RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 4

BAB 4

“Aaaaaaaaaaaa!!” Zarina menjerit sepuas hati di atas bukit. Kakinya lemah. Dia jatuh melutut. Air mata mengalir membasahi pipi. Cukuplah penderitaan ini. Ya Allah! Kau tabahkanlah hati hambaMu ini!

“Mak Mah..tolong Arin Mak Mah!!” Zarina menangis sekuat hatinya. Tak tahu pada siapa dia harus ceritakan masalahnya.

Malam itu dia pulang agak lewat. Bajunya lencun ditimpa hujan. Sebaik sahaja dia memakirkan skuternya, dia terus ke pintu. Kepalanya terasa berat. Ya Allah, peningnya kepala aku ni. Belum sempat dia membuka pintu Zarina merasakan keadaan sekeliling semakin gelap. Dan ketika itu juga dia pengsan di hadapan pintu rumahnya.

Zarina membuka mata. Pening kepalanya masih lagi terasa. Ya Allah, apa yang terjadi pada aku? Zarina melihat sekeliling. Dia berada di atas katil dalam biliknya. Aduh, peningnya. Zarina memaksa dirinya untuk bangun sambil memegang kepalanya. Sedang Zarina membetulkan duduknya tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Mak Mah masuk sambil menatang dulang. Dia tersenyum memandang Zarina.

“Ina dah bangun?” Mak Mah meletakkan dulang itu di sisi Zarina. Zarina memandang Mak Mah. Kepalanya masih berdenyut-denyut. “Semalam Ina pengsan kat depan rumah. Ina demam. Ni Mak Mah buatkan bubur untuk Ina. Lepas makan Ina makan ubat ni, ye?” Mak Mah menunjukkan 3 biji pil berwarna pink dan putih beserta sebotol ubat minuman kepada Zarina. Zarina hanya mendiamkan diri. Mak Mah duduk di birai katil. Dia memandang Zarina sambil tersenyum. Kesian budak ni. Ada-ada saja masalah yang menimpa dia. Terkejut juga dia setelah melihat Zarina pengsan di hadapan rumah tengah malam semalam. Mukanya pucat. Badannya panas. Mak Mah menghulurkan semangkuk bubur kepada Zarina.

“Terima kasih, Mak Mah.” Zarina mengambilnya. Bubur bertukar tangan. Zarina menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya perlahan. Tekaknya terasa perit.

“Ina ke mana semalam? Lewat Ina pulang?” tanya Mak Mah lembut. Zarina tersenyum tawar. Mukanya masih lagi pucat.

“Arin.. Arin..” belum sempat Zarina bercerita pintu biliknya terkuak lagi. Datin Sahara masuk sambil mencekak pinggang. Mak Mah bangun apabila dia melihat Datin Sahara memandang Zarina macam nak telan. Alahai, singa betina dah naik taring.

“Anak tak kenang budi!!! Dari kecik sampai sekarang asyik menyusahkan orang aje!?” bentak Datin Sahara. Mak Mah mendekati Datin Sahara untuk menenangkannya. Zarina hanya buat endah tak endah je.

“Sabar, datin. Ina belum sihat lagi, tu” jelas Mak Mah sambil menghalang majikannya mendekati Zarina.

“Awak nak saya sabar, Mah!? Dah la pulang lewat! Lepas tu, bila sakit menyusahkan orang! Arin ingat mama tak tahu kamu bergaduh dengan Mamat semalam? Kenapa Arin tumbuk dia, ha? Dah nak jadi jantan sangat!!????” Datin Sahara melepaskan kemarahannya. Dia sungguh terkejut apabila Puan Shima menelefon pejabatnya memberitahu perkara yang terjadi di kolej mereka semalam. Zarina terdiam. Sakit hatinya bila mendengar ibunya membebel. Aku tengah sakit dia nak membebel pulak!

“Sabar, datin. Biarlah Ina rehat dulu. Dia kan sakit” Mak Mah cuba meredakan keadaan. Tapi tangannya ditolak keras oleh Datin Sahara.

“Sampai bila saya nak sabar kalau anak saya sendiri menjatuhkan air muka saya???!!” bentak Datin Sahara. Mak Mah terdiam.

“Arin bukan anak mama!!!!!” jerit Zarina. Mak Mah dan Datin Sahara terkedu memandang Zarina. Air mata Zarina bergenang. Dia tunduk. Setitis demi setitis air matanya mengalir. “Mama sendiri yang kata kehadiran Arin tak diperlukan! Selama ni mama tak pernah anggap Arin macam anak mama. Mama sering mengambil berat Kak Long dan Kak Ngah. Arin mama buat mcm tak pernah wujud. Kalau Arin ni anak mama dan papa, mama dan papa takkan abaikan Arin!!”

Mak Mah terdiam. Datin Sahara mengetap bibir. Mak Mah mendekati Zarina. Datin Sahara mendengus lantas keluar dari bilik itu. Pintu di hempas kuat. Dia bengang yang teramat sangat. Mak Mah memeluk Zarina yang menangis bagaikan anak kecil. Dia simpati dengan gadis ini. Memang betul apa yang dikatakan Zarina. Dia diabaikan. Mak Mah menenangkannya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...