RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 7

BAB 7

Sampai sahaja di kolej, Zarina segera ke kelas. Amilia yang menantinya di kelas melambaikan tangan ke arah Zarina. Zarina tersenyum lantas mendekati Amilia dan duduk di sebelahnya.

“Awal kau datang hari, ni?” bisik Amilia. Zarina tersengih sambil membetulkan duduknya. Dia mengeluarkan buku dari dalam beg.

“Aku nak buat azam baru, doh!” gurau Zarina.

“Azam baru? Wah! Impressive! Hehehe…” Mereka ketawa. Mamat yang dari tadinya melihat gelagat mereka bangun mendekati Zarina. Itupun setelah dipaksa Fahrin dan Azhar berulang kali.

Amilia menyiku tangan Zarina apabila melihat Mamat mendekati mereka. Zarina diam. Malas dia nak layan budak gila itu. Sakit hatinya terhadap lelaki itu masih belum hilang. Mamat semakin serba salah. Semakin dia dekat, jantungnya semakin berdegup kencang.

“Err…” Mamat menggaru hidungnya yang tidak gatal. Zarina pura-pura sibuk. Tak sanggup dia memandang muka Mamat. Takut nanti darahnya mendidih kembali. Mamat menoleh ke arah kawan-kawannya. Macam-macam gaya mereka buat supaya Mamat melakukan apa yang disuruh. Mamat kembali memandang Zarina. Amilia di sebelah tersenyum sinis. “Err…” Masih lagi tidak bercakap. Aduss…apa aku nak mulakan, ni?

“Kau nak apa ni, Mamat? Nak cari gaduh dengan Arin lagi, ke?” sampuk Amilia. Budak ni. Nak minta maaf pun susah sangat ke? Apa ke bengap sangat! Cakap ajelah! Bukannya suruh kau melutut depan dia. Dari tadi Mamat mundar-mandir. Satu perkataan pun tak diluahkan. Amilia rasa nak tergelak melihat kelakuan Mamat. Buat jahat boleh. Nak minta maaf hancus!

“Kau nak apa sebenarnya?” tanya Zarina serius. Dia langsung tidak memandang wajah Mamat. Jijik rasanya melihat lelaki itu.

“Err…aku…aku…” Mamat masih lagi gagap. Aduhh…kenapa ni? Belum sempat Mamat nak berkata-kata Daud, class representative mereka masuk ke dalam kelas.

“Puan Kartini datang!” jerit dia. Pelajar-pelajar lain segera duduk di tempat masing-masing. Mamat tiada pilihan. Dia terpaksa mengikut jejak langkah pelajar lain. Amilia, Fahrin dan Azhar mula menepuk dahi. ‘Bodoh betul la budak sekor nih!’, desis hati mereka. Zarina memandang Amilia.

“Kenapa kau tepuk dahi?” tanya dia hairan.

“Ha?” Amilia gelabah. Apa aku nak jawab? “Err…takde. Ada nyamuk gigit dahi aku tadi. Tu yang aku tepuk tu! Tak nampak merah dahi aku, ni?” Amilia cuba memberi alasan sambil menunjukkan kesan tepukan di dahinya. ‘Logik kot jawapan aku ni?’, desis hatinya.

Zarina menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal kawannya yang sorang nih. Pelajaran dimulakan. Masing-masing khusyuk mendengar celoteh Puan Kartini di hadapan kelas.

Pada saat itu Mamat masih lagi memikirkan langkah yang patut dia buat selepas ini. Plan A untuk minta maaf di hadapan Zarina tergendala sebentar. Terpaksalah dia menggunakan Plan B pula. Harap plan kali ni menjadi. Dan tatkala itu jugalah seseorang tersenyum sinis melihat adegan mereka berdua.

************

Selesai sahaja kelas, Zarina dan Amilia segera ke café untuk melepak sementara menunggu masa kelas seterusnya setengah jam lagi.

Di café, Amilia membeli segelas air teh o ais manakala Zarina pula membeli milo ais kegemarannya. Mereka memilih meja hujung sebagai tempat untuk bersantai sambil memandang ke arah tasik berhampiran. Amilia menyedut airnya untuk menghilangkan dahaga. Begitu juga Zarina. Masing-masing melayan perasaan.

“Kelas Puan Kartini tadi bosan sikit la. Sepanjang masa serius je.” rungut Amilia memulakan perbualan.

“Bukan bosan sikit…bosan banyak kau tau! Dah la tu, time tu aku dah la mengantuk, dengar celoteh dia buat aku rasa nak tidur je. Kau bayangkanlah, berapa ramai budak kelas kita buat tahi mata tadi. Siap ada yang berdengkur lagi.” ujar Zarina. Amilia mengangguk tanda setuju.

“Tapi kau perasan tak ada orang dari tadi asyik pandang kau!” Pertanyaan Amilia membuatkan Zarina membuntangkan matanya.

“Pandang aku? Siapa? Tak perasan pun?”

“Adalah. Takkan kau tak perasan?”

Zarina mengeluh. “Huh! Aku malas la nak fikir. Ala.. dia pandang orang lain tu. Budak tomboy macam aku ni siapa yang nak pandang? Gila la lelaki tu.” jelas Zarina. Tapi dalam hati berbunga-bunga.

