RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 23

BAB 23

Cuti semester telahpun tamat. Zarina pula semakin mengurangkan jadual kerjanya. Disebabkan kerana dia baik dengan manager kedai makanan segera itu, Zarina dapat bekerja part-time. Dia hanya bekerja pada hari sabtu dan ahad sahaja manakala hari-hari yang lain dihabiskan untuk concentrate on study.

Zarina melangkah longlai menuju ke kelas. Dia masih risaukan ibunya. Sudah seminggu berlalu. Setiap kali dia cuba untuk bertemu ibunya, setiap kali itulah dia dihalau. Ibunya masih marah kepadanya. Dia pelik…apa dosanya? Zarina mengeluh. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Zarina menoleh. Amilia tersenyum memandangnya.

“Good morning. How’s your first day in college? Ok?” tanya Amilia. Zarina hanya tersenyum pahit.

“Ok.” jawab Zarina pendek. Amilia hairan dengan perubahan Zarina. Dia tak gembira hari ini. Walaupun Zarina telah berubah dari segi penampilannya, dia tetap Zarina yang dulu. Masih dibelenggu dengan masalah peribadinya. Kesian Amilia melihat Zarina. ‘Kalau aku jadi kau Arin, aku tak sanggup nak hadapi masalah ni berturut-turut’, desis hatinya.

Mereka masuk ke dalam kelas. Semua pelajar terdiam melihat mereka. Masing-masing tergamam. Kadang-kadang jelas terdengar bisikan dari rakan-rakan sekelas mengenai perubahan Zarina. Ada yang memuji dan ada juga yang memerli. Amilia memandang ke arah Zarina. Gadis itu masih lagi dengan dunianya. Langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling.

Mereka duduk di bahagian belakang sekali. Sempat juga Amilia bermain mata dengan Fahrin. Azhar pula sibuk berborak dengan Mamat. Zain? Dimana Zain? Tiba-tiba Zain masuk. Dia juga telah berubah. Amilia memandang Zain dengan rasa jelak. Menyampah dia melihat Zain. Masih teringat segala apa yang dia lakukan terhadap Mamat dan Zarina. Zain melangkah setapak demi setapak mendekati mereka bertiga.
Azhar dan Fahrin hanya tersenyum memandang Zain. Mereka telah lama memaafkan Zain. Dan sekarang tinggal Mamat sahaja yang masih belum berbaik dengannya. Zain sekarang tepat berada di sisi Mamat.

“Err… Mamat…” kata Zain tergagap-gagap… Dia takut untuk berkata-kata. Dia rasa serba salah. Mamat memandang Zain. Memang dia masih lagi merasa marah terhadap sahabat baiknya itu. Namun sampai bila dia nak berdendam?

“Sudahlah, Zain. Aku dah tak ambil hati pun. Dah lama aku maafkan kau!” kata Mamat. Zain yang dari tadinya hanya tunduk membisu mengangkat mukanya lantas memandang kearah Mamat. Dia masih lagi terkejut. Adakah Mamat maafkan aku? Mamat hanya tersenyum memandang Zain. Dia mengangguk.

“Mamat…aku minta maaf. Aku banyak buat salah dengan kau! Aku lupa diri. Kerana cinta, aku lupa persahabatan kita. Aku terlampau mengikut perasaan. Maafkan aku, Mamat.” luah Zain tanpa henti. Barulah dia boleh meluahkan segala-galanya yang terpendam dalam fikirannya. Mamat hanya tersenyum.

“Sudahlah! Kita lupakan semuanya, ok!? Sekarang ni dah masuk sem baru. So kita buat azam baru. Okey, kawan?” jelas Mamat lantas menarik Zain duduk ditepinya. Zain mengangguk lantas segera duduk disebelah Mamat.

“Haaa…kan bagus macam tu! Tak payah nak dikenang benda lama. So, lepas ni kita makan kat café. Aku belanja!” kata Azhar mencelah. Mereka setuju dan kembali bergelak ketawa seperti biasa. Seolah-olah mimpi ngeri yang dulu sudah lenyap………….. meninggalkan mimpi-mimpi indah.

Amilia tersenyum melihat telatah mereka. Dia bersyukur. ‘Masalah mereka berempat telah selesai. Dan sekarang pula masalah kawanku yang sorang ni’, bisik hati Amilia. Dia menjeling ke arah Zarina yang dari tadinya diam membisu.

“Arin! Kenapa bisu semacam ni? Tak best la…. Kalau kau ada masalah cerita la pada aku!” luah Amilia. Zarina hanya tersenyum tawar.

“Takde apa-apa la, Lia. Aku o.k.” jawab Zarina lantas mengeluarkan notepad dari begnya.

“Kau makin lawa sekarang. Tengoklah, semua orang pandang kau.” kata Amilia. Zarina mengangkat mukanya lantas memandang sekeliling. Pelajar-pelajar lelaki lain yang memandang ke arahnya sejak tadi kembali memandang ke arah lain apabila dia mengerling ke arah mereka. Zarina tersenyum lantas dia kembali membuat kerjanya.

