RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 22

BAB 22

Zarina berlari menuju ke wad kecemasan…panggilan dari pihak hospital betul-betul membuatkan dirinya tidak tenang.. ‘Ya Allah, Kau selamatkanlah mama aku!’, doa Zarina di dalam hati.

Sampai sahaja di wad kecemasan dia melihat kelibat ayahnya, Mak Mah dan kakak-kakaknya menunggu dengan cemas di luar. Zarina mendekati mereka.

“Papa!” mereka menoleh sebaik sahaja Zarina memanggil nama ayahnya.

“Ina!” balas ayahnya. Zarina memeluk ayahnya. Air mata mengalir membasahi pipi. Dia bimbang akan keselamatan ibunya. Walaupun ibunya tidak menganggap dia sebagai anak tetapi dia tetap sayangkan ibunya.

“Macam mana dengan mama, papa?” tanya Zarina.

Papanya hanya menggeleng. “Papa tak tau, sayang. Papa dapat call dari pihak hospital masa papa dalam perjalanan ke pejabat tadi.” balas Dato’ Zaki. Zarina resah. Ya Allah, apa yang dah berlaku pada mama? Selamatkanlah dia, Ya Allah. Aku tak sanggup kehilangan mama. Masih banyak dosaku pada dia.

Mak Mah dan kakak-kakaknya mendekati mereka.
“Sabarlah, dato’. Insya’allah datin selamat.” kata Mak Mah memberi semangat.

“Ya, papa. Kita berdoa, je. Insya’allah mama selamat.” Zurida membalas. Zaimah dan Zarina hanya mengangguk. Di dalam hati tidak putus-putus berdoa semoga ibu mereka selamat.

Setelah 1 jam menunggu di luar kelihatan seorang doktor keluar dari bilik kecemasan tersebut. Doktor itu agak kelam-kabut. Dia mengarahkan nurse mengambil sesuatu. Masing-masing bangun dan mengerumuni doktor tersebut.
“Bagaimana isteri saya, tuan doktor?” tanya Dato’ Zaki.

Doktor tersebut memandang mereka lantas membuka masker.

“Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan pesakit?” tanya dia.

“Saya suaminya doktor~”

“Doktor Faizi” jawab dia mencelah apabila Dato’ Zaki samar-samar dengan namanya.

“Oh, Doktor Faizi. Saya Zaki, suaminya. Bagaimana dengan dia? Apa yang dah berlaku kepada dia?” tanya Dato’ Zaki semula.

“Erm…begini, Encik Zaki. Puan Sahara mengalami kecederaan teruk di bahagian kakinya. Tulang kaki kirinya retak akibat dirempuh oleh objek berat. Kami terpaksa memotong kakinya bagi menyelamatkan nyawanya. Selain itu dia juga kehilangan banyak darah. Tapi kami tidak mempunyai darah jenis O yang mencukupi. Jadi alang-alang keluarga encik ada di sini, saya harap sangat keluarga encik dapat menderma darah secepat yang mungkin.” jelas Doktor Faizi.

“Tuan doktor, darah saya jenis O. Ambil la darah saya, tuan doktor. Saya nak mama saya selamat” balas Zarina mempelawakan dirinya. Dia masih ingat saat dia membuat eksperimen blood test semasa di sekolah dulu. Saat itulah dia mengetahui jenis darahnya. Dato’ Zaki terharu. Begitu sayang dia kepada ibunya walaupun ibunya melayan dia begitu.

“Saya juga, doktor” kata Zaimah pula.

“Baiklah, kamu boleh menderma darah di bilik derma darah hujung sana.” kata Doktor Faizi sambil menunjukkan kepada mereka. Zarina dan Zaimah segera berlari ke bilik tersebut kecuali Zurida kerana jenis darah Zurida hanya sama dengan ayahnya.

Sebelum Doktor Faizi kembali masuk ke dalam bilik kecemasan, Dato’ Zaki segera menarik tangannya.

“Doktor, lakukan apa sahaja…asalkan isteri saya selamat. Saya sanggup bayar walaupun mahal sekalipun kos perubatannya.” kata Dato’ Zaki mengharap.

“Insya’Allah, Encik Zaki. Saya cuma berusaha. Selebihnya kita berdoa je kepada Allah.” balas Doktor Faizi lantas bergerak menuju ke bilik kecemasan semula.

Masing-masing menunggu dengan sabar…

*********

Zarina memegang tangan ibunya. Dia mengucup tangan ibunya. Sudah 2 hari berlalu setelah peristiwa yang meragut kaki kiri ibunya berlaku. Walaupun pembedahan telah selesai dengan selamat, namun sampai sekarang ibunya masih belum sedarkan diri.

