RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 13

BAB 13

“Terima kasih. Datang lagi!” ucap Zarina sambil menghulurkan bungkusan makanan segera kepada pelanggannya. Pelanggan itu tersenyum mengambilnya lantas keluar dari restoran itu. ‘Pelanggan yang terakhir’ desis hati Zarina.

Zarina bergerak ke pintu utama lantas menukarkan penanda ‘OPEN’ kepada ‘CLOSE’. Jam hampir pukul 1 pagi. Zarina segera mengelap meja berhampiran. Dia bersiul gembira. Sejak dua menjak ni dia semakin ceria. Malah dia rajin mengambil overtime. Maklumlah, tengah cuti semester. Firdaus, kawan sekerja merangkap kawan baiknya mendekatinya.

“Wah! Wah! Gembira kau hari, ni? Menang loteri apa?” perli Firdaus sambil mengangkat kerusi ke atas meja. Mereka perlu mengemas restoran itu sebelum pulang.

Zarina mengerling ke arah jejaka itu. Firdaus tersengih. “Hai! Salah ke aku gembira?” tanya Zarina.

Firdaus ketawa. “Takdelah! Selalunya susah aku nak tengok muka kau ceria. Hari ni dah tak larat aku pandang senyuman kambing kau tu!” gurau dia.

“Alah! Sekambing-kambing aku pun, kau suka juga kawan dengan aku. Betul tak?” soal Zarina menguji. Kali ini lebih kuat Firdaus ketawa.

“Suka kawan dengan kau? Aku rasa orang gila je yang suka kawan dengan kau yang sedia mereng tu. Dah la tu… dari tadi aku tengok kau tersengih sorang-sorang. Tak ke gila namanya?” ejek Firdaus.

“Eleh! Jealous la tuh! Terus terang je la kau jealous, Fir!” Zarina mengambil mop. Borak-borak juga. Kerja mesti jalan.

“Hehehe…jealous? Tolonglah!” Firdaus memimikkan mukanya. Selesai mengangkat kerusi dia kembali mendekati Zarina. “Lepas ni kau nak kemana?”

“Kemana lagi. Baliklah! Tidur! Penat ni tak hilang lagi. Start keje pukul 12 tengahari tadi, beb!” jelas Zarina. Fazrul mengeluh. “Kenapa kau tanya?”

“Takde la. Aku ingat lepas selesai kita tutup kedai ni aku nak ajak kau pergi makan dekat luar kejap.” ajak Firdaus.

“Tapi kalau kau penat, takpelah!” Firdaus pura-pura merajuk. ‘Minta-minta la dia setuju..amin..’ doa Firdaus dalam hati.

Zarina mendekatinya. “Yelah! Yelah! Jangan la merajuk! Aku temankan kau, ok! Ala bucuk-bucuk” pujuk Zarina sambil mencubit pipi Firdaus. Firdaus menjerit kecil menahan sakit.

“Eee…bucuknya tangan kau. Pegang kain basah tu, lepas tu mop, lepas tu pulak pegang pipi aku. Bau bacin tau tak!” ejek Firdaus. Zarina mencium tangannya.

“Busuk? Takde pun?” sekali lagi dia mencium.

Alahai, bengapnya kawan aku ni. Firdaus ketawa terbahak melihat gelagat Zarina yang bodoh piang tu!

“Pengotor la kau, ni. Lagi mahu cium. Hahaha… Kalau aku cakap bau taik, entah-entah lagi laju kot kau bau. Wohoohoho…” Firdaus meninggalkannya. Zarina yang tersedar dia dipermainkan bengang.

“Hantu kau, Fir! Kau pekenakan aku, ye?” marah Zarina.

“Siapa suruh kau tu bodoh sangat! Hahaha…”
“Ooo… kau kata aku bodoh, ye. Takpe. Kalau aku bodoh, nah kau cium tangan aku, ni! Cepatlah bau. Sedap tau! Cepatlah!” gurau Zarina sambil melunjurkan tangan ke muka Firdaus. Firdaus mengelak. Zarina tak puas hati. Dia mengejar Firdaus. Budak ni kena ajar sket. Hahaha…

Selepas menutup kedai, Zarina menemani Firdaus makan. Banyak sungguh mamat ni makan. Bersahur katanya. Banyaklah cekadaknya bersahur. Kalau dah mentekedarah dua bungkus nasi lemak sahur mendenya? Lepas tu boleh pula dia sebat nasi goreng aku sikit. Hampeh betul. Makan banyak tapi badan kurus macam lidi. Firdaus…Firdaus… Nasib baik kau yang belanja. Kalau tak, ini la kali pertama dan terakhir aku belanja kau makan. Hehehe..

*****************

Selesai makan, masing-masing bergerak ke parkir motosikal. Zarina mengeluarkan helmet dari dalam skuternya. Firdaus yang berada disisi 125Znya memandang Zarina.

“Kau nak aku hantarkan, ke?” tanya dia lantas menyarung helmetnya.

Zarina tergelak kecil. “Tak payahlah, beb. Aku kan ada skuter ni. Pandai la aku balik sendiri.” tolak Zarina sopan. Dia tak suka menyusahkan orang lain. Dia membuka topinya. Rambutnya yang panjang aras bahu dibiarkan lepas. Baru beberapa hari lepas dia menggunting rambutnya. Rambut lamanya dulu agak merimaskan. Nasib baik rambutnya nipis, kalau tebal sudah lama dia potong pendek ala-ala boy-cut. Lalu dia menyarungkan helmet ke kepalanya.

Firdaus melihat jam di tangannya. “Dah pukul 3.30 pagi ni. Kau tak takut, ke?” soal Firdaus sekali lagi. Dia risau akan keselamatan sahabatnya itu.

“Alahai! Rileks la beb! Aku kan ada silat?”gurau Zarina sambil menunjukkan gaya bunga-bunga silat kepada Firdaus. Agak lintang-pukang. “Jangan risaulah!” Firdaus ketawa. Kelakar tengok gelagat Zarina.

“Yelah! Nanti dah sampai rumah kau mesej aku, ok?” Firdaus start enjin motornya. Dia mengundurkan motosikalnya.

“Ok!” ujar Zarina. Zarina pula menaiki skuternya lantas enjin di‘start’. Firdaus memutar handle motornya. Preeeenngg! Bunyi enjin motor semakin kuat kedengaran setiap kali Firdaus menekan minyak.

“Satu lagi.” Zarina memandang Firdaus. Apa dia pula ni? “Kau nampak cantik la kalau kau lepaskan aje rambut kau tu. Daripada biarkan dia terperap dalam topi buruk kau tu, baik bagi dia bernafas!” perli Firdaus lantas mengenyit mata ke arah Zarina. Zarina terpana.

“Aku pergi dulu. Thanks sebab sudi temankan aku makan. Jangan lupa mesej aku kalau kau dah sampai rumah. Babai, sweet heart!” Firdaus meninggalkan Zarina sambil melambaikan tangan ke arah gadis itu. Zarina membalas lambaian. Dia terdiam. Aku cantik, ke? Zarina menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Skuter mula bergerak meninggalkan tempat itu.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...