RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 8 Mei 2009

Bus Stand; Destinasi Cinta Kita (Season 2) 1


BAB 1

Dah hampir setahun juga la aku study dekat UiTM, Merbok Sungai Petani ni. Fazrul pula belajar di UiTM, Penang. Hmm.. nasib baik la kedudukan aku dengan Fazrul dekat. Boleh la jugak aku dengan dia berdating. Walaubagaimanapun.. status aku dengan Fazrul masih lagi sebagai sahabat. Kitorang belum bersedia untuk memegang title 'Couple of the year'. Cuma mesej sayang, manja, bucuk, etc tu dah jadi rutin ayat kami setiap hari.

Firdaus dan Mimi pula dah selamat berangkat ke luar negara. Mimi mengambil Neurosurgery di Royal College of Surgeons Ireland selepas tamat A-Level di INTEC, UiTM manakala Firdaus ambil jurusan Degree in Mechanical Engineering di Okayama University, Japan. Dah sebulan mereka pergi. Rindu pulak dengan mereka. Entah apa cerita mereka sekarang.

Habis je periksa SPM, lama juga la aku duduk kat Sabah tu. Sampai la aku dapat offer sambung Diploma in Accounting. Fazrul pula ambil Diploma in Electrical Engineering (Power). Dia dapat juga offer sambung ke luar negara tapi entah macam mana di saat akhir dia menolak. Maybe dia nak lepaskan abangnya dulu, kot? Maklum la.. kos nak ke sana bukan murah. Lebih-lebih lagi bila dapat biasiswa PAMA ni. Lagi la banyak pakai duit. Kalau nak tunggu tajaan MARA atau JPA, lambat la nak dapat sebab banyak sangat proses.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi..

"Hai, sayang.." sapa Fazrul..

"Hai.." balas aku.

"Tengah buat apa?"

"Tengah cakap dengan awak la!" perli aku. Fazrul hanya ketawa sahaja.

"Besok kita keluar? Arul ambil wani ye?"

"Kita nak ke mana?"

"Ada la.." Fazrul suka berahsia dengan aku. Sejak dua menjak ni banyak sangat surprise dia untuk aku. Sampai aku tak boleh nak predict perangai dia yang agak pelik dan tak boleh nak difahami. Teringat kembali saat-saat aku dan dia bergaduh dulu. First impression aku pada dia, he's too bored! Serius je.. tapi bila dah kenal.. Sangkaan aku meleset rupa-rupanya..

"Arul ada benda nak bagi wani. Something yang boleh bagi wani ingat Arul sampai bila-bila.." jawapan Fazrul semakin buat aku tertanya-tanya. Apa la plan dia kali ni. Fazrul kadang-kadang romantik juga. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu apa status aku dengannya. Adakah kami pasangan bercinta or sekadar kawan baik? Seriously, status aku dengan dia sekarang adalah best friend. Sama seperti dulu. Cuma up sikit, dia sayang aku lebih dari seorang kawan.. Tapi kami tak bercouple, so status apa namanya tu ek?

"Hmm.. awak maksudkan, the moment yang paling istimewa untuk saya, ke?" tanya aku untuk mendapatkan kepastian.

"Absolutely right!" jawab dia. Aku tersenyum. Berdebar juga bila dengar. Adakah Fazrul nak propose aku jadi tunang dia? Hahaha.. Fazrul tak pernah lagi propose aku jadi awek dia, macam mana pulak boleh jadi tunang terus ni? Hmm.. tapi tak mustahil jugak! Dia kata something yang aku tak boleh lupa. Hanya itu la yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Hohoho..

"Wani.." tegur Fazrul..

"Ya?"

"Miss you.." ucap dia. Aku hanya ketawa sahaja. "Kenapa ketawa?" dia seolah-olah tak puas hati bila aku ketawakan dia.

"Takde la. Geli hati. Kita kan selalu jumpa. Masih rindu-rinduan lagi?" sengaja aku menguji dia. Tapi dalam hati, aku juga merindui dia. Cuma aku tak nak lebih-lebih sebab aku sendiri tak tahu status aku dengan dia. Fazrul ni unpredictable person la. Nanti kalau aku lebih-lebih karang, takut berharap pulak!

