RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 19

BAB 19

Amilia bengang apabila mendengar cerita dari mulut Fahrin. Tidak disangka Zain begitu kejam. Berani dia menikam Mamat dari belakang.

“Hish! Jahat betullah Zain tu! Rasa nak tumbuk-tumbuk je dia. Kalau ikutkan hati, nak sahaja Lia ambil batu konkrit kat tempat pembinaan rumah baru sana tu baling kat kepala dia!” kata Amilia geram.

Fahrin mengeluh. “Nak buat macam mana. Benda nak jadi. Ayen pun tak sangka dia sanggup buat Mamat macam tu.” kata dia menenangkan Amilia.

“So, apa tindakan korang? Takkan nak biarkan sahaja si Zain, tu? Kejahatan mesti dibalas dengan kejahatan!” tanya Amilia.

“Entahlah. Buat dek je, kot? Mamat pun dah tak nak ambil port. Dia dah malas nak fikir masalah ni lagi.” Jawab Fahrin.

“Kenapa?” soal Amilia semula.

“Dia dah tawar hati dengan Arin. Selain tu, dia tak nak bermusuhan dengan Zain kerana Arin. Itu yang dia kata. Lagipun… si Arin dah jumpa yang baru. Tu yang si Mamat kecewa sangat tu.”

Amilia terkejut. ‘Jumpa yang baru? Arin tak cakap apa-apa, pun? Kalau tak mesti dia bagitau aku!’desis hatinya.

“Mustahil Arin ada yang baru. Dia tak pernah cerita, pun.” ujar Amilia membetulkan keadaan.

“Tapi Mamat yang cakap. Tak tahulah sebab apa. Maybe dia nampak Arin keluar dengan lelaki lain, kot?” kata Fahrin sambil memicit-micit hujung strawnya.
“Mungkin Mamat salah faham. Budak lelaki yang selalu dengan Arin tu rakan sekerja dia. Namanya Firdaus. Diorang tu memang rapat. Tapi hanya sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu” Amilia pula menjelaskan.

“Ye, ke? Erm… entahlah sayang. Ayen tak tahu nak cakap apa. Fikiran ni dah buntu fikirkan masalah orang. Makin complicated pula rasanya!” rungut Fahrin.

“Lia tahu macam mana nak rapatkan balik hubungan Mamat dengan Arin.” Fahrin memandang Amilia. Matanya bercahaya.

“Macam mana?” tanya dia. Amilia tersenyum.

*******************

Petang esoknya Fahrin dan Azhar datang menemui Zain. Zain membuka pintu. Dia terkejut melihat Fahrin dan Azhar.

“Hemm… apehal korang datang, ni?” soal dia dengan nada acuh tak acuh. Fahrin dan Azhar bengkek dengan perangai Zain.

“Kami datang nak ambil sesuatu dari kau!” jawab Fahrin keras. Zain tersenyum sinis.

“Apa benda yang korang nak ambil? Aku tak pernah ambil barang korang, pun!” jawab Zain keras.

“Kami nak balik hadiah Mamat yang kau ambil dulu!” kali ini Azhar pulak membalas. Zain terdiam.

“Aku dah buang!” jawabnya pendek.

“Tipu! Kami tahu kau masih simpan lagi hadiah tu!” bentak Fahrin. Kesabarannya semakin berkurangan.
Zain ketawa. “Korang nak buat apa dengan hadiah buruk, tu? Dah tak memberi makna pun!”

“Tak memberi makna pada kau! Tapi bukan pada Mamat!” Azhar pulak menengking. Zain terdiam semula.

“Sudahlah! Pergilah dari sini! Aku tak suka korang kacau aku!” bentak Zain lantas menutup pintu. Belum sempat pintu ditutup Azhar dan Fahrin menghalang dengan tangan mereka. Zain mendengus.

“Apehal, ni!? Korang nak cari pasal dengan aku, ke!?” marah Zain. Dia geram dengan perangai mereka berdua.

“Kami takkan pergi dari sini selagi kau tak bagi kami hadiah, tu!!” bentak Azhar lagi.

Zain mengeluh. “Kenapa korang baik sangat nak tolong si budak hingus, tu!? Korang tahu tak dia tu macammana orangnya!?” tanya Zain.

“Sebab kami tahulah, kami nak tolong dia!” jawab Fahrin.

“Dia gila korang tau, tak!”

“Dia gila ke kau yang gila?” tanya Fahrin memberi paku buah keras. Zain hilang kesabaran. Tumbukannya hinggap ke muka Fahrin tetapi sempat dihalang oleh Azhar. Mereka menolak Zain ke dalam rumahnya. Zain bengang. Dia bangun lantas menerkam ke arah Azhar dan Fahrin. Berlakulah pergelutan antara mereka.

Satu tumbukan padu hinggap ke muka Zain akhirnya. Dia terjatuh. Kesakitan yang perit tidak dapat ditahan. Zain memegang bibirnya. Darah. Darahnya semakin mendidih.

