RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 24

BAB 24

Malam itu Zarina ke hospital untuk melawat ibunya. Dia berniat untuk bermalam sahaja di hospital. Sampai sahaja di bilik wad, ibunya masih lagi tidur. Zarina meletakkan buah-buahan di atas meja lantas segera duduk di sisi ibunya.

“Mama…. Arin minta maaf kalau selama ni Arin banyak melawan cakap mama” kata Zarina kepada ibunya. Tiba-tiba ayahnya masuk.

“Ina? Dah lama sampai?” tanya Dato’ Zaki.

“Baru je, pa” jawab Zarina pendek.

“Papa pulang dulu. Esok papa nak pergi kerja. Dah lama sangat papa ambil cuti. Entah apa yang dah jadi dengan syarikat selama papa takde ni. Esok pagi Kak Long datang jaga mama pula” ujar Dato’ Zaki kepada Zarina lantas mengambil kunci kereta yang diletakkan diatas meja.

Zarina mengangguk. “Baiklah, pa. Malam ni biar Ina je yang jaga mama.” kata Zarina.

Setelah bersalam dengan ayahnya Zarina kembali duduk di sisi ibunya. Tangan kiri ibunya digenggam erat. Dia hanya tersenyum memandang ibunya tidur. Mama tidurlah…Arin akan menjaga mama selama-lamanya, bisik hatinya.

Allahuakbar….Allahuakbar…

Kedengaran suara azan subuh. Zarina terjaga dari tidur. Dia memandang ibunya yang masih lagi tidur. ‘Nyenyak sungguh mama tidur,’ desis hatinya. Zarina menguap. Dia menggeliat. Dah masuk waktu subuh. Baik sembahyang dulu. Pukul 9 ada kelas. Zarina segera ke tandas untuk mengambil wuduk. Setelah itu dia segera sembahyang di dalam bilik itu.

Selesai memberi salam yang terakhir, Zarina menadah tangan berdoa…
“Ya Allah Ya TuhanKu, kerana Engkau aku di sini dan kepada Engkau aku bakal kembali. Ya Allah Ya TuhanKu, begitu banyak dugaan yang Kau berikan kepadaku. Namun aku redha menerimanya Ya Allah. Tidak mudah untukku melatah apabila menerima ujianMu Ya Allah. Sesungguhnya ujianMu ini memberi hikmah yang baik kepada diriku. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau bukakanlah pintu hati mama untuk menerima ku sebagai anaknya Ya Allah. Berilah dia hidayah semoga dapat menerimaku seadanya. Begitu lama mama membenci diriku dan aku tidak sanggup untuk dibenci selama-lamanya. Ya Allah, sampai bila dugaan ini akan berlaku? Kenapa kau tarik kembali segala kesempurnaan yang ada pada mamaku? Andainya aku diberi peluang, aku sanggup berkorban segalanya. Mama orang yang paling penting dalam hidupku. Walaupun mama membenciku, aku tetap sayangkannya Ya Allah. Tiada siapa yang dapat menggantikan mamaku. Aku tak sanggup kehilangan mama, Ya Allah. Mama pernah bertarung nyawa melahirkanku. Berilah aku kesempatan untuk membalas budinya Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah cahaya kebahagiaan kepada keluargaku. Kau maafkanlah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan. Sesungguhnya Kau Maha pengampun lagi Maha mengasihani. Amin…”

Zarina mengaminkan doanya lantas disapu seluruh mukanya. Dia tenang menghadapi segalanya….biarlah Allah menentukan…

Tanpa disedari Datin Sahara terdengar segala apa yang dikatakan oleh Zarina dalam doanya. Dia terharu. Begitu mulia hati anaknya. Kenapalah dia membenci anaknya selama ini? Ya Allah, maafkan aku. Inilah balasan yang kuterima akibat tidak mensyukuri segala rahmatMu Ya Allah. Dan sekarang aku menyedarinya. Aku berjanji aku takkan mensia-siakan anakku yang sorang ni, aku berjanji akan memberi kebahagiaan kepadanya Ya Allah, kata Datin Sahara di dalam hatinya. Matanya kembali pejam. Air mata mengalir apabila matanya dipejam. Maafkan mama, sayang…

Datin Sahara membuka matanya. Hari telah cerah. Dia memandang sekeliling. Dimana Zarina? Datin Sahara cuba untuk bangun tetapi tenaganya tidak mencukupi. Telah hampir dua minggu dia berada di hospital. Entah bila dia boleh pulang ke rumah. Matanya masih melilau mencari kelibat Zarina.

“Ariinnn…mana kau, nak?” jerit Datin Sahara. Sekilas pintu bilik dikuak. Kelibat Zurida mengusung makanan sambil berjalan mendekatinya.

“Mama dah bangun?” tanya Zurida lembut. Dia meletakkan makanan di meja sisi lantas membantu ibunya duduk.

“Mana Arin, Ida?” tanya Datin Sahara kepada Zurida. Dari tadi dia tak nampak kelibat Zarina.

“Ina dah pegi kolej, mama. Baru beberapa minit tadi.” jawab Zurida. Datin Sahara mengeluh.

“Mama dah banyak buat salah pada dia. Mama kesal selama ni, Ida. Mama selalu marah dia. Cari pasal dengan dia. Kata dia anak sial. Mama bersalah, Ida. Mama bersalah.” kata Datin Sahara menyesali segala apa yang berlaku ke atas dirinya. Zurida hanya tersenyum tawar.

“Sudah la mama. Benda yang lepas jangan dikenang. Lepas ni kita mulakan hidup baru, ye?” Zurida memujuk. Datin Sahara mengangguk.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...