tak buat aktiviti tu. Hari terakhir sebulan yang lepas. Tu pun berapa kali kena tinggal dengan Fazrul. Dia dah jauh 2 meter ke depan, aku pulak ketinggalan kat belakang. Hahaha.. Tercungap-cungap cari air. Bila panggil Fazrul untuk suruh dia berhenti, bukannya nak berhenti rupa-rupanya dia ajak lagi jogging satu round. Mahu pitam aku jadinya. Sejak tu aku tobat tak nak dah berjogging dengan atlit sekolah macam Fazrul tu. Hahaha..

Berat aku sekarang ni dah mencecah 56kg. Orang kata macam berat. Tapi ok la bagi ketinggian macam aku ni 5 kaki 2 inci. Nak kata aku gemuk.. sedang-sedang je kot. Sedang asyik berangan tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

"Aduhhh.." jerit aku. Pergh.. sakit siot! Tulang bahu ni macam nak tertanggal je rasanya..

"Sorry.. sorry.." pinta lelaki itu. Aku memegang bahu yang terasa sakit.

"Jalan tak nampak orang, ke?" tegur aku. Hati dah memang membara je. Tulang mamat ni macam besi rasanya.. Sakit nak mampos!

"Eh? Awak...?" Mata kami terpaut. Aku mengerut dahi. Macam pernah tengok mamat depan aku ni. Tapi di mana ya?

"Awak gadis yang saya lambai dekat kedai makan depan tu minggu lepas, kan?" ramah dia lagi. Baru aku teringat. Mamat yang badan bidang, muka ala-ala Fahrin tu rupanya. Hohoho..

Aku hanya tersengih. Tak tau nak balas apa.

"Awak cari buku, ke?" tanya dia. E'eh mamat ni. Dah datang library ni cari buku la. Takkan cari awak kot?

"A'ah.." jawab aku. Lembut sungguh bahasa. Maintain ayu gitu.

"Awak budak kos apa?"

"Saya budak DIA (Diploma in Accountancy). Awak?"

"Ooo.. bagus-bagus. Saya ambil DBS (Diploma in Business Studies) tahun akhir."

Ooo.. Dak DBS rupanya. Kira senior la ni.. Hmm.. sweet tengok dia senyum..

"Oic.. Buat assignment ek kat sini?" Apa la aku ni! Kalau dah datang library apa lagi nak buat? Soalan apa yang kau bagi ni Wani??

"Tak lah! Jumpa kawan.." jawab dia lagi. Aku hanya mengangguk. Fuh! Nasib baik jawapan lain. Kalau sama apa yang aku fikirkan tu, mahu naik malu aku jadinya.

"Oh, takpe la.. Saya ada kerja sikit. Saya pergi dulu, ye?" aku cuba berbasa-basi dengan mamat tu untuk meminta diri.

"Err.. By the way.. nama awak sape?"

"Wani.." jawab aku sambil memberikan senyuman manis pada dia. Hohoho..

"Ooo.. saya Hakim.. Ok.. jalan elok-elok ye. Jangan langgar orang lagi.." gurau dia. Aku hanya senyum sahaja. Cis! Terkena aku! Sempat pulak mamat ni nak perli aku.. Aku segera pandang ke depan. Tak toleh dah ke belakang. Aku ke yang start langgar dia tadi?

**************************

Aku menongkat dagu memikirkan peristiwa tengahari tadi di library. Buku di hadapan hanya dibiarkan ternganga. Tiba-tiba Linda masuk lalu melemparkan begnya ke katil. Macam tengah bad mood je..

"Kau ok ke, Lin?" tanya aku apabila melihat dia asyik sangat mengeluh. Aku dengan Linda satu kos. Cuma semester kali ni kami berlainan kelas. So, sebab itu aku selalu berseorangan setiap kali nak ke kelas. Kalau dulu selalu sahaja bersama dengan Linda.

"Geram betul aku!" rungut dia.

"Kenapa?" tanya aku lagi. Bergaduh dengan Azmir la tu.Teka aku.

"Amir tu. Boleh pulak dia lupa nak hantar aku balik sini..!" marah dia.

"Hmm.. dia ada hal kot?" aku cuba menenangkannya dengan alasan yang munasabah.

"Hal mendenya? Aku nampak dia jumpa classmate dia dekat cafe masa on the way nak ke kedai buku.. Geramnyaaa..!" Linda menguis-nguis bantal di tangan. Marah benar gamaknya. Aku no komen la. Tak tau nak cakap apa. Hal diorang. Takkan aku nak masuk campur.

"Kau tak call dia, ke?"

"Malaslah! Pandai la dia nak pujuk aku macam mana.." Linda segera baring di atas katil. Muka ditekup dengan bantal. Aku menggelengkan kepala. Diorang berdua ni asyik bergaduh je. Amir.. lelaki itu semakin lama semakin buat hal. Harap sangat Fazrul tidak seperti Amir..

****************************

Seminggu berlalu..

Wah! Hari ini hari yang paling dinanti-nantikan. Akhirnya Fazrul pulang ke pangkuan setelah hampir dua minggu dirantauan orang. Wakaka.. Apa la yang aku merepek ni. Pergi Kuala Lumpur tu rantauan ke? Betul la tu. Aku ni ayat Bahasa Melayu ni agak-agak sipi-sipi nak ke C walaupun masa SPM kira aku bernasib baik dapat A1. Hohoho.