Menurut Doktor Faizi, kemalangan itu memberi infeksi yang teruk kepada Datin Sahara. Dia terpaksa duduk di kerusi roda seumur hidupnya kerana sebelah kakinya terpaksa dipotong manakala sebelah lagi mengalami kerosakkan saraf yang menyebabkannya lumpuh separuh badan.

“Mama, bangunlah. Jangan tinggalkan Arin, ma. Arin sayang sangat dengan mama. Bangunlah, ma!” bisik Zarina ke telinga ibunya. Air matanya tak henti-henti mengalir. Zurida dan Zaimah hanya melihat sahaja perbuatan adiknya. Mereka sedih melihat adiknya. Ayahnya pula pergi ke kantin untuk membeli makanan kepada mereka manakala Mak Mah telah dihantar pulang untuk menjaga rumah mereka.

“Maa…bangunlah, ma! Arin minta maaf, ma!” kata Zarina. Zurida mendekati adiknya.

“Adik, jangan macam ni. Nanti mama sedih tengok adik macam ni.” nasihat Zurida.

“Kak Long, Ina banyak buat salah dengan mama. Ina janji kalau mama sedar…Ina akan jaga mama seumur hidup Ina. Ina takkan sia-siakan mama. Ina janji, kak long. Ina janji!” kata Zarina. Zurida hanya mengangguk. Hatinya terharu. Zaimah pula hanya menggelengkan kepala. Tidak sanggup dia melihat adiknya yang seolah-olah meratapi ibu mereka.

Sedang mereka menunggu di dalam bilik itu tiba-tiba Datin Sahara terbangun…
“Tidaaaaakkkkkkkkk!!” jerit Datin Sahara. Masing-masing terkejut mendengar jeritan Datin Sahara. Datin Sahara memandang sekeliling.

“Di mana aku, ni!!?” tanya dia. Dia melihat Zarina disebelahnya. Zarina masih lagi memegang tangannya.

“Mama…mama dah bangun! Alhamdulillah…mama dah sedar!” kata Zarina tersenyum memandang ibunya. Datin Sahara memandang tajam kearah anak bongsunya.

“Kenapa kau ada kat sini, ha!? Lepaskan tangan aku!” bentak Datin Sahara lantas menarik keras tangannya dari genggaman Zarina. Zarina terpinga-pinga. Dia hanya terdiam membisu. Zurida dan Zaimah hanya memandang antara satu sama lain. Dalam hati gembira kerana ibu mereka telah sedar tetapi ibunya masih belum dapat menerima Zarina.

Datin Sahara cuba untuk bangun. Dia menggerakkan kakinya tetapi……….
“Kenapa aku tak rasa apa-apa, ni!? Kenapa dengan kaki aku!?” tanya Datin Sahara kepada mereka. Zarina mendekatinya lantas menggenggam tangan ibunya.

“Mama…sabar mama. Ini dugaan Tuhan.” kata Zarina. Datin Sahara membuntangkan matanya. Apa!? Dia menarik selimut yang menutupi kakinya. Ya Allah…. Air matanya jatuh membasahi pipi. Bibirnya menggigil. Tidak terkata olehnya. Hanyalah air mata………………….

“Mama……………”

“Keluar!!” bentak Datin Sahara memotong kata-kata Zarina. Zarina cuba merapati ibunya. “Jangan dekat dengan aku! Anak sial!! Keluar……….!! Kau nak aku mengamuk ke, ha!? Keluarrrrr aku kataaaaaaa!!!” ibunya menggila. Barang-barang di sekeliling dicampaknya ke arah Zarina dan kakak-kakanya. Mereka berundur ke belakang. Zarina hanya menangis. Zaimah telah berlari mendapatkan doktor.

Dua minit kemudian Doktor Faizi dan dua orang jururawat datang lantas mendekati Datin Shara. Doktor Faizi memberi suntikan ubat penenang kepada Datin Sahara. Zarina yang tadinya hanya melihat sahaja kembali bergerak mendekati ibunya. Dia mesti menenangkan ibunya. Zarina melangkah setapak ke depan tetapi Zurida menghalang. Zarina mengerling ke arah Zurida. Zurida hanya menggeleng.

“Biar mama tenangkan perasaannya…” bisik Zurida.

“Tapi mama…” Zarina cuba berkata-kata.

“Adik… dengar cakap kak long. Mama tak boleh terima kenyataan. Kita biarkan dia bertenang dulu, ok?” kata Zurida. Zarina hanya mengangguk.

Hari itu mereka terpaksa pulang. Hanya ayah mereka sahaja yang tinggal untuk menjaga ibunya. Zarina sedih. Perkataan ‘anak sial’ yang terkeluar dari mulut ibunya semasa di hospital tadi masih lagi terngiang-ngiang dibenak fikirannya. ‘Ya Allah… kenapa mama cakap aku begitu? Betulkah aku ni pembawa sial?’, desis hatinya.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...