“Bodoh! Korang berdua memang bodoh! Buang masa korang je tolong si Mamat tak berguna, tu! Apa yang korang dapat, ha!? Dia bagi korang duit!? Macam tu!?” tengking Zain menyindir. Zain memegang semula bibirnya yang pedih. Azhar semakin hilang sabar. Ingin saja dia menumbuk kembali wajah Zain tetapi dihalang oleh Fahrin. Dia menggelengkan kepalanya supaya Azhar tidak meneruskan perbuatannya.

“Bukan ini target kita” kata Fahrin. Azhar hanya mengangguk. Memang pergaduhan bukan target mereka tetapi hadiah itu. Hadiah yang dapat menyelesaikan persengketaan antara Mamat dan Zarina.

“Kau pergi ambil hadiah dalam biliknya. Biar aku yang jaga dia!” arah Azhar. Fahrin mengangguk lantas segera masuk ke bilik Zain untuk mengambil hadiah tersebut. Zain senyum sinis.

“Memang dasar kurang ajar! Masuk rumah orang tak beradab!” sindir Zain. Azhar bengang lantas menarik kolar baju Zain. Tangannya dilayangkan untuk memberi tumbukan yang kedua kepada manusia yang tidak tahu bersyukur! Kali ini tepat sekali mengena ke muka Zain semula. Hidungnya pula berdarah. Zain hanya ketawa dalam kesakitan. Azhar semakin bengang!

“Kau!!!?”

“Ad! Berhenti!” jerit Fahrin. Azhar menoleh. Zain semakin lemah. Fahrin menunjukkan hadiah di tangannya itu kepada Azhar. “Kita dah dapat apa yang kita nak!” kata Fahrin. Azhar mengangguk lantas dilepaskan kolar baju Zain.

Zain melihat mereka. “Aku tak faham…kenapa korang bersusah payah sebab budak tu!” tanya dia tersenggut-senggut. Azhar tersenyum sinis.

“Sebab persahabatan!” jawab Azhar. Zain terkejut. Persahabatan?

“Huh! Tentu kau terkejut, kan? Ah! Persahabatan tak penting dalam hidup kau! Hidup kau hanya penuh dengan dendam!” perli Fahrin pula.

Zain ketawa. “Dia hanya boleh beri korang wang je untuk tolong dia!” dia menyindir lagi.

Azhar cuba untuk memukul Zain semula tetapi dihalang sekali lagi oleh Fahrin. Azhar terlampau panas baran. “Sudah Ad! Ini bukan cara kita nak selesaikan masalah!” nasihat Fahrin. Azhar terdiam. Fahrin mendekati Zain yang kelemahan akibat dibelasah oleh Azhar tadi.

“Bukan wang yang kami cari. Tapi balas budi!” pendek jawapannya. Zain terpaku.

“Budi?” tanya dia.

“Ye! Budi! Kami cuma nak balas budi! Tentu kau tak mengerti apa itu budi…tapi kami cukup arif dengan perkataan itu!” jelas Fahrin.

“Huh! Tentu dia suruh korang datang ke sini untuk belasah aku, bukan? Kononnya nak korang balas budi dia!” sindir Zain tak puas hati. Dia mengesat cecair merah yang keluar dari hidungnya. Dia cuba bangun tetapi tenaganya tidak mencukupi.

“Kau salah, Zain! Mamat tak sekejam kau! Dia tak suruh kami buat apa-apa, pun! Kehadiran kami ke sini juga bukan atas permintaannya tapi atas pilihan kami sendiri!” jelas Azhar. Zain terdiam.

“Jadi korang ambil hadiah dari aku itu untuk apa!? Untuk beri pada dia, bukan? Supaya dia ada bukti untuk menceritakan segala kejahatan aku pada Arin! Betul tak!? Dasar lelaki dayus!” bentak Zain disusuli dengan batuk. Kesakitannya semakin terasa setiap kali dia berkata-kata.

“Rupa-rupanya kau begitu benci pada Mamat, Zain! Dendam kau kuat pada dia! Kau sedar tak lelaki yang kau hina tu adalah sahabat kau sendiri? Sahabat kau sejak kecil lagi!?” tanya Fahrin. Zain tersenyum sinis. Dia memegang dadanya.

“Huh! Sahabat konon! Kalau bukan sahabat… dia takkan seksa hidup aku!”

“Seksa hidup kau? Sejak bila? Setahu aku…dia banyak membantu kau dan ibu kau! Kalau bukan kerana dia, kau dan ibu kau tak dapat kemewahan hidup seperti sekarang kau tau, tak!?” bentak Azhar. Zain terdiam. Tidak mampu berkata-kata.

Azhar menyambung. “Mamat dah banyak berjasa dengan kita semua, Zain. Berpijak la di bumi yang nyata. Kau kenang balik kenangan lama. Kau fikir balik apa yang Mamat dah buat pada kau. Kalau bukan kerana Mamat…dah lama kau dan ibu kau hidup merempat! Kalau tak kerana Mamat…ibu kau takkan dapat buka gerai makanan yang dah banyak tanggung hidup kau sekeluarga selama ni. Kau sedar tak, Zain!? Kau sedar, tak!?” kata Azhar menengking. “Kerana dendam…kerana dendam kau sanggup lupa segala budi Mamat pada kau!”Zain masih lagi terdiam. Ya Allah! Apa yang dah aku buat? Dendam? Kerana dendam aku jadi buta hati.

