RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 30

BAB 30

Zarina melihat anak-anak kakaknya berlari-lari di taman. Dia hanya tersenyum. Teringat kembali saat dia bersama arwah anaknya dan Firdaus. Di taman inilah tempat dia bermain bersama mereka. Saat Nurul Iman belajar berjalan. Saat Firdaus memeluknya di taman ini dengan penuh kasih sayang. Namun semua itu telah menjadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin dia lupakan. Segalanya telah tersurat. Hidupnya sentiasa dibayangi dengan malang. Dia menolak kerusi roda mendeekati kolam. Dia melihat ikan-ikan berenang gembira di dalam kolam itu.

‘Gembira sungguh kau berenang di dalam kolam itu, wahai ikan. Andai kau tahu kehidupan sebenar di luar ini.. tentu kau sanggup kembali ke dalam air semula.’ keluh hati Zarina.

Di genggamannya sekeping gambar dia bersama Firdaus dan Nurul Iman. Setitik air mata jernih jatuh membasahi pipi. Kenapa kau pergi Firdaus? Kenapa di saat aku mula belajar mencintai kau, kau pergi meninggalkan aku? Maafkan aku, Fir. Maafkan aku. Nurul…Maafkan mama, sayang. Mama tak pandai jaga papa. Mama tak pernah hargai papa. Mama menyesal. Firdaus, aku rindukan kau!! Rindu sangat-sangat!! Aku rindukan belaian kasih sayang kau. Kenapa kau tinggalkan aku!? Kenapa?

Zarina memandang ke rumah sebelah. Rumah seseorang yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dulu. Dan kini rumah itu telah diduduki oleh orang lain. Zarina mengeluh. Sudah begitu lama dia tak mendengar khabar dari Mamat. Kenapa begitu lama baru aku sedar aku mencintai kau, Mamat? Tapi segalanya telah terlambat. Mungkin sekarang kau dah bahagia. Aku doakan kau bahagia, Mamat.

Mamat memandang Zarina dari jauh. Kelihatan gadis itu semakin kurus dari dulu. Tiada lagi rambut panjangnya yang mengurai tidak lama dahulu. Zarina dihadapannya jauh benar bezanya. Kenapa kau makin kurus, Arin?


Mamat mengeluh lantas segera meninggalkan rumah itu. Tidak sanggup dia melihat penderitaan Zarina.

***********************

Mamat berjalan menghampiri kawasan perkuburan. Selama 15 tahun dia meninggalkan Malaysia, telah banyak perubahan yang berlaku. Hampir dia tersesat untuk pergi menjenguk kubur arwah rakan baiknya, Zain.

Dia mendekati kubur itu. Sudah lain benar kubur ini. Mamat membuang serpihan daun-daun kering di atas kubur rakan baiknya itu. Dia menyapu lembut batu nisan di hadapannya. Dia membuka surah yasin dan membacanya. Mamat menyudahi dengan membaca al-fatihah untuk kesejahteraan sahabatnya itu di sana. Kemudian dia mengeluh memandang tanah kubur di hadapannya.

“Zain, aku kembali. Dah lama aku tak jenguk kubur kau. Aku rindu, Zain. Rindu saat-saat kita bersama. Aku rindukan segala gelak ketawa kau. Pastinya semua dah jadi kenangan. Aku takkan lupa semua itu. Ad dan Ayen dah berkeluarga. Aku gembira tengok diorang bahagia. Aku? Aku masih macam ni, Zain…menunggu seseorang yang takkan menjadi milik aku. Begitu banyak dugaan yang melanda kami. Kenapa Tuhan seringkali menguji? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk bertemu dengan Zarina. Berilah kebahagiaan kepada aku dan dia.” Mamat mengeluh. Dia berdoa semoga kebahagiaan akan menyusul selepas ini.

**********************

“Apa mimpi kau bawa aku keluar ni, Lia?” tanya Zarina hairan. Amilia hanya tersenyum sambil menolak kerusi roda ke kawasan taman berdekatan rumah mereka.

“Dah lama kita tak borak-borak, kan?” kata Amilia. Amilia masih lagi menolak sehingga ke kerusi batu berhampiran. Amilia kemudiannya duduk mendepani Zarina.

“Yelah. Kau tu dah berkeluarga. Mesti la agak busy. Nak jaga Ayen. Nak jaga anak-anak, kau” ujar Zarina memahami. Kau untung Amilia. Kau bahagia sehingga kini.

“Kau jangan cakap macam tu. Kitakan kawan. Walaupun aku busy dengan keluarga, aku tetap teringat kat kau” Zarina tersenyum mendengar kata-kata Amilia. Dia menggenggam erat tangan Amilia. Gadis itu selalu bersama dia sewaktu senang dan susah. Untung aku mempunyai kawan seperti kau, Lia.

