RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 16

BAB 16

Sudah lama Zarina tidak menelefon Mak Mah. Masuk kali ini sudah hampir sebulan berlalu. ‘Apa khabar Mak Mah sekarang? Sihatkah dia?’ desis hati Zarina yang sudah menganggap Mak Mah sebagai ibu kandungnya. Walaupun ibu kandung sendiri tidak menerima dirinya tetapi sekurang-kurangnya dia ada Mak Mah. Perempuan tua yang sanggup bersusah kerana dia, menjaga makan minumnya sejak kecil hingga sekarang.

Zarina mendail telefon rumahnya. Kedengaran bunyi line disambungkan. Setelah lama menunggu akhirnya telefon diangkat.

“Assalamualaikum, rumah Dato’ Zaki” suara halus itu kedengaran. ‘Tentunya Mak Mah’ bisik hatinya. Dia rindu akan wanita tua itu.

“Waalaikumussalam. Mak Mah ke tu?” tanya dia kepada si pengangkat telefon. Walaupun dia tahu itu Mak Mah namun dia inginkan kepastian.

“Ye, makcik ni Mak Mah. Siapa di sana?” soal Mak Mah kembali setelah soalan gadis itu dijawabnya.

“Arin ni, Mak Mah!” jawab Zarina.

“Ina!?? Ina ke, tu?”

“Ye, ni Arin, Mak Mah! Mak Mah apa khabar?”

Kedengaran Mak Mah mengeluh. “Mak Mah sihat. Ina sihat? Kenapa dah lama tak pulang ke rumah? Semua rindukan Ina” ujar Mak Mah mengharap.

Zarina tersenyum sinis. “Arin sihat, Mak Mah. Siapa yang rindukan Arin, Mak Mah? Mama? Papa? Kak Long? Kak Ngah? Atau…Mak Mah sorang, je?” Wanita itu hanya mendiamkan diri. Memang betul apa yang difikirkannya. Tiada siapa di antara ahli keluarganya yang mengambil berat tentang dirinya. Sudahlah ibunya membenci dirinya, ayahnya pula sibuk memanjang. Begitu juga kedua-dua kakaknya. Hanya Mak Mah! Terasa ingin melalak di situ jugak.

Setelah hampir setengah jam berbual, masing-masing mengucapkan selamat malam. Gagang diletakkan. Mak Mah mengesat air matanya. Terasa rindu meruntun di hati wanita tua itu. Dia segera ke dapur. Kerjanya tadi belum selesai. Dato’ Zaki yang ketika itu berada di ruang makan sedang sibuk menyiapkan tugasannya. Namun dia tetap memasang telinga mendengar setiap baris ayat yang dibualkan oleh Mak Mah dengan anaknya. Belum sempat Mak Mah ke dapur, Dato’ Zaki memanggilnya.

“Mah!” panggil dato’. Langkah Mak Mah terhenti. Dia memusingkan badannya lantas memandang ke arah majikannya.

“Ye, dato’?”

“Mari ke sini sebentar” arah Dato’ Zaki. Mak Mah hanya menurut. “Duduk!” Mak Mah menarik kerusi lantas dia duduk.

“Ada…ada apa dato’ panggil saya?” tanya Mak Mah gugup. Dato’ Zaki berhenti dari menulis. Dia meletakkan pen di atas meja. Dia mengeluh lantas mengerling ke arah Mak Mah.

“Siapa yang call tadi?” soal Dato’ Zaki kepada Mak Mah.

Mak Mah tunduk diam.

“Saya cakap dengan tunggul, ke?” perli Dato’ Zaki apabila soalannya tidak berjawab.

“Arin, Dato’” jawab Mak Mah. Dia membiasakan dirinya memanggil Arin di hadapan dato’ dan datin tetapi dengan Zarina dia lebih senang memanggil “Ina”.

“Dia call nak apa?” tanya Dato’ Zaki lagi.

“Dia tanya khabar, Dato’. Err… dia kirim salam kat semua.” Mak Mah hanya tunduk menjawab. Dia tak sanggup melihat wajah majikannya. Takut wajah itu menyebabkan dia menggigil ketakutan. Walaupun Dato’ Zaki tidak segarang Datin Sahara, namun dia masih menghormati lelaki itu. Kedengaran bunyi keluhan dari mulut Dato’ Zaki. Mak Mah mengangkat mukanya. Dia melihat Dato’ Zaki menggelengkan kepalanya.

“Dia tak ingin nak pulang, ke?”

“Err…saya dah cakap dekat dia, Dato’. Tapi katanya masih belum bersedia untuk pulang. Dia tak nak bergaduh dengan datin. Dia kata lagi ~” kali ni Mak Mah tak sanggup untuk berkata-kata. Dia menahan perasaan sedihnya.

“Dia kata apa?” soal Dato’ Zaki ingin tahu.

“Dia tak sanggup nak menambah dosa bergaduh dengan ibu dan ayahnya. Dia tak nak jadi anak derhaka. Dia takut, dia tak dapat bau syurga kalau dia mati nanti, dato’” jelas Mak Mah menahan sendu. Kata-kata Mak Mah buatkan dirinya tersentak.

“Kenapa dia berkata begitu?”

“Arin dah cukup terseksa, dato’. Saya merayu sangat pada dato’ dan datin. Terima la dia seadanya. Walaupun kehadirannya selama ini tidak dipinta, tetapi dia juga darah daging dato’. Dia tak minta dilahirkan untuk dibenci oleh ibu dan ayahnya. Janganlah kita menyalahkan takdir. Anak itu satu rahmat, dato’” kata Mak Mah. Dato’ Zaki hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa.

