RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 9 Mei 2009

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 2

BAB 2

Hari ni Fazrul kerap menelefon aku. Dalam kelas, bunyi handphone tak habis-habis berbunyi. Nasib baik aku sempat silence kan handphone aku tu. Belum sempat aku keluar dari kelas, handphone berbunyi lagi. Aku mengeluh apabila melihat nama di skrin.

"Hello"

"Hello sayang.."

"Ada apa Arul? Orang baru habis kelas, ni.." jawab aku dengan nada tidak puas hati. Rimas apabila Fazrul sering menelefon tak kira masa.

"Oh ye ke? Patut la orang call tadi tak angkat.."

"Ada apa hal?" tanya aku balik.

"Hmm.. wani ada kelas ke kejap lagi?"

"Petang nanti dalam pukul 2 ada la kelas. Sampai pukul 5. Kenapa?"

"Hmm.. Arul nak jumpa wani.."

"Semalam kan kita dah jumpa, sayang. Takkan hari ni pun nak jumpa juga? Orang penat la.." balas aku. Aku memang penat hari ni. Pagi tadi baru sahaja Puan Siti Aminah tu bagi tugasan untuk siapkan assignment. Dah la tu.. due date dia minggu depan. Bila dihitung seminggu sahaja masa yang ada.

"Yeke? Hmm.." kedengaran nada suara yang agak mendatar. Sedih je dengar.

"Kita jumpa hujung minggu ni ye? Wani banyak kerja nak kena setelkan la Arul. Rasa kita tak boleh nak jumpa.." aku berterus-terang lagi. Tak nak dia berfikir yang bukan-bukan.

"Arul datang sana jenguk wani boleh?" pinta dia lagi. Aku mengeluh. Fazrul semakin mendesak.

"Ok la. Arul datang je la. Tapi wani tak boleh layan lama-lama. Wani betul-betul busy ni.." jawab aku lagi.

"Ok.. dalam pukul 5.30 Arul sampai.. Bye sayang.." terus sahaja Fazrul menamatkan panggilannya. Aku hanya menggelengkan kepala. Fazrul seorang lelaki yang baik dan penyayang. Tapi sejak dua menjak ni dia kuat mendesak dan membuatkan aku rasa rimas sekali. Kemana sahaja aku nak pergi, dia mesti ikut sekali. Kadang-kadang kalau aku nak buat discussion dengan teman-teman lelaki, aku kena fikir dua tiga kali. Takut Fazrul cemburu. Maklum la.. kalau dulu aku tak berstatus 'awek' lagi pada dia. Lepas dah ada status 'in-relationship' ni, aku rasa terkongkong pulak!

*************************

"Petang nanti kau nak jumpa Fazrul?" tanya housemate aku, Fazilah tengahari itu sewaktu kami makan tengahari bersama.

"A'ah. Dia nak datang sini jumpa aku.." jawab aku acuh tak acuh.

"Pakwe kau yang muka dia ada iras-iras ryo nishikido tu, ek?" sampuk Linda, housemate ku merangkap roommate aku jugak.

"Yup!" jawab aku lagi. Takde mood nak bercerita tentang Fazrul lebih lanjut. Dalam otak aku ni dah berfikir banyak perkara terutama sekali kerja Puan Siti Aminah tu. Suka aku menyebut nama puan tu penuh. Lecturer paling aku anti sikit. Mulut dia kalau nak perli orang ke apa ke.. satu kelas boleh dengar. Tak payah pakai mic atau speaker. Otomatik tersembur memanah telinga. Sampai naik cair la taik telinga aku ni bila kena perli. Kalau dah sekali perli tu, tak henti-henti.

"Untungnya kau, Wani. Dapat pakwe handsome macam dia.." puji Linda lagi. Aku masih meneruskan kunyahan nasi aku tu tanpa ada apa-apa perasaan. Memang untung. Kalau aku pergi mana-mana.. mesti ada mata yang memandang. Tapi nasib baik la si Fazrul ni jenis tak layan perempuan. So it is not a big matter la untuk aku nak cemburu ke apa.Sebab aku yakin, dia tu setia dekat uitm tu.

"Hmm.. memang untung.." jawab aku lagi.

