RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 20

BAB 20

Seperti biasa Zarina pergi ke tempat kerja. Cuti semesternya hampir tamat. Dia perlu kurangkan masa bekerja untuk mempersiapkan diri dengan pembelajaran baru.

Zarina masuk ke restoran itu. Kali ini penampilannya agak berbeza. Dia memakai baju blouse berwarna merah jambu dan berseluar jeans hitam. Tiada lagi baju t-shirt dan seluar ‘baggy’. Dia mengikat skaf berwarna merah jambu dilehernya. Rambutnya diikat siput. Tiada lagi cap yang menutupi rambutnya. Wajahnya disolek ala kadar tapi masih menyerlah. Bibirnya dibaluti lips bump dan gincu jenama maybeline. Dia tersenyum ke arah rakan-rakan sekerjanya.

“Ya, selamat datang, cik. Nak order apa?” tanya Ellie memandang Zarina. Zarina hairan. Dia tak kenal aku, ke?

“Kau tak kenal aku, ke…Ellie?” tanya Zarina. Ellie mengerut dahi. Dia membelek tepat ke muka Zarina.

“Ya Allah!” dia menekup mulutnya. “Kau ke Arin!?” jerit dia. Kawan-kawannya semua memandangnya. Masing-masing terkedu lantas menghampirinya. Zarina begitu cantik dan ayu. Restoran menjadi bising. Nasib baik tak ramai pelanggan pagi itu.

“Apa mimpi kau tukar penampilan, ni?” tanya Sarah, rakannya yang lain.

“Dah sampai seru agaknya. Hehehe” gurau Zarina.

“Kau nak kahwin? Dengan siapa??” tanya mereka serentak. Mereka tidak percaya.

Zarina mengeluh. Diorang ni terlampau berfikiran jauh la. “Apa pulak, lambat lagi nak kahwin. Maksud aku…dah sampai seru aku berubah. Takkan nak jadi tomboy lagi kot?” jelas dia. Mereka semua mengangguk.

“Tapi…kau lawa la, Arin. Lawa sangat-sangat.” puji Ellie. Mereka yang lain juga bersetuju. Zarina malu. Tiba-tiba dia teringat Firdaus. Rakan baiknya. Dia mencari-cari kelibat Firdaus.

“Mana Fir?” tanya dia.

“Firdaus? Dia belum datang kerja lagi. Kau macam tak tahu dia, tu. Lewat mesti dalam 5 atau 10 minit. Kejap lagi dia sampai la” kutuk si Ellie.

“Ooo.. kutuk aku ye!?” kedengaran suara dari belakang. Mereka memandang ke arah suara itu. Zarina menoleh. Firdaus tersengih lantas menutup pintu.

“Panjang umur kau, Fir. Arin, tu pakwe kau dah datang!” usik Ellie. Dia dan yang lain sambung kerja. Takut kena marah dengan bos pulak…naya je.

Firdaus mendekatinya. Dia terkedu. Lawanya perempuan ni.

“Hai..” sapa dia.

“Kenal, tak?” uji Zarina.

Firdaus mengerut dahi. Siapa?

“Hai… awek kau si Arin. Takkan tak kenal awek sendiri!?” usik Ellie mencelah. Firdaus terkejut. Dia tak sangka. Gadis cantik di hadapannya itu adalah kawan baiknya sendiri.

“Apa mimpi kau berubah jadi cantik tiba-tiba, ni?” tanya dia. Wajah itu masih lagi ditatap. Timbul rasa lain dibenak hatinya. Zarina tersenyum.

“Saja. Aku nak jadi perempuan melayu terakhir.” jawab Zarina. Firdaus ketawa. Disusuli oleh Zarina. Selepas itu mereka menyambung kerja. Hari ini Zarina dan Firdaus kerja setengah hari.
Selepas Zarina berjumpa dengan manager mereka untuk mengubah masa kerja dia nanti… Dia terpaksa menukar status kerja dari full-time kepada part-time staff kerana dia bakal memulakan pembelajaran dia tak lama lagi. Zarina mengajak Firdaus lepak di satu tempat.

“Kemana?” tanya Firdaus.

“Adalah! Jom!?” ajak Zarina. Firdaus mengangguk senyum. Sebaik sahaja mereka keluar sekali lagi Firdaus terkedu.

Zarina hairan melihat kelakuan Firdaus. Zarina menekan punat on dikunci keretanya. Kedengaran bunyi…beep beep..

“Apa yang kau pandang, tu?” tanya Zarina.

“Kereta ni kereta kau, ke?” soal Firdaus sambil menunjukkan ke arah kereta Proton Gen2 berwarna hijau metalik tersebut.

“Yelah. Kenapa!?” tanya dia semula.

“Mana skuter kau?”

“Ada kat rumah. Kereta ni papa aku yang hadiahkan. Aku tak minta, pun.” balas Zarina tanpa ditanya. Firdaus mengangguk.

“Kau dah baik dengan papa kau?” soal dia lagi.

