RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 29 Jun 2009

Alamak! Arziril ke Ariel!? 22

BAB 22

Ariel melepaskan penat di bilik persalinan. Dia tidak tahu siapa yang harus dia pilih. Farisya semakin memaksa dia. Gadis itu bagi dirinya sangat menarik. Mungkin dari segi rupa paras cuma..

'Kenapa aku tidak boleh menerima Farisya?' tanya dia dalam hati.

Tiba-tiba handphonenya berbunyi..

"Hello, Ki.." sapa Ariel apabila melihat nama Marzuki tertera di skrin.

"Zi.. we got a winner.." jawab Marzuki. Ariel mengerut dahi. Sudah hampir tiga minggu contest untuk rancangan jelajah berjalan. Dan kerana dia terlampau sibuk dengan aktivitinya sendiri, dia semakin mengabaikan contest itu. Hanya Marzuki yang sering mendapatkan informasi terkini dari Hot FM.

"Who's the winner?" jantung Ariel berdebar-debar. Adakah Dania berjaya?

"I am not so sure. But the winner is a girl. Maybe kita akan tahu dalam minggu depan.." jawab dia lagi. Ariel semakin berdebar-debar. "Next week kau kena pergi hot FM untuk bersama dengan pemenang contest kau ni.." tambah dia lagi.

"Hmm.. ok. Nanti kau inform aku macam mana."

"Ok roger and out."

Ariel mengeluh sekali lagi. Dania.. semakin dia rasa kehilangan gadis itu. Dia semakin busy dan Dania sudah jarang untuk contact dia. Kalau dulu dalam seminggu pastinya Dania akan call tanya khabar tapi sekarang.. Dania semakin jauh dengannya.

'Adakah Dania sudah menemui peminat misterinya?' tanya lagi di dalam hati. Hari itu dia pernah datang menjenguk Dania dan keluarga. Gadis itu langsung tidak excited apabila dia datang melawat. Dania semakin hanyut dengan secret admirer dia sendiri.

'Perlukah aku beritahu Dania siapa aku?' Tidak! Sekiranya dia beritahu gamaknya Dania akan sumpah seranah dia. Dan paling penting, Dania pastinya akan merajuk dengan dia lagi. Dania kadang-kadang agak panas baran juga.

'Kenapa la aku boleh sukakan gadis macam dia? Dania tu takde langsung ciri-ciri gadis idaman lelaki tapi.. kenapa aku tetap sayang dan cintakan dia? Inikah namanya cinta itu buta? Memang buta..'

************************

Dua minggu kemudian..

"Kenalkan Arziril.. ini la pemenang untuk contest you..Cik Dania namanya.." Encik Azmirul, ketua projek bagi rancangan mereka memperkenalkan gadis itu kepada Ariel. Ariel terkejut. Benar-benar terkejut. Dania rupanya pemenang rancangan mereka. Memang jodoh mereka begitu kuat.

"Hai.." sapa Arziril lantas menghulurkan tangan untuk bersalam. Dania tersengih lalu membalas huluran tangan Arziril. Siapa tak nak lepaskan peluang nak bersalam dengan artis pujaan, beb! Orang gila je yang sanggup lepaskan peluang keemasan macam tu.

"You all berborak la dulu, ye? I nak setelkan hal di luar. Nanti kita bincang tentang penjelajahan ni dengan lebih lanjut.." beritahu Encik Azmirul kepada mereka. Masing-masing hanya mengangguk.

Sebaik sahaja Encik Azmirul keluar dari bilik itu, masing-masing hanya diam membisu. Arziril hanya tersenyum memandang Dania. Dia begitu gembira.

"Err.. awak tak kenal saya, ke?" tanya Dania.

"Kenal awak?" Of course la kenal. Kau kan Dania. "Err.. tak ingat!" lain yang difikirkan lain pulak yang keluar dari mulutnya.