“Kau tahu Mamat dah pulang?” tanya Amilia. Zarina terkejut. Pulang? Zarina menggelengkan kepala. Amilia mengeluh. “Dia masih menunggu kau. Sampai sekarang dia tak kahwin lagi. Dia nak sangat jumpa kau!”

Zarina menggelengkan kepala lantas menolak kerusi rodanya membelakangi Amilia. “Aku tak mahu!” Amilia mendekati Zarina.

“Arin. Sudah lah, tu! Sampai bila kau nak seksa perasaan kau!? Dah lama Mamat tunggu kau. Sanggup kau buat dia macam tu? Buang la keras kepala kau tu, Arin!” marah Amilia.

“Aku tak mahu jumpa dia, Lia! Aku tak mahu!” jelas Zarina. Tanpa disedari air matanya mengalir ke pipi.

“Sebab apa? Kau malu sebab kau lumpuh? Macam tu? Arin… Mamat cintakan kau. Dia dah tahu segala-galanya!” Zarina memandang Amilia. Dia dah tahu!?

“Kenapa kau cakap kat dia!? Kenapa?”

“Sebab aku tak sanggup melihat kau dan dia menderita, Arin! Aku tahu kau cintakan dia. Lebih daripada cinta kau pada arwah suami kau. Sedarlah, Arin!! Mamat tu jodoh kau yang sebenar!!Terimalah, dia! Jangan seksa perasaan dia!”


“Aku tak mungkin terima dia, Lia.” Zarina mengeluh. Dia tunduk bisu.

“Kenapa?” tanya Amilia tidak puas hati.

“Sebab aku dah tak sempurna! Aku tak mampu beri kebahagiaan pada dia! Lagipun… aku sekarang janda!!”

“Kau silap, Arin. Walaupun kau macam ni tapi dia tetap cintakan kau. Percayalah cakap aku!”

“Tak mungkin. Kau suruh ajelah dia lupakan aku! Dia boleh dapat perempuan yang lebih baik dari aku!”

“Tidak, Arin! Aku hanya nak kau!” Zarina menoleh ke arah suara itu. Dia terkejut melihat Mamat menghampirinya. Dia cuba untuk menolak kerusi rodanya jauh tetapi dihalang oleh Amilia. Gadis itu menggeleng senyum.

“Apa semua ni, Lia!?” tanya Zarina marah.

“Demi kebahagiaan kau…aku terpaksa buat macam ni. Maafkan aku, Arin. Sudah tiba masanya kau meluahkan segala perasaan yang kau pendam selama 15 tahun ni!” jelas Amilia lantas meninggalkan mereka berdua. Dia mengharapkan kebahagian kepada sahabatnya. Biarlah penderitaan berlalu pergi.

Mamat mendekati Zarina. “Arin….”

“Jangan jadi bodoh, Mamat! Aku bukan Arin yang dulu!” Zarina membelakangi Mamat. Tidak sanggup dia berdepan dengan lelaki yang amat dia cintai selama ini.

“Sudahlah, Arin. Buanglah segala ego kau. Aku dah kembali! Aku rindukan kau, Arin. Aku tak kisah kau macam mana sekalipun. Yang penting sekarang, aku rindukan gadis yang bernama Zarina. Gadis yang pernah mencuit hati aku suatu ketika dulu. Gadis yang keras kepala, tomboy dan penuh dengan kedegilan. Dan aku rindukan segala-galanya tentang Zarina. Gadis itu depan aku sendiri. Selama ni aku lemah. Banyak peluang yang aku dapat tetapi aku abaikan. Dan sekarang… aku tak mahu lepaskan kebahagiaan yang ada di hadapan aku. Aku cintakan kau, Arin. Seumur hidup aku. Dan tiada perempuan lain yang dapat menandingi kau!”

“Aku lumpuh, Mamat! Aku dah cacat! Kau nak ke perempuan cacat macam aku!?? Kau nak ke perempuan yang akan memberi beban pada kau?? Kau nak, ke??” Zarina memandang Mamat untuk mendapatkan kepastian.

Mamat diam membisu. Zarina menyambung kata. “Kau lebih layak dapat perempuan yang sempurna, Mamat. Lupakanlah aku. Di dalam hati ini cuma ada arwah Firdaus dan arwah anak aku. Tak mungkin aku akan menerima lelaki lain dalam hidup aku.”

“Sampai bila kau nak menipu diri kau sendiri, Arin? Aku dah kata aku tak kisah kau macam mana sekalipun. Cinta mengatasi segala-galanya, Arin. Walaupun kau cacat… aku tetap sayangkan kau. Aku akan jaga kau sampai bila-bila. Tiada siapa yang dapat memisahkan kita lagi!”

