RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 18

BAB 18

Zarina membelek wajahnya di depan cermin. Adakah aku cantik?

‘Kau nampak cantik kalau kau lepaskan sahaja rambut kau. Daripada biarkan dia terperap dalam topi buruk kau tu, baik bagi dia bernafas!’

Masih dia ingat kata-kata Firdaus. Lelaki pertama yang memuji dirinya cantik. Ah! Apakah aku dah jatuh cinta pada dia? Zarina menampar mukanya. Tak mungkin. Tak mungkin dia sukakan aku! Aku tomboy! Adus sakitnyaaa! Dia menyapu pipinya yang pedih.

‘Kalo Arin ubah stail pakaian, ubah penampilan mesti ramai yang tersangkut. Percayalah cakap akak.’ Kata-kata Kak Munirah pula terlintas difikirannya.

‘Tapi tak mustahil kalau satu hari nanti Ina bakal memegang title tu, kan?’ begitu juga kata-kata Mak Mah. Perkataan itu berselang-seli bertukar dalam benak fikirannya.

Perempuan melayu terakhir? Adakah aku akan cantik sekiranya aku ubah penampilan aku? Zarina membelek mukanya lagi. Sekilas dia terpandang alat solekan Kak Munirah di atas meja solek itu. Dia mengambil gincu dan dicalitkan di bibir merahnya. Dia melihat wajahnya semula. Ermm.. lawa juga!

Lantas Zarina membuka topinya dan dilepaskan rambutnya yang panjang aras bahu itu. Dia menyikat dengan rapi rambutnya. Kemudian dia memakai blusher dan mascara. Wajahnya kelihatan menarik. ‘Ya Allah! Aku ke, ni?’ bisik hatinya.

“Kak Ira!” jerit Zarina dari dalam bilik. Munirah yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut. Dia lantas berlari menuju ke bilik.

“Kenapa? Kenapa Arin!?” tanya dia cemas. Dia memandang Zarina. Dia terkejut. Zarina hanya tersenyum.
“Macammana akak? Lawa tak Arin?” Zarina mendekatkan wajahnya ke arah Munirah. Munirah terpana sebentar.

“Lawa…lawa sangat. Kan bagus kalau Arin berpenampilan macam ni?” kata Munirah ikhlas. Dia dah agak… kalau Zarina mengubah penampilan tentu gadis itu cantik orangnya. Zarina malu-malu kucing.

“Tapi Ina malu la kak. Nak lawa-lawa macam ni.” kata Zarina. Ina? Munirah tersenyum.

“Ina memang lawa. Tak bersolek pun tetap lawa. Tentu mamat-mamat tempat kerja Ina suka nanti.” usik Munirah.

Zarina terkejut. Ina? “Mana ada! Hehehe.. Kenapa tiba-tiba akak panggil Arin, ‘Ina’?”

Munirah tersenyum. “Sebab Arin bahasakan diri Arin.. ‘Ina’ tadi.” Zarina mengingati semula.

‘Ya ke aku bahasakan diri aku Ina? Ish! Tak ingat la…!’ desis hatinya.

Munirah menyentuh muka Zarina. “Lepas ni Arin kena ubah gaya Arin. Nama pun kena tukar. Kena panggil Ina. Baru la mamat-mamat kat Malaysia ni sukakan Arin nanti. Ok?” usul Munirah. Zarina malu.

“Macam mana nak tukar penampilan…Arin takde baju-baju perempuan pun. Semuanya baju t-shirt. Huhuhu..” dia membalas kecewa.

“Kita pergila shopping nanti. Beli baju banyak-banyak…”

“Tapi… Arin tak cukup duit…” Zarina mengatakan masalahnya. Belum sempat Munirah membalas kedengaran suara orang memberi salam.

“Eh? Ada orang datang la, Arin.” Munirah segera keluar dari bilik dan membalas salam. Dia membukakan pintu lantas menyuakan mukanya. Dia terkejut.

“Mak Uteh!” jerit Munirah apabila Mak Mah tersenyum memandangnya. Munirah menggelarkan Mak Mah sebagai Mak Uteh.

“Kamu sihat?” tanya Mak Mah

“Sihat Mak Uteh” jawab Munirah. Dia bersalam dengan wanita tua itu. Dia juga terkejut dengan kehadiran 3 orang yang tidak dikenali.

“Err… siapa ni, Mak Uteh?” tanya Munirah lantas jari telunjuknya ditujukan ke arah orang tersebut. Mak Mah menoleh.

