RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 4 Ogos 2008

Alamak! Arziril ke Ariel!? 19

BAB 19

Pada petang itu Dania mengemas biliknya. Sudah hampir seminggu biliknya tidak dikemas. Dah macam tongkang pecah jadinya. Baunya pun agak-agak dah macam bau stokin lembab. Masyaamm.. Sejak dua menjak ni dia agak busy dengan study. Maklumlah, exam tak lama lagi. Tu yang tak berkesempatan nak mengemas tu. Sekarang nipun sudah lama dia tidak keluar lepak bersama Lily dan Yasmin. Kalau jumpa pun cuma waktu kelas dan rehat sahaja. Habis je kelas, dia terus pulang ke rumah. Kalau tak ke rumah, dia mungkin akan habiskan masa di library.

Dania tahu, sejak kematian ayahnya.. hidup mereka sekeluarga tidak menentu. Kadang-kadang tu macam kais pagi makan pagi.. kadang-kadang tu pula perbelanjaan agak mewah la juga. Ikut masa. Tapi walau bagaimanapun, kesusahan hidup keluarganya perlu diubah. Dia tak mahu membiarkan ibunya seorang diri menguruskan hal rumah tangga. Sebagai anak sulung, tanggungjawabnya besar dan berat.

Walaupun Dania bukanlah jenis yang suka membantu ibunya membuat kerja rumah tetapi dia seorang gadis yang bijak. Dia gemarkan aktiviti yang lasak dan mencabar. Baginya, kerja rumah seperti membasuh, mencuci, mengemas dan memasak hanyalah satu perbuatan yang membosankan.Sebab itu dia jarang membantu ibunya di dapur.

Sebenarnya dulu Dania seorang gadis yang lembut. Sejarah silam mengajarnya erti kehidupan yang sebenar. Akibat dipermainkan oleh lelaki bernama Helmi suatu ketika dulu mendorong Dania menjadi seakan-akan boyish. Dia mula membenci lelaki dan tidak percaya dengan perkataan CINTA. Walaupun Ariel cuba membantunya melenyapkan perasaan dendam tersebut namun Dania tetap keras memegang prinsipnya. Tidak mungkin dia akan mula menyayangi manusia bernama lelaki.

Namun, sejak kehadiran Arziril Ryan dalam hidupnya telah menambat semula hati Dania terhadap lelaki. Walaupun hanya meminati dari jauh tanpa mengenali lelaki itu dengan lebih rapat namun Dania tahu lelaki itu ada keistimewaannya. Mungkin kerana Arziril tu jenis perahsia orangnya. Sampai sekarang dia masih tidak percaya bahawa nama sebenar Arziril Ryan itu adalah 'Arziril Ryan'. Jarang ada artis yang bijak menyembunyikan identiti sendiri di dalam hidupnya. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Walau sedikit mereka tersedar, mahu satu dunia nak dihebohkan. Sebab tu Dania sukakan Arziril. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu memang mempunyai bakat semulajadi yang boleh digelar sebagai superb dancer. Cita-cita Dania dirasakan telah dipenuhi apabila melihat tarian Arziril Ryan dikaca televisyen, internet ataupun secara life. Walaupun dia agak sedih kerana dia tidak dapat mencapai cita-citanya sebagai superb dancer namun dia puas hati kerana Malaysia telah berjaya melahirkan seorang anak melayu yang mampu mengatasi tarian mat saleh ataupun penari di luar negara.

Dania segera membuka tingkap biliknya. Kemudian dia mengambil penyembur air untuk menyiram bunga hasil pemberian seseorang kepadanya. Bunga ros berwarna pink itu semakin segar di bawah jagaannya. Dia membelek bunga tersebut. Sekilas dia tersenyum sendirian. Hairan.. siapakah lelaki yang baik hati menghantar bunga itu kepadanya? Adakah Ariel? Sejak Ariel berhenti dari belajar, bermacam-macam perkara yang terjadi dalam hidupnya. Entah siapa yang baik hati membelikan tiket konsert Arziril yang bernilai RM1000 tu untuknya. Lepas tu dia menerima bunga pula. Lepas ni tak tahu la pula benda apa yang dia akan terima lagi.. Hmm.. Ariel, ke? Tapi mustahil.. Ariel tak mampu nak beli semua tu. Pelajaran dia selama ni pun ibu yang tanggung. Masakan dia mampu membeli tiket semahal tu? Bunga ros warna pink pula tentu mahal harganya sebab jarang ada bunga warna itu di Malaysia ni. Walau bagaimanapun dia rasa seronok sangat sebab dapat hadiah, tu.

"Akak!!!!" jerit Danny dari bawah. Dania mengeluh lantas segera membalas laungan adiknya.

"Apa!!?? jerit Dania pula.

