RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 29 Mei 2009

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 4

BAB 4

Aku mengemas meja sebaik sahaja assignmentku siap. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Hmm.. mata semakin mengantuk. Dalam kepala aku sekarang ni tiba-tiba teringatkan Fazrul. Hmm.. apa yang dia buat sekarang ye?

Kaki melangkah ke katil. Rasa mengantuk mula menerjah. Semakin lama semakin berat. Namun belum sempat untukku melelapkan mata, handphoneku berbunyi.

"Hello?" tanyaku malas.

"Hai.." sapa suara itu. Mataku yang tadinya tertutup tiba-tiba spontan terbuka.

Kubelek nombor discreen. Nombor siapa ni?

"Siapa ni?" tanya aku lagi.

"Awak Wani, kan?" pertanyaanku tidak berjawab.

"Awak siapa?" Kami seolah-olah berlawan sesama sendiri. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Kalau nak kata Fazrul yang call.. ini bukan nombor dia plus.. Fazrul takkan call aku guna nombor sesiapa..

"Takkan tak kenal?" main-main lagi.

"Jangan la main-main.. saya mengantuk ni.." marah aku. Kalau lepas ni dia main-main terus aku letak telefon.

"Awak nak tidur dah, ke?" tanya dia. Bengong betul. Dah pukul 2 pagi takkan nak berjaga pulak?

"Okla.. saya nak tidur. Bye!" terus aku letak telefon. Malas nak melayan orang yang tak dikenali pagi-pagi buta macam ni. Tak sampai 5 saat handphoneku berbunyi kembali. Sengaja aku buat dono dengan panggilan tersebut.

Lima kali la handphone aku berbunyi dan 5 kali jugak 5 miskol tercatat dalam screen. Tak puas lagi tu, bunyi mesej bergema. Aku mendengus. Segera mencapai handphone untuk membaca.

'Kenapa tak angkat phone? Malas nak layan saya, ke?' kata mesej tersebut. Aku mendengus lagi lalu kulemparkan handphone ke sisi katil. Aku baring kembali lalu. Mata kututup rapat. Sekilas, aku terlena.

**********************

Esoknya aku ke kelas seperti biasa. Petang nanti nak bertemu dengan Fazrul. Assignment pula rasa nak kena siapkan secepat mungkin. Aku menapak ke library.

Mataku fokus betul-betul kepada buku di hadapan. Kalau boleh, aku perlu siapkan assignment ini hari ini juga. Jari-jemariku menari-nari di atas kertas.

"Hai.." tegur seseorang.

Mataku tertancap kepada seseorang di hadapanku.

"Awak?"

**********************

Air fresh oren kusedut perlahan. Jejaka di hadapanku memandangku tajam.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tegur aku. Rimas bila diperhatikan sebegitu rupa.

"Hahaha.. saya suka tengok awak.." jawab dia lurus. Aku cuma tersenyum nipis. Entah kenapa bodoh sangat aku hari ini menerima pelawaan lelaki di hadapan aku ni. Maybe sebab muka dia hensem , kot?

"Saya selalu nampak awak ke hulu ke hilir dalam library tu. Awak ni memang ulat buku, ke?" sambung dia lagi.

"Takde lah. Saya kalau jejak library tu kalau banyak assignment kena setelkan. Kalau tak, haram saya nak ke sana.." jelas aku. Lelaki yang serupa Fahrin Ahmad itu mengangguk tanda faham.

"By the way.. nama awak siapa ye?" tanya aku balik.

"Awak dah lupa, ke? Nama saya Hakim.."

"Ooo.. " mengangguk faham. Aku membelek jam di tangan. Sudah pukul 2.30 petang. Nasib baik kelas petang ni batal. Nak call Fazrul, dia ada kelas time macam ni. Tiba-tiba..

'Hai, sayang... Wani tengah buat apa? Ngantok la..' Aku tersenyum bila membaca mesej Fazrul.

"Pakwe, ke?" tanya Hakim.

"Er.. excuse me.." Aku segera bangun dan meninggalkan Hakim sebentar. Punat nombor kutekan. Kedengaran bunyi ringtone 'Deaihaguzen'. Aku berborak dengan Fazrul sebentar. Saja je nak membuang rasa rindu walaupun kami akan berjumpa petang nanti. Hehehe..

