RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 17

BAB 17

“Apa!?” Mamat terkejut apabila mendengar kata-kata dari Fahrin dan Azhar. Dia menggeleng kepala seolah-olah tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh mereka. Mustahil Zain, kawan baiknya sejak kecil sanggup mengkhianati dia? Sanggupkah Zain menikam dia dari belakang? Mamat duduk di atas sofa biliknya. Dia meraup mukanya perlahan. “Aku tak percaya!”

Fahrin dan Azhar saling berpandangan. Kemudian mereka mengeluh. Fahrin duduk di sebelah Mamat. Disusuli oleh Azhar. Fahrin memeluk bahu kawannya.

“Kami pun tak percaya. Tapi takkan kami nak berbohong. Benda tu depan mata kami.” jelas Fahrin lembut.

“Ya, Mamat. Kami pun tak sangka dia sanggup buat macam tu pada kau!” Azhar pula bersetuju. Mamat diam. Dia menekup mukanya.

“Tapi kenapa? Kenapa dia buat aku macam ni?” Mamat beralih perhatian kepada mereka berdua. Masing-masing mengangkat bahu tanda tidak diketahui puncanya. Mamat mengeluh. Dia masih lagi terkejut.

“Better kau jumpa dia. Discuss cara baik!” ujar Azhar memberi idea. Fahrin hanya mengangguk setuju. Mamat membatukan diri. Samada nak discuss ataupun lupakan sahaja perkara itu. Tapi… tak mustahil kalau dia berani mengulangi kesilapan ini sekali lagi. ‘Aku mesti buat perhitungan’ desis hati Mamat.

*****************

Petang itu Mamat menelefon Zain. Perjanjian dibuat dan mereka berjumpa di perkarangan Masjid Putra di Putrajaya. Hanya tempat itu lebih sesuai untuk mereka membuat perhitungan.

Mamat masih lagi menunggu kelibat Zain. Dia melihat jam di tangannya. Sudah pukul 2.30 petang. Lewat setengah jam. Namun bayang Zain masih lagi belum kelihatan. Mamat masih lagi bersandar di sisi keretanya.

Lima minit kemudian, kelihatan motor RXZ kepunyaan Zain mendekatinya. Zain melambaikan tangan dan berhenti tepat di depan Mamat. Dia membuka helmet. Enjin dimatikan.

“Sorry, Mat! Aku ada problem kat gerai mak aku tadi. Tu yang lambat, tu!” jawab Zain memberi alasan. Mamat hanya mengangguk senyum. Zain turun dari motosikalnya.

“Apehal kau nak jumpa aku, ni? Macam penting, je?” tanya Zain apabila Mamat sejak tadi hanya mendiamkan diri. Dia hairan. Kata nak jumpa aku. Tapi diam membisu.

Mamat memandang tajam ke arah Zain. Zain semakin hairan.

“Apehal, ni? Lain macam je cara kau pandang aku?” soal dia.

“Aku nak buat perhitungan dengan kau!” ujar Mamat setelah lama dia mendiamkan diri. ‘Ambik nafas dulu’ desis hatinya.

Zain terdiam sejenak. “Perhitungan apanya?” Dia membelek-beleknya helmet yang dipegang lantas diletakkan di atas seat motor.

“Aku nak kau berterus terang” suara Mamat semakin tegas. Sekilas pandangan Zain tertumpu ke arah Mamat semula.

“Berterus-terang apa, ni? Aku tak faham lah!” Takkan dia dah tahu? Zain gugup.

“Kau ke yang merancang segala-galanya?” tanya Mamat meninggi suara.

“Me..meran…merancang? Merancang apa, ni!?” soal Zain gugup.

“Sudahlah, Zain! Kau ingat aku tak tahu!? Kau yang tukarkan hadiah aku, kan!? Kau yang merancang semua ni, kan!? Konon bagi idea untuk tolong aku… rupa-rupanya kau dah rancang dari awal! Betul, kan!?”

Zain diam. Dia tersenyum sinis. “Kau ada bukti aku yang buat semua, ni!?”

Mamat memandang tajam ke arah Zain. Kalau ikutkan rasa marahnya, mahu sahaja dia tumbuk lumat-lumat muka si Zain ni. ‘Takpe… sabar Mamat… Ambik nafas dulu. Tenang ~’ bisik hatinya. Mamat menarik nafas.

“Jangan kau nak berpura-pura lagi, Zain! Fahrin dan Azhar dan nampak segala-galanya! Hadiah tu dalam laci meja kau, bukan!? Huh! Kenapa la aku bodoh sangat sampai tak sedar selama ni!” Zain terkejut. Hari tu? Bilik aku? Azhar? Dia diam. Kemudian dia tersenyum sinis semula.

“Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau nak lagakan aku dengan Arin!?” soal Mamat. Perasaannya berbaur sedih dan marah. Sedih kerana Zain mengkhianati dia. Marah sebab Zain menyebabkan dia dan Zarina semakin berjauhan. Malah mereka sekarang bermusuhan.

Tiba-tiba Zain ketawa. Rahsianya dah pecah. Mamat hairan.
“Memang sengaja aku nak lagakan kau dengan Arin!Aku nak kau terseksa seperti apa yang aku rasa selama ni!” jawab Zain dengan nada tinggi. Dia memandang Mamat dengan perasaan dendam.

“Kau!~” Mamat mendekati Zain lantas mencekak kolar baju Zain. Dia menggengam jarinya dan melayangkan tangannya untuk menumbuk muka Zain.

“Pukul la!! Pukul la aku sekuat-kuat hati kau!” sindir Zain. Dia sudah bersedia. Apa nak jadi-jadilah. Matanya dipejamkan. Tapi ~

Zain membuka matanya. Mamat mengeluh. Tangannya yang dilayangkan ditarik balik. Dia melepaskan kolar baju Zain dan menolak Zain sehingga tersandar ke sisi keretanya semula. Dia meraup mukanya. Di dalam hatinya, dia mengucap…Astaghfirullahalazim…

Zain diam. Kenapa dia tak pukul aku?

“Kenapa kau buat macam tu, Zain!? Apa salah aku pada kau!?” soal Mamat mendatar. Amarahnya semakin kurang. Dia perlu bertenang. Bertumbuk untuk menyelesaikan masalah bukan caranya!

“Sebab Ati!” jawab Zain pendek.

“Ati?” Mamat terkejut.

“Ya, Ati!” Zain mula bergerak ke depan. Dia mundar-mandir di hadapan Mamat. Kemudian dia tersenyum sinis memandang sahabatnya itu.

“Tentu kau masih ingat Nur Izzati, adik angkat aku kan?”

Mamat mengangguk. “Kenapa dengan dia?”

“Kerana kau dia membawa diri! Kerana kau dia tolak cinta aku!” balas Zain tegas. Mamat menggelengkan kepala. Zain memandang jauh ke depan.

“Aku pernah jatuh cinta pada Ati. Dia cinta pertama aku. Niat aku mengambilnya sebagai adik angkat adalah langkah pertama aku untuk mengenali dia dengan lebih dekat. Tapi tak disangka dia jatuh cinta pada kau pulak! Aku cemburu…kau tau, tak! Aku cemburu!” Zain menengking Mamat. Mamat terdiam. Mulutnya berat untuk berkata-kata.

Zain menyambung lagi. “Aku tak sekacak ko, kaya, punya kereta besar, anak dato’, banyak duit… tapi aku ada impian. Impian dalam ini…” Zain menepuk dadanya. “Impian untuk dicintai dan menyintai. Aku cemburu dengan kau sejak kecil lagi! Dari kita sekolah rendah kau diminati…ramai peminat…tapi aku!? Itu aku tak ambil port sangat sebab aku sedar siapa aku…! Tapi aku tak boleh terima bila aku dapat tahu Izzati juga cintakan kau!”

“Izzati cintakan aku… tapi kenapa kau nak salahkan aku pulak!?” tanya Mamat tidak puas hati.

“Huh! Aku salahkan kau sebab kau mainkan perasaan dia!”

“Mainkan perasaan dia?” Mamat semakin tidak faham. Sejak bila aku mainkan perasaan Ati?

“Kau hanya gunakan dia ketika kau memerlukannya. Kau langsung tak pernah jaga hati dan perasaan dia! Aku sayangkan dia. Aku sanggup lepaskan dia pada kau! Tapi aku marah sangat kau menolak cinta dia!”

“Cinta tak boleh dipaksa, Zain!” jelas Mamat. Zain tersenyum.

“Senang kau cakap. Kalau kau tahu cinta tak boleh dipaksa, kenapa kau bagi dia harapan?”

“Aku tak pernah bagi dia harapan!” Zain memandang Mamat. Mamat mengeluh.

Dia menyambung. “Selama ini aku tak pernah tahu dia sukakan aku. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Dia selalu cerita pada aku yang dia minat pada seseorang tapi dia tak berani luahkan. Dia kata lelaki tu tua dari dia. Dan masa itu dalam fikiran aku orang itu adalah kau. Aku tak sangka orang yang disukai Ati adalah aku.” Mamat tunduk. Sedikit keluhan keluar dari mulutnya. Dia teringat saat Izzati meluahkan perasaan dan memberikan perhiasan kayu tertulis ‘LOVE’ kepadanya. Gadis kacukan Melayu-Pakistan itu begitu comel apabila dia tersenyum dan ketawa. Dia cantik. Punya ramai peminat. Tetapi sayang, dia tak boleh menyintai gadis itu. Kecewanya kepada Sofea ketika itu masih tebal. Dia tak boleh terima sesiapa. Izzati sudah dianggap seperti adik. Dan kerana itu Izzati membawa diri.