"Saya pernah jumpa awak dekat bilik masa konsert awak beberapa bulan yang lalu. Dah lupa, ke?" sambung dia lagi. Ariel tahu tapi takkan dia cakap dia ingat. Takut nanti pecah tembelang dia pulak!

"Hehehe.. sorry la. Saya betul-betul tak ingat.." jawab Arziril selamba.

Dania kecewa. Hmm.. kalau aku ni awek dia, mesti la dia ingat. Ni peminat dia je. Nothing to remember..

Dania hanya memandang sahaja Arziril di hadapan. Dia suka melihat wajah itu. Hensem.. plus wajah yang memikat hati. Hm.. wajah Arziril betul-betul iras wajah Ariel.

'Kalau la Ariel tu Arziril.. sumpah aku tak cari lain dah.. hahaha..'

"Macammana you boleh menang contest tu?" tiba-tiba Arziril bertanya.

"Err.. maybe nasib.. or rezeki.. I am your 'kipas susah mati' la.." jawab Dania bersungguh-sungguh.

"Ooo.. dah bersedia ke nak join penjelajahan saya?" tanya Arziril lagi.

Soalan apa ni? Mesti la dah bersedia. Sebelum menang lagi aku dah bersedia. Berkata lagi dalam hati.

"Welcome to my world, Dania.."

**************************

"What!? Kenapa I tak boleh ikut you, Arziril?" rengek Farisya.

"Bukan macam tu Eisya.. I pergi sana sebab kerja. Bukan honeymoon.." pujuk Arziril.

"Alaa.. I nak ikut jugak! Bukannya free.. I bayar la. Lagipun I dah lama tak bercuti.."

"Hmm.. you tanya la penerbit rancangan tu. Dia benarkan atau tak. I tak boleh bagi jawapan sebab bukan I yang buat rancangan ni.."

"Ok! Kejap lagi I call dia ye, sayang.. Arziril.. jom kita pergi makan, I lapar la.." ajak Farisya manja.

"Hmm.. kejap.. bagi I tukar baju dulu.."

"Ok! I tunggu dekat luar ye? Sayang you~!" Farisya menyanyi riang meninggalkan Arziril. Arziril hanya menggelengkan kepala. Tapi dia suka.. hehe..

**********************

Dania membelek setiap gambar di dalam diarinya. Dia tersenyum sinis. Hensem sungguh Arziril! Tak mustahil kalau ramai awek yang gilakan dia. Sedang dia asyik membelek diari tersebut tiba-tiba sekeping gambar jatuh ke lantai. Dania lantas mengambil gambar tersebut. Hmm.. dia mengeluh. Gambar Ariel dan dia sewaktu mereka di sekolah menengah. Walaupun dulunya dia bencikan Ariel tapi..

'Kenapa aku rasakan yang aku sudah mula sayangkan dia?' bisik hatinya.

Dania menyampai handphone di atas katil lalu menaip nombor handphone Ariel. Namun dia kecewa apabila talian di sebelah sana sedang sibuk.

***********************

"Sayang.. you rasakan I patut tak menang untuk pelakon remaja terbaik nanti?" tanya Farisya sewaktu mereka dinner bersama.

"Hmm.. you pelakon yang hebat. So, tak hairan kalau you menang.." jawab Arziril lurus.

Farisya mencapai tangan Arziril lantas digenggam erat.

"I sayangkan you la, Ril.." terus-terang dia. Arziril agak terkejut dengan kata-kata dari mulut Farisya.

"You ok ke, Eisya?" tanya Arziril mendapatkan kepastian.

"You tak nak propose I jadi awek you, ke? I really-really love you.." ujar Farisya beria-ia.. Arziril tersenyum.

"Eisya.. kita kat public sekarang ni.." Arziril mengubah topik lalu menarik tangannya dari terus digenggam oleh Farisya. Farisya mendengus.

"Kenapa you jual mahal dengan I? You tahu tak, I sanggup menjatuhkan maruah I demi you. Selama ni tak pernah tau I beria-ia minta nak jadi awek seseorang.. Selalunya lelaki yang propose I.. Tapi you.." marah Farisya. Dia menjeling tajam tidak puas hati.