“Zain… Mamat tak salahkan kau! Malah dia tak nak putuskan hubungan antara kau dengan dia. Dia anggap kau sahabat dunia akhirat. Walaupun kau seksa dia macam tu…tapi dia tak pernah berdendam dengan kau. Sebab dia tahu betapa pentingnya persahabatan dalam hidup dia. Kerana kau dia sanggup lepaskan Arin. Kerana kau…dia sanggup korbankan cinta dia. Tak ke mulia hatinya, Zain?” kata Fahrin mendatar. Mereka perlu menyedarkan Zain.

Zain memandang mereka berdua. “Mamat tak berterus-terang pada Arin?” tanya dia. Lahir rasa kesal di hatinya. Mereka berdua menggelengkan kepala.

“Dia tak nak kerana perempuan, persahabatan korang hancur! Cukuplah kau dah buat kesilapan. Dia tak mahu ulangi kesilapan yang telah kau lakukan.” Zain mengeluh apabila mendengar kata-kata dari mulut Fahrin. Dia rasa bersalah. Masa itu juga dia menangis. Fahrin dan Azhar saling berpandangan. Mereka mendekati Zain dan memeluknya.


“Buanglah rasa dendam kau tu, Zain. Itu semua perangai setan! Kita bersahabat dah lama. Sanggupkah kau memutuskan persahabatan kita selama 15 tahun, ni?” bisik Fahrin.

“Betul Zain. Buang yang keruh ambil la yang jernih. Aku minta maaf sebab belasah kau sampai luka-luka macam ni. Tapi dengan ini saja cara untuk kami sedarkan kau!” ujar Azhar pula setelah lama dia mendiamkan diri. Zain hanya mengangguk.

“Takpe, Ad…Ayen. Memang patut aku kena belasah. Ini balasan aku sebab terlampau mengikut perasaan sampaikan aku lupa kasih sayang seorang sahabat lebih dari perasaan aku terhadap cinta. Aku bersalah sangat-sangat. Aku memang jahat! Aku tak bersyukur! Aku lupa diri!” Zain membentak lantas menampar mukanya. Fahrin menghalang Zain dari terus menyeksa dirinya.

“Jangan kau sakitkan diri kau, Zain. Kau hanya terlampau mengikut amarah kau saja. Lupakan ajelah semuanya. Be our friends” Fahrin menghulurkan tangannya. Azhar tersenyum lantas meletakkan tangannya diatas telapak tangan Fahrin. Zain juga tersenyum. Dia juga meletakkan tangannya di atas tangan Azhar. Alhamdulillah…semuanya telah berakhir.

“Dan sekarang ni… kita berusaha semoga Mamat dengan Arin berbaik semula.” kata Azhar. Masing-masing mengangguk.

“Biar aku yang selesaikan. Uhuk.. uhuk…” Zain terbatuk.

“Takpelah, Zain. Kau berehatlah. Teruk juga si Ad ni belasah kau. Hehehe...” gurau Fahrin.

“Sorry la, geng. Aku teremosi pulak tadi.” kata Azhar lantas meminta maaf.

“Takpe! Kalau korang tak buat macam ni…aku takkan sedar kesalahan aku!” jawab Zain tersenyum.

“Sekarang ni kita nak buat apa dengan hadiah, ni?” tanya Azhar kepada Fahrin.

“Biar aku yang setelkan.” ujar Fahrin mempelawakan diri.

“Kau nak buat macam mana dengan hadiah ni?” tanya Azhar lagi.

“Aku nak bagi pada Amilia. Ooopsss..” jawab Fahrin lantas menekup mulutnya. Azhar dan Zain membuntangkan mata mereka. Amilia? Fahrin tersengih. Hehehe…

“Sejak bila kau baik dengan Amilia, ni?” tanya Azhar pura-pura memandang tajam ke arahnya.

“Ko ada apa-apa ke dengan budak kecik, tu?” Zain pulak bertanya.

“Err…aku…aku…Lia…” Fahrin cuba mencari idea.

“Ooo…nak rahsiakan dari kitorang ye!!” Azhar menggeletek Fahrin. Zain ketawa.

“Sori…sori…aku terpaksa rahsiakan hal ni.”

“Kenapa?” tanya mereka hairan.

“Sebab aku tak nak korang marahkan aku. Amilia tu kawan Arin. Jadi…”

“Jadi kau takut kami sembelih kau kalau dapat tahu kau couple dengan budak kecik, tu?” gurau Zain. Fahrin tersengih.

“Come on la kawan. Small matter, je! Kami no hal la!” kata Azhar. Fahrin menarik nafas lega. “Sekarang ni kau bagi hadiah ni pada Lia. Mesti dia tahu apa yang perlu dia buat, kan?”

Fahrin mengangguk. “Yap! Dia tahu. Idea ni pun datang dari dia!”

“Ooo… dah rancang dari awal rupanya…” usik Azhar. Mereka ketawa bersama-sama…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...