RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 31 (final)

BAB 31

15 tahun dahulu…
Pin!Pin!
Fahrin melihat keluar tingkap…
Posmen? Surat apa yang dia hantar, tu?? Fahrin keluar dan mendekati pagar rumah.

“Siapa Fahrin Ahmad?” tanya posmen itu.

“Err… saya.” jawab Fahrin pendek. Posmen itu tersenyum.

“Ni surat encik. Sila tandatangan di sini.” ujar posmen itu lantas menunjukkan tempat untuk ditandatangani.

Selesai menandatangan, posmen segera meninggalkan rumahnya. Fahrin membelek envelop tebal itu. Apa yang ada dalam envelop ni? Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon rumah berdering…

“Alah.. siapa pula yang call ni?” rungut Fahrin lantas berlari masuk. Dia mengangkat gagang telefon.

“Hello?” ucap Fahrin acuh tak acuh.

“Ayen, aku ni, Ad!” kedengaran suara Azhar dicorong sebelah sana.

“Haaaaaa, kau Ad. Apehal call tengahari buta, ni?”

“Kau dapat surat, tak?”

“Baru je. Kenapa?”

“Surat dari makcik! Dalam envelope tu ada surat arwah Zain.”

“Surat arwah? Untuk apa arwah hantar surat dekat kita? Dah sebulan arwah tinggalkan kita” tanya Fahrin tidak faham.

“Apesal la bengap sangat kau ni? Surat tu makcik yang hantar. Dia dah takde kat KL. Dah pulang ke kampung. Dia kata dia nak duduk kat kampung terus. Dalam envelope tu dia hantar wasiat arwah Zain pada kita. Kau baca dulu. Nanti aku call kau balik, ok? Chow!!” Klik! Gagang diletakkan. Fahrin masih lagi kurang pasti lantas dia mengoyakkan envelope tersebut.

Fahrin membaca satu persatu ayat di dalam surat itu. Dan akhirnya dia tersenyum sendirian. ‘Zain… Zain… tak sangka, kau betul-betul sayangkan sahabat kau, ni! Insya’allah. Aku akan tunaikan wasiat kau, ni.’ ujar Fahrin di dalam hati berjanji.

*********************

‘Mamat bangun lantas meninggalkan mereka. Zain tahu Mamat begitu menyayangi Zarina. Dah banyak cara dia lakukan untuk memikat hati gadis itu tapi… Itu semua salah aku! Aku mesti bantu dia walau apa cara sekalipun, desis hati Zain berjanji.’

Dan kerana janji-janji itu, Zain tekad walau apa cara sekalipun dia sanggup buat apa saja untuk melihat sahabatnya gembira dan bahagia. Walaupun dia telah tiada di dunia ini. Ya… dia mesti meneruskan misi itu….



TAMAT

11 orang beri kritikan::

Tanpa Nama berkata...

terharunyer bcer citer ni..sdih sgt2...betapa tulusnyer persahabatan mereka..nilah cter yang btul2 buat sy menangis....
hope ade lagi cter best lps ni..anda memg sorg pnulis yg berbakat...truskan usha anda....
chayo!chayo!

miz ruha berkata...

erm...
novel yg best...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. sedih, menarik &menghiburkan... tahnia kpd penulis kerana berjaya mengeluarkan air mata sy ketika membaca cerita ini... good luck...=)

Tanpa Nama berkata...

cedey cgt...
anywy,, cte adlh 'best of da best'
congrats..pnulis..
truskn usaha..

waniey_syanie berkata...

akak,,,sedih lh citer niey,,,,
isk3...
baek lh ZAIN 2..
dia sggup buat aper saja utk shbat nya,wlaupn dia thu yg die x dpt hdup lama....isk3...
sy suka krakter ZAIN...
best citer niey...
isk3.....sedih n gmbira...
GOOD JOB

lola_cat[asparagus] berkata...

betul2...sedey sgt3....
bez cter cik wanie ney

didies berkata...

huhuhuuh...cedih..tp x sangka dgn persahatan mereka semua dlm crite ni betul2 sahabat sejati....seronok bace cite ni.....taniah kpd penulis.

lynn berkata...

tangkap leleh..hehe..
best sgt citer ni...
tahniah waniey...

Tanpa Nama berkata...

cyelah...best ctarnya...!!sdh bce las2 2..bgs2!

Tanpa Nama berkata...

sedih ny cite ni . best sgt . yg sedih sgt mase zain meninggal .

akak waniey > teruskan usaha anda . anda ialah seorang penulis novel yg berbakat . teruskan usaha anda . CHAYOKCHAYOK !!! AJA AJA FIGHTING KAK WANIEY .

Tanpa Nama berkata...

best la cite ni..so sweet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...