Selesai sahaja berbual, aku segera duduk ke tempat asal. Hakim kulihat begitu setia menunggu. Dia hanya tersenyum.

"Sorry buat awak tertunggu."

"It's ok. I dah biasa.." jawab dia. Aku mengerut dahi. Dah biasa?

"Err.. kita borak pasal apa tadi, ye?" tanya aku.

"Awak bosan ke borak dengan saya?"

"Eh.. kenapa?"

"Yelah.. baru borak sikit awak dah lari tinggalkan saya tadi.."

"Ooo.. takdelah. Tadi saya nak call.."

"Pakwe?" potong dia.. Aku mengangguk perlahan.

"Oic. Dah berapa lama awak kenal dia? Dia budak sini jugak, ke?"

"Kenapa awak nak tahu semua, ni?"

"Err.. saje. Nak bagi topik kita panjang hari ni.. hehehe.." seloroh dia. Aku tersenyum. Best jugak budak lelaki depan aku ni. Nampak macam periang dan lawak. Lagipun sementara nak pergi dating dengan Fazrul kejap lagi, baik aku buang masa dating dengan dia. Hahaha.. Bila fikir balik, aku ni jahat jugak. Dah ada pakwe tapi still keluar makan dengan lelaki lain. Gasaklah~ Bukan aku nak main-main cintan dengan dia. Sekadar menghabiskan masa lapang aku je. Lagipun kadang-kadang bukan selalu aku jumpa dengan Fazrul. Maklum la.. kami ni duduk jauh.. Bukan satu kampus. Jeles jugak bila lihat si Linda dengan Azmir yang selalu keluar bersama sebab mereka satu kampus. Huhuhu..

"Semalam saya call awak.." Aku mengangkat kepala. Jadi? "Kenapa awak tak balas mesej saya? Saya call awak balik pun awak tak nak angkat.."

"Jadi awak yang call saya semalam? Mana awak dapat nombor saya?" tanya aku tak puas hati.

"Saya ramai kawan. Lagipun saya baik dengan junior. So, untuk dapatkan nombor awak bukan susah bagi saya.." jawab dia selamba. Aku mengetap bibir.

"Saya minta maaf sebab call awak pagi-pagi buta. Time tu saya bosan sangat. Nak cari seseorang untuk berborak.." terus-terang dia.

"Awak takde awek?" tanya aku. Air fresh oren kusedut sehingga habis.

"Takde.. entah la.."

"Kenapa?"

"Saya ada awek dulu.. tapi.. dia tinggalkan saya.."

"Maksud awak?"

"Awek saya dah meninggal dunia.. dua tahun yang lepas.." Aku mati kutu.

"Err.. sorry.."

"Takpe.. selepas kematian dia.. hati saya tertutup sebab saya hanya sayangkan dia seorang sehingga kini.."

"Ooo.. Bagusnya.. Tapi, awak tak boleh lepaskan kebahagiaan awak macam tu, je. Awak perlu nikmati kebahagiaan lain..Yang pergi biarkan dia pergi. Jangan awak seksa diri awak.." nasihat aku.

"Saya tahu.. saya pun baru jumpa seseorang.."

"Siapa?"

Hakim hanya tersenyum..

******************************

"Kita nak ke mana lepas ni?" tanya aku sewaktu kami berdua lepak di tepi pantai Batu Feringgi. Pemandangan petang itu memang menyamankan.

Fazrul di sebelahku membaringkan dirinya di atas pasir putih. Fazrul agak segak bergaya dengan hanya memakai t-shirt ketat, berseluar track suit biru gelap dan berkaca mata hitam. Betul-betul dalam situasi santai. Baru sahaja kami selesai berjoging tadi. Entah apa mimpi Fazrul ajak aku joging setelah hampir dua bulan tidak membuat aktiviti cergas itu.

Fazrul tidak membalas soalan aku. Dia hanya mendiamkan diri. Aku tak nampak samada dia tidur ataupun mengelamun kerana cermin mata hitamnya menutup mata.

"Arul..." tegur aku lagi lantas menggoncangkan badannya. Fazrul memandang aku sambil tersenyum.

"Kita lepak sini sampai malam la sayang.." jawab dia.

Ish! Biar benar budak ni. Sampai malam nak lepak sini? Gila apa...