“Kenapa kau tolak cinta dia?” tanya Zain.

“Sebab masa itu aku tak boleh terima sesiapa dalam hidup aku lagi. Masa tu aku masih kecewa dengan Sofea!” jelas Mamat tinggi. Dia nak Zain tahu dia tak bersalah. Dia nak Zain faham perasaannya masa itu.

“Huh! Alasan semata-mata. Kau ingat aku nak percaya? Aku rasa tentu kau bangga masa tu, kan? Kerana pernah dilukakan oleh Sofea, kau lukakan hati perempuan lain. Kerana kau dia membawa diri. Kerana kau dia tinggalkan aku tanpa sepatah kata. Dan kerana kau juga dia tolak cinta aku! Dan sekarang, terima la balasannya” balas Zain. Masih terbayang diingatannya saat dia dan Izzati bersemuka. Dia meluahkan perasaannya. Dia mengharapkan cinta dari Izzati tetapi gadis itu menolak dirinya bulat-bulat.

‘Maafkan Ati, abang. Ati menyukai dan menyintai orang lain. Abang dah Ati anggap seperti abang Ati sendiri.’ Izzati memandang Zain. Saat itu Zain rasa malu pada dirinya.

‘Siapa yang Ati suka?’ soal Zain. Dia ingin tahu siapakah lelaki yang bertakhta di hati gadis impiannya.

‘Abang Mamat’ balas Izzati. Zain terkejut.

‘Mamat?’ soal Zain kembali. Dia tidak percaya. ‘Maksud Ati, kawan abang… Mamat? Muhammad Arief Daniel?’

Ati mengangguk senyum. ‘Dia cinta pertama Ati, bang. Sejak abang perkenalkan dia dengan Ati, hati Ati mula terpaut padanya’ jelas Izzati tanpa segan-silu.

Huh! Zain tersedar dari lamunan. Sejak Izzati membawa diri, dia menyimpan dendam kepada Mamat. Tetapi pada masa itu belum tiba masanya untuk dia membalas dendam sehinggalah pada hari Mamat menceritakan yang dia menyukai Zarina kepada dia, Azhar dan Fahrin. Dan sejak itu dia memasang jerat. Idea menyuruh Mamat memalukan Zarina di khalayak ramai (menjaga tepi kain Zarina), menukarkan hadiah serta memancitkan tayar skuter Zarina semuanya adalah idea dan perbuatan dia. Dan Mamat seperti orang bodoh ikut sahaja kata-katanya tanpa berfikir apa.

“Zain, aku nak kau faham…aku…”

“Huh! Sudahlah!!” Zain segera bergerak ke RXZnya. Dia start enjin motor dan press minyak. Semakin lama semakin kuat. Seperti kuatnya rasa bencinya kepada Mamat.

“Untuk pengetahuan kau, selama ni idea yang aku bagi pada kau adalah perancangan aku untuk buat kau rasa apa yang aku rasa. Dan orang yang menyebabkan tayar motor Arin pancit adalah aku. Aku yang pancitkan tayar motor dia. Hadiah pertama kau daripada Arin buat aku puas. Walaupun puas hanya sekejap. Aku masih lagi berusaha sehingga Arin betul-betul membencikan kau! Tapi aku salute dengan kau…walau sekejam mana Arin buat pada kau, kau masih sayangkan dia. Huh! Perempuan macam tu pun kau nak!” Mamat memandang Zain. Dia terkejut apabila Zain mengutuk Zarina. Kalau ikutkan amarahnya dah lama dia belasah sahabatnya itu. Tapi kesabaran mengatasi segalanya. Tiada gunanya dia mengikut perasaan.

“Dan sekarang dendam aku dah terbalas. Suka hati kau la nak anggap aku apa lepas ni. Kau nak putuskan persahabatan kita? Nak berterus terang kepada Arin pasal semua ni? Huh! Go ahead! Tapi satu je yang aku nak cakap….selagi aku bernafas, selagi aku pijak bumi ni…sampai mati pun aku takkan maafkan kau! Chow sahabatku...” kata Zain sambil tersenyum sinis.

Dia menarik ‘clutch’ dan menekan gear. Motor RXZ mula bergerak dan meninggalkan Mamat dengan perasaannya. Mamat begitu rasa bersalah. Dia juga rasa sedih yang teramat. Hanya kerana seorang perempuan…

*************

Petang itu, Fahrin dan Azhar datang berjumpa dengan Mamat untuk mengetahui punca dendam Zain terhadap Mamat. Mamat menceritakan segala-galanya walaupun saat itu dalam hatinya sakit dan luka. Luka yang dibuat oleh sahabat karibnya sendiri.