Zarina mengangguk. “Eh, dah la. Jom naik kereta aku. Aku nak bawa kau ke satu tempat. Kat sana kita cerita panjang-panjang.” ujar Zarina lantas beralih ke arah ke sisi kanan keretanya.

“Motor aku macammana?”
“Alaa…tinggalkan aje kat sini. Nanti balik aku hantar la kau ke sini semula ambil motor kau tu!” ujar Zarina lantas masuk ke dalam keretanya. Firdaus hanya menurut. Selepas itu, kereta Gen2 laju meninggalkan restoran tersebut.

*******

Di atas bukit Zarina memberhentikan keretanya…
Mereka keluar…udara nyaman di situ mendamaikan hati Zarina.

“Kita kat mana, ni?” tanya Firdaus.

“Entah la! Aku tak tahu nama bukit ni. Tapi kalau kau nak tau, aku namakan bukit ni Bukit Resah sebab tempat ni la aku selalu hilangkan resah aku. Kalau aku sedih ke…apa ke… aku selalu lepak sini sorang-sorang. Ish! Senang-senang je aku tukar nama. Hehehe…” jawab Zarina sambil maju setapak ke depan. Angin petang menyapa wajahnya. Zarina memejamkan matanya. Terasa tenang dihatinya. Rambutnya mengerbang ditiup angin. Zarina mendepangkan tangannya seperti cerita Titanic. You jump I jump. Ahaks.

Firdaus hanya melihat saja reaksi Zarina tanpa berkata apa-apa. Dia terpesona dengan keayuan gadis itu. Jantungnya berdegup kencang. ‘Ya Allah! Kenapa dengan aku, ni?’ desis hatinya.

Zarina menoleh. Terasa malu dengan reaksinya tadi. “Aku ada bawa makanan. Aku ambil dekat restoran tadi. Nak masak kat rumah takut makanan tu sejuk pulak. Hehehe..” Zarina segera ke ke keretanya dan beralih ke seat belakang untuk mengambil bungkusan yang diambil dari restoran mereka.

“Kau pandai masak, ke?”

“Boleh la. Aku belajar dari Kak Ira.” Zarina mengeluarkan bungkusan dan tikar dari dalam keretanya dan digerbangkan tikar itu di atas tanah. “Marilah! Kenapa kau malu-malu dengan aku, ni?” ajak Zarina apabila melihat Firdaus hanya kaku tanpa bergerak dari tempat dia berdiri. Firdaus tersenyum lantas mendekati Zarina.

Mereka makan bersama-sama sambil menikmati keindahan dari atas bukit itu. Selesai makan Zarina menceritakan segala-galanya kepada Firdaus tentang papanya, kakak-kakaknya dan sebab dia mengubah penampilan.

Firdaus ketawa. “Aku cuma cakap je. Tak sangka kau ambil serius.”

“Sebab aku sangka kata-kata kau tu serius la aku buat keputusan ni. Kalau tak, tentu sekarang ni aku masih lagi budak tomboy!” balas Zarina sambil tersenyum ke arah Firdaus. Firdaus ketawa.

“Ermm… Arin….” sapa Firdaus semula apabila lama mereka mendiamkan diri.

“Ye?”

“Esok kita cuti, kan? Err…esok kau free tak?” tanya Firdaus. Dia nak ajak Zarina keluar. First Date. Dia rasa lain dengan Zarina sekarang. Mungkin cinta pandang pertama. Zarina tersenyum…

‘Nak ajak aku keluar la tu!’ desis hatinya.

“Esok? Err~” belum sempat Zarina memberi kata putus tiba-tiba bunyi lagu ‘Fast and Furious Tokyo Drift nyanyian Teriyaki Boyz’ kedengaran. Bunyi hanset Zarina. “Kejap, ye?” kata Zarina sebelum berlalu meninggalkan Firdaus.

Firdaus hanya memandang gelagat Zarina melayan pemanggil itu. Dia beralih ke hadapan. Melihat keindahan dari atas bukit. Betul cakap Zarina. Tempat ini betul-betul mendamaikan. Memang sesuai dinamakan ‘Bukit Resah’.

Selesai menjawab Zarina kembali kepada Firdaus. “Sorry, kawan call tadi.” jawab Zarina tanpa ditanya.
“Erm… it’s ok.” Zarina kembali duduk disebelah Firdaus. Firdaus memandang ke arah Zarina. “So…Your decision?” tanya Firdaus kembali.

“Err…sorry la, Fir. Tomorrow I have to meet my friend, Amilia. She called me just now. Ada hal penting katanya. Kita keluar lain kali ajelah, ye? Hari ini kita borak puas-puas, macammana?” jawab Zarina. Firdaus mengeluh kecewa. Terbantut niatnya.

“Takpelah. Mungkin lain kali aku ajak kau.” balas Firdaus sambil tersenyum ke arah Zarina. Membuang rasa kecewanya. Zarina membalas senyumannya. Mereka lepak di situ tidak lama kerana masing-masing kena pulang sebelum maghrib menjelma.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...