RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 28

BAB 28

Mamat menyiram air bunga di atas tanah kuburan yang masih merah. Susah puas dia membaca yasin dan surah al-fatihah untuk sahabat baiknya itu. Dia duduk berteleku di sisi kubur Zain. Dia mengeluh. Sudah tiga hari Zain meninggalkannya. Dan tiga hari itu la dia membuat keputusan.

“Zain, esok aku nak berangkat. Aku sedih sebab kau tak dapat hantar aku pergi. Aku akan rindukan kau, Zain. Aku akan rindu segala memori kita bersama. Saat kita hadapi susah dan senang. Kita lepak ramai-ramai dekat warung mamak. Kita gelak ketawa, gurauan kau… semua akan jadi kenangan. Aku dah baca surat kau, Zain. Sebab surat ni…aku dah buat keputusan…. Maafkan aku…Zain. Aku tak mampu. Biarlah Allah yang tentukan segalanya. Zain, lepas ni… aku dah tak boleh datang ke sini lagi. Aku dah tak boleh siram air bunga kat kubur kau lagi. Aku tak boleh nak ziarah kubur kau lagi. Tapi aku akan sentiasa doakan kau bahagia di sana. Aku akan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk kau. Aku takkan lupakan kau, Zain. Aku dah bagi pesanan kat Ad dan Ayen…. Mereka akan ganti aku untuk memenuhi wasiat kau ni. Aku pergi dulu Zain. Selamat tinggal!” Mamat melangkah meninggalkan kawasan perkuburan. Surat ditangan digenggam kemas……….

Assalamualaikum sahabatku, Mamat….
Masa kau baca surat ni…aku rasa aku mungkin dah takde kat dunia ni, kot? Hahaha… gurau je. Merepek je aku ni, kan? Aku tak tau nak tulis apa. Tiba-tiba terasa nak menulis surat pada kau. Maafkan aku sebab luahkan perasaan melalui surat. Aku tak sanggup nak berterus-terang di depan kau.

Sebenarnya, aku rasa keliru dengan hidup aku sendiri. Kau tahu Mamat, sejak dua menjak ni…aku rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku pada aku. Aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir macam tu. Aku rasa macam aku akan pergi jauh…jauh sangat…suatu tempat yang tak boleh kau jumpa aku…satu tempat yang sangat indah. Aku dapat rasakan ajal aku semakin sampai. Tapi aku tak tahu bila. Aku tak kisah sebab bagi aku, ajal maut di tangan Tuhan…Cuma sekarang aku risaukan mak aku. Siapa yang akan jaga dia bila aku takde nanti?

Mamat,
Aku rasa bersalah sangat dengan kau. Aku banyak buat dosa dengan kau. Aku rasa macam aku ni tak berguna. Aku penakut! Pengecut! Aku berani buat jahat…tapi aku tak berani nak menebus segala kejahatan aku. Aku tak berguna kan, Mamat? Aku nak minta ampun dan maaf pada kau dan Arin. Aku nak korang berbaik semula. Aku bersalah. Aku yang memulakan permusuhan korang dan aku bertanggungjawab menamatkan permusuhan ni. Aku teringin nak tengok korang berbaik. Aku bersalah bila tengok kau sanggup korbankan cinta kau dan berangkat ke luar negara.

Sebenarnya, aku tak mahu kau pergi, Mamat. Aku nak kau tinggal kat Malaysia ni. Aku nak kita 4 orang lepak sama-sama, kongsi masalah, bergurau senda…semuanya macam dulu. Sepanjang kita berkawan…aku paling rapat dengan kau. Aku rasa kehilangan bila kau buat keputusan nak ikut family ke luar negara. Aku rasa sedih sangat-sangat. Kau sahabat aku dunia akhirat. Susah nak cari sahabat macam kau. Kau satu-satunya sahabat aku yang banyak mempengaruhi aku. Aku takkan lupa segala kebaikkan kau. Aku selalu fikir, kalau kau pergi…siapa nak jaga aku kat sini? Hehehe…

Mamat,
Aku takut. Aku takut aku tak sempat tengok kau berbaik dengan Arin. Satu nasihat aku, jangan korbankan cinta kau. Don’t give up beb! Mana perginya sahabat aku yang tak pernah give up tu? Mamat, Arin mungkin ditakdirkan untuk kau. Jangan kau lepaskan peluang ni! Sayang, kau dah banyak berusaha…takkan kau tak nak tahu hasilnya? Fikirlah baik-baik Mamat.

