RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 29

BAB 29

Lima belas tahun kemudian….
Kapal terbang MAS mendarat ke lapangan terbang KLIA. Mamat memandang ke tingkap. Dia tersenyum gembira. Sudah hampir 15 tahun dia meninggalkan Malaysia dan baru kini dia kembali. Tak sabar rasanya untuk dia berjumpa dengan dua sahabat yang telah lama tidak berjumpa. Dan yang paling penting ialah mengetahui keadaan Zarina, gadis yang telah mencuri hatinya suatu ketika dulu. Sehingga kini dia masih setia menunggu Zarina.

Mamat menarik luggagenya ke lobi. Dia mencari kelibat Fahrin. Sambil menunggu dia membelek hadiah dan cenderamata dari London untuk sahabat dan keluarga mereka.

“Mamat!!!!” Kedengaran suara memanggil namanya. Mamat menoleh dan melihat Fahrin melambaikan tangan sambil memegang tangan seorang kanak-kanak perempuan yg berumur 3 tahun.

Mamat tersenyum. Sudah lain benar wajah sahabat baiknya itu. Fahrin mendekatinya. Mereka bersalaman dan berpelukkan.

“Kau apa khabar, Mat? Lama benar kita tak berjumpa!” tanya Farhan excited.

“Aku sihat, Ayen. Sorry la… aku tak dapat hadir majlis perkahwinan kau dengan Ad” kata Mamat kesal. Masih dia ingat jemputan kahwin dari Azhar dan Fahrin 10 tahun yang lepas dari email. Kerana sibuk dengan urusan kerja dia tidak dapat menghadirkan diri.

“Takpelah, sekarang kan kau dah balik jenguk kami” jawab Fahrin tersenyum.

Mamat membalas senyuman. Lantas dia mencari kelibat seseorang. “Err… mana Ad? Amilia?”

“Diorang semua menunggu ko di rumah aku.”

Mamat mengangguk. Dia melihat gadis kecil disebelah Fahrin. “Comelnya. Anak kau, Ayen? Siapa nama dia?”

Fahrin mendukung anaknya. Mamat mencubit pipi kanak-kanak itu. “Ini Farah. Anak bongsu aku.”

“Comelnya. Macam iras mama dia. Dah berapa ramai anak kau sekarang?”

“Baru dua, Mamat. Yang sulung lelaki. Aku malas nak anak ramai-ramai. Family planning katakan.” jelas Fahrin. Mereka ketawa.

“Ad pula?”

“Si Ad pula berderet anak dia. Lima orang. Selang dua tahun setiap seorang.”

“Wah! Aktif betul.” Mereka ketawa lagi.

“Eh, kita ni bual-bual kat sini kesian pula diorang semua kat rumah tu. Marilah aku bawakan beg kau sikit.” kata Fahrin mempelawakan diri untuk mengambil sedikit barang-barang yang dibawa oleh Mamat. Mereka segera ke parking kereta.

Sepanjang perjalanan, Fahrin menceritakan apa yang berlaku sepanjang lima belas tahun pemergian Mamat. Dari kisah dia dan Amilia, Ad dengan isterinya yang dikenali sewaktu pertama kali dapat kerja sampai la ke kisah Zarina.

“Bagaimana dengan Arin? Dia sihat, ke?”

Fahrin mengeluh. Dia hanya serius memandu. Mamat semakin tertekan. Apa dah berlaku pada Arin?
“Kau tau apa-apa pasal Arin?”

“Arin dah kahwin.” Itu sahaja yang mampu diperkatakan oleh Fahrin kepada Mamat. Namun jelas wajah lelaki itu tenang. Tak mustahil baginya selama 15 tahun ini gadis itu tidak mendirikan rumah tangga. Takkan dia nak jadi andartu. Apa-apapun dia doakan kesejahteraan dan kebahagiaan Zarina bersama keluarga terinta. Mungkin sudah tertulis sejak azali dia dan Zarina memang tidak ada jodoh. Namun dia pasrah dengan ketentuan Illahi.

“Dengan siapa?” tanya Mamat lebih lanjut.

“Dengan Firdaus. Lelaki yang pernah pikat dia dulu.”

Mamat tersenyum. Jodoh dia memang dengan budak lelaki itu. Semoga kau bahagia, Arin.