Muka ku touch-up tebal-tebal. Sempat pakai pemerah pipi gik. Sekali pandang macam barbie doll, dua kali pandang macam hantu tepung gomak pulak! Huahuahuah.. Excited pulak nak jumpa si jantung hati. Fazrul lagi la, semalam sampai Penang dalam pukul 10.30 malam. Boleh pulak dia nak jumpa aku malam-malam buta macam ni. Alasan.. rindu punya pasal. Kadang-kadang aku rasa Fazrul ni main redah je asalkan dapat jumpa aku. Waaahh!~ Bahagia sungguh aku!

"Arul on the way ni sayang..." jawab dia masa aku call dia tanya dekat mana. Nasib baik Fazrul balik hari Sabtu, so sempat la kitorang nak berdating hari Ahad. Kadang-kadang kesian pulak aku tengok si Fazrul ni. Tak penat ke dia? Perjalanan dari Shah Alam ke Penang memakan masa 6 jam jugak la. Kalau tak, maybe lebih dari tu kalau banyak sangat berhenti dekat R&R. Takpelah! Aku kan special case, dia sanggup tu kira aku bertuah la. Hehehe..

"Ok.. wani tunggu ni. Arul bawa kereta ke motor?" sengaja aku tanya walaupun dah tahu dia bawa apa..

"Arul drive la sayang.. Kalau bawa motor, Wani nak ke naik motor dengan Arul?" perli Fazrul. Aku cuma tersengih. Bukan tak suka naik motor dengan dia tapi tak manis kalau yang bukan muhrim berpelukan atas motor. Sebab tu aku cuba nak elak dari benda tu berlaku. Tak kisah la kalau dia bawa kereta. Yang penting, dia sewa kereta, aku tolong tuangkan minyak untuknya. Kira adil, kan? Pergi tempat bukannya dekat.. jauh-jauh. Kalau tak dekat Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, kitorang pergi Batu Feringgi, Padang Kota.. perghh.. kira banyak jugak la tempat area-area sini kitorang dah menapak. Sampai dah tak tahu nak lepak mana lagi dah. Tupah? Huahuhauh.. tempat paling bahaya untuk aku dan dia melepak. Banyak kes wooo tempat tu.

*********************

Sepanjang perjalanan, kami menyanyi bersama-sama mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh Dina Hot FM. Wah.. wah.. wah.. mentang-mentang dah lama tak jumpa, bila sekali jumpa masing-masing dah sewel sikit. Hehehehe..

"Wani rindu tak dekat Arul?" tanya Fazrul bila keadaan kesewelan kami agak menurun sedikit. Soalan biasa yang penuh dengan erti bagi aku.

"Rindu la. Kenapa tak rindu pulak!?" jawab aku serius. Hahaha.. Takde la serius sangat bagi aku. Saje je buat gempak. Poyo je lebih.

"Hmm.. patut la Arul tengok Wani agak lain sikit.." ujar dia. Aku mengerut dahi.

"Lain apa, nya?"

"Lain la.. muka tu. Dah macam opera cina pulak Arul tengok. Wani tak tengok cermin ke masa pakai bedak?" tegur dia. Aku terkejut. Opera cina? Sekilas aku mengambil compact powder di dalam beg. Hohoho.. Lupa pulak nak ratakan bedak ni tadi. Yelah, baru je aku cakap muka aku macam hantu tepung gomak tadi kan? Wani.. wani..

"Kot iye pun rindu kat Arul, jangan la sampai jadi tak betul.. hehehe" perli dia lagi. Ewah.. ewah mamat ni.. Tak sayang mulut betul! Karang ada pulak keluar surat khabar seorang lelaki mati tercekik kasut tumit tinggi. Tak pun, kejap lagi adalah yang kena tendang keluar dari kereta ni karang.. Huhuhu..

Muncung ku ni rasanya dah panjang sedepa dah ni. Kalau dia tak perasan aku merajuk tak tahu la nak cakap apa..

"Hehehe.. comel la wani ni.. Muncung tu kalau tak panjang lagi ok rasanya.." balas dia lagi. Segera aku menarik balik kemuncungan mulutku itu.

"Arul ni.. Malas lah nak layan!" rajuk aku. Kadang-kadang aku rasa tergedik pulak kali ni. Lantak lah! Gedik-gedik aku pun dengan dia je bukan dengan mamat lain. Apa aku peduli? Hohoho..

"Ala sayang.. jangan la macam ni. Arul gurau je.. Lama sangat tak bergurau senda dengan wani. Rindu laa.."

"Gurau senda apa namanya tu.." perli aku lantas menjeling.

"Ok, lepas ni Arul tak kacau dah!" jawab Fazrul. Macam merajuk la pulak! Ni apa kes laki merajuk dengan perempuan ni? Tadi aku merajuk, pasni turn dia pulak. So kalau dua-dua merajuk siapa pulak yang nak memujuk!? Pergghh.. macam-macam hal.. Korang rasakan.. cerita love story aku dengan Fazrul ni nampak sweet tak? Hahahaha.. Petang tu aku ikut je ke mana Fazrul nak bawa aku. Aku berserah je sebab dia yang memandu bukan aku. Waahhh.. terlepas sudah rasa rindu aku pada dia.. Huhuhu

*************************

3 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

Kehadiran Hakim tu macam.. Hmmmm..

LeaQistina berkata...

hurm.. byk lg yg mungkin berlaku nnti..

ketawa dan air mata..
Itulah lumrah percintaan...
keh.. keh.. keh..

keep it up waniey!

lieza berkata...

ala... sweet sgt.. tp mcm tkt je nak sambung baca episod seterusnya, syg btl kalu wani n fazrul bermasalah nanti.. nak2 dgn kehadiran hakim tu, huhuhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...