RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 14

BAB 14

Zarina bangun awal hari itu. Penatnya tak hilang lagi. Selepas membasuh muka dan gosok gigi, Zarina segera ke ruang makan. Bau nasi goreng menusuk hidungnya. Munirah rajin memasak. Bermacam-macam jenis masakan hasil buatan gadis itu pernah dirasakannya. Cakap sahaja apa yang dia ingin makan semuanya Munirah tahu buat. Kadang-kadang dia sendiri cemburu dengan kepakaran yang ada pada Munirah. Dia? Jangankan nak masak nasi goreng, nak goreng telur pun hancur. Zarina duduk di kerusi makan.

Munirah keluar dari dapur sambil menatang semangkuk nasi goreng kampung. Zarina tersenyum memandang Munirah.

“Wah, nasi goreng kampung. Sedapnya…” puji Zarina. Munirah ketawa kecil.

“Dah gosok gigi ke belum, ni?” soal Munirah sambil mencedok nasi goreng lantas diletakkan ke dalam pinggan. Munirah menghulurkan nasi goreng kepada Zarina.

“Dah la, kak. Bangun-bangun je dah pergi bilik air gosok gigi. Tak tahan dah nak merasa air tangan Kak Ira pagi-pagi ni. Hehehe..” seloroh Zarina. Zarina mengambilnya lantas disuap ke dalam mulut. Rasa nikmat betul.

Munirah duduk di hadapan Zarina. Dia menggelengkan kepalanya.

“Yelah, tu. Lepas ni Arin pula masak untuk akak, macammana?” ujar Munirah memberi pendapat. Kata-kata Munirah membuatkan Zarina tersedak.

“Apa? Nak masak untuk akak? Nak masak telor pun hampeh, inikan pula nasi. Kalau masak mee megi tau la Arin. Hehehe” balas Zarina. Munirah tersenyum.

“Macam mana nak kahwin, ni? Masak pun tak pandai” tegur Munirah. Zarina tersengih.
“Alaa…kawin nanti pasang la orang gaji”

Munirah menggelengkan kepala. “Kita kalau nak bagi suami kita sayangkan kita mestilah dari masakan. Air tangan kita ni bawa berkat. Kalau suruh orang gaji, takut nanti suami terpikat kat orang gaji pula. Naya nanti. Gigit jari la Arin nanti!” gurau Munirah.

Zarina ketawa. “Macam tu pulak?” balas dia.

“Yelah! Nanti bila Arin dah kahwin, baru Arin tahu betapa pentingnya kepakaran memasak tu pada seorang perempuan. Takkan hari-hari nak makan kat luar, je.” nasihat Munirah lagi persis seorang ibu kepada anaknya. Zarina hanya tersengih mengangguk.

“Siapa la yang nak dekat Arin ni, Kak Ira.” kata Zarina merendah diri.

“Pastinya ada. Kalau Arin ubah stail pakaian, ubah penampilan mesti ramai yang tersangkut. Percayalah cakap akak.” jelas Munirah. Kata-kata Munirah memberi kesedaran kepada Arin. Dia tunduk diam. Benarkah apa yang dikata oleh Kak Ira? Kalau aku ubah penampilan, ada ke yang sudi terima aku?

“Satu lagi…” Zarina mengangkat mukanya. “Nak jadi perempuan melayu terakhir kena belajar memasak. Nanti akak ajar, macammana?” Munirah memberi idea. Perempuan melayu terakhir? Macam kenal je ayat tu tapi kat mana, ye? Memasak? Hehehehe… Zarina mengangguk laju.

******
Tengahari itu Zarina ke tempat kerja seperti biasa, Zarina menolak pintu untuk masuk..

“Selamat tengahari semua” ucap Zarina.

“Selamat tengahari…!!” balas rakan-rakan sekerjanya. Zarina tersenyum lantas segera ke bilik persalinan untuk menyimpan begnya di dalam loker.
Sesudah itu Zarina keluar untuk memulakan kerjanya. Belum sempat Zarina memulakan kerja hariannya, Ellie rakan sekerja Zarina menyapa.

“Arin, tadi ada lelaki nak jumpa dengan kau” kata Ellie. Zarina mengerut dahi.

“Lelaki? Siapa?” soal Zarina. Dia hairan. ‘Lelaki mana nak jumpa aku, ni?’, bisik hatinya.

“Entahlah. Aku lupa nak tanya nama dia. Masa aku kerja kat kaunter tadi dia datang tanya pasal kau” jelas Ellie.

“Kau tahu muka dia macammana?” soal Zarina lagi tak puas hati.

“Erm… mukanya hensem jugak la. Kulit sawo matang, tinggi, tak gemuk tak kurus, sedang-sedang gitu.” jelas Ellie sambil tangannya bergerak-gerak untuk menjelaskan bentuk fizikal lelaki itu.

Zarina terdiam. Siapa?

Firdaus mendekati Zarina. “Yo! Wassup, girl!?” Firdaus menepuk bahu Zarina. Zarina menoleh. Sahabatnya itu tersengih memandangnya.

“Kau ni baru sampai, ke? T-shirt biasa kau pakai ni! Mana kemeja kau?” soal Zarina. Dia meneliti setiap genap pakaian t-shirt yang dipakai oleh Firdaus. Firdaus hanya tersengih.

“Dah kau pandang aku pakai baju t-shirt ni bermakna aku baru sampai la. Aku nak pi tukar sat gi.” jelas Firdaus dengan loghat utaranya.

“Tu mesti bangun lambat. Nampak sangat muka baru bangun tidur! Betul tak cakap aku, Fir?” perli Ellie. Firdaus hanya ketawa.

“Biasa la. Semalam balik lewat. So bangun pun lewat la!” Firdaus mengeluarkan kemeja dari beg sandangnya. “Aku pi bilik tukar pakaian ye. Babai, darling” kata Firdaus sambil mencuit pipi Zarina sebelum dia berlari-lari anak masuk ke bilik salinan. Ellie ketawa.

“Hai, darling pulak… Lain macam je korang berdua ni!? Ada apa-apa, ke? Hehehe…” usik Ellie sambil menyambung kerjanya.

Pipi Zarina merona merah. Perbuatan Firdaus yang agak spontan tadi betul-betul buat dia malu. Tiba-tiba perasaannya menjadi lain. Pantas dia menggelengkan kepala. Dia terlampau kuat berangan. Zarina segera ke dapur untuk memulakan kerjanya. Persoalan tentang lelaki tadi terbantut. Kehadiran Firdaus membuatkan Zarina leka dan lupa tentang lelaki misteri itu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...