*******************

Setengah jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke rumah Fahrin. Kelihatan kelibat Azhar keluar dari rumah. Mamat terkejut melihat Azhar. Jejaka itu sudah lain benar mukanya. Badannya pula sudah semakin berisi dan agak buncit sedikit.

Kereta memasuki garaj. Sesudah itu mereka keluar dari kereta. Fahrin segera membuka bonet kereta untuk mengeluarkan barang Mamat. Suasana gamat sedikit dengan jeritan Azhar dan kanak-kanak di dalam rumah itu.

Azhar berlari memeluk Mamat.

“Lama benar tak berjumpa dengan kau, Mamat. Aku tengok kau makin handsome dan berseri-seri. Apa rahsia kau?” tanya Azhar bertalu-talu. Mamat hanya ketawa.

“Oi, jangan banyak tanya. Meh tolong aku angkat barang-barang Mamat ni ke dalam.” arah Fahrin. Mereka berdua ketawa lantas membantu Fahrin mengangkat barang ke dalam.

Setelah meletakkan barang ke dalam rumah Amilia keluar dari dapur. Dia tersenyum memandang Mamat. Mamat membalas senyuman Amilia. Gadis itu sudah memakai tudung. Jauh benar dengan Amilia yang dia kenal dulu.

“Kau apa khabar, Mamat? Lima belas tahun tak jumpa kau. Aku tengok kau ni makin handsome dari dulu. Malah makin matang.” puji Amilia.

Mamat ketawa. “Aku macam ni la, Lia. Takde beza pun. Busy dengan keje je.”

“Tak bawa orang rumah sekali, ke?” tanya Azhar.

“Orang rumah? Aku belum kahwin lagi, la!” jelas Mamat.

“Biar benar, kau!? Umur kita dah 36 tahun tau” ujar Amilia tidak percaya.

“Ala, sayang… lelaki kalau umur 36 tu masih muda lagi, tau. Lain lah kalau perempuan. Dah panggil andartu!!” jelas Fahrin lantas mencuit hidung isteri kesayangannya. Amilia mencebik. Azhar dan Mamat hanya ketawa.

“Err… mana isteri kau, Ad? Tak nak kenalkan dekat aku, ke?” tanya Mamat memecahkan kegamatan suasana.

“Oh, ye! Aku lupa pula. Kejap aku panggil isteri aku, ye?” Azhar segera meninggalkan mereka dan kembali ke dapur.

“Duduk la dulu, Mamat. Tentu kau penat, kan? Jauh dari London. Aku pergi buatkan air kejap” kata Amilia lantas meminta diri ke dapur. Fahrin segera mengalukan Mamat ke ruang tamu.

“Lain benar korang sekarang, ye? Si Ad tu memang betul-betul dah jadi bapak orang. Hehehe…” jelas Mamat.

“Bini dia pandai jaga. Dah tu dia bahagia pulak. Tu yang dia jadi besar semacam tu.”

“Hai, si Amilia tu tak pandai jaga kau, ke? Aku tengok kau ni still maintain macam dulu.” tanya Mamat.

“Eh, tentu la. Kalau kau nak tahu aku sekarang jadi jurulatih pasukan bola sepak daerah. Kenalah jaga badan. Hehehe…”

“Biar benar. Tak sangka aku kau ni minat main bola sepak selama ni”

“Tu la kau. Aku ni kan peminat setia MU. Kita sendiri sama-sama tengok bola tiap-tiap malam kat kedai mamak masa bujang-bujang dulu. Takkan kau dah lupa?”

“Itu aku tahu la. Tapi takde la sampai terfikir yang kau akan jadi jurulatih.”

“Haa… itula minat terpendam aku. Hehehe…” Mereka ketawa. Sejurus itu Azhar membawa isteri dan anak-anaknya menemui Mamat.

“Haa…. Kenalkan ini la bini aku, Sarah. Dah ini anak-anak aku. Farid, Faris, Fauzi, Mira dan baby yang comel ni nama dia Wani. Korang semua pergi salam dengan uncle Mamat”

Mereka semua mendekati Mamat dan bersalam. Azhar membawa Wani ke arah Mamat. Lelaki itu mencium pipi bayi itu.

“Comel anak kau, Ad. Berapa umur dia?” tanya Mamat.

“Baru 5 bulan.” jelas Azhar.

Mamat mengangguk. “Lawa bini kau. Pandai kau cari ye, Ad.”

