RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 27

BAB 27

Malam itu Zarina membelek bola kaca di tangannya. Dia rasa tenang memandang hadiah pemberian dari Mamat. Dia mengeluh. Serentak dengan itu dia memandang ke sliding door yang terbuka. Sengaja dibiarkan ianya terbuka agar angin malam datang menyapa biliknya. Dan masa itu jugalah dia ternampak kelibat Mamat yang diam membisu berdiri di luar biliknya memandang langit dan bintang. Dia bersembunyi sambil melihat reaksi Mamat yang masih melayan perasaan.

‘Erm… kau hensem, Mamat. Kau layak untuk mendapat gadis yang lebih lawa darr aku’ ngomelnya dalam hati. Matanya masih lagi memandang ke arah jejaka itu. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa dengan perasaan aku nih? Kenapa tiba-tiba aku rasa takut akan kehilangannya? Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk.

Mamat diam membisu menilik malam. Dia tak seceria dulu. Masih lagi dia teringat saat Mamat mencari pasal dengannya. Saat Mamat menjual ceritanya kepada kelas. Saat muka Mamat penuh dengan kejahatan dan kenakalan. Tidak disangka rupa-rupanya niat jejaka itu untuk mendekatkan diri dengannya. Sejak bila dia sukakan aku?

Zarina masih lagi menyembunyikan diri memandang Mamat. Mamat menatap sesuatu. Seakan-akan frame gambar. ‘Gambar siapa yang dia tengok tu?’ bisik hati Zarina. Tiba-tiba seorang gadis keluar dari bilik Mamat dan berdiri di sebelahnya. Gadis itu segera merampas frame gambar itu dari tangan Mamat. Siapa dia? Zarina semakin mendekatkan diri dengan sliding door. Telinganya dipanjangkan untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.

“Abang tengok gambar siapa ni?” tanya gadis itu.

“Adik bagi balik gambar abang tu!” marah Mamat. Dia cuba untuk merampas kembali gambar itu tetapi si gadis cilik itu lebih pantas darinya.


“Adik nak tengok gambar siapa yang abang suka sangat ni!” jelas gadis itu. Adik? Adakah dia adik Mamat? Kenapa aku tak pernah nampak gadis itu sebelum ini?

“Lawanya kakak ni? Tapi macam pernah nampak je balkoni ni? Eh, bukan balkoni bilik depan ni ke!!??” Zarina tersentak. Balkoni? Bilik depan? Aku ke!?

“Adik, bagi balik pada abang gambar tu!! Nanti abang adu pada mama!” marah Mamat kepada adiknya. Adiknya berlari membawa gambar itu ke dalam. Mamat mengejar adiknya. Zarina memandang ke arah bilik Mamat. Sliding door bilik itu ditutup. Zarina mengeluh. Apakah gambar yang ditatap Mamat adalah gambar aku?

*********************
Esok paginya…
Mamat turun dan menuju ke meja makan….
“Morning everybody” ucap Mamat lesu. Dia menarik kerusi dan duduk. Hari ni mood dia tak berapa baik. Mama dan papa yang tengah makan memandang ke arahnya…

“Morning. Awal Mamat bangun hari ni?” tanya papanya.

“Tak boleh tidur, papa. Lagipun Mamat nak keluar jogging dengan Ayen, Ad and Zain.” jawab Mamat lantas mengambil sepotong roti dan diletakkan ke atas pinggan. Kemudian dia mencapai kaya lantas disapukan ke atas roti tersebut.

“Mamat serius ke dengan keputusan Mamat?” tanya mamanya pula. Mamat memandang mamanya dengan kerutan di dahi.

“Keputusan apa, mama?”

“Keputusan Mamat nak further study ke London? Bukan dulu Mamat kata nak study kat dalam negara je ke? So kenapa ubah keputusan?” jelas mamanya dengan lebih detail.


Mamat mengeluh. Dulu sebab aku tak sanggup tinggalkan Arin. Dan sekarang aku dah bersedia.