"Tak mahu la! Nak solat dekat mana? Kotor!" tanya aku lagi. Nak lepak boleh.. tapi solat jangan tinggal. Lagipun baring-baring macam ni, kotor..

"Kan Arul suruh Wani bawa baju extra tadi. Wani tak bawa ke?" tanya dia pula.

"Bawa.."

"Habis tu?" aku hanya diam. Kalau masing-masing tak nak mengaku kalah, pasti ada pertelingkahan kejap lagi. Aku menjeling lalu memandang ke laut. Hari hampir senja. Matahari pun dah nak terbenam. Tiba-tiba kurasakan jari-jemariku disentuh. Sekilas aku memandang Fazrul.

"Arul lapar la.. Jom pergi makan?" Segera dia bangun. Tangan kami masih berpautan. Aku dengan langkah malas ikut sahaja gerak langkah Fazrul ke gerai berdekatan.

"Kita makan laksa ye, sayang?" ajak dia lagi. Aku hanya mengangguk.

*******************

Aku melihat Fazrul menikmati laksa di hadapan kami. Begitu berselera dia makan. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa petang tadi bersama Hakim. Hmm.. kenapa aku?

'Kali pertama saya jumpa awak, hati saya dah terpaut..'
'Tapi.. saya dah ada boyfriend..'
'Saya tahu dan saya pernah nampak boyfriend awak dulu..'
'Kenapa saya?'
'Sebab wajah awak seiras wajah arwah awek saya..'
'Haa?'
'Saya ingat saya dah berjumpa dengan awek saya semula bila bertemu awak di cafe hari tu..'
'Saya tak percaya..'
'Awak harus percaya..'


Aku mengeluh lagi. Betul-betul tidak kusangka apabila melihat gambar arwah awek Hakim seiras wajahku. Orang kata pelanduk dua serupa. Tapi.. Fazrul.. aku sayang dia. Sayang sangat. Tak mungkin untuk aku mempermainkan cintanya. Aku mengeluh lagi. Mengeluh untuk kali yang ke berapa entah aku sendiri pun tak tahu.

"Kenapa Wani tak makan? Nanti dah sejuk tak sedap pulak!" tegur Fazrul membuatkan aku tersedar dari lamunan. Mangkuk laksa ditolak ke arahku. Dia tersenyum. "Makan la~.. Ke nak Arul suapkan?" gurau dia. Aku ketawa..

"Tak payah la!" jawab aku tersengih. Aku memandang mangkuk Fazrul. Licin..

"Cepatnya Arul makan?"

"Hehe.." Fazrul menggosok perutnya. "Lapar tahap gaban dah ni.." seloroh dia.

"Kalau lapar, order la lagi.. Kalau tak, ambil sikit laksa Wani ni.." pelawa aku. Fazrul menggelengkan kepalanya.

"Takpelah.. Wani makan la. Sedap tau~!"

"Tahu.. macam tak biasa je makan dekat sini.." Kami ketawa.. Sumpah! Aku takkan curang dengan Fazrul. Dia terlampau baik bagi aku. Aku sayangkan dia..

***********************

'Kau suka dia, ke?' tanya Mimi sewaktu kami ber'YM' bersama.
'Entah la, Mimi.. Aku takut aku sukakan dia, je..'
'Kalau kau suka, Fazrul macam mana? Takkan kau nak mainkan perasaan dia?'
'Aku tahu, aku takkan buat macam tu pada dia. Dia baik dengan aku, Mimi..'
'Fikir la baik-baik, Wani. Fazrul tu pernah terluka. Dia pernah lepaskan gadis yang dia sayang hanya kerana kau. Takkan kau nak lepaskan dia begitu sahaja. Kau tak kesian ke dekat Fazrul?'
'Aku sayangkan dia, Mimi. Aku takkan mainkan perasaan dia.'
'So.. kau lupakan je la mamat tu. Kalau terserempak, buat-buat tak kenal. Lagipun kau baru kenal dia berapa hari. Takkan terus nak jatuh cinta, kot?'
'Bukan.. aku takde perasaan pun tapi, sebab aku kesiankan dia.. Kau tahu, wajah awek dia seiras wajah aku..'
'Iye la tu, entah-entah mana dia ambil gambar kau tu, Wani..'
'Memang seiras..'
'Kau kan cakap, dia ambil nombor kau pun dari seseorang.. So tak mustahil la kalau dia upah seseorang atau dia sendiri ambil gambar kau kat mana-mana. So dia mengaku yang kau ni seiras arwah awek dia. Manusia, Wani.. Sanggup buat apa saja..'
'Tapi...'
'Sudah la, Wani.. Aku tak nak kau cerita pasal benda ni. Aku tak suka kau curang dengan Fazrul..'
'Aku tahu..'
'Apa perasaan kau sekiranya Fazrul yang curang dengan kau?'
'Mestilah aku sakit hati..'
'So, kau fikirlah jika kau ditempat dia..'