"Eisya.. please.. Bukan sekarang.." Arziril cuba meredakan keadaan.

"You tunggu siapa sebenarnya, Arziril? Semua gosip yang melanda you semuanya palsu.. You ni memang takde perasaan kat wanita, ke?"

"Eisya.. bukan macam tu. I kena pentingkan kerjaya I.." jelas Arziril. Dia risau sekiranya Farisya memikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Then.. because of your career you nak korbankan life you?"

"My career is my life.."

"And you deserve to get that happiness.. with someone sayang.."

"Not now..." kata--kata Arziril betul-betul membuatkan Farisya tidak berpuas hati. Dia sayangkan Arziril. Lelaki itu lain dari lelaki yang dia kenal. I tak mungkin lepaskan you, Arziril. You always be mine! Janji dia.

**************************

Sekali lagi Dania menekan punat nombor handphone Ariel. Kali ni sudah 5 kali dicuba namun tetap gagal.

"Ish! Mana pulak dia, ni? Busy sangat ke sampai tak angkat phone??" bentak hati Dania. Rasa boring mula menerpa.

"Hmm.. tengok tv lagi best~" segera Dania meletakkan handphonnenya dan terus turun ke bawah untuk menonton televisyen bersama keluarga.

***********************

"Sure you tak nak balik dengan I?" tanya Farisya apabila keretanya tiba di lobi Hotel Concord.

"Takpela, Eisya. I dah call Zi. Kejap lagi dia datang ambil I.." jawab Arziril. Bukan apa, baru sebentar tadi Marzuki menelefon mengatakan ada bisnes terbaru yang perlu dibincangkan. Kalau tak, dah lama dia ikut Farisya.

"Ok.. see ya!" Farisya segera masuk ke dalam kereta sebaik sahaja drivernya membukakan pintu. Dia melambaikan tangan ke arah Arziril apabila kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan lobi itu.

Setelah kereta Farisya hilang, Arziril segera mengambil telefon keduanya yang diselitkan di dalam kot. Dia agak terkejut apabila melihat ada 5 miss-called dari Dania.

"Hmm.. bila masa Dania call? Kenapa aku tak perasan?" tanya dia bermonolog.

Arziril segera membalas miss-called tersebut. Namun setelah dicuba berkali-kali, Dania langsung tidak mengangkat phonenya..

'Hmm.. dah tidur ke?' bisik dia lagi.

Arziril mengeluh. Segera dia menuju ke dalam hotel untuk menunggu kedatangan Marzuki.

'Esok-esok je la aku call dia...' ujar Arziril.

*******************************

"Well, selamat datang ke studio kami Dania.." jemput Marzuki. Dania hanya tersengih memandang suasana studio itu. Tak sangka.. besar sungguh personal studio Arziril. Orang kaya.. tak salah ada studio sendiri.

Arziril membuka cermin mata hitamnya lalu mendekati Dania.

"Awak suka tempat saya, ni?" tanya Arziril tersenyum. Dania mengangguk laju.

"First time saya jejak tempat ekslusif ni, Arziril..." jawab dia jujur.

"Ooo.. have a seat. Nanti saya suruh pembantu saya buatkan air.."

"It's ok. Dapat datang sini pun saya dah di kira bertuah.."

"You are my special guest. I have to treat you as much as I can.."

"Takpe... "

"You duduk dulu, nanti saya datang. Ok?" Dengan penuh gentleman, Arziril mempelawa Dania duduk di sofa berdekatan. Dania mengetap bibir. Ya Allah.. gentlemannya dia...

Lima minit kemudian..

"Eh? Mengantok, ke?" tegur Arziril apabila gadis itu hampir terlelap di sofa.

Dania terkejut dan segera bangun..

"Err.. takde.."

"Hehe.. duduk la. Kenapa awak menggelabah pulak, ni?"