“Saja, mama. Mamat nak juga cari experience belajar dekat sana. Otherwise, dah lama sangat duduk sorang-sorang kat rumah ni. Mama, papa and adik duduk sana. Setahun dua kali je mama, papa and adik balik Malaysia. Rindu la…” jawab Mamat walaupun itu bukan sebab utamanya.

Papa dan mamanya ketawa. “Tu la. Dulu jual mahal. Hahaha…” ejek mereka. Mamat tersengih.

Selang beberapa minit kemudian, adiknya Nurul Daniya Natasya turun dari tangga.

“Good morning, papa, mama, abang!” ucap dia ceria. Ain mencium pipi ibunya sebelum duduk mengadap abangnya.

“Ni bucuk mama ni awalnya bangun?”

“Ala.. mama. I’m so tired last night. Abang main kejar-kejar dengan adik. That’s why I sleep early. And now I wake up early to join breakfast together.” kata Daniya.

Mereka ketawa. Daniya segera mengambil roti dan disapukan di atas roti. Masing-masing diam melayan perasaan. Papa mereka sibuk membaca surat khabar manakala mama mereka ke dapur untuk membawa seteko milo panas.

Setelah lama mendiamkan diri, Daniya bersuara “Papa, bila nak balik London? I’m so bored living here. No friends, no activities. I really miss my friends over there.” rungut Daniya.

“Don’t worry, sayang. Next Thursday we are going back, ok?” pujuk papa mereka. Mamat terkejut mendengar. Khamis? Hari ni hari Khamis kiranya… Cepatnya… Daniya tersenyum gembira.

“Ye! Ye! Ye! Khamis minggu depan balik! Ye! Ye! Khamis minggu depan balik!!” bising Daniya lantas berlari segera ke ruang tamu.

****************

Mamat merasa penat lantas mencari tempat teduh untuk berehat. Zain, Azhar dan Fahrin mengikut jejak langkah Mamat. Masing-masing juga penat berjogging dan melepaskan lelah di situ.

“Aduhh… penatnya. Dah lama tak exercise macam ni!” rungut Azhar melepaskan penat.

“Mana taknya… busy je. Ni baru ada masa nak jogging sama-sama” balas Zain.

Mamat masih diam. Dia tak tahu bagaimana nak bagitau kawan-kawannya mengenai keberangkatan dia minggu depan. Fahrin yang hairan melihat gelagat Mamat bertanya.

“Kau ok ke, Mamat? Diam je dari tadi.”

Mamat tersenyum memandang kawan-kawannya.

“Bila kau nak berangkat ke London?” tiba-tiba soalan tu terkeluar dari mulut Azhar.

‘Macam tau-tau je apa yang aku nak cakapkan,’ desis hati Mamat.

“Err…. Khamis minggu depan!” jawab Mamat pendek.

“Khamis minggu depan!?” mereka bertiga terkejut.


“Cepatnya? Kenapa tak bagitau awal-awal?” tnya Zain tak puas hati. Mereka yang lain angguk setuju.

“Awal la nih. Aku pun baru tahu pagi tadi masa aku breakfast dengan family aku.” jawab Mamat lantas menyampai botol air untuk menghilangkan dahaga.

“Ko dah beritahu Arin?” tanya Fahrin pula.

Mamat menggeleng. “Kenapa aku perlu beritahu dia pula? Lagipun dia takde kena-mengena dengan aku dah”

“Kenapa kau cakap macam tu?”

Mamat mengeluh. “Kami tak pernah berbual. Inikan pula nak jadi kawan. So no point kalau aku beritahu dia. Lagipun berita ni tak memberi makna pada dia, Ayen.” jelas Mamat sugul. Bukan itu yang terlintas dalam hatinya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia bertemu dengan Zarina. Mahu saja dia meluahkan perasaan yang selama ini disimpan. Mahu saja dipaksa gadis itu menerima cinta dia. Tapi apakan daya, dia tak mampu untuk melakukan semua itu. Bibirnya bagaikan dikunci untuk berterus terang. Kakinya bagaikan terpaku untuk berjumpa dengan Zarina. Dan sekarang dia berserah kepada takdir. Biarlah. Kalau ada jodoh, tak ke mana.

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak disangka Mamat begitu cepat mengaku kalah.