Aku hanya terdiam. Memang betul apa yang dikatakan oleh Mimi. Aku ni cepat sangat jatuh cinta. Pantang ada lelaki hensem yang nak kenal dengan aku, mesti perasaan ini akan berputik. Ya Allah, kuatkan la perasaan sayang aku kepada Fazrul..

**************************

"Arul ada kerja? So kita tak boleh jumpa ke hari ni?"

"Sorry sayang.. Arul kena siapkan assignment group, ni"

"Hujung minggu ni?"

"Arul tak boleh janji sayang.. Nanti Arul bagitau, ye?"

Aku diam.

"Kenapa sayang? Jangan la macam ni.."

"Hmm.. kalau Arul ada kerja takpelah.."

"Wani.. kawan Arul dah panggil ni. Nanti Arul call Wani, ye? Love you.."

Belum sempat aku menjawab Fazrul sudah mematikan perbualan kami. Aku mengeluh. Sudah dua minggu kami tidak berjumpa. Rindu aku semakin tebal dengannya. Aku bergerak ke katil. Mengeluarkan album kami sewaktu kami di sekolah dulu. Setiap page gambar diperhatikan. Gambar aku bersama Mimi, Firdaus dan Fazrul. Sungguh gembira saat itu. Kenapa Fazrul sibuk sejak akhir-akhir, ni? Nak call dia pun susah. Ada je alasan..

Cukup 4 bulan perhubungan kami. Tak lama lagi exam akan berlangsung. Cuti semester pun semakin hampir. Tahun ni aku kena pulang ke Sabah pula. So, lepas ni sukar la kami nak berjumpa. Cuti semester 3 bulan pula tu. Aduyai...

Aku keluar ke cafe untuk membeli makanan tengahari. Rasa bosan menerpa. Linda pula keluar dengan Azmir. Housemate dia yang lain pun keluar.

Sedang aku memilih lauk, tiba-tiba..

"Hai, Wani..." Aku menoleh.

"Hakim?"

************************

"Lama tak jumpa awak.." kata Hakim. Kami makan tengahari bersama.

"Hmm.. busy sikit.. Maklum la. Exam nak dekat.." bohong aku. Busy mende. Bosan ada la.. Dah dua minggu tak keluar jalan-jalan. Nak ajak member lain, semua dah ada pakwe..so keluar dengan pakwe je la memanjang..

"Patut la lama tak nampak Wani dekat library.."

"Study dekat rumah, je.." Aku tersengih.

"Hmm.. tak keluar ke hari ni?" tanya dia.

"Tak.. duduk rumah je.. Kenapa?"

"Pakwe awak tak ajak keluar, ke?" tanya dia lagi.

Aku diam. "Dia ada hal.."

"Apa kata kalau saya ajak awak keluar hari ni? Macam mana?"

Aku terkejut. Keluar? Bersama? Dengan dia? Hmm...

*******************************

6 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

Hailaaa..
Hakim datang time Fazrul busy lak..

Lieza berkata...

ala.. nape wani nih.. mudah sgt jatuh kesian kat org.. jgn la curang kat aruk.. kesian dia...huhuh

vanillamilkshake berkata...

aiyok!
plz la jgn jdi pompuan cmtu.
sng2 je jatuh cinta.
haish...

Ana berkata...

tolong la jgn bg wani tu suke kat hakim..
kecian kat arul...
xpatut klu wani tinggalkn die..

Tanpa Nama berkata...

janganla wani ske kan akim..kecian fazrul..fazrul tu baikla..akim 2 dah tau gf org nak kcau wat pe..

Tanpa Nama berkata...

x mo la wani ske kt hkim..jgn la..sian kt arul...x mo wani..jgn nakal2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...