Zarina ketawa mengejek. Mamat hairan. Dia terkejut apabila melihat Zarina bangun dari kerusi roda. Dan gadis itu berdiri tegak di hadapannya. “Kenapa kau bodoh sangat, Mamat?”

“Arin? Kau? Apa semua, ni?” Mamat keliru.

Kelihatan Fahrin, Amilia, Azhar, Sarah ketawa mendekati Mamat. Yang paling mengejutkannya ialah Firdaus yang sedang mengendong anak kecil bersama seorang perempuan di sisi. Apa semua ini? Kenapa Firdaus yang dikatakan arwah masih hidup?

“Itu balasan kau sebab tinggalkan kami, dulu!” ejek Fahrin.

“Dan yang lebih penting surat ni!” Azhar menghulurkan surat itu kepada Mamat. Mamat hairan.

“Surat apa, ni?” tanya Mamat.

“Bacalah!” Mamat mengambil surat itu daripada Azhar.

Assalamualaikum, Mamat..
Aku minta maaf. Segala yang berlaku adalah rancangan aku. Maafkan aku, ye? Aku rasa tak sedap hati sekiranya aku tidak menemukan korang berdua. Aku minta ampun dan maaf. Aku dapat rasakan hidup aku tak lama. Dan andai kata surat aku kepada kau itu menemui jalan buntu… aku harap ianya akan selesai melalui plan ini. Biarlah berapa tahun sekalipun… aku harap ianya akan terjadi. Maafkan aku.
Zain…

************************
“Apa semua, ni? Kenapa surat ni…. Zain….”

“Takkan kau tak tau, Mamat. Sepanjang hidup arwah, dia banyak sangat muslihat. Dengan idea dia ni yang membantu kau kembali rapat dengan Arin.” jelas Fahrin.

“Kami dah jalankan muslihat kepada Arin sepanjang ketiadaan kau. Dan akhirnya dia mengaku dia mencintai kau. Dan sekarang kami menunggu kau pulang untuk menyatukan korang semula” jawab Amilia pula.

“Bodoh! Benda ni bukan boleh dibuat gurauan!”

“Aku tak kisah, Mamat. Demi Arin aku sanggup.” Firdaus mencelah. “Dia dah banyak menderita. Dan aku tak nak tengok dia terus menderita. Dengan cara ni baru kami tahu cinta kau betul-betul ikhlas cintakan dia.”

Firdaus mendekati Mamat. “Arin hanya untuk kau!” Dia menepuk bahu Mamat.

“Tapi… betulkah kau menunggu dia selama 10 tahun?”

Firdaus mengangguk. “Tapi penantian kau lebih daripada aku. Betul, kan?” Mamat terkedu. Firdaus kembali tersenyum. “Aku dah jumpa cinta aku yang sebenar. Perempuan yang banyak berkorban untuk aku. Intan Sarafina, isteri aku. Dan ini permata jantung aku, Alia Maisara.” Firdaus memperkenalkan gadis kecil molek disebelahnya kepada Mamat. Mamat mengangguk faham.

“Mamat…” Zarina memulakan bicara. Mamat memandang Zarina. Dia rindukan gadis itu selama ini. “Aku minta maaf. Selama ni aku buta. Aku tak percaya yang kau cintakan aku. Dan… aku tak faham tentang isi hati aku sebenarnya. Sampailah diorang ni jalankan plan yang arwah Zain buat kepada aku. Baru aku tahu… lelaki yang aku cinta ialah kau! Aku terpaksa pinjam kerusi roda mama aku semata-mata nak hidupkan watak ni.”

Mamat tersenyum. Lantas dia menggenggam tangan Zarina. “Kau makin kurus, Arin. Rambut kau pun dah tak panjang macam dulu. Dan aku rindukan rambut kau yang dulu.”

“Adakah kerana itu kau jatuh cinta pada aku?” tanya Zarina. Mamat tersenyum. Biarlah ianya menjadi rahsia. Begitu lama aku menunggu saat ini. Terima kasih Zain. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Tak sia-sia kita berkawan rapat selama ni.

“Tapi… macam mana korang boleh tahu plan arwah Zain, ni?” tanya Mamat tak puas hati.

“Biarlah ianya menjadi rahsia. Yang penting kau dan Arin bersatu. Itu matlamat arwah yang sebenarnya.” jawab Fahrin. Mereka ketawa.

Rahsia ini hanya Fahrin dan Azhar yang tahu… sesungguhnya ini yang mereka cari. Menyatukan pasangan yang hampir-hampir berpisah. Dan sesungguhnya jodoh mereka kuat. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Dan rancangan itu menjadi kenyataan akhirnya………

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...