********************

Firdaus menarik tangan Zarina mendekati meja mereka. Zarina memandang sekeliling. Cahaya merah menyinari restoran itu sungguh cantik sekali. Dia agak terpesona. ‘Apa motif Fir bawa aku ke mari?,’ desis hatinya.


Firdaus menarik kerusi untuk memberi ruang Zarina duduk. Kemudian, dia beralih ke kerusinya yang bertentangan dengan Zarina. Zarina tersenyum memandang Firdaus. Malam ini agak istimewa baginya. Meja mereka dihiasi dengan lilin dan bunga. Macam candle light dinner je?

“Lawa la tempat nih. Pandai kau pilih, Fir!” ujar Zarina setelah lama matanya menjelajah disegenap ruang restoran itu. Kadang-kadang sempat pula dia melihat gelagat pasangan kekasih yang lain bermadu asmara di situ.

“Kau suka? Aku tempah khas untuk kita malam nih” kata Firdaus dengan gaya romantik.

“Mestilah. Tapi terkejut pula aku sebab kau bawa aku ke tempat macam ni. Macam kita ni pasangan kekasih je. Selalunya kita lepak kat warung-warung biasa je.”

“Sebab malam ni malam istimewa untuk kita berdua” kata-kata Firdaus membuatkan Zarina ketawa kecil. Istimewa? Macam-macam la budak ni. Dalam beberapa minit kemudian, seorang pelayan datang membawa set menu yang telah diorder.

“Wow! Nampak sedap je chicken chop ni.” Zarina melihat makanan di hadapannya. Dia mengambil bau. Perutnya terasa lapar.

“Ini aku order special untuk kau. Haha… Tapi sebelum tu aku ada something nak beritahu kau” jelas Firdaus sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. “Tutup mata dulu……”

Zarina hairan. Dia hanya mengikut sahaja arahan dari Firdaus. Entah apa rancangan dia ni.

***********



Malam itu Zarina hanya mendiamkan diri. Dia menjadi berbelah bahagi. Dia sayangkan Firdaus. Dia juga….sayangkan Mamat. Dia tak tahu sejak bila dia mula sayangkan lelaki yang pernah sakitkan hati dia selama ini. Mamat…. Lelaki itu mempunyai banyak sejarah dengannya. Bila difikirkan kembali, dia rasa kelakar sangat. Firdaus, dia pernah meminati lelaki itu lebih dari seorang kawan. Sikap lelaki itu yang sentiasa ceria membuatkan dia rasa seronok berkawan dengan Firdaus. Tapi… sekarang ni dia tidak tahu siapa yang harus dia pilih. Cincin ikatan yang dihadiahkan Firdaus membuatkan dia terkedu. Lelaki itu inginkan perhubungan yang serius. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menerimanya tetapi kenapa hati ini juga menentang? Siapakah yang aku sayang sekarang ni?

Tiba-tiba.. Krringg~.
Zarina menyampai handphonenya di meja sisi.

“Helo?”

“Arin…..” kedengaran suara garau dari corong telefon.

“Ya, saya. Siapa, ni?” tanya Zarina.

********************

“Siapa, ni?” tanya Zarina sekali lagi.

“Aku…. Zain.” Zarina terkejut. Mana Zain dapat nombor handphone dia? Lia?

“Oh, kau! Apehal kau telefon aku, ni?” balas dia acuh tak acuh.

Sejak dia mendengar cerita sebenar dari mulut Amilia, dia rasa benci dengan Zain. Sanggup dia tikam kawan baiknya dari belakang hanya kerana seorang perempuan. Lebih-lebih lagi bila aku juga menjadi salah seorang mangsa dia.

“Err… aku tahu kau tak suka kat aku. Aku minta maaf.” ujar Zain lemah. Dia tahu Zarina tak berapa suka dengan dia sejak kes dulu. Tapi dia tak ambil peduli. Dia mesti selesaikan masalah Zarina dan Mamat. Dia yang memulakan pergaduhan itu dan dia juga yang akan menamatkannya.

