BAB 26
“Apa? Kau nak melanjutkan pelajaran ke London!!?” tanya Fahrin terkejut. Bukan dia sahaja, malah Amilia, Azhar dan Zain juga terkejut. Mereka tidak menyangka dengan keputusan yang dibuat oleh Mamat. Mamat hanya mengangguk.
“Tapi kenapa?” kali ini Azhar pula bertanya.
“Aku nak tinggal dengan family aku kat sana. Dah lama sangat tinggal sorang kat Malaysia nih. Aku nak cari pengalaman kat sana pula. Sambung belajar sampai dapat master. Lagipun aku dah bincang dengan mama dan papa aku. Mereka berdua setuju” jawab Mamat tenang.
“Tapi macammana dengan Arin? Takkan kau nak lupakan dia terus?” Amilia tidak berpuas hati.
Mamat diam. Dia mengeluh. “Dia dah bahagia sekarang. Aku tengok dia gembira dengan seseorang.”
“Tapi kau belum tahu lagi siapa lelaki tu. Mereka hanya kawan. Mungkin Arin betul-betul cintakan kau!” jelas Amilia. Dia tak nak Mamat cepat mengaku kalah. Lagipun Zarina tidak pernah menceritakan yang dia telah jatuh cinta dengan lelaki itu. Mamat masih ada peluang.
Mamat tersenyum. “Takpelah, Lia. Lelaki tu pun baik aku tengok. Mampu buat dia bahagia dan gembira. Lagipun tak mungkin aku akan dapat memenangi hati dia.”
Zain yang dari tadinya mendiamkan diri bersuara. “Aku yang bersalah, Mamat. Aku akan bantu kau!”
Mamat masih lagi tersenyum. “Takpelah Zain. Mungkin dia tidak ditakdirkan untuk aku. Aku pasrah dan takkan ganggu hidup dia lagi.”
Mamat bangun lantas meninggalkan mereka. Zain tahu Mamat begitu menyayangi Zarina. Dah banyak cara dia lakukan untuk memikat hati gadis itu tapi… ‘Itu semua salah aku! Aku mesti bantu dia walau apa cara sekalipun,’ desis hati Zain berjanji.
**********
Esoknya Amilia berjumpa dengan Zarina di sebuah restoran. Cuti midsem telah bermula.
Zarina berlari masuk ke dalam restoran. Amilia melambaikan tangan apabila melihat kelibat Zarina mencarinya. Zarina tersenyum lantas mendekati mejanya.
“Sorry aku lambat sikit! Traffic jam kat Jalan Raja Laut tadi” ujar Zarina termengah-mengah. Dia duduk bertentangan dengan Amilia.
“It’s ok! Kau nak order apa?” tanya Amilia setelah melihat Zarina membetulkan duduknya.
“Milo ais ajelah!” jawab Zarina ringkas. Dia mengeluarkan MP3nya berjenama Sony dari dalam beg sandangnya.
Setelah selesai membuat pesanan, Amilia kembali memandang gelagat Zarina.
“Kau nak jumpa aku kenapa?” tnya Zarina.
“Saja. Rindu dekat kau. Hehe…” gurau Amilia. Zarina ketawa.
“Alaa…baru dua hari cuti, dah rindu? Hehe…”
“Alaaa…biasa la. Kau macammana dengan family kau? Dah ok? Mama kau dah sihat ke?”
“Alhamdulillah. Mama aku dah sihat. Baru semalam dia keluar hospital. Tapi kaki dia dah tak macam dulu. Mungkin ini dugaan yang paling berat dia terima. Tapi mama aku terima dengan redha. Hidup kami dah berubah. Tapi kami tetap bahagia. Kalau kau nak tahu…aku dengan mama aku sekarang dah macam member kamcing.” Zarina bercerita tanpa berhenti. Dia merasa gembira dengan kehidupannya sekarang. Walaupun ibunya telah cacat, tapi kecacatan itulah yang mengeratkan hubungannya dengan ibunya. Benarlah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Baguslah macam tu.” Amilia gembira mendengar perubahan keluarga Zarina. “So, macam mana dengan Mamat? Kau dah boleh terima dia?” soalan tu tiba-tiba terkeluar dari mulutnya.
Zarina membuntangkan matanya. Mamat? Dia lupa tentang jejaka itu. Sudah lama dia tidak mendengar cerita tentang Mamat. Mana taknya, hidupnya kini dipenuhi dengan kegembiraan bersama dengan keluarga dan Firdaus… mana ada masa nak fikirkan lelaki itu. Firdaus? Hehe…
“Terima dia? Kenapa kau cakap macam tu?” tanya Zarina. Amilia mengeluh.
“Hadiah tu. Macam mana?” tanya Amilia. Zarina menepuk dahi. Dia lupa tentang hadiah itu. Mana dia letak pun dia tak ingat. Jahatnya aku nih! Tak hargai pemberian orang. Zarina hanya menggelengkan kepala. “Kau suka dengan Mamat?” tanya Amilia kembali apabila pertanyaan dia tidak berjawab.
“Aku bukan tak suka Mamat tu, Lia. Tapi aku tak boleh cope dengan dia. Kami macam tak serasi.” jelas Zarina.
“Memang la sebab kau tak pernah nak bagi dia peluang untuk mendekati kau!” ujar Amilia berterus terang. Dia tak nak Mamat membawa diri ke London. Dia berdoa agar terbuka hati Arin untuk menerima Mamat.
