RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 2

BAB 2

Zarina memakirkan skuternya di parkir motosikal. Dia segera berlari ke kantin. Perut yang tadinya berbunyi tidak dapat ditahan. Dia harus makan. Tulah..tadi masa Mak Mah ajak makan tak nak. Jual mahal konon..haaa padan dengan muka aku!! Hehehe..

Zarina membeli sepinggan nasi lemak dan teh tarik kegemarannya. Dia segera mencari tempat untuk makan. ‘Wah!! Bau pun dah membuatkan aku makin lapar’, ngomel dia dalam hati. Zarina makan dengan lahapnya tanpa memikirkan orang sekeliling.

Lima minit kemudian..dia kekenyangan.Errkk. Zarina sendawa. Buruk betul perangai gadis yang sorang ni. Zarina tersenyum sendirian. Tiba-tiba..

"Ha! Kat sini rupanya kau! Aku ingat kau tak datang tadi!!" Amilia mendekatinya.

"Kau ni Lia!! Tergezut beruk aku! Cubalah cakap baik-baik sikit!! Boleh kena sakit jantung aku ni tahu tak!!" Zarina mengurut dadanya perlahan-lahan. Terkejut beruk? Amilia ketawa kecil. Geli hati dia melihat kata-kata Zarina sebentar tadi. Amilia duduk bertentangan dengan sahabat baiknya itu.

"Kenapa tak datang semalam? Kau pergi mana?"Amilia cuba mencari kepastian. Dia tak puas hati tanpa mendapat jawapan yang sebenar dari sahabatnya itu. Semalam riuh satu kelas mengatakan Zarina kena tempeleng dengan ibunya kerana pulang lewat. Diorang dapat berita tu pun dari Mamat jiran sebelah rumah Zarina. Mamat tu memang suka menjaga tepi kain orang. Kain sendiri terkoyak dia tak perasan.

"Aku kat rumah! Malas nak datang kelas!!"jawab Zarina bersahaja. Dia dah agak tentu itu yang akan ditanya oleh sahabatnya itu. Dia faham yang Amilia memang mengambil berat tentang dirinya. Tapi kalau selalu sangat dia naik muak. Rimas jadinya.

"Semalam satu kelas riuh kata kau kena tempeleng dengan ibu kau! Betul,ke?" Zarina terkejut. Mana dia dapat cerita ni? Ni tentu si Mamat yang beritahu! Kurang asam jawa betul la mamat sorang ni!! Betul-betul nak cari maut dengan aku!! Zarina mengetap bibirnya. Sudah puas dia dijadikan bahan ketawa kawan-kawan dan sekarang jadi bahan bualan pulak. "Ha! Yang kau diam tu kenapa? Jawablah pertanyaan aku!!"

Zarina diam. Yang minah sorang ni pulak tak habis-habis nak amik tau pasal aku. Sikit-sikit tu sudahlah!! Nasib baik kau ni member rapat aku kalau tak dengan kau sekali aku tempeleng.

"Aku tak faham dengan kau ni! Selalu sangat simpan masalah sorang-sorang.Aku yang dah lama jadi member kau nipun kau buat tak layan!" Amilia menunjukkan reaksi tak puas hati.

"Takde papelah! Eh, kelas dah mula ni. Jom kita pergi!!" Zarina segera meninggalkan Amilia. Dia dah malas nak bercerita tentang masalah keluarganya pada sesiapa walau Amilia sekalipun. Hal keluarganya biarlah dia sendiri yang selesaikan. Dia tak suka orang lain masuk campur.

Amilia menggelengkan kepalanya. Sahabatnya itu memang degil dan keras kepala. Tapi dia betul-betul sayangkan sahabatnya itu. Kalau tak masakan hanya dia sorang yang masih lagi bertahan dengan kerenah Zarina, gadis yang sukar didekati.

Di kelas..suara riuh rendah pelajar kedengaran. Zarina dan Amilia masuk dan tanpa disuruh satu kelas senyap. Masing-masing memandang Zarina. Zarina cuma diam membisu dan sesekali itu dia mengerling tajam pada Mamat. Budak yang suka menjaga tepi kainnya. Takpe..hari ni hari kau. Satu hari nanti kau pulak yang akan aku malukan.

Amilia sedar Zarina masih marah pada Mamat. Dia pun memang tak nafikan yang Mamat suka cari pasal dengan sahabatnya itu. Tapi dia hairan juga kenapa hanya Zarina sorang yang sering dicari pasal? Sedangkan ramai lagi pelajar perempuan lain yang memang anti dengannya termasuklah aku. Entah-entah dia sukakan Arin, tak?Amilia mentafsir sendiri. Dia masih lagi melihat reaksi Mamat memandang Zarina.Ermm..entah-entah betul?