"Err.. saya.. saya.."

"Awak masih tak percaya yang awak sekarang berdepan dengan artis terkenal macam saya?" sengaja Arziril meriakkan diri. Nak tengok reaksi gadis itu. Dia kenal Dania. Gadis itu tidak suka kepada seseorang yang berlagak dan tunjuk bagus.

Dania mengetap bibir.

"Takde la.."

Tiba-tiba..

"Sayang...." tegur seseorang. Mata masing-masing memandang ke arah Farisya.

'Oh my God! Kenapa dia datang time-time macam ni?' ngomel hati Arziril. Matanya kini tertancap semula ke Dania. Mata mereka bertaut. Timbul rasa lain di hati masing-masing...

**************************

15 orang beri kritikan::

cutey_cat berkata...

dah lame ku tunggu akhirnya dpt gak bc smbngn cite niee.. best2.. x mo la si eisya 2 ikut skali..

::cHeeSeCaKe:: berkata...

hohoho..bile la nk kntoi ni?
tp klu kntoi, cm xbest lak..yela..nmpk sgt dania suke kt azriril coz die hnsem..xcm ariel..hope xla cmtu..biar die jtuh ati kt ariel..

sepatu biru berkata...

ee... xsuke la ngan eisya tuh..
gedik sungguh..
aduhai dania, buke lah hati tu utk ariel..
huhu..

cpt2 sambung taw!
best...

Tanpa Nama berkata...

lah lamanya baru ada sambungan crita ni..
dah lama kita tungu..
bila online je mst pi blog ni tp hampa tak ada yg new but today hepi sgt bab dpt baca sambunganny..best sgt lah awk..
keep up the good work ok..
hopefully awk smbg cepat skit ekk..
tak sabar nak tau next apa yg akan jadikkk..
jln crita pun lain drpd crita yg sy baca sblum ni..
excited to read more..
chayo chayo...hehe

Tanpa Nama berkata...

x puas ati n3 bab ni...kurang suspen...tp bgus lah....
teruskan usaha k..
hope u kan do best...
sye tgh tungu kantoi..bile dia nk kantoi..

from..tasya

nailofargurlz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

x suka farisya sbb dia gedik..bgla hepi ending yer..
cepat..smbung2..

Tanpa Nama berkata...

k.waniey bila nk smbg???k.waniey cbuk ker??papepun jgn giv up tau..smbg2..kasi gempak mcm citer benci bilang cinta 2 taw..
gud luck always k.waniey..:D

somebody waiting for the end! berkata...

k.waniey nie tak nak buat smbngan citer ni ke????buat penat jer kite bukak tak der sambungan jugak!!!!cpt sikit yer kite tunggu niey!!!!please......tliskn sambungan dye!kite mrayu nih!!

Cik Waniey berkata...

thanks kawan2..
insya'allah wani akan cuba untuk bagi n3 baru tak lama lagi..
wani mmg busy sgt.. banyak keje yang perlu disiapkan..
apa-apa pun.. doakan kejayaan wani..

Tanpa Nama berkata...

waniey...lamenye nak sambung cerita ni..i xsabarlah nak bace..best ni...

Tanpa Nama berkata...

kak waniey cpt smbgkan cite ni x sbr nk baca ni....best sgt cite ni...di hrap n3 akn dtg lbh best lagi...

Tanpa Nama berkata...

kak waniey, ble nk smbung cte 'alamak! arziril ke ariel!?

Cik Waniey berkata...

wani akan sambung dalam mase terdekat ni. harap korg setia menanti updatesnya nanti.. :-)

Tanpa Nama berkata...

WARGGGGHHHHHH!!!! SAYE SNGT TAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!! SUKA DENGAN SI DANISYA YANG NTAH APE2 TU!!! DAH MCM ORNG GILER PON ADE , HAII SAYANG !!!! EEEEEE!!! MENYAMPAH ! MENYAMPAH !!! MENYAMPAH!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...