"Kau macam tak suka je bila kitorang tanya pasal Fazrul? Kau cemburu ke?" Fazilah menguji.. Aku cuma tersenyum.

"Takdela. Cuma aku sekarang takde mood nak cerita pasal dia. Terlampau banyak sangat benda lain yang aku nak fikirkan.." jawab aku berterus-terang. Mereka berdua hanya mengangguk. Faham dengan apa yang aku maksudkan.

************************

Fazrul begitu asyik bercerita tentang itu ini denganku. Aku tak tahu kenapa aku takde mood nak mendengar cerita dari dia. Di kedai makan ni, aku sibuk melihat reaksi pelajar-pelajar UiTM Merbok. Sampai mata aku tertancap kepada seseorang. Tidak berkelip..

Lelaki itu hanya tersenyum memandang ke arahku. Sempat juga dia melambaikan tangan kepadaku. Spontan tanganku membalas lambaiannya. Fazrul di hadapan tercengang.

"Sayang lambai tangan dekat siapa?" tanya dia lantas menoleh mencari gerangan siapakah yang aku lambaikan..

Aku hanya tersenyum. Handsome jugak mamat tu. Badan bidang. Muka ada la ala-ala Fahrin Ahmad. Hahaha.. Aku terkejut apabila terasa tanganku digenggam. Spontan mata aku memandang Fazrul. Dia tersenyum.

"Sayang nak makan apa lagi? Arul belanja.." genggaman tangan semakin erat.

"Tak nak dah. Dah kenyang.." balas aku. Satu kebaikan Fazrul, dia tak lokek dengan duit. Selalu sangat dia yang keluar duit setiap kali kami keluar bersama. Kadang-kadang segan pulak aku sebab dia bukannya bekerja. Kalau duitnya habis, mesti minta dekat PAMA dia pulak!

"Sayang buat apa hari ni?" tanya dia lagi.

"Buat apa? Pergi kelas la. Then jumpa awak dekat sini.." balas aku.

"Minggu ni kita tak boleh jumpa.." Aku memandang wajah Fazrul. Mata kuyu lelaki di hadapan ku ini betul-betul membuatkan hati aku cair. Itu lah mata kuyu yang aku suka satu masa dahulu.

"Kenapa?" tanya aku.

"Arul ada tournament bola keranjang antara UiTM. Kena pergi Shah Alam dua minggu." jawab dia. Patut la dia beria-ia nak jumpa aku. Rupa-rupanya lepas ni kitorang bakal berpisah selama dua minggu. Genggaman tangan dikejapkan.

"I'll miss you, sayang.." kata Fazrul lagi. Aku tersenyum.

"Me too. Alaa.. dua minggu je kan? Lepas ni kita boleh jumpa.." pujuk aku.

"Bila Arul takde nanti wani jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal.." nasihat dia. Aku ketawa. Patutnya aku yang perlu cakap macam tu pada dia. Ini terbalik pulak!

"Arul pun sama. Jangan nakal-nakal dekat tempat orang, tau!" balas aku. Fazrul tersengih.

"Tak! Sebab hati Arul dekat sini.. Tak mungkin akan nakal dekat sana.. huhuhu"
Aku terharu dengan kata-kata Fazrul. Hilang sudah rasa moody aku. Terbit rasa sayang kembali. Hm.. maybe nak kena PMS kot? Tu yang moody memanjang.

**************************

Fazrul menghantar aku pulang dengan scooternya. Kalau ikut hati, aku tak gemar naik motor dengan lelaki. Tapi disebabkan itu last choice, aku ikut juga. Kesian pulak dekat Fazrul. Takkan memanjang dia nak sewa kereta hanya kerana nak jumpa aku. Kena fikir juga tu.

"Sayang take care, tau!" pesan aku pada Fazrul. Dia mengangguk.

"Nanti Arul call wani kalau dah sampai sana, ye?"

"Tak payah call, mesej je. Sayang kena simpan duit tu. Nanti dah habis, susahkan mama dan papa Arul je.." tegur aku.

"Arul tak pernah pakai duit mama dan papa.." jawab dia. Aku terkejut.

"Habis tu mana Arul dapat duit banyak-banyak ni?" tanya aku tidak puas hati.

