RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 15

BAB 15

Mamat mengeluh. Niatnya untuk bertemu dengan Zarina tak tercapai. Gadis itu belum masuk kerja. Dia menikmati keindahan Putrajaya. Masjid Putra di hadapannya ditilik. Sungguh cantik rekabentuk masjid itu. Tentunya direka oleh arkitek yang terkenal. Mamat masih lagi bersandar di sisi kereta Satria GTInya. Cuti kali ini agak membosankan dia. Kalau dulu, dia sering perhatikan gerak geri Zarina di sebelah rumahnya. Sudah menjadi hobinya setiap hari. Maklumlah bukan sahaja berjiran, malah bilik mereka juga bersebelahan. Walaupun dibina di atas tanah yang berlainan, kedudukan rumah banglo mereka hampir rapat. Tiap-tiap hari dia dapat melihat setiap sudut raut wajah Zarina acapkali gadis itu keluar dari biliknya dan bersantai di balkoni. Tetapi sekarang tidak lagi. Setiap kali dia memandang bilik Zarina, rindunya semakin menjadi-jadi kepada gadis itu. Bilik gelap itu menjadi tatapannya setiap hari. Itulah sahaja caranya untuk dia menghilangkan rasa rindunya kepada Zarina.

Setelah dia mengetahui bahawa Zarina telah keluar dari rumah itu dan berpindah ke tempat lain, dia kecewa. Adakah kerana dia gadis itu membawa diri? Mamat dapat tahu tempat kerja Zarina ini pun disebabkan kebetulan. Dua minggu yang lalu dia terserempak dengan Zarina yang sedang berjalan menuju ke restoran makanan segera itu. Saat itu dia bersama-sama Fahrin, Azhar dan Zain lepak di sebuah kedai mamak berhampiran. Apabila dihayati rupa-rupanya Zarina bekerja di situ.

Sejak dari hari itu dia sering memerhatikan Zarina ditempat kerjanya. Walaupun hanya pandang dari jauh, rindunya tetap terubat setiapkali melihat Zarina bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang lain. Setiap malam dia menunggu Zarina. Menghantar gadis itu pulang walaupun dengan gerak matanya sahaja. Dia tak kisah. Asalkan Zarina pulang dengan selamat. Itu yang dia nak. Dia yakin satu hari nanti dia akan berbaik semula dengan Zarina. Dan gadis itu akan menerima cintanya suatu hari nanti.

Tetapi harapannya musnah apabila malam tempoh hari dia melihat Zarina pulang bersama dengan seorang lelaki. Mereka begitu rapat dan mesra. Siapa lelaki itu? Boyfriend? Atau rakan sekerja? Kalau rakan sekerja, kenapa mereka begitu mesra? Boleh pula bertepuk tampar. Makan bersama. Huh! Mamat mengeluh lagi. Terbit rasa cemburu dihatinya. Bertuah betul lelaki itu. Dapat bermesra dengan Zarina. Mamat masih lagi bersandar di keretanya. Takpe la… andai jodohnya bukan dengan Zarina, dia redha. Dia malas untuk pulang ke rumah tengahari itu. Keindahan Putrajaya memberi kedamaian pada dirinya.

*********

Seperti biasa Zain lepak di rumah sambil menonton televisyen. Dia agak keletihan setelah penat menolong ibunya seharian di gerai makan mereka. Zain tidak seperti Mamat. Hidup mewah, ada keluarga yang bahagia. Dia cuma ada ibunya sahaja. Dia tidak punya adik beradik lain. Saudaranya hanya ibunya. Sejak kecil Zain hidup tanpa ayah. Ayahnya meninggal dunia sejak umurnya 5 tahun disebabkan penyakit blood cancer. Dulu, dia rindukan ayahnya… setiap malam menangis kerana ayahnya… dan sekarang dia sudah boleh menerima kenyataan. Kasih sayang ibunya yang membuatkan dia boleh menerima suratan takdir.

Dia semakin kebosanan. Setiap channel ditukar namun ianya langsung tidak menarik perhatiannya. Zain menutup televisyen lantas ke biliknya. Dia perlu tidur. Ibunya pula tiada di rumah kerana mengunjungi kenduri arwah jiran terdekat. Dia malas untuk menghadiri kenduri itu. Kepenatannya mengatasi segala-galanya. Namun belum sempat matanya tertutup, tiba-tiba… TUK!TUK!TUK!. Kedengaran pintu rumah di ketuk. Zain mendengus. Dia melihat jam di dinding. Pukul 9.30 malam. Siapa yang datang malam-malam, ni? Takkan ibu tak bawa kunci rumah? Dia segera bangun dan pergi ke ruang tamu untuk membuka pintu.

“Assalamualaikum…” kedengaran suara memberi salam dari luar.

“Waalaikumussalam” jawab Zain. Dia membetulkan kain pelekatnya sebelum mencapai tombol pintu. Pintu dibuka. Kelibat wajah Azhar dan Fahrin tersengih memandangnya.
“Oh, korang! Apa mimpi datang malam-malam ni?” tanya Zain.

“Apa-apa hal pun, ajaklah kami masuk dulu.” perli Azhar. Zain menggaru kepala yang tidak gatal. Dia segera memberi laluan kawan-kawannya masuk. Pintu ditutup semula. Zain menguap sambil melipat kain pelikatnya yang hampir terlucut.

“Kau ni nak tidur dah, ke? Apa barang tidau awal, beb! Tak jantan la!?” perli Fahrin. Zain duduk di sofa bertentangan dengan mereka.

“Kenapa korang datang?” soal Zain. Pertanyaan Fahrin dibiarkan tanpa jawapan. Malas dia nak bertekak dengan Fahrin. Mengantuknya menjadi-jadi. Masuk kali ni dah kali ke berapa dia menguap.

