RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 25

BAB 25

Telah lama Mamat cuba untuk mendekati Zarina tetapi dia masih was-was lagi. Takut dirinya akan dihambur kata-kata nista dari mulut comel itu. Dia mendengus sendirian. Macam mana ni? Bagaimana aku nak mendekati dia?

Zarina duduk sendirian di pondok membaca. Dia masih lagi termenung mengenangkan mamanya. Tiba-tiba…kedengaran bunyi lagu Tokyo Drift nyanyian Teriyaki Boyz dari dalam begnya. Handphonenya berbunyi. Zarina melihat nama panggilan tersebut.

“Firdaus?” katanya perlahan. Dia menekan punat hijau di keypad. “Hello assalamualaikum, Fir…” ucap Zarina memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam, Arin. Kau kat mana?” tanya Firdaus dari hujung talian.

“Aku kat kolej. Kenapa?”

“Aku ingat nak jumpa kau. Rindu la kat kau. Lama kita tak berborak. Aku sekarang ada dekat kolej kau sekarang” kata Firdaus. Zarina terkejut. Ada kat sini??

“Kau kat mana sekarang?”

“Aku sekarang kat lobi. Dekat fakulti kau.”

“Ok. Aku datang sekarang.” jawab Zarina.

“Ok aku setia menunggu kau di sini. Babai…..” gurau Firdaus menamatkan perbualan. Zarina tersenyum lantas segera berlari menuju ke fakultinya.

**********


Mamat tidak dapat menerima kenyataan melihat kemesraan Zarina dengan lelaki itu. Senyuman kegembiraan dari wajahnya menunjukkan bahawa gadis itu benar-benar bahagia. Kenapalah kau tak boleh memberi aku peluang, Arin? Walau hanya sekali sahaja…

Mamat memerhati tingkah laku Zarina bersama Firdaus di café itu. Gadis itu semakin ayu. Dia tersenyum sendirian. Mungkin kau tidak diciptakan untuk aku, Arin. Aku faham semua itu. Aku doakan kau bahagia bersama dia.

Mamat bangun dari kerusi. Dia tak tahan melihat kemesraan itu. Biarlah kau bahagia. Dia melangkah selangkah demi selangkah meninggalkan ruang café itu. Membawa hati yang terguris dan tercalar...

************

Di hospital..
Datin Sahara merenung jauh keluar. Dia menghirup udara segar. Menolak kerusi rodanya ke hadapan.

“Mama..” Zarina mendekati Datin Sahara. Datin Sahara tersenyum memandang wajah anak bongsunya. Dia mendepangkan tangannya..

“Mari sini sayang, peluk mama…” Zarina tersenyum lantas berlari mendekati Datin Sahara. Dia memeluk ibunya sepuas hati. Baru la kini dia dapat merasai nilai kasih sayang seorang ibu. Dia menangis. Begitu juga Datin Sahara. “Maafkan mama, sayang. Mama dah banyak berdosa dengan Arin.” luah Datin Sahara.

Pelukan terungkai. Datin Sahara mengesat air mata di pipi anak bongsunya. Begitu cantik apabila melihat wajah manis gadis itu yang sedang tersenyum. Jarang sekali dia melihat gadis itu tersenyum seperti sekarang. Ya Allah, aku telah banyak mengabaikannya. Maafkanku Ya Allah. Aku tidak bersyukur dengan segala rahmat yang telah Engkau berikan. Aku berdosa, rintihnya dalam hati.

“Mama, Arin minta maaf. Selama ni Arin banyak menderhaka dengan mama. Arin minta maaf, mama.” luah Zarina. Dia mencium tangan ibunya sepenuh hati. Air mata kembali mengalir deras. Datin Sahara mengusap lembut rambut anaknya.

“Mama pun nak minta maaf, sayang. Mama yang bersalah. Mama tak pernah menghargai Arin. Dan sekarang baru mama sedar. Ini balasan Tuhan pada mama kerana mengabaikan anugerah yang telah diberikan kepada mama selama ini” Datin Sahara mencium pipi anaknya. Kasih sayang dia kepada Zarina terungkai sudah. Dia rasa menyesal kerana tidak pernah menghargai Zarina.

Dato’ Zaki, Zurida, Zaimah dan Mak Mah tersenyum melihat mereka berdua. Akhirnya keluarga ini menemui jalan kebahagiaan walaupun agak terlewat. Dato’ Zaki mendekati mereka.

“Mulai dari hari ni kita mulakan hidup baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih.” kata Dato’ Zaki. Masing-masing mengangguk sambil tersenyum.

“Haaa…sekarang ni kita kena doakan agar mama cepat sembuh and kita boleh celebrate bila mama pulang nanti!!” ujar Zurida memecah suasana. Mereka semua menjerit setuju. Bilik itu kembali gamat dengan bunga-bunga ceria. Kebahagiaan yang diingini oleh Zarina telah tercapai akhirnya dan dia berdoa semoga kebahagiaan ini berterusan selama-lamanya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...