RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 21

BAB 21

Esoknya seperti yang dijanjikan, Zarina bertemu dengan Amilia di McDonald, Sogo. Sambil makan mereka berborak-borak. Menghilangkan rasa rindu masing-masing.

Amilia mengeluarkan bungkusan hadiah kepunyaan Mamat dari dalam begnya.
“Sebenarnya aku nak jumpa kau sebab ini.” kata Amilia sambil menolak bungkusan itu kepada Zarina. Zarina hanya memandang bungkusan itu.

“Apa ni? Present untuk aku, ke?” soal Zarina tersenyum.

Amilia mengangguk. “Dari Mamat.” jawabnya pendek. Senyuman yang terukir dibibir Zarina sejak tadi kembali mencuka.

“Mamat?” Zarina membuntangkan matanya. Dia menolak kembali bungkusan itu kepada Amilia. Amilia mengeluh.

“Dengar dulu penjelasan aku!”

“Takde gunanya mendengar apa-apa penjelasan lagi, Lia. Aku tak suka dipermainkan! Cukup la dengan apa yang dia buat pada aku. Aku pun ada harga diri.” jelas Zarina mendatar. Dia sudah lama melupakan lelaki itu. Hidupnya kembali aman sejak dia menengking Mamat dulu.

“Tapi, biar aku cerita perkara yang sebenarnya ~.” jelas Amilia. Zarina hanya mendengar sahaja. Hari itu segala-galanya terungkap sudah. Soal hadiah, katak, Mamat, tayar pancit, Zain dan segala-galanyanya yang telah berlaku sebelum ini diterangkan dengan jelas oleh Amilia. Zarina mengeluh…tidak disangka terlampau banyak perkara yang tidak dijangka terjadi.

*******

Zarina hanya memandang bungkusan hadiah di atas katilnya. Sungguh dia tak menyangka rupa-rupanya selama ini Mamat memendam perasaan terhadapnya. Zarina mengeluh. Dia mengambil bungkusan tersebut lantas dikoyakkan pembalutnya perlahan. Dia mengeluarkan sesuatu dari kotak itu. Dia tersentuh. Sungguh cantik bebola kaca ini. Dia menyentuh kain baldu merah jambu yang membaluti bebola kaca tersebut. Lembut….. Zarina tersenyum sendirian.

Dia menyesal kerana berprasangka buruk terhadap Mamat. Rupa-rupanya Zain yang merancang semua ini. Tapi kenapa? Apabila teringat kembali saat dia membelasah lelaki itu, dia ketawa kecil. Ganas juga aku masa itu. ‘Tula…siapa suruh cari pasal dengan aku? Kan dah kena. Padan muka! Hehehe..’, rungut Zarina dalam hati. Zarina membelek bebola kaca itu. Hatinya benar-benar tersentuh. Dan masa itu juga dia dapat memaafkan Mamat.

“Ina~ call….!!” jerit Kak Munirah dari luar. Zarina terkejut dari lamunannya.

“Yeah, coming!” balas Zarina lantas meletakkan kembali bebola kaca itu di dalam kotak. Dia berlari keluar dari bilik untuk mengambil handphonenya.

“Hello, assalamualaikum…” ucap Zarina memberi salam..

“Ni Cik Zarina ke?” tanya suara dari corong hansetnya. Jelas kedengaran bahawa suara itu suara lelaki.

“Ye, saya Zarina. Siapa ni!?” lelaki itu menjawab pertanyaan Zarina. Zarina hanya mengangguk sahaja tetapi selepas itu…

“Apa!? Ya Allah!!!”………………..

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...