RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 3

BAB 3


Selepas menghantar skuternya ke workshop, Zarina terus ke satu tempat untuk menenangkan masalahnya. Tiap-tiap hari ada sahaja masalah yang menimpanya. Masalah di rumah dan juga di kolej. Kadang-kadang itu dia rasakan yang dia memang sentiasa bernasib malang. Zarina memejamkan matanya. Dia perlukan ketenangan. Tanpa ditahan-tahan air matanya mengalir ke pipi. Kenapa aku dilahirkan begini? Apakah dosaku?

************
“Manalah aku tahu! Aku betul-betul tak buat! Kau ingat aku ni jahat sangat sampaikan nak rosakkan harta benda orang?” Mamat memandang Amilia tajam. Dia tak suka dituduh-tuduh pada perkara yang tak pernah dia buat. Yang dia tahu salah dia selama ni suka menjaga tepi kain Zarina. Itu saja. Tak lebih dari tu.

“Kalau bukan kau, siapa lagi yang pancitkan tayar skuter Arin?”

“Sumpah aku tak tahu!” Mamat menegas. Amilia mengeluh. Dia cuba untuk menelefon Zarina tapi tak dapat. Masuk voice mail. Gadis itu sengaja mematikan handsetnya. Mamat duduk di sebelah Amilia sambil tersenyum.

“Sudahlah! Nanti dia oklah, tu!”

“Senang saja kau cakap! Arin tu bukan seperti yang kau sangkakan. Dia dah cukup terseksa selama ni. Janganlah kau tambahkan lagi penderitaannya. Sekarang ni aku tak tahu dia kat mana. Aku cuma takut… ”

“Janganlah kau cakap yang bukan-bukan. Aku tahu aku salah! Aku janji lepas ni aku takkan buat lagi.” Mamat mengangkat tangannya tanda berjanji. Amilia mendengus. Dia risaukan Zarina. Kemana dia pergi? Pulang ke rumah ke? Kalau dia pulang ke rumah, baguslah tapi kalau tak… Amilia mengeluh. Amilia memandang tajam ke arah Mamat di sebelahnya. Pasal mamat ni la terencat plan aku nak jumpa ehem..ehem.. Hampagas btol! Kalau ikut hati nak saja aku luku kepala dia biar benjol seribu. Baru puas hati aku.

Mamat yang tadinya melayan perasaan memandang Amilia. Dia terkejut dengan pandangan Amilia seolah-olah nak menelan dirinya.

“Eh!? Apesal kau pandang aku macam tu? Macam nak telan aku je!” getus Mamat pucat.

“Ye! Tapi sebelum aku telan kau, kalau bleh aku nak lenyek-lenyek kau ni jadi lempeng dulu. Lepas tu aku letak atas kuali biar kau meraung-raung mintak tolong! Baru padan muka! Apasal kau selalu kacau Arin!? Kau suka kat dia, ke?” Mamat terkejut dengan kata-kata Amilia. Dia terdiam lama. Marah benar minah ni dengan aku. Amilia mengeluh setelah menunggu jawapan yang tidak berbalas. “Kalau kau suka dekat dia sekalipun, bukan dengan cara ini untuk mengambil perhatian dia. Sepatutnya sebagai kawan, kau patut ambil berat tentang dia.” Mamat diam.

“Kau tak faham, Lia. Dia bukan calang-calang gadis yang senang didekati. Kau sendiri tahu perangai dia, kan? Pernah tak sekali dia menceritakan masalahnya pada kau? Tak pernah, kan? Kalau ada pun atas paksaan kau. Selama ni aku cuba untuk ambil perhatian dia tapi..” Mamat terdiam. Dia tak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Amilia hanya tersenyum. Macam-macam hal mamat ni. Nak mengorat dengan cara itu, ke? Amilia menggelengkan kepalanya. Sekilas dia melihat bibir Mamat yang agak kebiruan.

“Sakit lagi ke bibir kau tu?” tanya Amilia. Lebam dibibirnya ketara. Mamat menyentuh bibirnya. Masih lagi pedih.

“Ada la sakit sikit. Kuat juga si Arin, tu. Naik kejang bibir aku ni! Nasib baik tak tercabut gigi!” seloroh Mamat. Amilia ketawa. Disusuli oleh Mamat. “Tapi, hairan kan? Siapa yang pancitkan tayar Arin? Lepas tu aku pula yang kena!” soalan itu terkeluar apabila ianya menerpa di benak fikiran Mamat. Amilia terdiam. Dia pun bingung memikirkan hal itu. Kalau benda ni berlaku, tentunya Arin ada musuh lain. Tapi siapa?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...