"Arul tolong kawan. Buat bisnes burger tiap-tiap malam. Dapat la sikit upah. Dengan upah tu Arul belanja wani.." jawab dia. Aku terharu. Fazrul memang dari dulu tidak pernah susahkan family dia. Dia begitu banyak berkorban. Tentang pelajaran pula, aku tahu dia kepingin untuk belajar ke luar negara. Dia pernah usulkan aku tentang impian dia. Tapi sebab abangnya juga mempunyai impian yang sama, dia terpaksa berkorban. Tak mungkin dia akan susahkan family dia. Aku tahu dia kecewa. Tapi nak buat macam mana..

"Walau macam mana sekalipun, Arul mesti simpan duit tu.. Mana la tahu Arul perlukan duit tu satu hari nanti??" tegur aku lagi.

"Memang perlu pun.." jawab dia selamba.

"Perlu ke? Perlu sesangat?" tanya aku menggelabah.

"Yelah. Arul kena la simpan duit nak pinang wani nanti.. Nak jaga wani. Takkan nak bagi anak orang makan pasir, kot? hehehe.." gurau dia membuatkan aku tertawa. Fazrul.. fazrul.. ada je ayat nak kenakan aku.

"Ok la. Kalau layan sangat Arul ni sampai bila-bila takde kesudahan." balas aku.

Fazrul hanya tersengih. Aku suka tengok muka Fazrul.Cutenya.. Dengan mata yang kuyu, hidung mancung, kening lebat, gigi tersusun, kulit sawo matang, tinggi 6 kaki 2 inci.. hmm.. he is a perfect guy! Betul la apa yang dikatakan Linda. Fazrul memang hensem.. Dah la tu, muka dia sebijik macam ryo nishikido. Takde langsung kelainannya. Kalau orang lain pandang dia tentu akan kata dia kembar seiras hero jepun tu. Entah-entah masa arwah maknya muda-muda dulu suka tengok cerita jepun kot? Kira dah terkenan la tu. Beruntung aku dapat lelaki yang setia dan mempunyai daya tarikan seperti dia.

Wani.. kau jangan sia-siakan relationship kau ni. Bukan senang nak bagi lelaki itu menyayangi kau sepenuh hati! Janji aku pada diri sendiri.

"Wani.. take care, ye?" pesan dia. Aku hanya mengangguk.

"You too. Bawa motor elok-elok. Dah sampai bagitau.." pesan aku pula.

Fazrul hanya mengenyit mata kepada aku lantas memakai helmetnya semula. Bunyi scooter kedengaran dan Fazrul segera meninggalkan rumahku. Sempat juga dia melambaikan tangan kepada aku tanda selamat tinggal. Hahaha.. Macam nak pergi berbulan-bulan je. I will miss you, sayang.. Bisikku dalam hati.

**************************

6 orang beri kritikan::

misz nana berkata...

harap2 xde pape la yang berlaku..
main kayu tiga ke, empat ke.. huhu..

LeaQistina berkata...

Wani and fazrul? hurm.. watak fazrul membuatkan Lea terkenangkan seseorang.. hehe.. seseorang yang membuatkan aku tersenyum setiap kali mengenangkannya.. keh.. keh.. keh...

alamak.. terjiwang la pulaks..!!

apa pun.. waniey.. nak lg...

ecah hamzah berkata...

nnt sye bitaw kak waniey, k....
tgh pk jap tajuk pe yg sesuwei....
hehe

Cik Waniey berkata...

nana,
korg tunggu je pe cite seterusnye.. hehehe..

lea,
hehehe teringat kisah cinta lama ke? hohoho...

ecah,
k thanks..
wani tggu idea ecah tu.. hehehe

Ejen Manuskrip berkata...

Jemput ke blog kami.

lulu berkata...

Salam..just nk tgur sket blh?
jgn kcik ati eak...
akak pnye jln citer sume dah mnarik tp jd t'ganggu nk bc bila ayt2 'jawab aku','sapa aku','rajuk aku..'
kalau akk gune jawabku,sapaku,rajukku lbih sesuai.
then...gune sayang2 slalu ntk yg dah kwin je.cintan2 ni geli la gne sayang2.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...