Mamat memandang Zarina dengan satu kepuasan. Bukan kerana dendamnya pada gadis itu tetapi kerana puas melihat wajah gadis pujaannya. Sejak dia terlihat wajah sebenar Zarina disebalik topinya..Mamat telah jatuh cinta pandang pertama. Tidak disangka gadis yang dianggap tomboy itu punya daya tarikan tersendiri. Rambutnya yang panjang aras pinggang dan mengerbang setiap kali dia keluar ke balkoni rumahnya betul-betul memikat hatinya. Selama ini dia memang anti perempuan. Sejak putus cinta akibat kecurangan kekasihnya dia tekad untuk membenci perempuan. Pintu hatinya telah tertutup untuk golongan hawa. Dan Zarinalah gadis yang telah membuka pintu hatinya semula. Sejak hari itu dia cuba untuk melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian Zarina terhadapnya. Dia tekad untuk cuba merapati gadis itu.

Zarina duduk dibahagian belakang sekali bersama dengan Amilia. Dia benci untuk duduk di hadapan kerana meluat dengan Mamat. Dia tak tahu apa salahnya pada Mamat sehinggakan jejaka itu sering memalukannya dikhalayak ramai.

‘Bukan aku saja yang anti dengannya malah Lia dan pelajar perempuan yang lain pun anti dengannya. Kenapa aku juga yang jadi mangsa dia? Entah-entah sebab aku ni jiran dia, tak? Yelah mesti dia bengang dengan aku sebab rumah aku dekat dengan dia. Ish! Merepeklah. Tak logik betul. Pasal jadi jiran pun dia nak berdendam, ke? Ke..aku ada buat salah dengan dia? Setahu aku kali pertama dan terakhir aku cari pasal ngan dia time kami bertekak pasal pelajaran Mrs. Ng. Kami bercanggah pendapat and then kemenangan berpihak kepada aku. Takkan kerana perkara kecik macam tu pun dia nak balas dendam sampai ke hari ni? Benda tu dah lama berlaku. Dah basi pun. Lainlah kalau dia ni jenis yang tak mahu mengaku kalah!’ Zarina mengomel sendirian.

"Arin! Apa yang kau termenungkan tu?" Amilia mengejutkannya. Zarina terkejut. Minah ni sibuk ajelah!! Apa yang aku buat semuanya dia nak ambik tahu. Dia ingat aku ni apa?

“Takde apa-apalah, Lia!” Zarina membalas acuh tak acuh. Dia masih lagi menjeling tajam ke arah Mamat. Budak laki ni memang nak kena ajar. Dia belum kenal siapa aku lagi! Zarina tersenyum sinis sambil merancang sesuatu. Siaplah kau!! Hari ni hari kau esok..lusa,tulat..hari aku plak!!

Masa pulang dari kuliah..Zarina mendekati skuternya. Amilia berlari ke arahnya. “Arin!” Zarina mendengus resah. Dia mengeluarkan skuternya dari parkir. “Aku nak tumpang kau boleh? Aku ada hal, lah!” Ada sinar di mata Amilia untuk meraih simpati. Zarina hanya mengangguk senyum.

“Naiklah!” Zarina mengeluarkan helmet extra dari dalam skuternya dan terus diberikan kepada Amilia. Amilia tersenyum gembira sambil memakai helmet tersebut. Semasa diorang naik tiba-tiba Zarina merasakan ada yang tak kena pada skuternya. Amilia hairan.

“Kenapa, Arin?” tanya Amilia. Zarina tidak membalas pertanyaan Amilia. Dia terus turun dari skuternya dan memandang ke arah tayar. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat tayar skuternya pancit. “Kenapa,ni?” Amilia masih tidak puas hati apabila pertanyaannya tidak berjawab. Dia pun terus memandang ke arah tayar motosikal Zarina. “Ya Rabbi! Siapa yang buat ni?” Amilia terkejut. Zarina hanya diam. Dia tak tahu apa nak buat? Takkan dia melanggar paku, kot? Setahu dia pagi tadi ok je tayar skuter dia. Tapi kenapa sekarang dia pancit? Zarina mengetap bibirnya menahan marah. “Arin?” Amilia menyentuh bahu rakan baiknya.

“Aku tahu siapa yang buat ni,Lia!” Zarina cuba meneka.