"Serious. Arul rindukan wani.. Kalau boleh Arul nak buat benda ni secepat yang mungkin.. Tak nak tangguh-tangguh dah!" ujar Fazrul. Aku terdiam sebentar. Apa maksud dia nak buat benda tu secepat mungkin? Oh my God! Dia nak propose aku, ke? Aku tertanya-tanya dalam hati.

"Apa maksud Arul?"

"Wait and see.. Ok la! Arul nak tidur ni. See you tomorrow. Love you, sayang.." sengaja Fazrul menamatkan perbualan kami. Aku pulak tercengang. Memang Fazrul ni tak boleh dibaca gerak-gerinya. Very mysterious person.

*********************

Aku melihat jam di tangan. Lewat lagi budak ni. 10 minit menunggu, batang hidung pun tak nampak. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon di belakang aku. Fazrul melambai-lambaikan tangannya di dalam kereta. Aku mengeluh. Segera bergerak mendekati kereta sewa model kancil tu.

"Kenapa lambat?" tanya aku sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam. Sengaja membuat muka merajuk. Kasi ajar sikit! Kalau buat bisnes ni, sure projek melayang!

"Sorry la sayang.. Tadi ada prob sikit masa nak ambil kereta ni. Orang yang sewa kereta ni lambat sampai.. Kena tunggu pulak!" jawab Fazrul. Hmm.. reason yang munasabah! But..

"Habis, takde hati nak call orang ke bagitau?" marah aku lagi.

"Alaa.. kredit takde. Sorry ye, sayang.." pujuk Fazrul. Aku hanya menjeling. Alasan yang tak boleh diterima pakai. Semalam ok je call aku. Hari ni kredit habis pulak! Macam-macam.

"Kita nak ke mana?" tanya aku. Perkara tadi dibiarkan berlalu. Malas nak create pergaduhan. Hari ni kan hari istimewa. Perlu dirai dengan penuh kegembiraan.

"Kita ke Batu Feringgi? Petang-petang macam ni elok kita lepak dekat sana.." ajak Fazrul. Aku hanya mengangguk sahaja. Kereta mula bergerak meninggalkan rumah sewaku.

*********************

Aku melihat pantai. Udara kat sini segar. Damai je. Kadang-kadang kalau aku stress ke apa ke.. aku dan Fazrul selalu pergi ke sini. Tempat ni buat aku rasa tenang. Sampai sahaja ke sini, aku segera keluar dari kereta dan meninggalkan Fazrul ke belakang. Sengaja buat macam tu. Ajar sikit! Hahaha..

Tiba-tiba Fazrul mencuit bahuku. Aku menoleh.. Dia tersengih. Aku mengerut dahi. Apa kes ni?

"Kenapa sengih macam kerang busuk, ni?" tanya aku. Fazrul seperti menyembunyikan sesuatu dari aku. Ada something dibelakangnya. "Apa benda kat belakang tu?" tanya aku.

"Tutup la mata.." arah dia.

"Buat apa?" tanya aku balik. Hahaha.. sengaja je cakap camtu. Aku rasa mesti dia nak propose aku!

"Tutup je la.. pleassseee.." pinta dia lagi. Aku mengeluh. Lalu segera menutup mataku. "Ok, bukak.."

Sebaik sahaja aku buka mata.. bermacam-macam perasaan terbit dalam hati aku. Firstly, aku rasa nak terharu. Kedua, aku rasa gembira sangat. Ketiga, aku rasa nak nangis. And lastly, aku rasa I'm falling in love!!!!

"Will you be my fiancee?" sumpah! Dengan bunga di tangan, dia propose aku. Bukan start dengan awek dah tapi tunang terus. Dia ni biar benar??

"Awak ok ke, Fazrul?" tanya aku tidak percaya.

"Saya dalam keadaan waras, sayang.." jawab dia. Aku ketawa. Memang this is the moment yang aku tak boleh lupa.