“Kenalkan, ini Dato’ Zaki, Zurida dan Zaimah. Dato’ Zaki ni ayah kepada Arin. Zurida dan Zaimah pula kakaknya. Dato’ inilah Munirah. Anak saudara saya.” jawab Mak Mah lantas memperkenalkan mereka kepada anak saudaranya.

Munirah bersalam dengan mereka dan mempersilakan mereka berempat masuk. Sebelum duduk Mak Mah melihat sekeliling. “Ina mana, Ira?” tanya dia.

“Ada dekat dalam bilik tu. Kejap lagi dia keluar la.” Munirah segera ke bilik.

“Arin…mari keluar. Tengok siapa datang ni.” jerit Munirah dari luar.

“Kejap! Arin nak pakai baju!” Arin membalas. Munirah tersenyum memandang mereka.

“Mak Uteh dan yang lain borak-borak la dulu. Ira pegi buat air kejap, ye?” ujar Munirah.

“Tak payah susah-susah, Ira. Sekejap je ni.” tolak Mak Mah lembut.

“Alaa.. buat air bujang je. Bukannya susah pun. Ira pegi dapur dulu, ye? Borak-borak la dulu.” Munirah melangkahkan kaki menuju ke dapur.
Masing-masing menunggu Zarina keluar. Akhirnya pintu bilik dikuak. “Siapa yang da~” belum habis ayat dikeluarkan Zarina terkedu. Kakinya kaku sebentar.

“Papa!? Kak Long? Kak Ngah?” Tiba-tiba airmatanya bergenang. Ayah, kakak-kakaknya dan Mak Mah bangun.

“Arin” kata Dato’ Zaki pendek. Dia mendepangkan tangannya. “Mari sini, nak! Peluk papa!”

Zarina berlari ke arah ayahnya lantas dipeluknya erat-erat lelaki tua itu. Dia menangis. Pertama kali dalam hidupnya dia memeluk ayahnya. Dapat dirasakan kasih sayang seorang ayah yang sering didambakan selama ini. Mak Mah mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya. Terasa menyayat hati melihat adegan itu. Begitu juga Zurida dan Zaimah.

Zarina kemudiannya memeluk kedua-dua kakaknya. “Kenapa baru sekarang papa, kak long dan kak ngah datang menjenguk Arin?” tanya dia kecewa.

Zurida menyeka air mata Zarina dengan hujung jarinya. Dia tersenyum. “Maafkan kami, dik. Kami bersalah.” jelas Zurida. Zaimah hanya mengangguk. Zarina kembali memeluk kakak sulungnya. Dia rasakan sungguh bahagia. Kebahagiaan yang dicarinya kini menjelma.

Pelukan dirungkaikan. Zarina memandang Mak Mah. Wanita tua yang paling disayanginya. Dia lupa tentang Mak Mah. Lantas dia memeluk Mak Mah.

“Mak Mah, Arin rindukan Mak Mah.” katanya. Pelukan semakin erat.

“Ye, sayang! Mak Mah pun rindukan Ina jugak!”

Arin memandang mereka semua. “Kenapa papa dan kakak sahaja yang datang? Mana mama?” tanya Zarina lantas berlari ke pintu. Dia mencari-cari kelibat ibunya. Ingin dicium-cium dan dipeluk-peluk ibu kandungnya itu. “Mana mama, papa? Mama tak datang, ke?” tanya Zarina semula. Masing-masing tunduk. Senyuman yang terukir dibibir Zarina beransur kurang. Dia mengeluh. Ibunya masih lagi membencinya. Dia menangis. Se‘tomboy-tomboy’ dia…dia juga perempuan. Tak boleh lari dari air mata.

Dato’ Zaki mendekati Zarina lantas dipeluknya gadis itu. “Maafkan papa, sayang. Papa gagal memujuk mama datang menjenguk Arin.” katanya sayu.

“Kenapa papa? Kenapa mama benci sangat dengan Arin? Apa salah Arin, papa?” Zarina menangis dibahu ayahnya.

“Arin tak salah. Papa yang salah. Papa tak pandai membentuk keluarga yang bahagia. Papa terlalu rakus mengejar dunia. Papa terlalu jahil menyalahkan takdir. Papa tak pandai membimbing kamu, kakak-kakak kamu dan mama kamu sendiri. Papa yang salah, sayang” rungut Dato’ Zaki menyalahkan diri. Zarina memandang ayahnya.

Dia tersenyum. “Papa tak salah, papa. Arin tak pernah salahkan papa. Mungkin sudah suratan hidup Arin macam ni. Arin kena redha, papa. Arin tahu satu hari nanti pasti kebahagiaan akan menjelma dalam hidup Arin.” Kata-kata Zarina membuatkan Dato’ Zaki dan kakak-kakaknya terharu. Begitu mulia hati Zarina.