“Itu, je? Kau ingat senang-senang ke aku nak maafkan kau? Tak pasal-pasal aku jadi mangsa kau! Apa muslihat kau kali ni?” perli Zarina sekali lagi. Zain hanya mendiamkan diri. Hatinya tercalar dengan kata-kata Zarina. ‘Berbisa juga budak ni!’ Desis hatinya.

‘Takpelah, Arin. Memang aku yang bersalah. Tak kisahlah apa kau nak cakap pasal aku lepas ni. Tugas aku skarang ialah menyatukan korang berdua. Hati aku rasa tak sedap bila melihat korang berdua semakin jauh. Aku mesti satukan korang berdua! Mesti!’ bisik hatinya.

“Terima Mamat!” itu sahaja yang mampu Zain katakan. Tanpa disedari setitik air jernih jatuh ke pipi. Dia menangis. Zarina tidak membalas. Hanya diam membisu.

“Arin…kau dengar tak apa yang aku cakapkan, ni?”

“Kenapa kau nak paksa aku terima dia?” tanya Zarina tidak puas hati. Dah la dia yang memulakan permusuhan kami… lepas tu senang-senang nak paksa aku terima Mamat. Apa kes!?

“Sebab Mamat cintakan kau! Dah lama Arin. Dia betul-betul sayangkan kau! Terima la, dia! Dia sayangkan kau! Teramat sayang!”

“Tapi aku takde perasaan pada dia” balas Zarina.

“Aku tahu kau juga sayangkan dia. Betul kan, Arin?” tanya Zain bersungguh-sungguh.

“Kau jangan nak paksa-paksa aku pulak! Kalau aku kata aku tak nak dia… aku tak nak la!” tengking Zarina lantas menutup handphonenya. Deringan yang kembali berbunyi dibiarkan. Dia tak tahu apa sebenarnya perasaan dia. Dia sayangkan Mamat. Dia juga sayangkan Firdaus. Tapi mungkinkah sayang dia pada Mamat hanya sebagai seorang kawan? Dan adakah sayang dia kepada Firdaus lebih kepada sayang seorang kekasih? Aaarrghhh… Zarina pening memikirkannya.

Esoknya Zarina bangun dari tidur. Dia tidak sedar sampai ke pagi. Pening kepalanya telah hilang. Dia menyampai handphonenya. Wow! 21 misscalled! Semuanya dari Zain dan…. Amilia? Zarina mendail nombor Amilia.

“Helo, Arin!!” kedengaran suara cemas.

“Lia…kau dekat mana, ni? Kenapa lain macam je suara kau?” tanya Zarina risau. Apa yang dah terjadi?

“Cepat datang ke Hospital Klang! Zain kemalangan!” balas Amilia. Zarina terkejut. Baru semalam Zain telefon dia. Hari ni……….. Ya Allah! Apa yang dah aku buat? Zarina turun dari katil lantai menyampai tuala untuk mandi. Dia mesti segera ke hospital. Walaupun dia tidak rapat dengan Zain dan yang lain tapi dia dapat rasakan mereka juga sahabat baiknya selain Amilia……

*****************
Di hospital.. Zarina berlari mendekati mereka yang lain…

“Arin!” Lia memeluk Zarina.

“Macammana dengan Zain?” tanya Zarina termengah-mengah kepada Amilia. Amilia menggelengkan kepala. Dia menangis. Apa dah berlaku?

“Kenapa Lia? Apa dah berlaku dengan Zain? Dia selamat ke?” tanya Zarina sekali lagi. Dia tak puas hati…


Amilia menggelengkan kepala… “Zain… Zain… Dia… Dia… Dia dah takde, Arin! Dia dah tinggalkan kita…….” jelas Amilia menahan tangis.

Dia memeluk Zarina semula. Kedengaran suara tangisnya semakin kuat. Zarina hanya kaku berdiri. Tiada langsung pergerakan. Dia hanya memandang Mamat, Azhar dan Fahrin dari jauh. Matanya kembali memandang Mamat. Ketara matanya bengkak. Dia rasa Mamat la yang paling merasa kehilangan. Kehilangan sahabat baik yang sama-sama hadapi susah dan senang. Maafkan aku, Mamat. Maafkan aku! Zain… aku minta maaf. Aku tak sangka semalam adalah hari terakhir. Aku minta maaf sebab tidak melayan panggilan kau semalam. Sikap aku yang cepat marah dan kuat dendam telah memakan diri aku sendiri. Aku minta maaf!