"Bukan cara macam ni nak propose orang.. We still have parents, right? Kalau nak.. kena la jumpa parents orang dulu.. Ikut adat.." jawab aku.

"I know. Tapi orang nak propose dengan cara macam ni dulu.. Baru orang ikut adat.." Fazrul beria-ia. "Macam mana?" tanya dia lagi.

"Entah?" jawab aku. Sengaja mainkan perasaan dia. Kelihatan riak muka Fazrul berubah.

"Wani tak sayang saya?" tanya dia lagi.

"Of course I do!" jawab aku lagi.

"Habis tu.. macam tak sayang, je~?" uji dia lagi.

"Kita masih belajar, Arul.. Kita habiskan dulu, ye? Baru kita fikirkan benda ni semua.."

"Tahu. Tapi Arul nak kita ada ikatan.."

Aku mengeluh lagi. "Bertunang bukan perkara main-main Arul.. Ia melibatkan maruah keluarga. Lagipun kita masih muda. Kalau bertunang awal-awal.. takkan nak tunggu setahun dua baru nak fikirkan kahwin. Bertunang lama-lama tak elok orang tua-tua cakap. Banyak dugaannya.."

"But I love you, sayang.."

"I know.. Wani pun sayangkan Arul.."

"Hmm.. kalau macam tu.. will you be my girlfriend?" tanya dia lagi. Aku ketawa. Fazrul ni betul-betul kelakar orangnya. Hmm.. dia propose aku jadi girlfriend dia?

"I am serious, Wani.. Kalau tak tunang, Arul nak ikat wani jadi girlfriend Arul dulu.." Fazrul menghulurkan bunga ros itu kepada aku. Hmm.. nak ambil ke tak nak?

"Kalau wani tak ambil bunga ni bermakna wani dah tolak cinta Arul.." jawab dia sedih.

Aku memandang dia. Betul-betul berharap. Aku tersenyum lantas mengambil jambakan bunga tersebut. Fazrul gembira. Dia melompat gembira di depan aku. Aku hanya ketawa sahaja. Akhirnya aku dah dapat keputusan. Akhirnya aku dah tahu status aku dengan Fazrul walaupun penantian aku dengannya memakan masa setahun.

"Arul nak beritahu Fir pasal ni.." ujar dia. "Mesti dia tumpang gembira." tambah dia lagi.

"Hmm.. bagitau la.." jawab aku. Fazrul menghulurkan tangannya pula. Aku mencapai dan kami berjalan sambil berpegangan tangan di sepanjang pantai. Bahagia sungguh. This is the moment that I can't to forget.. the moment he proposed me to be his gf.. I am so happy..

********************************

Sejak aku bertitle "AWEK FAZRUL", hubungan kami semakin erat. Every night Fazrul akan call aku. Kadang-kadang dia akan nyanyikan untuk aku sebuah lagu. Lagu hasil ciptaan dia. Kalau kredit nak habis, dia akan hantar mesej gudnite, mesej sayang.. pada aku. Aku betul-betul bahagia. Ini baru awek, belum tunang lagi. Memang Fazrul ni mysterious person..

"I have something to ask you.." ujar Fazrul pada suatu hari..

"What?"

"Kenapa wani sukakan Arul?" soalan maut bagi aku ni. Aku diam sekejap. Cari idea nak jawab apa.. hehehe

"Entah la. Sebab Arul pelik kot?" jawab aku selamba. Maybe itu salah satu reason kenapa aku pilih dia.

"Pelik? Apa yang peliknya?" tanya dia.

"Sebab Arul ni unpredictable la.. Susah nak jangka apa yang Arul bakal buat.."

Fazrul tersenyum. "That is me! Someone that people couldn't know who am I.. Cuma satu pinta Arul.. don't u ever hurt me, sayang.. because my heart is only for you.." beria-ia dia menjawab. Aku menatap wajahnya. Mata jernih Fazrul memberi banyak makna. Teringat aku saat dia terluka dulu. Sempat aku mengintai Fazrul bermain gitar di belakang dewan. Dia suka bersendirian. Membawa diri yang terluka. Dan kehadiran aku memberikan sinar kegembiraan padanya.