Zarina hanya diam membisu. Dia tunduk sambil mengutil-ngutil straw air milo aisnya yang baru sampai tadi. Amilia mengeluh. Betulkah Arin takkan menerima Mamat??
“Kau tahu Mamat nak berhenti belajar kat kolej kita?” Pertanyaan Amilia membuatkan Zarina tersentak lantas memandang ke wajahnya.
“Mamat nak berhenti belajar? Why!?” tanya Zarina tidak puas hati. Adakah kerana aku?
“Dia nak sambung study ke London. Mungkin sampai master.”
“Berapa lama?”
Amilia mengangkat bahu. “Maybe 5 atau 6 tahun? Mungkin juga takkan pulang ke Malaysia lagi” jawabnya ringkas. Zarina terdiam. Jantungnya berdegup kencang. Terasa kesedihan melanda perasaannya. Ya Allah, kenapa aku dapat rasakan yang aku tak boleh terima berita ini?
Amilia sedar perubahan wajah Zarina. Dia tersenyum. Dia dapat rasakan bahawa Zarina juga menyimpan perasaan terhadap Mamat. Dia memegang tangan Zarina. Zarina mengangkat mukanya memandang Amilia.
“Masih belum terlambat untuk kau berterus terang tentang perasaan kau, Arin. Jangan pendam. Takut satu hari nanti kau akan kecewa dan terkilan apabila orang yang kau sayang tidak berada di sisi kau lagi.”
Zarina terdiam. “Tapi… aku memang takde perasaan pada dia, Lia. Memang takde!” jelas Zarina. Ya Allah, betulkah apa yang aku katakan ini? Mamat? Firdaus? Dua lelaki yang banyak mempengaruhi hidup aku.
Amilia tersentak. “Betul ke kau memang takde perasaan pada dia?” tanya dia tidak berpuas hati. Zarina gugup. Samada dia suka atau tidak pada Mamat masih lagi tidak diketahui. Tapi dia tak nafikan dia sedih dan sakit di hati apabila mendengar berita dari mulut Amilia sebentar tadi.
“Betul ke, Arin?” soal Amilia kembali untuk mendapatkan kepastian.
Zarina hanya mengangguk. Dia masih lagi gugup. Betulkah apa yang aku buat ni? Kenapa aku rasa lain?
Pengumuman:
- kedai buku (1)
- novel (2)
- pengumuman (10)
e-Novel Waniey:
DILEMA SI GADIS TOMBOY
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28) (29) (30) ([FINAL])
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28) (29) (30) ([FINAL])
CINTA PERTAMA
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28) (29) (30) (31) (32) [FINAL]
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28) (29) (30) (31) (32) [FINAL]
BUS STAND: DESTINASI CINTA KITA
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) ([FINAL])
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) ([FINAL])
ALAMAK ARZIRIL KE ARIEL!?
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28)
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28)
BENCI BILANG CINTA
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) ([FINAL])
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) ([FINAL])
HELLO MR. PERFECT!
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (Di pasaran)
(Sinopsis) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (Di pasaran)
Selasa, 23 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tentang penulis:
Nama pena adalah Waniey Zakaria. Mula menulis sejak berumur 16 tahun lagi. Waniey mula aktif menulis selepas tamat belajar dan bercita-cita ak menjadi seorang novelis yang termasyur satu hari nanti. InshaaAllah.
Catatan Popular:
-
BAB 24 TAHUN 2001 Alya sedang membelek buku rujukannya di laluan fakulti sementara menunggu Isma dan Hana turun dari bili...
-
BAB 15 Sudah hampir dua minggu dia tidak bertemu dengan Alya. Apa cerita gadis itu sekarang? Izzul membuka kotnya lantas disidaikan di atas...
-
BAB 17 Alya mengeluarkan duit dari ATM, Maybank. Gajinya sudah masuk. Dia perlu memberikan duit itu kepada ibunya untuk belanja barang da...
-
BAB 20 Izzul memandang geram mesej yang pernah diberikan oleh Ain padanya. Satu mesej berbaur ugutan.Dia menggenggam kuat Iphone-nya. Kal...
-
BAB 14 TAHUN 2011 Alya tersedar dari lenanya apabila terdengar sesuatu dari arah luar. Dia memandang ke sisi. Amani masih lagi tidur nyen...
-
BAB 18 Esok pagi dia bangun apabila bunyi mesej kedengaran dari handphone Nokianya. Selepas solat subuh, dia kembali menyambung tidurnya. ...
-
BAB 19 “What!? Kahwin?” tanya Arif terkejut apabila Izzul meluahkan hasratnya sewaktu mereka melepak di rumah. Izzul menganggu...
-
BAB 22 Sewaktu Izzul masuk ke dalam bilik, Alya sedang sibuk mengemas bajunya dan baju Izzul ke dalam beg. Lagi dua jam me...
-
BAB 21 Alya melambaikan tangan ke arah sahabatnya. Dia tak sempat mengenalkan Izzul pada mereka. Takpelah, mungkin mereka takde rezeki unt...
-
korang masih ingat lagi tak cerita ni? hehehe.. ini adalah cerita kedua wani masa dalam teratak.. so.. cerita ni belum habis wani letak dlm ...


0 orang beri kritikan::
Catat Ulasan