“Kami nak ajak kau kluar. Dah lama tak lepak ramai-ramai pekena teh kat kedai mamak tu.” jawab Fahrin. Azhar hanya mengangguk mengiyakan.

“Mamat korang tak ajak?” soal dia lagi. Dari tadi dia tak melihat kelibat Mamat.

“Dah, kami baru je call dia tadi. Dia ok je. Tunggu tempat biasa.” Kali ini Azhar pula menjawab. Zain hanya mengangguk.

“Oklah! Aku nak mandi kejap. Korang lepak la dulu. Tengok televisyen, ke… Apa, ke…” ujar Zain sebelum masuk ke biliknya untuk mengambil tuala. Walaupun dia rasa mengantuk, ajakan kawan-kawannya tidak sekali-kali ditolak.

Selepas keluar dari bilik, Azhar memanggil. “Zain!” Zain menoleh.

“Ha? Apehal?” tanya dia mengerut dahi.

Azhar hanya tersengih. Fahrin menggelengkan kepala. “Nak pinjam komik? Cerita Pencak Nujum no 19 aku tak baca lagi.” kata Azhar berharap. Zain yang masih dalam keadaan mamai hanya mengangguk.

“Kau pergilah kat bilik aku, tu. Aku letak buku tu dekat meja study!” jawab Zain sambil menguap lantas bergerak menuju ke bilik air. Azhar menjerit keriangan. Ucapan terima kasih masih kedengaran dari mulutnya. Dia segera berlari anak masuk ke dalam bilik Zain. Fahrin pula leka menonton televisyen. Begitu la Azhar. Zain dah dianggap seperti supplier komik. Minta aje komik apa, Yuyu Hakusho, Pencak Nujum, Dragon Ball, Conan atau apa sahaja komik semua Zain ada. Komik Shin Chan pun Zain layan. Azhar ketawa. Targetnya kini adalah komik Pencak Nujum siri ke 19. Dia membelek buku di meja study Zain. Puas dia mencari namun masih belum dijumpai. Tiba-tiba terlintas di fikirannya untuk membuka laci meja itu. Erm.. mesti dalam laci, ni. Entah apa yang menarik perhatian dia untuk membuka laci itu. Dengan berhati-hati Azhar membuka. Dia terkejut apabila melihat sesuatu yang dia amat dikenali sebelum ini. Matanya terbeliak. Persoalan dulu yang masih belum diketahui jawapannya, kali ini terungkap sudah. Hadiah yang mereka rancangkan dulu kini berada di depan matanya. Sungguh tak disangka rupa-rupanya selama ini Zain la dalangnya.

Sedang si Azhar menghayati bebola kaca itu, Fahrin masuk.

“Apa lambat sangat kau ambil komik ~” Belum sempat Fahrin menghabiskan ayatnya, Azhar memberi kata isyarat supaya diam. Dia memanggil Fahrin mendekatinya. Seperti lembu dicucuk hidung, Fahrin mendekati Azhar.

“Kau tengok apa yang aku tengok, ni!” bisik Azhar perlahan. Fahrin melihat dan beberapa saat kemudian dia terkejut.

“Ya Allah! Ini bukan hadiah yang kita nak bagi Zarina tu, ke? Kenapa ada kat sini?” tanya Fahrin perlahan. Azhar meluku kepalanya. Fahrin menjerit perlahan menahan kesakitan. Segala-galanya perlahan. Hehehe.. Dia membuntangkan matanya menahan marah.

“Apa yang bengap sangat kau, ni. Kalau hadiah ni ada kat sini kiranya Zain la dalang antara kita selama ni!” jelas Azhar perlahan. Fahrin hanya tersengih mengangguk.

“So, apa kita nak buat sekarang?”

“Shhh.” Azhar meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Dia segera memanjangkan kepala untuk melihat kelibat Zain. Kawannya itu masih lagi di dalam bilik air. Bunyi air shower masih kedengaran. “Kita buat tak dek je hari ni. Pura-pura seolah-olah kita tak tahu apa-apa. Esok kita beritahu Mamat.”ujar Azhar memberi idea.

Fahrin hanya mengangguk setuju. Laci ditutup semula. Mereka keluar dari bilik dan segera ke ruang tamu. Masing-masing pura-pura menonton televisyen. Niat Azhar untuk mencari buku komik kegemarannya terbantut malah dia lupa sejenak tentang niat asalnya itu.

Selesai mandi, Zain keluar dari bilik air. Dia melihat Azhar dan Fahrin yang sedang menonton televisyen.

“Kau dah jumpa ke buku komik yang kau nak, tu?” tanya Zain kepada Azhar. Azhar terkejut. Dia kalut.

“Ha? Buku?” tanya Azhar.

“Laa… kau cari ke tak, ni?” soal Zain menunjukkan reaksi hairan.

“Ermm… tak jumpa pun. Takpelah, Zain. Lain kali la aku pinjam. Tengah syok tgk drama ni!” jawab Azhar sambil pura-pura khusyuk menonton drama TV3. Fahrin pula hanya mendiamkan diri sahaja. Zain mengangkat bahu lantas segera ke biliknya untuk menyalin pakaian.


Sebelum keluar, ibu Zain pulang dari kenduri. Zain meminta izin ibunya untuk keluar. Dan malam itu mereka melepak beramai-ramai di kedai mamak. Azhar dan Fahrin menunjukkan reaksi biasa dengan Zain. Masing-masing tekad untuk memberitahu hal sebenar kepada Mamat keesokkan harinya. Tak disangka kawan yang dikatakan sahabat, bersusah payah sejak kecil rupa-rupanya sanggup mengkhianati kawannya sendiri. Masing-masing hanya mengeluh.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...