Mak menyambung lagi. “Sejak suami dan anak saya meninggal, Arin dah saya anggap macam anak saya sendiri. Sejak kecil saya mendengar luahan hati dia. Sudah lama Arin memendam rasa. Dia inginkan kebahagiaan hidup berkeluarga, dato’. Kadang-kadang saya tak sanggup melihat dia bersedih. Selalu saya nampak dia menyorok di belakang dapur menangis sorang-sorang. Sebab itu saya berharap sangat dato’ dan datin dapat terima dia. Walaupun dato’ masih belum mampu menerima kehadirannya sebagai seorang anak tetapi terimalah dia sebagai seorang manusia.”

“Saya ~” kelu rasanya lidah untuk berkata-kata. Tidak pernah gadis itu dipeluknya. Tidak pernah gadis itu dilemparkan kasih sayang dari seorang ayah. Memang benar kata Mak Mah. Dia terlalu menyalahkan takdir. Doa mereka untuk mendapatkan anak lelaki sebagai pewaris keluarga suatu ketika dulu tidak dimakbulkan Tuhan. Malah kehadiran Zarina dalam hidup mereka berdua yang dipersalahkan. Budak itu tak salah. Dia tak berdosa. Mereka yang bersalah. Mereka yang berdosa. Kerana mengabaikan seorang anak yang telah diamanahkan oleh Tuhan.

“Saya nak jumpa Arin, Mah!” terkeluar juga akhirnya kata-kata itu. Mak Mah terkejut. “Saya nak minta maaf pada dia. Saya nak bawa dia pulang.” kata-kata Dato’ Zaki membuatkan Mak Mah tersenyum lebar. Matanya bersinar. Doanya kini termakbul. Terbuka juga hati dato’ untuk menerima Zarina. Dia tersenyum.

“Apa… betul ke ni, Dato?” tanya Mak Mah untuk mendapatkan kepastian. Dato’ Zaki hanya tersenyum mengangguk.

“Saya akan ajak datin dan anak-anak saya yang lain berjumpa dengan Arin nanti.” usul Dato’ Zaki. Mak Mah tersenyum gembira.

********

“Apa!? Awak nak saya ikut awak berjumpa dengan Arin? Awak ni dah buang tebiat apa!?” marah Datin Sahara setelah Dato’ Zaki memberikan pendapatnya. Dia telah sedar akan kesilapannya kini. Dan sekarang tugasnya untuk melembutkan hati isterinya menerima Zarina dalam hidup mereka. Niatnya untuk merapatkan kembali jurang antara mereka berubah apabila Datin Sahara membentak kurang bersetuju.

“Kenapa awak tak setuju pula?” soal Dato’ Zaki mengerut dahi.

“Apa mimpi awak tiba-tiba nak berjumpa dengan Arin, tu? Awak dah termakan ubat guna-guna anak awak tu, ke!? Ke si Arin tu dah berani bomohkan awak?” perli Datin Sahara.

“Astaghfirullahalazim… Apa yang awak merepek, ni?” balas Dato’ Zaki mengurut dadanya. Tidak disangka pemikiran Datin Sahara terhadap Zarina semakin menyimpang.

“Saya cuma nak ajak awak berjumpa dengan Arin. Kita sama-sama bawa dia pulang!” ujar Dato’ Zaki semula.

Datin Sahara tersenyum sinis. “Awak ajak la dia sorang! Tak kuasa saya nak jatuhkan air muka saya hanya kerana budak hingus tu.” Datin Sahara memeluk tubuhnya.

“Apa dosa yang Arin dah buat pada awak? Sampaikan awak begitu membencinya? Setahu saya, awak sendiri yang create masalah ni. Awak yang selalu cari pasal dengan dia!” marah Dato’ Zaki kepada Datin Sahara.

Datin Sahara merengus lantas ke katilnya. Dia baring di atas katilnya dan menarik selimut. Dato’ Zaki memandang tajam ke arah isterinya yang hampir 25 tahun dikahwini. Dia tenang menunggu jawapan.

“Saya malas nak bertekak dengan awak! Kalau awak nak sangat jumpa anak kesayangan awak tu, pergilah! Saya peduli apa! Dahlah, saya nak tidur. Esok saya ada temujanji dengan Datin Mimi. Selamat malam.” jawab Datin Sahara lalu menutup lampu meja di sisi katilnya. Dato’ Zaki mengeluh. Kecewa sungguh dia dengan kelakuan isterinya itu. Dato’ Zaki mengorak langkah Datin Sahara. Sudah malas untuknya memujuk Datin Sahara. Isterinya terlampau degil. Dalam beberapa minit kemudian kedengaran bunyi dengkuran kecil dari kedua-dua pasangan suami isteri itu membelah kesunyian malam.

*******

Tanpa disangka-sangka, perbualan antara Dato’ Zaki dan Datin Sahara didengari oleh Zurida dan Zaimah. Masing-masing mengeluh.

“Sampai bila mama nak bergaduh dengan adik?” tanya Zaimah sambil memeluk teddybear kesayangannya.

“Entahlah! Kak Long pun tak tahu. Mama tu degil, keras kepala. Papa pun tak tahu macam mana nak sejukkan hati mama tu.” jawab Zurida.

“Rasa-rasanya sampai bila agaknya masalah kita nak berakhir, ye? Kak Ngah dah tak larat nak dengar semua ni. Rumah ni dah macam neraka!” rungut Zaimah. Zurida hanya memandang Zaimah. Dia pun tak tahu bila semuanya akan berakhir. Dia juga impikan keluarga yang bahagia. Andai satu hari nanti Tuhan membukakan hati mama menerima Zarina semula, dialah orang yang paling bersyukur. ‘Ya Allah, Kau dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah!’ bisik hati kecilnya penuh berharap.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...