RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 12

BAB 12

Mamat termenung di dalam biliknya. Gambar Zarina yang masih dalam genggamannya ditatap. Kenapa kau tak faham isi hati aku, Arin? Sampai bila kau nak seksa aku?

Angin malam membuatkan badannya menggigil. Dia kesejukan. Diluar hujan turun dengan lebat. Mamat bingkas bangun dari katil lantas ke almari. Tujuannya untuk mengambil sweater. Dia membuka almari itu. Sedang dia mencari-cari tiba-tiba dia tangannya terlanggar sesuatu…pranggg…

Mamat memandang ke arah perhiasan kayu yang baru sebentar tadi jatuh menyembah bumi. Perhiasan itu patah. Dia mengeluh lantas duduk mencangkung untuk mengambil perhiasan itu. Dia mengutip serpihan yang ada. Tiba-tiba matanya terpaut pada kata-kata yang ada pada perhiasan tersebut. ‘I LOVE YOU’. Sekali lagi dia mengeluh. Hadiah kenangan dari Izzati, adik angkat Zain. Apa cerita dia sekarang?

Sudah setahun tidak ketemu. Gadis itu pernah rapat dengannya. Berkongsi masalah bersama-sama. Izzati sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Namun malam Ahad menjadi saksi, gadis itu berterus terang. Anggapannya salah selama ini. Izzati meluahkan apa yang tersirat di hati. Namun dia tidak dapat membalas cinta Izzati.

Tatkala itu dia masih kecewa dengan kecurangan Sofea tiga tahun yang lalu. Walaupun sudah lama peristiwa itu terjadi, namun luka dihatinya masih lagi terasa. Mana tidaknya, Sofea gadis pertama yang pernah mencuri hati dan perasaannya. Sofea jugalah cinta pertamanya. Dan kerana Sofea, dia tak boleh menerima cinta dari seorang perempuan lagi. Sehinggalah dia ternampak keayuan Zarina disebalik ke‘tomboy’an gadis itu. Barulah hatinya terbuka untuk menerima cinta semula. Aku cintakan dia sebab rupa dia, ke? Mungkin… dan mungkin juga kerana kecekalannya. Ketabahan Zarina mengharungi masalah keluarganya membuatkan aku semakin cintakan dia.

Perhiasan itu dibelek. Izzati banyak berkorban untuknya. Bila dia ada masalah, gadis itu sering berada disampingnya. Begitu juga gadis itu. Izzati banyak memberi semangat kepadanya setelah dia menceritakan masalah dia dengan Sofea dulu. Gadis itu juga sanggup menghabiskan masa bersamanya. Setelah cintanya ditolak, Izzati membawa diri. Tidak diketahui kemana gadis itu pergi. Bila ditanya kepada Zain, kawannya itu juga tidak tahu. Sekali lagi Mamat mengeluh. Maafkan abang, Ati. Abang bersalah sangat pada Ati. Dia menyimpan semula perhiasan yang telah retak itu ke tempat asalnya. Mamat menutup kembali almari.

Dia menguap lalu dia menggeliat. Niatnya untuk mengambil sweater terbantut.

‘Alah! Guna selimut ajelah’ desis hatinya.

Mamat kembali baring di atas katil. Gambar curi yang diambil suatu ketika dulu masih dalam genggamannya. Sekali lagi gambar gadis itu ditatap. Dia tersenyum melihat Zarina. Alangkah bagusnya kalau kau faham isi hatiku, Arin. Mamat melihat jam di dinding. Sudah pukul 1.00 pagi. Esok aku ada misi baru. Dia mesti tidur awal malam ni. Gambar itu dikucupnya sebelum selimut ditarik dan lampu dipadam. Hadirlah kau dalam mimpiku……………

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...