RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 9

BAB 9

Sepanjang perjalanan ke pejabat… Mamat dan Zarina berlari-lari anak. Puan Muzi semakin laju ke depan meninggalkan mereka.

“Arin! Tunggu aku.” Mamat mengejar Zarina sambil memegang perutnya. Sakit di perut semakin ketara. Dia sudah tidak peduli dengan darah dibibirnya. Langkah Zarina dikejar dengan sedaya upaya. “Arin!”

“Diam!!! Aku tak suka dengar suara kau!” Zarina menekap telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Langkah kakinya dipercepatkan. Dia benci mendengar suara itu. Mamat memperlahankan langkahnya. Dia melihat sahaja Zarina meninggalkannya jauh ke depan. Dia mengeluh.

*****************

Di pejabat… Puan Muzi menceritakan segala perkara yang telah terjadi di kelas mereka kepada Puan Shima. Setelah itu dia kembali ke kelas dan meninggalkan mereka berdua untuk diberikan sesi kaunseling dengan Puan Shima. Puan Shima merupakan pengetua kepada kolej itu juga sebagai pensyarah mereka.

Puan Shima membetulkan cermin matanya. Dia memandang ke arah kedua-dua pelajarnya itu. Dia kecewa dengan sikap mereka berdua. “Kenapa dengan kamu berdua, ni? Ada-ada saja halnya. Masuk kali ni dah dua kali saya dengar kamu bergaduh!”

“Err.. puan…” Mamat cuba memberi penjelasan.

“Saya minta maaf, puan!” potong Zarina tenang. Mamat memandang Zarina. Masih ada lagi sisa kemarahan di wajah gadis itu.

“Apa masalah kamu sebenarnya? Cuba kamu ceritakan kepada saya!”
Masing-masing mendiamkan diri. Mamat tunduk. Sesekali dia mengerling ke arah Zarina. Gadis itu diam membisu. Dia membatukan diri.

“Err.. takde apa-apa, puan. Cuma… cuma salah faham” jelas Mamat gugup. Dia tidak berani untuk memandang wajah garang Puan Shima. Puan Shima memandang ke arah Zarina untuk mendapatkan kepastian.

“Betul kata Mamat tu, Zarina?” tanya wanita separuh abad itu.

Zarina tunduk diam. Kemudian dia mengangguk perlahan. Wanita itu mengeluh.

“Tak pernah saya melihat pergaduhan yang macam ini di kolej saya. Pelik saya tengok. Kamu yang belasah Mamat, Zarina?” perli Puan Shima. Zarina hanya tunduk membisu. Rasa malu mula menyelinap dalam dirinya. Kenapa la aku tak menahan kemarahanku tadi?

“Tak pernah saya tengok perempuan yang memukul lelaki. Apa, kamu dah nak sangat jadi jantan, ke?” persoalan itu masih lagi tergantung tanpa jawapan.

“Kamu tahu apa hukuman sekiranya pelajar bergaduh di dalam kawasan kolej?” Puan Shima membuntangkan matanya.

Zarina dan Mamat masih lagi diam. “Saya.. saya..” Zarina cuba untuk mempertahankan dirinya tapi dia tiada idea. Dia tahu, sekiranya bergaduh pastinya mereka akan dibuang dari kolej. Dia menyesal kerana terlampau mengikut amarahnya sehingga bertindak mengikut perasaan.

“Saya yang salah, puan” Mamat mengaku setelah melihat Zarina sukar mempertahankan dirinya. Zarina menjeling ke arah Mamat.

“Kamu yang salah?” tanya Puan Shima sekali lagi hairan. Siapa yang bersalah sebenarnya, ni? Dia menyandarkan dirinya.

“Saya… saya yang selalu cari pasal dengan dia. Memang layak saya kena belasah, puan.” ujar Mamat tenang. Puan Shima mengeluh lantas menggelengkan kepala.

“Hmm… saya tak tahu apa masalah kamu berdua sebenarnya. Tapi kamu harus ingat, walau apa pun yang berlaku… you need to obey the rules! Jangan ikut sedap hati je nak belasah orang.” nasihat Puan Shima kepada mereka berdua. Mamat hanya mengangguk faham manakala Zarina hanya membatukan diri.

“So, saya nak kamu berdua bermaafan di depan saya. Jangan bergaduh lagi. Zarina, minta maaf dengan Mamat. Kamu juga begitu, Mamat” arahnya.

Mamat memandang Zarina. Dia menghulurkan tangan. “Aku minta maaf”.

Zarina hanya memandang sahaja huluran tangan itu tanpa dibalas.

“Zarinaaa…” tegas Puan Shima. Zarina mengeluh lantas membalas huluran tangan itu. Mereka bersalaman.

“Aku juga minta maaf” ujar Zarina acuh tak acuh. Dia langsung tidak memandang ke arah Mamat. Puan Shima tersenyum.