*****************

Tiga hari kemudian…
Di bilik Zarina…

“Macam mana dengan Mamat sekarang? Dia ok, ke?” tanya Zarina kepada Amilia. Amilia hanya mengeluh.

“Ayen kata dia semakin pendiam. Tak banyak cakap. Kawan baik dia, Arin. Kalau aku pun, aku akan jadi macam dia. Kenal sejak kecil. Sama-sama susah dan senang. Bila dah jadi macam ni ~” Amilia tak sanggup menyambung ayatnya. Zarina tunduk membisu.

“Aku bersalah!” Amilia memandang Zarina. Dia tak faham…

“Bersalah? Kenapa kau cakap macam tu?” tanya Amilia.

“Aku yang menyebabkan Zain kemalangan jalan raya. Kalau tak kerana aku malas nak layan panggilan dia… dia takkan ‘merempit’. Dia takkan bawa motor laju-laju” jelas Zarina serba salah.
“Dia call kau malam, tu?” Zarina mengangguk perlahan.

“For what? Patutlah dia minta nombor kau dari aku”

“Dia minta maaf. Lepas tu dia jelaskan perasaan Mamat pada aku. Dan… dia nak aku terima Mamat sebab Mamat sayangkan aku yang teramat sangat”

“Jadi, bagaimana dengan kau?” tanya Amilia lagi.

Zarina menggelengkan kepala. “Aku…. Aku marah dia… Aku langsung tak maafkan dia, Lia. Aku tengking dia! Aku tak layan panggilan dia. Aku yang menyebabkan kematian dia, Lia!” Air mata jatuh menitis ke pipi. Dia tak dapat menahan rasa bersalah. Dia bersalah sangat pada Zain… pada Mamat…

“Astaghfirullahalazim, Arin… Kenapa kau buat macam tu? Zain nak bantu kau dengan Mamat. Dia kan dah minta maaf?” jelas Amilia sayu… Dia tak sangka begini kesudahannya.

“Aku tahu. Aku terlampau ikut perasaan marah dan dendam. At last makan diri aku sendiri! Kalau la aku tak tengking dia malam tu……….” Zarina menekup mukanya. Dia tak dapat lagi menahan tangis. Amilia memeluk Zarina.

“Sudah la… benda dah berlalu. Kita lupakan, je”

Tiba-tiba… TUK! TUK! TUK!
Datin Sahara menolak daun pintu. Dia membetulkan kerusi rodanya.

“Mama…” Zarina bangun lantas mendekati Datin Sahara.

“Ada surat untuk Ina” kata Datin Sahara lantas menghulurkan sepucuk surat berwarna coklat kepada Zarina. Zarina mengambl surat itu.
“Dari siapa ni, mama?”
“Entah la, sayang. Mama pun tak tahu. Tapi mama tengok kat cop ni macam dekat-dekat sini rasanya” jelas Datin Sahara. Zarina mengangguk.

“Takpelah… korang berbual la dulu. Mama dah suruh Mak Mah buatkan air. Kejap lagi dia naiklah!” jelas Datin Sahara lagi sambil tersenyum ke arah Amilia. Amilia membalas senyumannya. “Lia nanti jangan balik lagi, ye? Lunch dengan makcik dan Ina nanti.”

“Baik, makcik.” jawab Amilia.

Setelah Datin Sahara meninggalkan mereka, Zarina kembali menutup pintu. Dia membelek surat di tangan.

“Dari siapa?” tanya Amilia.

“Entah la” Zarina mengoyak surat itu dan mengeluarkan sekeping kertas di dalamnya. Dia membaca. Amilia diam. Tiba-tiba Zarina tersedu-sedu.

“Kenapa Arin?” Amilia resah. Kenapa dengan surat tu?

“Lia….” Mata Zarina berair. Dia tak sanggup membaca surat itu…..