“Maksud kau? Siapa? Mamat?” Amilia juga cuba meneka. Zarina mengangguk. Mukanya merah menahan marah. Sudah lama dia bersabar. Dan kini dia tak boleh tahan lagi! Mamat mesti diajar. Zarina segera baling helmetnya ke tanah dan terus berlari ke kelas. Sahutan Amilia tidak diendahkannya. Amilia menjadi takut sekiranya ada sesuatu yang akan berlaku antara Zarina dan Mamat. Gadis tu kalau dah naik marah memang payah nak redakan. Amilia pucat. Dia mesti lekas menahan Zarina sebelum gunung berapi tu meletup ke tempat yang tidak sepatutnya. Kena panggil Puan Shima ni! Amilia segera berlari ke pejabat untuk mendapatkan pensyarah mereka, Puan Shima.

***************
Pada ketika itu, Mamat yang sedang melepak dan bergelak ketawa dengan member-membernya di dalam kelas terkejut apabila satu tumbukan padu hinggap ke mukanya secara tiba-tiba. Masa itu dia dapat rasakan yang rongga mulutnya macam dah senget. Mamat menyentuh bibirnya sambil menahan sakit. Matanya berpinar-pinar. Dia memandang ke arah Zarina. Agak lama baru jelas wajah gadis itu dilihatnya. Zarina dipegang oleh rakan-rakan Mamat agar gadis itu bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan keadaan.

“Kau ni kenapa?!” Mamat marah. Boleh tahan juga tumbukan budak ni. Sampai nak pitam aku dibuatnya.

Zarina mengetap bibir. Tangannya menggenggam. Dia cuba untuk melepaskan diri tapi dihalang oleh rakan-rakan Mamat dan yang lain. Itu baru sikit. Ni aku rasa nak bunuh kau! Kelas yang tadinya hanya dipenuhi oleh Mamat dan rakan-rakannya kini semakin ramai dengan pelajar lain. Masing-masing ingin tahu apa yang berlaku.

“Apa yang aku dah buat pada kau?” Mamat tergamam. Dia memegang bibirnya. Berdarah! Zarina cuba mencari salahnya. Mamat keliru. Apa maksud dia ni?

“Sampai hati kau buat aku begini! Aku tak pernah ganggu hidup kau! Tak pernah cari kesalahan kau. Kenapa kau buat aku begini?” tanya Zarina meninggi suara. Mamat diam. Buat? Buat apa?

“Apa yang dah aku buat pada kau?” Mamat bertanya.

‘Pura-pura pulak!’ desis hati Zarina.

“Sudahlah!! Tak payahlah kau nak berpura-pura tak tahu. Kalau kau tak puas hati dengan aku, cakap depan-depan!” Mamat masih lagi keliru. Apa yang aku dah buat? Pasal berita tentang dia kena penampar?

“Yang aku tahu salah aku sebab beritahu member kelas pasal kejadian di rumah kau semalam! Yang lain aku tak buat!!” Mamat menjelaskan. Zarina senyum sinis. Masih nak berpura-pura lagi. Mamat cuba mendekati Zarina tapi Zarina seolah-olah cuba untuk menerkamnya. Kawan-kawan yang lain masih kuat memegang badannya. “Kuat juga kau pukul aku, ye? Betul-betul macam jantan!” Mamat tersenyum sinis. Dia masih lagi memegang celah bibirnya yang kepedihan.

“Huh! Itu baru permulaan! Lepas ni kalau kau cari pasal dengan aku lagi, siap kau!! Lepaslah!!” Mereka melepaskannya. Zarina meninggalkan mereka dengan hati yang membahang. Sabarnya ada juga had. Cukuplah dia bagi penumbuk aje. Kalau Mamat tu buat hal lagi, dia tak teragak-agak nak belasahnya terus. Biar mampus pun takpe!

Selepas Zarina meninggalkan kelas itu, Puan Shima datang. Diikuti oleh Amilia. Kelas yang tadinya hingar-bingar kembali tenang. “Kenapa ni? Apa dah berlaku?” Semua pelajar diam. Puan Shima mendekati Mamat. Dia terkejut melihat bibir Mamat pecah berdarah. “Kenapa dengan kamu ni, Mamat? Kenapa bibir kamu pecah? Siapa yang pukul kamu?” Mamat terdiam.

“Zarina, cikgu!” kedengaran suara sumbang dari pelajar lain. Kelas itu kembali bising. Puan Shima terkejut. Malah yang lebih terkejut adalah Amilia. Apa yang disangkalnya menjadi kenyataan. Sayang, dia tak sempat menahan.

“Mana Zarina?” Puan Shima melihat sekeliling. Zarina tiada.

“Dia dah pergi, cikgu!” jawab Zain, kawan Mamat. Mamat hanya terdiam. Dia semakin serba salah.

“Ikut saya ke pejabat!” Puan Shima mengarah Mamat, Amilia dan kawan-kawannya, Fahrin, Azhar dan Zain ke pejabat. Masing-masing mengikut Puan Shima dengan satu keluhan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...