Fazrul menggenggam kemas tanganku. "Promise?" tanya dia.

Aku senyum. "Promise.." jawab aku. Tidak sesekali aku akan mempermainkan perasaan dia. Aku betul-betul sayangkan Fazrul. He is the only man yang ada dalam hati aku sekarang. Tiada dua atau tiga.

************************

'Seyes?'

Malam tu aku sempat berchatting dengan Mimi. Dia begitu terkejut apabila mendengar khabar berita dari aku.

'Seyes la, Mimi.. Aku dan Fazrul dah couple sekarang..'
'Tahniah! Aku tumpang gembira..'
'Thanks! Doakan kebahagiaan kitorang, ok?'
'Ok.. No prob! Korang berdua memang padan sangat. Cuma masing-masing ego. Tak nak mengaku saling sayang..'
'Alaa.. bukan ego. Malu la kalau aku yang bertepuk sebelah tangan.. Maunya dia tak nak kat aku, aku plak yang terhegeh-hegeh. Apa kes?'
'Alaa.. Fir pun cakap Fazrul ada perasaan dekat kau, kan?'
'Tahu.. tapi aku nak dia mengaku sendiri..'
'At last dia mengaku jugak, kan?'
'Ya.. dan aku harap biar hubungan kitorang sampai ke jinjang pelamin..'
'I wish for that too..'
'Kau dengan Fir macammana?'
'Ok je. Nothing special to tell. Cuma sekarang masing-masing agak busy. Lama tak contact dia. Maklum la nak exam lagi dua minggu..'
'Yek? Bila korang nak balik?'
'Entah la.. maybe tahun ni tak balik, kot? Maybe one year later..'
'I will miss you guys!'
'Me too.. tu yang sedih kalau study luar negara. Kat sini kena jimat. Semua benda mahal..'
'Alaa.. biasa la tu. Duduk luar negara memang makan banyak duit. Standard la..'
'Tu la.. eh, ok la wani.. Aku nak keluar kejap. Member aku dah panggil ni~!'
'Hmm ok. Kim salam dekat kawan ko, ye?'
'Ok.. kim salam dekat Arul skali. Ada mase kita borak lagi, ye? Daa..'
'Ok daaa..'

Aku membaringkan diri di atas katil.. Adakah hubungan aku dengan Fazrul akan berkekalan???...

7 orang beri kritikan::

cornetto_o.d.f berkata...

hehehehe,,
ingatkan lame lgi bru kuar cite ni..,,da ade dah..
ptot k.kwaniey tnye nk ltk nme ape,,
best r,,,=)

LeaQistina berkata...

Salam waniey,

hehe.. permulaan yang menarik. Lea agree dengan tajuk yang waniey gunakan skarang

Bus Stand: Destinasi Cinta Kita.

sebab ada perlambangan cerita asal dan juga kesinambungan. Apa pun all d best k!!

Chaiyok!!

~LeaQistina

misz nana berkata...

dah ada sambungan dah cite Bus Stand ni.. best2!

Cik Waniey berkata...

cornetto,
cite ni patutnya mmg lmbt ni nak kuar.. tp sebab idea dah mari takkan nak simpan ye x? so wani publish awal la sket. hohoho

lea,
thanks.. wani pon rasa tajuk dia ok.. so sbb tu wani teruskan jugak!hoho

nana,
hehe.. lama xdgr cite. still stay support cite ni ye? hooho

ecah hamzah berkata...

salam kak waniey,
cte yg sgt simple n best utk dibace.

tp rasenye kan kalo kak waniey tukar sket tajuk pown ok gak la.

jgn la tukar sume.
tukar just mcm example:- bus stand 2:.......
bg la tajuk lain instead of destinasi cinta kita.

Cik Waniey berkata...

ecah,
kalau ecah ada idea bagi la tau wani.. kawan2 kat sini pon kalau ada idea bg la tajuk yg sesuai untuk cerita ini. ye'
wani berharap sangt atas sokongan korang sume..

misz nana berkata...

still2.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...