Mamat memandang sahaja Zarina. Dia tersenyum sendirian. Kau makin cantik, Arin. Wajah inilah yang membuatkan jantung aku berdegup kencang dulu. Dan sehingga sekarang wajahmu sentiasa terbayang di ruang mataku.

Zain perasan dengan perubahan Mamat. Dia tersenyum. ‘Aku mesti rapatkan kembali mereka. Mamat telah banyak membantu aku dan sekarang tiba masanya aku membalas budi dia’, Zain berjanji di dalam hatinya. Dia pasti akan membantu Mamat walau apa cara sekalipun.

*********
Habis kelas mereka segera ke café berdekatan….

“Kau nak tahu Mamat satu perkara?” tanya Azhar. Fahrin dari tadi menyiku tangannya. Zain hanya tersenyum. Mamat hairan.

“Apa dia?”

“Ada kawan kita tu dah ber‘awek’” kata Azhar menjeling ke arah Fahrin. Fahrin cuak.

“Siapa?” tanya Mamat lagi. Dia mengerut dahi.


“Ni si Fahrin ni! Hampas betul…dia tak beritahu kita tau!” perli Azhar. Mamat memandang Fahrin.

“Apa…betul ke, Ayen?” Mamat tidak percaya. Dia tidak pernah nampak Fahrin keluar dengan mana-mana perempuan pun. Fahrin hanya mengangguk malu. Mamat ketawa.

“Kenapa kau tak beritahu kitorang?”

“Aku takut korang tak suka.” jelas Fahrin.

“Kenapa kau cakap macam tu?” tanya Mamat hairan.

“Sebab dia couple dengan budak yang kita kenal la sesangat!” ujar Azhar. Zain dari tadi hanya tersenyum. Fahrin menggelabah.

“Siapa?” Mamat bertanya.

“Siapa lagi kalau bukan Amilia!” Mamat terkejut. Sungguh! Dia tidak percaya.

“Aku tahu kau mesti tak suka. Sebab tu aku tak nak beritahu korang” luah Fahrin kecewa.

“Gila kau! Mana ada. Aku cuma terkejut sebab kan kan suka cari pasal dengan budak Amilia tu? Tup..tup… dah couple dengan dia.” jelas Mamat mengambil hati.

“Dah suka sama suka.. nak buat macammana” kata Fahrin tersengih.

Mamat mengerling ke arah Zain pula. “Yang kau ni… mesti dah tahu hubungan diorang, kan?” tanya Mamat kepada Zain. Zain tersenyum lantas mengangkat bahu. Mereka ketawa. “Hantu betul korang ni. Aku orang terakhir yang tahu. Teruk betul!” luah Mamat.

“Dah memang takdir kau orang terakhir yang dapat tahu…terima je lah..” perli Fahrin. Mereka kembali ketawa.

********

“Apa? Kau dah couple dengan Ayen?” tanya Zarina terkejut sebaik sahaja Amilia menceritakan kepadanya. Amilia mengangguk. “Bila?”

“Dah lama dah. Hampir 8 bulan dah.” jelas Amilia.

“Kenapa kau tak beritahu aku?”

“Aku takut kau marah. Yelah…kau kan tak baik dengan Mamat.” Zarina hanya mengeluh apabila mendengar jawapan dari Amilia. Amilia memegang tangan Zarina. “Sori, ok!” pujuk dia.

“It’s ok. So…are you happy right now?” tanya Zarina sambil menghadiahkan senyuman kepada Amilia. Dia tumpang gembira sebab Amilia dapat couple yang baik macam Fahrin. Amilia angguk sambil membalas senyumannya.

“Kau macam mana? Dengan Mamat? Kau terima dia?” tanya Amilia kembali setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri. Zarina kembali mengeluh.

“Aku tak nak fikir lagi pasal tu. Ada banyak perkara yang perlu aku selesaikan” jawab Zarina.

“Your mom, isn’t it?” Zarina mengangguk. Amilia mengeluh. “Sampai bila dia nak membenci kau? Kau tak salah! Papa kau dan ahli keluarga kau yang lain dah terima kau. Kenapa mama kau masih lagi keras kepala” marah Amilia. Dia geram dengan perangai ibu Zarina.

“Kau jangan la marah mama aku. Mungkin dia ada reason kenapa dia benci aku!” kata Zarina seolah-olah memujuk dirinya.
“Reason apa? Reason sebab kau bukan anak yang dia mahu!? Huh! Come on la kawan! Mama kau tu tak sepatutnya berfikiran macam tu. Dia tak sedar ke anak tu satu rahmat. Kira bersyukur la Tuhan nak bagi mama kau anak. Ada orang tu berpuluh-puluh tahun kahwin sampai sekarang takde anak. Aku sendiri tak faham la dengan mama kau ni!” marah Amilia bengang. Zarina hanya terdiam. Betul juga apa yang dikatakan Amilia. Dia sendiri tak faham dengan ibunya sendiri.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...