RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 6

BAB 6

Esoknya Zarina bangun awal untuk ke kolej. Dia segera mengambil jaket dan turun ke bawah. Mak Mah memanggilnya di ruang makan apabila melihat Zarina turun. Zarina segera ke ruang makan. Dia melihat sarapan yang disediakan dan menghidunya.

“Erm…sedapnya bau. Ni yang buat Arin lapar ni!” puji Zarina sambil menyapu perutnya. Dia duduk menghadap makanan. Wah! Mee goreng favourite aku. Cantik! Mak Mah hanya tersenyum. Dia meletakkan pinggan di hadapan Zarina.

“Kan elok kalau tiap-tiap pagi Ina makan. Penat je Mak Mah masak kalau Ina tak nak makan. Hari ni Mak Mah masak mee goreng kesukaan Ina. Makan sampai kenyang, tau.” ujar Mak Mah sambil menuangkan air teh ke dalam cawan. Zarina mencedok mee kesukaannya dan diletakkan ke dalam pinggan. Dia lantas menyuapkan mee tersebut ke mulut dengan lahap. Mak Mah menggeleng kepala melihat gelagat Zarina. “Makan tu perlahan-lahan, Ina. Karang tercekik susah pulak”.

Zarina ketawa. “Alah, Mak Mah. Ghairah sangat nak makan mee Mak Mah yang sedap sangat ni. Bukannya selalu.” Mak Mah ketawa kecil. Seronok dia melihat Zarina hari ini yang ceria. Memang jarang untuk melihat sinar keceriaan di muka Zarina. Hidup gadis itu sentiasa dihiasi dengan penderitaan.

Mak Mah duduk bertentangan dengan Zarina. Dia melihat sahaja gelagat Zarina makan. Zarina memandang Mak Mah. “Mak Mah tak nak makan sekali, ke?” tanya dia. Mak Mah menggeleng sambil tersenyum.

“Ina makanlah dulu. Mak Mah masih kenyang lagi.”

“Kenyang? Mak Mah makan apa tadi?”

“Mak Mah tak makan apa-apa pun. Tapi Mak Mah kenyang bila tengok Ina makan.”

Zarina menunjukkan reaksi hairan. “Boleh pula kenyang tengok orang makan, kan? Kalau macam tu, bila Mak Mah lapar kena selalu tengok Arin makan la. Jimat sikit. Hehehe..” gurau Zarina. Mak Mah ketawa kecil.

“Kelas Ina sampai pukul berapa pagi ni?” tanya Mak Mah.

“Sampai pukul satu, Mak Mah. Tapi Arin tak balik sebab pukul dua ada kelas lagi.” jawab Zarina. Mak Mah mengangguk faham. “Err… Mak Mah, boleh Arin tanya sesuatu?”

Mak Mah memandang gadis itu. “Apa dia? Tanyalah.”

Zarina menguis-nguis mee di pinggannya. “Kenapa Mak Mah panggil Arin, Ina? Dari dulu lagi Arin hairan.”
Mak Mah tersenyum. “Kenapa? Ina tak suka, ke?”

Zarina menggelengkan kepala. “Takdelah. Semua orang panggil Arin dengan nama ‘Arin’. Mak Mah je panggil Arin dengan nama ‘Ina’.” Zarina inginkan kepastian. Wanita tua di hadapannya tersenyum lagi.

“Sebab nama ‘Ina’ tu lebih sopan. Baru nampak Ina ni perempuan melayu terakhir.” Zarina tersedak bila mendengar jawapan dari mulut Mak Mah. Perempuan melayu terakhir? Tiba-tiba dia ketawa. Mak Mah hairan.

“Kenapa Ina ketawa?”

“Arin ni memang dah macam ni, Mak Mah. Sejak kecil dah macam jantan. Nak pegang title perempuan melayu terakhir tu lambat lagi kot. Entah-entah tak layak.” Zarina ketawa semula. Begitu juga Mak Mah.