“Kenapa Arin? Siapa yang tulis surat, tu?” Amilia lantas merampas surat itu dari tangan Zarina. Zarina melayan tangisnya. Amilia membaca… dia terkejut… “ZAIN!?”

******************

Assalamualaikum, Arin…
Aku minta maaf banyak-banyak sekiranya sepanjang kita berkawan aku banyak buat salah dengan kau. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh jadi macam tu. Aku tahu kau marahkan aku dan tak boleh maafkan perbuatan aku terhadap kau dan Mamat. Tapi percayalah, aku dah insaf. Dan sekarang, aku hanya berharap kau boleh terima Mamat dalam hidup kau. Dia lelaki yang baik. Paling baik yang pernah aku kenal. Dia banyak tolong aku sepanjang kami berkawan. Susah nak dapat kawan sebaik dia. Percayalah cakap aku. Sepanjang aku kenal dia, dia seorang lelaki yang jujur. Walaupun dia dari keluarga yang berada, dia tak pernah membezakan taraf hidup kami. Mungkin kau tak kenal aku, Arin. Sebenarnya, aku berasal dari keluarga yang sangat miskin. Aku hanya ada ibu. Tanpa adik, abang atau kakak… lebih-lebih lagi seorang ayah. Ayah aku meninggal sejak aku berumur 5 tahun lagi. Sejak ayah aku takde, aku dan ibuku hidup merempat. Macam-macam kerja yang ibu aku buat untuk sara hidup kami…dia juga sering sakit…Aku kesian sangat dengan ibu aku masa tu. Tapi apakan daya, aku masih kecil. Hanya menangis dan menangis mengenangkan nasib kami. Sehinggalah Mamat masuk ke sekolah aku. Sebelum ni aku sering disisih oleh kawan-kawan. Kerana aku miskin, pergi sekolah hanya memakai baju lama dan kasut yang telah buruk. Sekolah aku jauh…aku terpaksa keluar awal untuk pergi ke sekolah yang jauhnya 2 batu. Kau boleh bayangkan kehidupan aku masa tu.

Di sekolah, aku sering dibuli. Mamat yang banyak membantu aku. Mamat yang jadi pelindung aku masa tu. Dia sahaja yang sudi berkawan dengan aku. Papanya juga banyak membantu kami. Kalau tak kerana pertolongan Mamat, aku dan mak aku merempat sampai sekarang. Kalau tak kerana dia juga… aku takkan boleh belajar di kolej tu. Aku bersalah sebab terlampau mengikut kata hati. Aku tak pernah memikirkan segala pertolongan yang dia berikan, dia tak pernah suruh aku membalasnya. Cuma dia nak aku sudi menjadi kawan dia sampai bila-bila.

Arin,
Aku tak paksa kau untuk terima dia. Sebab aku tahu ‘Cinta tak boleh dipaksa’. Cuma aku nak kau tahu yang kau akan rugi sekiranya kau tak menghargai seseorang yang boleh membahagiakan diri kau sendiri. Mamat is so special. Dia seorang lelaki yang mementingkan persahabatan. Kerana persahabatan, dia sanggup lepaskan kau. Masa itu baru aku tahu, Mamat bukan sahaja seorang kawan tapi dia juga seorang SAHABAT.

Sebelum aku mengakhiri surat ni, aku minta ampun dan maaf pada kau. Aku dah banyak buat dosa. Dan sekarang aku nak tebus balik dosa aku. Aku yang memulakan permusuhan dan sekarang aku nak menamatkan permusuhan ini. Fikirlah baik-baik. Aku tahu kau akan buat keputusan yang betul. Aku teringin nak melihat korang berdua berbaik. Dan aku nak jadi orang pertama yang dapat tahu penyelesaian ini. Boleh, kan? Mamat akan tinggalkan kita… fikirlah sebelum terlambat……………

Wassalam…
Aku yang bersalah,
Mohd Zainal Azim
-Zain-


“Zain…………….” Mereka berdua berpelukkan melayan tangis. Beginikah kesudahan mereka? Zain tidak sempat melihat penyelesaiannya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...