"Ada bear-bear..." jawab adiknya. Dania tidak memahami maksud Danny.

"Bear-bear apa!?" tanya Dania.

"Akak turun laaa.." balas adiknya lagi. Dania mendengus. Hilang sudah moodnya untuk berangan. Dia segera mengangkat kaki untuk turun ke bawah.

Dania mendekati adik-adiknya yang hanya tersengih kerang. Dia sengaja membuat muka marah dan mencekak pinggang..
"Ha! Apehal panggil akak, ni?" tanya Dania tak puas hati.

Danny menunjukkan sesuatu kepada Dania.
"Bear-bear.." jawab adiknya.

"Bear-bear??" Dania betul-betul terkejut apabila melihat satu patung beruang yang sebesar adik bongsunya di hadapannya. Daniel hanya memeluk sahaja teddy bear itu.

"Comel kan akak bear-bear ni..Eee.. geramnya..!" puji Daniel lantas dipeluknya erat.

"Adik.. ni mainan perempuan la. Kita mana boleh main anak patung ni.." ngomel Danny. Dia segera merampas teddy bear tersebut dari tangan Daniel lalu diberikan kepada Dania. Daniel hanya menjerit tidak puas hati. Mereka bergaduh. Dania segera menenangkan keadaan.

"Jangan gaduhlah!! Siapa punya ni, Danny?" tanya Dania. Danny hanya mengangkat bahu. Bila dipandang pula ke arah Daniel, adiknya itu juga tidak tahu. "Kamu ambil dekat mana bear-bear ni?" tanya dia lagi.

"Danny jumpa dekat pintu pagar rumah tadi.. Ada orang letak dekat situ" jawab Danny jujur. Tangan kanannya menunjuk ke arah pintu pagar.

"Ada orang tinggalkan, tak? Tanya tak kawan-kawan korang?"

Mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Dania hanya mengeluh.

"Lain kali jangan gatal-gatal ambil barang orang. Mana tahu kalau ada orang tinggalkan benda ni depan rumah kita kejap je ke.. nanti dia ambil la balik. Dah! Pergi letak balik kat depan pintu pagar tu.." arah Dania lalu diberikan semula teddy bear itu kepada adiknya. Mereka berdua hanya akur sahaja perintah dari Dania. Masing-masing berebut untuk memegang patung itu. Dania hanya menggeleng senyum. Macam-macam hal adik-adik dia ni.

Belum sempat dia menjejakkan kaki ke tangga semula tiba-tiba..

"Dania..!" kedengaran suara seseorang memanggil namanya dari arah luar. Dia melihat jam dinding. Sudah pukul 6.00 petang. Tentunya ibunya sudah pulang dari kerja. Sekilas kedengaran pula suara adik-adiknya menjerit-jerit keriangan menyambut kepulangan ibu tersayang. Puan Mahani memeluk dan mencium adik-adiknya sewaktu Dania berdiri di hadapan pintu rumahnya. Puan Mahani segera bergerak untuk masuk ke dalam.

Dia menghulurkan sekeping kad kepada Dania. "Mak jumpa kad ni dekat pintu pagar tadi. Kamu punya.." jawab Puan Mahani kepada Dania. Dania hanya ternganga. Dia segera mengambil kad tersebut lantas dibaca..

'Sudi-sudi la menerima hadiah terbesar ini sebagai tanda perkenalan..'

Ikhlas dari,
Secret Admirer


Dania terkejut. Adakah patung tadi hadiah terbesar untuknya? Dania menggelengkan kepalanya. Sekilas dia mencubit pipinya dan berharap ianya sekadar mimpi. Ouch! Dia menjerit kecil apabila pipinya terasa sakit. Dia bukan bermimpi. Matanya tertancap ke arah patung beruang di pintu pagar. Dia segera bergerak untuk mengambil hadiah tersebut. Erm.. sebagai tanda perkenalan? Siapakah lelaki itu? Kenalkah aku padanya?
Dania semakin tidak percaya..

*************************

"Apa!!? Kau dapat hadiah dari secret admirer!!?" jerit Lily terkejut. Semua mata memandang ke arah mereka di cafe tersebut.

"Kau ni kalau terkejut pun rileks la.. Jangan la sampai satu cafe ni kau nak heboh!" marah Dania. Yasmin hanya ketawa.

"Alaa.. kau macam la tak kenal si Lily ni. Kalau dah excited tu mula la mulut dia macam mikrofon. Huhuhu.." perli Yasmin. Lily hanya tersengih sahaja. Kemudian dia memandang semula ke arah Dania.

"Siapa weih? Kau kenal, ke?" tanya dia.

"Kalau aku kenal bukan secret admirer namanya.." jawab Dania lantas mengeluh.