Mamat, aku risau la. Kalau kau takde…siapa nak jaga mak aku nanti? Aku harap sangat kau dapat jaga mak aku. Aku tak nak dia sedih setiap hari. Aku takut Mamat…

Mamat,
Nanti kat sana…kau janganlah lupakan aku. Selalu-selalu la tulis surat kat aku, ye?(guna convensional method la walaupun sekarang ada internet… hehehe). Aku akan hantar kau ke KLIA nanti. Aku janji. Jaga diri baik-baik… kalau rindu, balik la Malaysia ye? Boleh kita lepak sama-sama nanti kat warung mamak. Hehehe…
Wassalam…

Sahabat kau,
Mohd Zainal Azim
-Zain-

Rindu…berlalu la kau bersama angin…

*******************

Esoknya….
Mama dan papa Mamat mengangkat barang ke dalam limosin. Adiknya sedang tidur di dalam kereta. Manakala Mamat sedang berbual dengan Azhar, Fahrin dan Amilia.

“Jaga diri baik-baik, Mamat. Kami semua doakan kau dengan family selamat sampai. Selalu-selalu la hantar email kat kami” kata Fahrin. Mamat tersenyum.

“Ok. Korang pun selalu-selalu la email aku. Kalau tak kita borak-borak dekat YM ke… Aku pasti akan rindukan korang semua” balas Mamat.

“Kami kehilangan seorang kawan lagi…” kata-kata Azhar membuatkan semua orang terdiam.

“Mana Arin? Dia tak nak keluar jumpa Mamat ke?” Fahrin menukar topik perbualan.

“Lia dah call dia. Tapi dia tak angkat laa… Takpe, biar Lia pergi rumah dia....”

“Takpela, Lia …. Kalau dia betul-betul nak ucapkan selamat tinggal, dia akan keluar sendiri. Tak payah dipaksa keluar.” kata Mamat kecewa. Kenapa kau buat aku begini, Arin? Tak nak ke kau ucapkan selamat tinggal buat kali terakhir pada aku?

“Mamat, masa dah dekat ni. Kita kena berangkat.” Papa Mamat memanggil.

“Baik, papa.” Mamat menoleh lantas memandang ke arah kawan-kawannya. Masing-masing berair mata. “Aku pergi dulu kawan-kawan… kirim salam aku pada family korang. Insya’allah… kalau aku rasa nak pulang ke Malaysia, aku akan pulang… Nanti kita semua lepak kat warung mamak, ok?”

Mereka berdua mengangguk dan bersalaman. Mamat mendekati Amilia. “Beritahu Arin…semoga dia berjaya dalam hidup. Dan aku doakan dia bahagia bersama yang tersayang.” Amilia mengangguk dan bersalam dengan Mamat.

“Take care, Mamat.” ujar Amilia.

“Aku pergi dulu. Take care semua….” Mamat meninggalkan mereka dan masuk ke dalam kereta. Mamat melambaikan tangan pada semua. Mereka membalas dan hanya melihat kereta berlalu pergi… Selamat tinggal Malaysia….

Dalam waktu yang sama…Zarina hanya melihat kereta Mamat berlalu pergi dari biliknya. Tanpa dapat dikawal airmatanya mengalir ke pipi. Maafkan aku, Mamat. Aku tak sanggup nak hantar kau pergi. Aku takut aku akan menangis di hadapan kau. Aku tak faham apa perasaan aku sebenarnya. Aku doakan kau bahagia. Kau layak dapat yang lebih baik dari aku. Maafkan aku……

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...