“Bagus! Now, I give you last warning! Kalau berlaku lagi, saya tidak teragak-agak untuk memberhentikan kamu berdua, faham? Kamu jangan ingat ibu bapa kamu orang berpengaruh saya takut untuk mengambil tindakan disiplin ke atas kamu berdua” Dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Mamat dan Zarina mengangguk.

“Lepas ni saya tak nak dengar apa-apa pergaduhan di antara kamu lagi. Kalau ada konflik, bincang cara baik.” Mereka mengangguk sahaja. Tiada langsung kata-kata yang terucap dari mulut masing-masing. Hanya menurut saja kata Puan Shima. Lagipun mereka tak nak memberatkan lagi masalah.

“Kalau takde apa-apa lagi, you may go now!” arah Puan Shima setelah lama mereka mendiamkan diri. Zarina dan Mamat bangun dari kerusi masing-masing.

“Tapi sebelum itu, Mamat…kamu jangan lupa pergi ke unit kesihatan. Ubat luka kamu tu.” ujar Puan Shima sebelum sempat mereka bergerak keluar.

“Baik, puan” Mamat hanya menurut. Setelah mengucapkan terima kasih mereka keluar dari bilik Puan Shima.

*******

Mamat menutup pintu bilik itu perlahan. Dia menoleh untuk bercakap dengan Zarina.
“Aa…” belum sempat dia berkata-kata, Zarina telah pun meninggalkannya. Mamat mengejar gadis itu. Dia perlu memberi kata putus.

“Arin…! Tunggu aku! Bagi aku kesempatan untuk menjelaskan perkara yang sebenar!” Mamat meninggikan suara memanggil. Langkah kakinya bergerak pantas mengejar langkah Zarina. Zarina tidak mempedulikan panggilan Mamat. Dia masih lagi melangkah tanpa menoleh. Malah langkahnya semakin laju. Dia malas nak ambil port tentang hal itu.

“Arin!” Mamat menarik tangan kiri Zarina manakala sebelah lagi memegang perutnya yang masih lagi dirasakan pedih kerana banyak bergerak.

“Kau nak apa lagi!? Lepaslah!” pinta Zarina lalu menarik kembali tangannya dari genggaman Mamat. Dia memandang ke arah lain. Dia memeluk tubuh. Benci melihat muka lelaki itu. Walau sehensem mana pun kau, aku benci tengok muka kau. Mamat mengeluh. Dia perlukan tenaga untuk berkata-kata.

“Aku tahu kau masih marahkan aku. Aku tak tahu siapa yang tukarkan hadiah tu. Aku… aku minta maaf.” Mamat meraih simpati. Zarina tersenyum sinis.

“Sudahlah, Mamat! Aku dah malas nak bergaduh lagi. Cukuplah dengan lakonan kau, tu. Mulai dari hari ini kau jangan ganggu hidup aku. Aku benci dengan kau!” Zarina meninggalkan Mamat dengan perasaan benci. Mamat semakin serba salah. Puas dia memanggil tetapi gadis itu masih tetap meneruskan langkahnya. Semakin lama semakin jauh sehingga akhirnya hilang dari pandangan.

Mamat jatuh melutut. Dia sedih yang teramat sangat. Sakit di perutnya diabaikan. Perasaannya lebih sakit dari itu. Dia kecewa sangat dengan apa yang terjadi. Niat untuk kembali baik dengan Zarina seterusnya mengambil hatinya bertukar menjadi tragedi yang memusnahkan harapannya. Kenapa jadi begini?

Di sebalik kesedihan Mamat, terselit kegembiraan di hati seseorang. Dia ketawa. Semakin lama semakin kuat. Hatinya semakin berdendam. Dia puas melihat kesedihan di hati Mamat. Padan muka kau, Mamat! Sekarang baru kau tahu siapa aku! Jangan kau ingat kau anak orang kaya, hensem, kau boleh berlagak dekat kolej ini. Sekarang rasakanlah! Zarina pasti akan membenci kau selama-lamanya. Dan sampai kau mampus pun gadis itu takkan menjadi kekasih kau! Hahahaaha….!

Zain mengeluarkan sesuatu dari dalam laci mejanya. Ya, Zain! Dialah yang merancang semua ini. Hadiah sebenar yang dirancangkan berada di atas mejanya. Dia membelek hadiah tersebut. Kesian betul kau, Mamat. Hadiah tu aku yang tukarkan. Suka aku melihat kemarahan Zarina apabila menghempaskan hadiah ‘baik punye’ tu di depan kau. Tak semena-mena kau dapat hadiah free dari Zarina. Aku rasa kali ni lebih bagus lagik! Haahahahaa… Ish! Ish! Ish! Kesian kau. Hadiah itu disimpan semula. Dendam aku dah terbalas. Maafkan aku, Mamat. Kau yang buatkan aku jadi begini...

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...