RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 8

BAB 8

Zarina semakin bengang dengan Mamat. Kali ini dia langsung tak boleh nak maafkan lelaki itu. Mamat ni dah melampau! Zarina bergerak pantas ke kelas. Amilia pula mengekori sahaja langkah Zarina. Gadis itu melangkah laju, dia laju. Gadis itu melangkah perlahan, dia memperlahankan langkahnya pula. Sedaya upaya dia cuba menenangkan Zarina sepanjang perjalanan mereka ke kelas namun tak berhasil. Gadis itu terlampau mengikut perasaannya.

“Arin, sudahlah! Dia nak bergurau je tu!” pujuk Amilia. Zarina tidak mengendahkan pujukan Amilia. Kejahatan mesti dibalas dengan kejahatan. Amilia cuba menghalang langkah Zarina. Tetapi Zarina menolak keras Amilia menyebabkan gadis kecil itu hampir terjatuh. Mata Zarina semakin membara.

“Arin…” tegur Amilia.

“Ko diam, Lia!!! Jangan kau nak masuk campur hal aku! Ini hal antara aku dengan budak bangsat tu!” bentak Zarina. Langkah Amilia terhenti. Dia terkejut dengan kata-kata Zarina sebentar tadi. Bangsat? Ya Allah! Budak ni dah parah!

Kelas yang tadinya tenang kembali kecoh apabila Zarina masuk sambil menghempaskan pintu. Mamat yang tengah bersembang dengan Fahrin, Azhar dan Zain senyap seketika. Zarina menghampiri mereka sambil menggenggam tangannya. Mamat memandangnya hairan. Dia bangun.

“Arin, macam mana dengan hadiah aku tu? Kau suka tak?” tanya Mamat tersengih.

Zarina tersenyum sinis. “Ye! Hadiah kau tu memang aku suka! Suka la sangat-sangat!! Nah ini sebagai tanda terima kasih!” satu tumbukan untuk kali kedua tepat ke muka Mamat. Fahrin, Azhar dan Zain serentak bangun. Tak cukup dengan satu tumbukan, Zarina menendang pula perut Mamat. Kali ni dia semakin ganas. Mamat terundur ke belakang menahan sakit. Zain dan Azhar segera menerkam Zarina. Gadis ini tak boleh dilepaskan. Bahaya! Amilia masuk ke dalam kelas dan terus berlari ke arah Zarina yang seolah-olah di rasuk hantu.

“Arin! Mengucap Arin! Mengucap!” pujuk Amilia. Zarina masih lagi menjerit meminta supaya dilepaskan.

“Lepaskan aku!! Biar aku bunuh budak setan ni! Dia ingat dia bagus sangat!!??” Zarina cuba untuk melepaskan dirinya dari pegangan Zain dan Azhar. Fahrin pula pergi ke arah Mamat yang menahan kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke, Mamat?” tanya Fahrin risau. Dia risau melihat keadaan kedua-dua rakannya itu. Mamat seolah-olah semput. “Nak aku bawa kau ke hospital?”

Mamat menggelengkan kepalanya sambil memegang perutnya yang sakit. Dia memandang Zarina. “Kenapa dengan kau ni Arin!? Apa salah aku?” tanya Mamat tak puas hati. Dia semput.

Zarina tersenyum sinis. “Apa salah kau!? Ini~!” Zarina menunjukkan bungkusan di tangannya. “Apa ni!?” Dia melemparkan kotak itu ke arah Mamat dan Fahrin. Nasib baik sempat mereka mengelak. Kotak itu pecah. Terkeluarlah sesuatu dari dalam kotak itu.

“Aaaahhhh!!! Bangkai katak!!! Gelinyaaaaa!!!” jerit pelajar perempuan dalam kelas itu. Masing-masing terkejut dengan apa yang terjadi. Mamat menggelengkan kepalanya. Fahrin, Azhar dan Zain juga terkejut apabila melihat bangkai katak itu. Itu bukan hadiah yang mereka rancangkan.

“Tak puas lagi ke kau nak bergurau dengan aku!?” kata-kata Zarina semakin perlahan. Air matanya bergenang di kelopak mata. ‘Kali ini aku tak nak menangis. Aku mesti kuat’ desis hati Zarina.

“Aku…aku…” sukar untuk Mamat jelaskan. Bibirnya bergetar. Dia tak sangka dengan apa yang berlaku. Siapa yang telah menukarkan hadiah dalam kotak tu?

“Arin. Sabar Arin! Biar Mamat terangkan segalanya” pujuk Amilia.

“Ye, Arin. Biar aku yang terangkan” Fahrin menyampuk. “Ini bukan hadiah yang kami rancang. Kami tak tahu bila hadiah ni ditukar.”

“Betul!” sokong Azhar dan Zain.

“Huh!?” Zarina tersenyum sinis. “Banyak la alasan korang. Hadiah ditukar konon! Korang ingat aku ni bodoh!? Ni salah satu permainan korang nak mempermainkan aku, kan!?” Zarina membentak. Pelajar semakin ramai dalam bilik kuliah itu.

Puan Muzi yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke kelas mereka terkejut apabila melihat begitu ramai pelajar dari kelas lain mengerumuni kelasnya. Dia mempercepatkan langkahnya untuk mengetahui apa yang telah berlaku.

“Apa yang dah jadi, ni!?” Puan Muzi masuk ke bilik kuliah. Dia terkejut melihat keadaan kelas itu. Malah lebih terkejut bila melihat bangkai katak di atas lantai. Tiba-tiba timbul rasa jijik apabila melihat bangkai itu lebih lama. “Astaghfirullahalazim!” Dia mengalihkan perhatian ke arah pelajarnya. “Apa dah jadi ni? Kenapa bangkai tu ada dalam kelas, ni?” marah Puan Muzi.

“Arin dan Mamat bergaduh, puan” jawab salah seorang pelajar kelas itu. Masing-masing mengangguk mengiakan.

“Bergaduh? Pasal apa?” tanya dia lagi tidak puas hati. Mukanya berkerut seribu.

“Pasal katak!” Pelajar-pelajar lain ketawa mendengar jawapan itu. Puan Muzi menyuruh mereka diam. Kelas kembali senyap. Orang tengah serius dia buat lawak pulak.
“Apa dah jadi ni? Mamat? Zarina?” Dia memandang tajam ke arah mereka berdua. Mamat dan Zarina tunduk membisu.

“Puan… Saya… Zarina..” Mamat gugup.

“Kamu bergaduh sampai luka-luka macam ni. Ni dah kes berat. Ikut saya berjumpa Puan Shima sekarang!!” arah wanita muda itu lantas meninggalkan kelas. Zarina dilepaskan. Dia mengurut tangannya yang lenguh. Selepas itu, dia mengorak langkah menuju ke pejabat. Begitu juga Mamat.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...