"Entah-entah Ariel, tak? Hehehe.." teka Lily tiba-tiba. Mata masing-masing memandang ke arahnya. Ariel?

"Kenapa kau rasa Ariel, pulak?" tanya Yasmin tak puas hati. Dania hanya mendiamkan diri.

"Yelah.. cuba korang fikir.. benda ni terjadi selepas Ariel berhenti belajar. Start dari tiket konsert tu, bunga and sekarang teddy bear pulak.. Did you realize it?" ujar Lily panjang lebar. Yasmin hanya mengangguk. Boleh diterima pakai kata-kata Lily itu. Tak mustahil kalau Ariel yang bagi.

"Merepeklah!" bentak Dania tiba-tiba.

"Kenapa pulak merepek?" Lily bertanya tidak puas hati.

"Ariel tu mana mampu belikan tiket yang mahal macam tu. Dia berhenti belajar pun sebab duit.." jawab Dania bersungguh-sungguh.. Masing-masing diam.

"Lelaki Dania. Once he likes someone. He will do anything for her.." kata Yasmin pula. Lily hanya mengangguk. Mereka tahu dan memang sedar bahawa Ariel betul-betul sukakan Dania. Cuma Dania sahaja yang selalu mempertikaikan cinta Ariel untuknya. Maklumlah.. katanya cinta itu haprak! Membuang masa! Namun dia tak tahu cinta tu yang bakal memberi kebahagiaan untuknya satu hari nanti.

**********************

"Aku dekat rumah ni. Baru balik.." jawab Ariel apabila Dania menghubunginya malam itu. Ariel merenggangkan tie dari terus menjerut lehernya dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang briefcase. Dia hanya memakai bluetooth headset sahaja untuk berbual dengan Dania. Kemudian dia segera membaringkan diri di atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Jadualnya begitu ketat dengan latihan vokal dan tarian serta memenuhi jemputan show dari beberapa syarikat tempatan. Tadi baru sahaja dia menghabiskan persembahannya di Hotel Duta Vista sempena sambutan ulangtahun TV3. Hari ini dia hanya banyak menyanyi dari menari. Kalau difikirkan logik, tak padan langsung untuknya terkinja-kinja menari dalam situasi korporat sebegitu.

"Kau baru balik kerja, ke?" tanya Dania lagi.

"A'ah.." jawab Ariel pendek. "Kau call aku sebab apa? Rindu, ke?" gurau Ariel.

"Takde maknanya nak rindu dengan kau. Aku nak tanya sesuatu ni. Straight to the point. Tak nak lencong-lencong and aku nak kau terus-terang je.." kata Dania serius. Ariel tiba-tiba spontan bangun dari pembaringan. Apehal pulak ni?

"Err.. macam serius, je? Nak tanya pasal apa?" tanya Ariel gelabah.

"Kau pernah hadiahkan aku apa-apa tak sebelum ni?" Pertanyaan Dania membuatkan Ariel terdiam sejenak. "Ariel? Are you there?"

"Err.. hadiah? Kali terakhir masa birthday kau la. Kenapa?" ujar Ariel berbohong.

"Betul, ni?" tanya Dania lagi mendapatkan kepastian.

"Be..betul la. Kenapa? Kau dapat hadiah dari secret admirer, ke?" teka Ariel. Dania hanya mengiakan sahaja. Gadis itu memulakan ceritanya mengenai hadiah yang diterima bermula dari tiket konsert Arziril lagi. Ariel hanya mendengar sahaja.

"Ok la.. aku nak tidur, ni. Jaga diri kau baik-baik. Nanti ada masa kita borak lagi, ye?" kata Dania mengakhiri perbualan mereka.

"Ok. Kau pun jaga diri baik-baik.." balas Ariel. Sebaik perbualan ditamatkan, Ariel kembali baring. Di dalam fikirannya timbul rasa pelik.

'Hmm.. yang aku tahu, aku hanya bagi tiket konsert itu sahaja. Tapi.. siapa pulak yang bagi bunga dan teddy bear tu pada Dania? Alahai.. rasa-rasanya aku dah ada pesaing..', bisik hatinya. Tiba-tiba timbul pula rasa cemburu di hatinya. 'Tapi siapa lelaki tu?'

4 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

best la....siapa la agaknya pesaing aeril tu ekkk...smoga maju jaya wani...
CHAYUNK!! CHAYUNK!!

-AYUSHAH-

in_an berkata...

best lah..bl lg nak ada n3 br utk cite ni..sy ske sgt cite ni..

in_an berkata...

bl nak ada smbungan ni?dah lme tgu..lmbt lg ke new n3?harap cepat lah ye..

noaz berkata...

bile nak sambung balik cite nie??
1st time baca da terus jatuh cinta...
hehehe...
best sangat2...
sambung la cepat kay...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...