Zarina menyambung kata-katanya semula. “Takpelah, papa. Mungkin belum terdetik di hati mama untuk menerima Arin. Arin tak kisah. Sebab Arin tahu, satu hari nanti Allah akan bukakan pintu hati mama.” Dato’ Zaki menangis. Terlalu mulia hati Zarina. Anak yang diabaikan selama ini yang menyedarkan dirinya sendiri. Ya Allah, begitu tinggi rahmat yang Kau berikan kepada ku. Begitu mulia hati anakku ini, Ya Allah.

Dato’ Zaki mencium pipi dan dahi anak bongsunya. Kasih sayangnya kepada Zarina semakin menebal. Aku takkan sia-siakan hidup anakku ini. Akan kubina semula keluargaku mengikut landasanmu Ya Allah.


Mak Mah hanya tersenyum. Begitu juga Munirah. Dia juga melihat adegan itu. Dia bersyukur kerana Zarina telah menemui kebahagiaannya semula.

“Mari kita pulang?” ajak Dato’ Zaki. Zarina tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. Masing-masing kecewa dengan keputusan Zarina.

“Arin akan pulang kalau sampai waktunya, papa. Arin akan kembali bila mama menerima Arin semula.” kata Zarina.

“Kalau mama tak menerima Arin macammana?” tanya Zurida. Zarina tersenyum ke arah Zurida.

“Arin percaya satu hari nanti mama akan terima Arin, kak long. Arin akan tunggu saat itu.” jelasnya.

“Haaa….ni cekodok yang Ira masak!” Munirah datang memeriahkan suasana. Dia tak nak keluarga itu berada di dalam kesedihan. Dulang ditatang dan diletakkan di atas meja. Bau cekodok pisang menyengat hidung masing-masing.

“Waahhh! Sedap baunya” puji Mak Mah.

“Ni Ira masak spesel untuk semua. Makanlah! Sure terangkat punya” gurau Munirah. Masing-masing ketawa. Kesedihan tadi beransur kurang malah kegembiraan pula yang menjelma. Masing-masing ketawa dengan celoteh Munirah dan Zarina.

Sedang mereka makan…
“Dato’…”

Dato’ Zaki tersenyum. “Tak payah berdato-dato, Ira. Panggil aje pakcik. Kan lebih elok.” Dato’ Zaki berbahasa-basi dengan Munirah. dia tak suka gadis yang telah banyak membantu anaknya memanggilnya dato’. Terasa tinggi pulak darjatnya.

“Err…pakcik, err… Arin sekarang nak berubah tau! Dia nak jadi lebih feminine,” kata Munirah. Masing-masing memandang ke arah Zarina. Zarina malu.

“Apa kakak, ni. Malulah, Arin. Mana ada. Orang saje-saje je tadi.” Pipinya merona merah menahan malu.

“Kan bagus anak papa ni jadi wanita melayu terakhir? Mesti cantik. Tentu ramai yang suka Arin nanti.” usik Dato’ Zaki lantas dicuit dagu anaknya. Masing-masing ketawa.

“Arin cantik ke?” tanya dia manja.

“Mestilah!” jawab mereka serentak. Selepas itu mereka ketawa semula. Zarina semakin tunduk.

“Tapi…Arin takde baju perempuan.”

“Kita pegilah shopping!” balas Zurida. Zarina mengangkat mukanya lantas memandang ke arah Zurida. Zurida dan Zaimah mengangguk. “Kak Long dan Kak Ngah boleh temankan Arin shopping nak, tak? Kita beli baju, mekap and macam-macam lagi.” Zurida memberi idea.

“Betul tu. Akak ni pereka fashion. Akak tahu baju apa yang sesuai dengan Arin nanti.” jawab Zaimah pula. Zarina terkesima.

“Betul ke? Betul ke Kak Long dengan Kak Ngah nak temankan Arin?” tanya dia tidak percaya. Kakak-kakaknya mengangguk. Zarina tersenyum lebar. Dia gembira sangat-sangat.

“Ada satu lagi yang Ina kena tukar.” Tiba-tiba Mak Mah mencelah.

“Apa dia?” tanya Zarina.

“Mulai dari hari ini semua orang dalam keluarga ini kena panggil Ina dengan nama ‘Ina’. Macam mana?” Masing-masing setuju dengan cadangan Mak Mah. Begitu juga Zarina. Senyumannya semakin melebar.

Hari itu kehidupan Zarina mula berubah. Walaupun ibunya masih belum dapat menerima dirinya, dia gembira kerana keadaan semakin berubah sedikit demi sedikit. Dia pasti satu hari nanti pasti ibunya akan terima dia.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...