RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 8 Julai 2008

Cinta Pertama 3

BAB 3

Hafifah yang baru keluar dari perpustakaan terjumpa Hezriq yang baru selesai menghabiskan latihan. Dia menjerit memanggil Hezriq.
HAFIFAH : Eriq!
Hezriq menoleh.
HEZRIQ : (dalam hati) Fifa?
Dia melihat Hafifah melambaikan tangan ke arahnya. Hezriq menyambung kembali langkahnya tanpa mempedulikan Hafifah. Hafifah hairan. Dia segera berlari mendapatkan Hezriq.
HAFIFAH : Eriq..
HEZRIQ : Aku takde mood nak layan sesiapa buat masa ni!
HAFIFAH : Eriq… kenapa dengan kau?
HEZRIQ : Leave me alone!
Hafifah memberhentikan langkahnya.
HAFIFAH : (dalam hati) Dia marahkan aku, ke? Tapi kenapa? Apa yang
menyusutkan fikirannya? Eriq, andai kata aku dapat membaca isi hati
kau, aku akan cuba menyelami perasaan ko sekarang…

***********************

Perlawanan semakin dekat. Eriq dan rakan-rakannya berusaha berlatih. Target mereka adalah mengekalkan kejuaraan untuk kali yang ke-4. Oleh sebab itu, mereka mesti tekun berlatih.
Hafifah dan rakan baiknya, Mary melihat Hezriq berlatih. Di dalam genggamannya terdapat bungkusan. Dia harus memberikan bungkusan itu kepada Hezriq tanda sayang.
Hafifah memandang Hezriq. Kelihatan jejaka itu tidak gembira hari ini. Dia seakan2 menyimpan luka di dalam hatinya.
HAFIFAH : (dalam hati) Kenapa dengan dia?
MARY : Fifa… ko dengar tak cerita baru pasal Eriq dengan Piya?
HAFIFAH : Cerita baru? Pasal diorang? Pasal apa?
MARY : Dengar cerita diorang berdua tu dah break.
Hafifah terkejut.
HAFIFAH : Break!!?? Betul, ke?
Mary mengangguk..
HAFIFAH : Sebab apa?
MARY : Entahlah!?
HAFIFAH : (dalam hati) Adakah sebab aku?
MARY : Dengar cerita diorang tu dah tak bertegur pagi ni. Kalau berjumpa
macam tak kenal.
HAFIFAH : Bila diorang break?
MARY : Semalam.
HAFIFAH : Mana ko dapat tahu semua, ni?
MARY : Hai… dah satu sekolah bising pasal diorang. Takkan ko tak tahu?
Hafifah terdiam.
HAFIFAH : (dalam hati) Adakah kerana itu kau mendiamkan diri, Eriq?

**********************

Selesai latihan, Hezriq dan Idham, rakan baiknya mengangkat kaki meninggalkan padang.
IDHAM : Pencapaian kita agak meningkat sedikit berbanding dulu.
HEZRIQ : A’ah.
Idham mengambil sebotol air dari beg sekolahnya lantas diteguk.
IDHAM : Ko rasa kita bleh menang tak kali ni?
HEZRIQ : Entah la! Tapi aku yakin kita boleh menang.
Idham mengangguk. Tiba-tiba…
HAFIFAH : Eriq…
Mereka berdua menoleh…
IDHAM : Fifa?
Hafifah dan Mary mendekati mereka berdua.
HEZRIQ : Ko nak apa lagi?
Hafifah menghulurkan sebungkus biskut kepada Hezriq.
IDHAM : Wah! Sedapnya bau biskut ni!
HAFIFAH : Biskut ni Fifa buat untuk Eriq. NantiEriq makan la yek?
Hezriq tidak membalas huluran itu. Dia segera membelakangkan Fifa dan mengemas semula barang-barangnya.
HEZRIQ : Kan aku dah cakap! Jangan kacau aku lagik!
HAFIFAH : Tapi…
MARY : Eriq, Fifa buat biskut ni hanya sebagai tanda persahabatan!
HEZRIQ : Aku tak teringin pun nak bersahabat dengan dia!!
Hezriq meninggalkan mereka berdua dalam keadaan tercengang.
IDHAM : Err… ko bagi kat aku aje la, Fifa. Nanti aku bagi kat dia. Dia takde
mood tu. Sori ye!?
Fifa tersenyum tawar lantas menghulurkan bungkusan biskut itu kepada Idham.
IDHAM : Thanks. Kalau dia tak mahu, ko bagi aku makan aje la, ek?
MARY : Banyak hensem muka ko!
HAFIFAH : Ko makan la kalo ko nak. Aku tak kisah!
MARY : Fifa?
IDHAM : Ha… Fifa tak kisah yang ko kisah sangat ni nape amoi!??
MARY : (bengkek) Huh!
HAFIFAH : Terima kasih ye, Am.
IDHAM : No prob, kawan. Aku pergi dulu ye?
Idham meninggalkan mereka. Mary menarik tangan Fifa meninggalkan tempat itu. Fifa hanya melihat bayang2 mereka berdua hilang dari pandangan.

1 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

ewah2x suke-suker hati hezriq marah fifa mcm tu....
alo dia ingat dia saper???????/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...