RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 11

BAB 11

Amilia tahu Mamat tidak bersalah. Setelah mendengar segala-galanya dari mulut Fahrin, barulah dia faham. Walaupun dulu dia membenci Mamat, tapi sekarang dia simpati dengan lelaki itu. Mamat sekarang sudah berubah. Dulunya dia periang tetapi sekarang dia pendiam. Huh! Kuat juga penangan cinta Zarina kepadanya.

“Hai, sayang!” Lamunan Amilia terhenti apabila dirinya disapa. Amilia memandang lelaki di hadapannya. Kemudian dia tersenyum.

“Ayen! Terkejut Lia.” Amilia pura-pura marah. Ayen! Singkatan nama manja bagi Fahrin. Fahrin ketawa. Hampir 5 bulan Amilia dan Fahrin bercinta. Itupun tanpa pengetahuan sesiapa samada Mamat, Zarina, Azhar mahupun Zain. Cinta mereka adalah satu rahsia. Belum tiba masanya untuk diceritakan kepada orang lain.

“Sayang dah lama tunggu?” tanya Fahrin. Dia duduk di sebelah Amilia. Amilia memberi ruang kepada Fahrin untuk duduk.

“Takdelah lama sangat. Baru je sampai.” Mereka berpegangan tangan sambil melihat keindahan tasik di hadapan mereka.

“Ayen…” Amilia memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri.

“Ya?”

“Sampai bila kita nak jumpa curi-curi macam ni? Lia bosanlah!”

Satu keluhan keluar dari mulut Fahrin. “Entahlah, Lia. Kalau ikutkan hati nak sahaja Ayen beritahu kawan-kawan yang lain. Tapi Lia tahu la, kan? Mamat dan Arin tu dah macam anjing dengan kucing. Kalau diorang tahu kita ada relationship, susah kita.”

Kali ini Amilia pula yang mengeluh. “Kalau plan korang hari tu menjadi. Tentu sekarang Mamat ada chance untuk pikat Arin. Dan kita boleh ceritakan hubungan kita pada mereka.” luah Amilia kecewa.

Sebenarnya dia sudah tahu plan mereka berempat dulu. Fahrin sendiri yang menceritakan semuanya. Malah Fahrin juga pernah menunjukkan hadiah itu kepadanya. Konon nak minta pendapat. Suppose hadiah itu bukannya bangkai katak tetapi bebola kaca yang dibaluti dengan baldu merah jambu. Sebab itulah dia begitu excited menyuruh Zarina membuka bungkusan itu secepat mungkin. Tak sabar hendak tengok reaksi Zarina. Tetapi apa yang disangkalnya tidak terjadi malah memburukkan lagi keadaan. Dia sendiri hairan siapakah yang menukarkan hadiah itu?

Pernah sekali dia dan Fahrin bermasam muka disebabkan kejadian itu. Siapa yang tak marah apabila dituduh tanpa usul periksa. Sejak perbincangan Fahrin dengan kawan-kawannya, Fahrin menelefon Amilia. Dia marah-marah. Malah Fahrin menuduh Amilia yang menukarkan hadiah itu. Apa lagi, naik angina satu badan la si Amilia tu. Memang dia pernah sentuh hadiah tu tapi apa faedahnya dia susah payah menukarkan hadiah itu? Buang masa je. Sebulan juga la mereka tidak menegur sapa sehinggalah satu hari Fahrin menghadiahkan teddy bear kepada Amilia. Sebagai tanda minta maaf katanya. Baru la rajuknya kurang. Perempuan, sampai bila dia nak marah. Amilia bukannya Zarina.

“Sayang!?” sekali lagi Amilia terkejut apabila tangan kirinya digoyangkan. Fahrin memandangnya hairan. “Penat betul Ayen bercakap. Berangan rupanya budak ni!”

Amilia tersenyum. “Apa yang Ayen cakap? Sorry.. Lia tak dengar.”

Fahrin memandang Amilia. “Apa yang sayang fikirkan?” pertanyaan Amilia tidak dijawab malah dia mengajukan soalan kepada gadis itu.

Amilia beralih pandangan. Dia memandang tasik di hadapan. Sekali lagi dia mengeluh. “Hadiah tu” jawab Amilia pendek.
“Hadiah?” tanya Fahrin. Dia cuba mengingati sesuatu.

“Hadiah yang Mamat nak beri kepada Arin, tu” Fahrin mengangguk faham.

‘Benda tu dah lama. Ingat lagi budak ni’, bisik hatinya.

Amilia kembali memandang Fahrin. “Siapa yang tukar hadiah, tu?”

Fahrin terdiam sejenak. “Entahlah, sayang. Sampai sekarang ni pun kami tak tahu siapa yang tukarkan hadiah tu. Setahu Ayen…hanya kami berempat je yang tahu pasal hadiah tu.”

“Korang tak perasan ke kalau-kalau ada orang terdengar perbualan korang, lepas tu dia ambil kesempatan?” Amilia cuba mendapatkan kepastian.

Fahrin mengangkat bahu. “Entahlah. Tak perasan pula Ayen! Tapi tak logik la kaloau budak tu yang tukar sebab kami simpan baik-baik hadiah, tu.”

“Antara korang?” soal dia lagi.

“Dah puas tanya, masing-masing tak nak mengaku. Ni pasal Ayen beritahu Lia tentang hadiah tu pun diorang tak tahu.”

“Kenapa tak beritahu?”

“Nak mati!? Nanti dorang tuduh Ayen pula yang tukar hadiah tu” jelas Fahrin lantas mengambil salah satu batu kecil yang berselerakkan lalu dicampaknya ke dalam tasik.

Amilia angguk faham. ‘Betul juga. Bodoh betul aku, ni’ seloroh hati Amilia.

Secara tiba-tiba satu persoalan terlintas dalam fikiran Amilia. Dulu, tayar motor Arin dipancitkan oleh seseorang dan sekarang hadiah Mamat pula ditukar. So sekarang ni budak tu mesti berdendam samada dengan Arin ataupun Mamat. Jahatlah budak tu. Apa motif dia sebenarnya?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...