RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 5

BAB 5

Di kolej, Mamat hanya mendiamkan diri. Hari ni Zarina tak hadir ke kelas. Dia semakin serba-salah. Maafkan aku, Arin. Aku… Tiba-tiba bahunya disentuh. Mamat menoleh. Fahrin dan Azhar, dua orang kawan baiknya memandangnya dengan pandangan simpati.

“Sudahla, Mamat. Lupakan saja hal yang lepas. Benda dah jadi.” Fahrin duduk di sebelah kirinya manakala Azhar di sebelah kanan. Mamat tunduk.

“Aku rasa bersalah sangat. Aku ingat dengan cara ni aku boleh tarik perhatian dia. Tak sangka boleh jadi macam ni.”

“Tu la. Lain kali kalau buat sesuatu fikir dahulu. So aku harap kau jadikanlah hal yang dah berlaku ni sebagai pengajaran. Pasal Arin tu, mungkin dia marah sangat sebab macam-macam dah jadi pada dia sejak dua menjak ni kot. Ditambah dengan masalah kau dengan dia, lagi la dia angin. Kau sabar ajelah. Nanti dia datang kolej, kau minta maaf la kat dia. Mana tau dia bleh maafkan kau dan lupakan hal yang lepas?” nasihat Azhar.

“Hope so!” balas Mamat. Ye! Aku mesti minta maaf. “Tapi aku segan la. Nak ke dia maafkan aku?” tanya Mamat sambil memandang kedua sahabatnya.

“Aku ada idea macam mana nak buatkan Arin maafkan kau!” tiba-tiba Zain muncul. Mereka bertiga memandang kearah Zain.

“Apa dia?” lantas ketiga-tiganya serentak bertanya. Mereka mendengar idea dari Zain dan akhirnya idea itu mendapat persetujuan.

“Hope dengan cara ni dapat melembutkan hati Arin yang keras tu!” kata Fahrin penuh mengharap. Mereka bersetuju.

“Aku nak bagi something yang special untuk dia. Tapi apa dia, ye?” Mamat memikirkan sesuatu. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Sedang mereka sibuk berfikir, ada mata yang memandang mereka sambil tersenyum sinis. Dendam aku terbalas. Padan muka kau Mamat. Dan sekarang pastinya Zarina semakin membenci kau! Hahaha… Jarinya semakin menggenggam. Tapi penderitaan ini takkan selesai begitu sahaja. Aku akan pastikan kau sakit selama-lamanya sepertimana kau sakitkan hati aku ni.

*********
Hari itu selepas kelas Amilia datang menjenguk Zarina di rumahnya.

“Kau dah sihat, Arin?” tanya Amilia sambil memegang tangan sahabatnya. Zarina tersenyum.

“Aku dah sihat. Cuma Mak Mah je yang tak bagi aku pergi kelas hari ni.”

“Mestilah! Kau kan tak sihat! Masih lagi nak pergi ke kelas?” marah Amilia. Dia sayangkan sahabatnya. Kalau boleh dia tak nak sesuatu terjadi kepada sahabatnya ini. Zarina gadis yang cekal. Dia lain dari yang lain.

Zarina ketawa. Walaupun mukanya pucat tetapi masih lagi terserlah kecantikannya. Amilia cemburu dengan kecantikan semulajadi yang ada pada Zarina. Kalau la Zarina mengubah penampilan dirinya ke arah yang lebih feminin, tak mustahil dia akan menerima banyak surat dari secret admirer. Kau sungguh cantik Zarina. Tapi kenapa kau tak pandai menghargai kecantikan kau?

“Kenapa kau pandang aku macam tu? Lain macam, je?” tanya Zarina apabila dia merasa tidak selesa dengan pandangan sahabat baiknya. Ada benda pelik ke kat muka aku ni? Ke dia tengah mengira jerawat aku ni? Hehehe..

“Ish! Takdelah. Aku cuma risau tengok kau ni, ha! Pucat semacam je. Kau dah makan ubat ke belum?” ujar Amilia pura-pura risau. Zarina senyum.

“Dah naik perit tekak aku ni makan ubat kau tau tak? Sampai nak termuntah aku. Lepas ni aku tak tahu ubat apa yang Mak Mah nak suruh aku telan!” Amilia hanya ketawa mendengar kata-kata Zarina. Dia ni nampak sahaja serius tapi kelakar orangnya.

“Kau ni, tak baik mengumpat Mak Mah macam tu. Dia concern dengan kau tu”

Zarina tersenyum. “Memang aku tak nafikan. Dalam keluarga ni Mak Mah sahaja yang ambil berat tentang aku” jelas Zarina perlahan. Dia hanya tunduk membisu. Amilia sayu mendengarnya.

“Ibu dan ayah kau mana? Sunyi je rumah kau ni” Amilia cuba ubah topik. Dia tak mahu kesedihan menyelubungi benak fikiran sahabatnya itu.

“Entah? Kat pejabat kot? Diorang ada ke, takde ke…sama je. Rumah ni sentiasa sunyi.” Sesunyi hati aku ni. Kalau diorang takde pun takpe.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...