“Tapi tak mustahil kalau satu hari nanti Ina bakal memegang title tu, kan?” Zarina memandang Mak Mah. Dia tersenyum. Aku? Ye ke?

Sedang mereka berdua berborak ibu, ayah dan kedua orang kakaknya turun. Zarina diam apabila mereka menghampiri ruang makan. Ayahnya duduk di hujung meja ibunya duduk di sebelah Zarina manakala kakak-kakaknya duduk bertentangan antara dia dan ibunya. Mak Mah bangun untuk memberi ruang Zurida duduk.

“Mak Mah! Takkan mee aje?” rungut Zurida, kakak sulung Zarina.

“Yelah, Mak Mah.” sokong Zaimah, kakak yang tengah. Mak Mah menjadi serba salah.

“Ini saja yang Mak Mah buat, Ida, Imah.” Mereka berdua merungut bising. Dato’ Zaki menggelengkan kepala.

“Korang berdua ni, makan ajelah apa yang Mak Mah kamu buat. Jangan nak merungut pulak!” tegur Dato’ Zaki.

“Ala, papa. Mee goreng ni Ida tak suka sangat.”

“Imah, pun!”

“Sudah! Jangan nak merungut. Makan aje!” tegur pula Datin Sahara. Mereka berdua diam. Masing-masing tak berani melawan kata-kata ibu mereka. Maklumlah, ibu mereka lebih tegas dari ayah mereka. Sekali melawan mulalah naik tangan. Tapi buat masa ini mereka berdua belum lagi merasa penangan ibunya kecuali Zarina. Mak Mah meletakkan mee goreng ke dalam pinggan mereka. Masing-masing makan.

Zarina yang tadinya diam terus bangun. Dia sudah kenyang. Ayahnya memandang Zarina. “Arin dah habis makan?” Zarina mengangguk lantas dia membawa pinggan ke dapur. Setelah selesai mencuci pinggan dia segera ke ruang makan untuk mengambil beg, buku serta jaketnya.

“Arin pergi dulu mama, papa.” kata Zarina sambil menghulurkan tangan ke arah ibunya untuk bersalam. Tetapi Datin Sahara langsung tidak mempedulikan huluran tangan anaknya. Zarina mengeluh lantas ke arah ayahnya pula. Setelah mencium tangan ayahnya, dia segera meninggalkan ruang makan itu. Zurida dan Zaimah hanya memandang sahaja. Dato’ Zaki menggelengkan kepala.

“Anak awak nak salam tu, kenapa awak buat ‘dek’ je?” tegur Dato’ Zaki.

“Saya takde hati nak menyentuh tangan anak yang kurang ajar!” perli Datin Sahara selamba. Mereka yang berada di ruang makan terkejut dengan kata-kata Datin Sahara lebih-lebih lagi Mak Mah. Dia sedih apabila Datin Sahara sanggup menggelarkan Zarina sebagai anak yang kurang ajar. Apa salah budak tu?

“Apa yang dia dah buat pada awak?” tanya Dato’ Zaki tidak puas hati.

“Awak tanyalah dia sendiri!”

Dato’ Zaki menggelengkan kepala. Zurida dan Zaimah hanya tunduk mendiamkan diri. Tak berani menyampuk perbualan kedua ibu bapa mereka. Zarina yang masih di ruang tamu terdengar segala apa yang dibualkan oleh mereka. Dia sedih. Aku ni anak kurang ajar, ke? Air mata bertakung di kelopak matanya. Aku mesti tinggalkan rumah ini segera. Tak sanggup aku mendengar cemuhan mama.

Selesai mengikat tali kasutnya, Zarina segera mendapatkan skuter lantas menolaknya ke pintu pagar. Mak Mah yang berada di ruang dapur terdengar bunyi skuter Zarina meninggalkan rumah itu. Dia juga menangis. Baru sahaja dia melihat sinar kegembiraan gadis itu tadi. Tapi kini dia membawa kelukaan semula.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...