“Lelaki? Aku ada cakap lelaki ke tadi? Aku cakap ada orang pandang kau je. Tak kata lelaki ke perempuan. Eee.. Perasannya kawan aku ni! Hahaha ” Amilia ketawa. Zarina terdiam. Kurang asam jawa betul budak ni. Malunyeeeeeee…. Zarina menekup mukanya menahan malu. Amilia pulak dah guling-guling ketawa. Zarina lantas ingin meluku kepala kawannya tapi sempat dihalang oleh Amilia. Dia menjelirkan lidah mengejek. Zarina turut ketawa. Begitu la mereka. Setiap kali berjumpa masing-masing suka menyakat.

Dari jauh, ada seseorang tersenyum memandang mereka.

“Arin!” Mereka berdua memandang serentak ke arah lelaki itu.

“Zain?” mereka berkata serentak. Zain hanya tersenyum.

“Hmm… apehal ni? Nak hantar pesanan dari Mamat ke?” tanya Amilia sambil menjeling tajam ke arah Zain.

“Yup! Tapi bukan untuk kau! Jangan nak perasan!” ejek Zain. Amilia mencebik. Eleh! Macam la aku tak tau.

“Hai, sejak bila pulak kau jadi posmen, ni?” perli Amilia.

“Suka hati aku la!! Kau sibuk buat apa? Ada aku susahkan kau?” sekali lagi Zain membalas. Kali ni amat pedih. Mendidih darah Amilia. Amilia bengang.

“Sudahlah! Tak payah nak bergaduh.” Zarina menenangkan keadaan. Kalau aku tak menyampuk mahunya jadi perang dunia ketiga kejap lagi. “Ha, apa yang dia nak?” tanya Zarina setelah melihat masing-masing senyap.

Zain tersengih. “Dia suruh aku sampaikan benda ni dekat kau!!” Zain menghulurkan satu bungkusan. “Ambillah!”

Zarina tidak mengambil. Dia melihat sahaja. Zain mengeluh. “Laa…kenapa tak nak ambil pulak? Dia suruh aku bagi dekat kau!”

Zarina mendengus. Amilia hanya memandang Zarina hairan. “Kenapa dia tiba-tiba baik bagi hadiah ni dekat aku?”

“Dia nak minta maaf” jawab Zain pendek.

“Kenapa tidak dia sendiri yang bagi?” Zarina memandang tajam ke arah Zain. Zain gugup.

“Dia malu. Alaa… kau ambil ajelah! Kira bertuah la dia nak bagi kat kau!” Zain masih lagi menyuakan bungkusan itu ke arah Zarina. Naik lenguh tangan dia. Amilia yang dari tadinya membatukan diri menyampuk. Dia mengambil bungkusan itu.

“Dah, cakap kat Mamat terima kasih. Kata kat dia lagi Arin maafkan dia.” Zarina terkejut dengan kata-kata Amilia. Dia membuntangkan matanya. Sejak bila aku cakap aku maafkan budak gila, tu? Amilia memberi bahasa isyarat ke arah Zarina supaya diam sebentar. “Ha! Apa lagi!? Blah la!!!” halau Amilia. Zarina hanya memandang.

“E’eleh! Kerek la minah ni. Ingat lawa sangat la tu! Blah la” Zain meninggalkan mereka. Dia merungut sorang-sorang. Entah apa yang dia rungutkan tu? Lain macam je bahasa dia? Kalau memprotes dengan kelakuan Amilia pun rileks la. Zarina memandang Amilia tajam.

“Masa bila pulak aku maafkan budak tu? Aku tak suka la kau senang-senang buat keputusan untuk aku!!” Zarina memprotes. Pantang bagi dia orang lain membuat keputusan untuknya. Amilia mengeluh.

“Ala, Arin…sampai bila kau nak membenci Mamat tuh! Dia kan dah minta maaf. Lupakan ajelah.” nasihat Amilia.

“Aku takkan lupakan apa yang dia dah buat pada aku!” bentak Zarina. Hatinya masih lagi tidak dapat memaafkan perbuatan Mamat. Amilia menggelengkan kepala.

“Oklah. Suka hati kau la. Sekarang ni kau buka bungkusan ni. Manalah tahu hadiah yang dia bagi ni dapat mencairkan hati kau yang KERAS tu!” perli Amilia. Saja je Amilia menekan sedikit perkataan keras kepada Zarina agar gadis itu sedar akan kesalahannya. Bukan dia tak tahu si Zarina ni kaya dengan kedegilannya. Zarina hanya memandang sahaja bungkusan di hadapannya itu.

“Cepatlah buka! Tak sabar aku nak tengok benda apa dalam bungkusan ni!” ujar Amilia excited.

Zarina mengeluh lantas mengikut sahaja kata-kata Amilia. Amilia tersenyum. Satu kemenangan untuknya sebab dapat mencairkan hati gadis itu. Zarina mengoyakkan kertas pembalut dan membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya mereka…

“Ya Allah….!!!!!!!! Apa ni!??” Masing-masing menjerit lantas Zarina secara automatik membuang kotak itu ke lantai. Satu hari café menjadi riuh rendah.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...