“Mestilah, Mamat. Susah nak dapat tu. 3 tahun mencuba nasib. Hahahaha…” kata Fahrin berseloroh. Sarah tersenyum malu. Azhar hanya tersengih. Mereka ketawa.

“Ah, ko ni Ayen… malu aku. Lagi lawa bini kau. Takpe… Bang, Mamat… Sarah masuk dapur dulu. Kesian tengok Amilia sorang-sorang buat kerja.”

Mereka ketawa selepas Sarah meminta diri ke dapur. Mereka kembali berbual.

“Apa cerita kau kat London?” tanya Azhar.

“Takde apa-apa cerita, pun. Macam ni la aku. Sibuk dengan kerja.”

“Mana tak sibuk. Sampai nak cari bini pun takde masa” gurau Fahrin. Mereka ketawa.

“Kau memilih sangat, kot?” tanya Azhar lagi.

“Takdelah. Takde yang berkenan.” jawab Mamat.

“Ke kau tunggu Arin?” Soalan itu mengejutkan Mamat. Arin? Tunggu? Ye… memang aku tunggu dia. Sehingga kini. Tapi… dia bukan jodoh aku.

Masing-masing mengeluh.

“Takde guna kau tunggu dia. Dia dah kahwin” jelas Fahrin. Memang. Memang takde gunanya aku tunggu dia.

“Ya. Aku doakan dia bahagia” jelas Mamat kecewa.

“Dah lama dia tunggu kau, Mamat!” tiba-tiba kedengaran suara Amilia....

***********************

“Dah lama dia tunggu kau, Mamat!” tiba-tiba kedengaran suara Amilia sambil menatang dua pinggan kuih dan teko. Sarah mengekori buntut Amilia. Mereka meletakkan kuih dan minuman di atas meja.

“Apa maksud kau, Lia” tanya Mamat tidak puas hati.

Amilia tersenyum. “Dah lama dia tunggu kau. 10 tahun lamanya.”

“Dia tunggu aku? Tapi kenapa dia tak pernah email aku?

“Tu la pasal. Sebab dia yakin kau akan kembali satu hari nanti. Arin tu tak boleh dijangka. Hati dia keras. Tak mudah untuk dia menunjukkan perasaan dia. Tapi aku percaya dia cintakan kau” jelas Amilia.

“Tapi kenapa dia kahwin dengan Firdaus?”

“Sebab arwah Firdaus” jawab Fahrin pula.

“Apa!!?Arwah??” tanya Mamat.

Mereka mengagguk. Mamat terkejut. Apa semua, ni?

“Arwah mencintai Arin. Selama 10 tahun dia menunggu Arin tapi gadis tu masih menunggu kau. Kerana kesanggupan arwah bersabar dengan kerenah Arin, akhirnya Arin menerima arwah. Takde gunanya dia menunggu kau. Sebab tu dia kahwin masa umurnya 31 tahun. Dia bahagia hidup bersama. Tapi…”

“Tapi apa???”

Fahrin meneruskan kata-kata….
“Tiga tahun kemudian, mereka kemalangan. Arin lumpuh manakala arwah Firdaus dan arwah anaknya meninggal di tempat kejadian.”

“Ya Allah! Apa semua, ni? Kenapa begitu banyak dugaan yang Arin terima?” ujar Mamat.

Mereka diam melihat reaksi Mamat. Di dalam hati masing-masing timbul rasa simpati dengan percintaan dua pasangan ini. Begitu banyak dugaan yang mereka hadapi. Entah bila kebahagiaan menyusul pula.

“Kenapa korang tak beritahu aku?”

“Arin yang suruh kami jangan bagitau kau. Tapi kami tak sanggup simpan rahsia ni. 2 tahun kami simpan, Mamat. Kami dah tak sanggup. Lagipun, dia buat macam tu sebab dia tak nak kau simpati dengan dia.” jelas Amilia pula.

“Tapi kenapa?”

“Sebab…sebab dia malu dengan kau!” kata Amilia tersekat-sekat.

Ya Allah Arin! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau nak malu dengan aku? Sebab kau lumpuh? Oh, Arin….

“Dimana dia sekarang?”

“Dia masih di sini. Hidup bahagia dengan keluarga dia.”

“Aku nak jumpa dengan dia!!!” kata Mamat membuat keputusan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...