Azhar bangun. Dia bengang.
“Setan betul la si Zain tu! Sanggup dia buat macam tu pada kau!? Dia dah gila, apa?” bentak Azhar. Fahrin menggelengkan kepalanya.

“Kerana seorang perempuan…dia nak putuskan persahabatan!? Kalau aku jadi kau, Mamat… dah lama aku belasah dia! Kalau boleh biar pecah muka dia! Sampai masuk ICU pun takpe! Orang macam tu tak boleh dibuat kawan. Kita dah kenal dari kecil. Sama-sama hadapi susah dan senang. Sanggup dia buat macam tu pada kau? Memang tak guna betul la dia tu!” Fahrin pula membalas bertalu-talu. Penumbuknya dikepal. Rasa marahnya kepada Zain membara. Begitu juga Azhar.

“Kenapa kita boleh tak sedar selama ni…idea yang dia bagi tu bawa kehancuran kepada kau? Bodoh betul la kita, ni!” rungut Azhar menyalahkan diri.

“Sebab persahabatan.” jelas Mamat pendek. Walaupun pendek tetapi memberi makna yang mendalam. Azhar dan Fahrin memandang sayu kepada Mamat. Mamat hanya duduk mendiamkan diri. Air mata menitis tanpa disedari.

Fahrin dan Azhar mendekati Mamat. Mereka menyentuh bahunya untuk menenangkannya. “Mamat….”

“Sebab kita sahabat dari kecil, susah payah bersama… kita percayakan dia. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku, dia nak tikam aku dari belakang.” jelas Mamat menahan sedihnya. Sesekali dia tersengguk-sengguk menahan kesedihan. Air matanya dikesat berkali-kali. Biarlah airmatanya menitis hanya kerana persahabatan. Dia tak kisah. Fahrin dan Azhar mengeluh.

“Kenapa dia tak sedar tentang pertolongan kau padanya selama ini, Mamat? Kau dah banyak tolong dia. Begitu juga pada kami. Aku tak sangka dia betul-betul lupa daratan. Tidak memijak di bumi yang nyata. Hanya kerana seorang perempuan… dia lupa segala budi kau pada dia.” ujar Fahrin.

“Betul, tu.” balas Azhar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya berulang-kali.

“Sudahlah… aku tak kisah semua tu. Aku tolong korang sebab kita kawan. Kan kita dah janji nak susah payah bersama. Sakit korang sakit aku jugak!” Mereka berdua mengangguk sekali lagi.

“So, kau nak cerita ke benda ni pada Arin?” tanya Fahrin.

“Yelah! Aku rasa better kau cerita dari awal sampai akhir. Cerita keburukkan Zain tu. Apa yang dia dah buat pada kau semua tu. Aku rasa tentu Arin faham. Kalau dia dah tahu siapa dalang disebalik permusuhan korang ni pasti dia takkan salahkan kau lagi!” ujar Azhar memberi idea. Fahrin bersetuju.

Mamat tersenyum sinis. “Tak payahlah!” jawab Mamat pendek. Fahrin dan Azhar tercengang. What the hell ~

“Kenapa?” tanya mereka serentak.

“Aku tak nak kerana perempuan persahabatan aku dan dia musnah.”

“Tapi dia sendiri yang memutuskan persahabatan korang, kan? Takkan kau nak tutup kesalahan dia!?” soal Azhar meninggikan suara. Dia geram dengan sikap Mamat yang terlalu menyebelahi si Zain. Mamat mengeluh.

“Mungkin dia tengah marah sekarang. Biarlah dia tenangkan perasaan dia. Sanggup ke dia putuskan persahabatan selama 15 tahun? Satu hari nanti dia akan sedar kesalahan dia” jawab Mamat. Azhar dan Fahrin terdiam. Begitu mulianya hati Mamat. Mereka ternganga melihat keikhlasan Mamat.
Mamat ketawa memandang mereka. “Tutupla mulut korang tu. Karang masuk lalat padan muka! Hehehe…”

Mereka berdua saling berpandangan lantas menutup mulut dan tersengih. Malu dengan reaksi masing-masing.

“Habis macam mana dengan Arin? Kau nak lepaskan dia begitu je, ke?” tanya Fahrin.

Mamat kembali mengeluh. “Mungkin aku dengan dia takde jodoh. Redha ajelah! Lagipun dia dah bahagia dengan lelaki lain.” Mamat bangun dan meninggalkan mereka berdua. Fahrin dan Azhar saling berpandangan. Mereka tak percaya dengan kelakuan Mamat kali ini. Dulu dia bukan jenis lelaki yang cepat putus asa. Tapi sekarang…?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...