RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 10

BAB 10

Esoknya... Mamat menyuruh kawan-kawannya berkumpul di rumahnya. Sudah puas Mamat bertanya kepada Fahrin, Azhar dan Zain tentang siapa yang menukarkan hadiah itu namun mereka hanya menggelengkan kepala.

Zain tunduk.. pura-pura rasa serba salah...
"Aku... aku minta maaf, Mamat. Aku rasa bersalah sangat. Kalau aku tak bagi idea pada kau tempoh hari pasti hal ni takkan berlaku. Dan Zarina pastinya takkan membenci kau sekarang. Lepas ni mesti korang akan pulaukan aku" ujar Zain. Kawan-kawannya yang lain hanya menggelengkan kepala.

Mamat mendekati Zain. "Kau tak salah, Zain. Kau cuba bantu aku. Dari kecil kita sama-sama hadapi susah dan senang. Takkan kitorang nak pulaukan kau hanya kerana hal macam ni. Kita sendiri pun tak jangka hal ini akan berlaku, kan?". Kawan-kawannya hanya angguk setuju. Zain tersenyum.

‘Bodoh betul la korang ni! Senang betul nak percaya kata-kata aku!’, bisik hatinya bangga.

"Tapi siapa yang tukar hadiah, tu?" tanya Fahrin tidak puas hati. Masing-masing mengangkat bahu.

"Hanya kita sahaja yang tahu pasal perkara ni. Mustahil kalau orang lain. Except…” Azhar terdiam. Masing-masing memandang Azhar.

“Except apa?” tanya mereka serentak.

“Except kalau ada di antara kita yang beritahu orang lain!”, Azhar menjeling tajam ke arah mereka bertiga. Fahrin terdiam. Amilia?

************

Sejak dari peristiwa itu, Zarina dan Mamat menjadi seperti musuh ketat. Setiap kali Mamat cuba mendekati Zarina, bermacam-macam kata nista yang dilemparkan dan akhirnya Mamat mengalah. Tidak mampu untuknya mempertahankan diri. Cukuplah dirinya dibenci oleh Zarina. Tidak sanggup dia mendengar kata-kata cacian dari mulut comel itu. Dia sayangkan Zarina sepenuh hatinya. Biarlah. Satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan perkara yang sebenar.

Perhubungan Zarina dengan ibunya juga semakin renggang. Sekali lagi mereka bergaduh dan Zarina mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Puas Mak Mah, ayah dan kakak-kakaknya menghalang tetapi Zarina tetap dengan keputusannya. Ayahnya menyuruh ibunya memujuk Zarina tetapi wanita itu hanya mengikut amarahnya sahaja. Jangankan ingin memujuk, memandangnya pun ibunya tidak sudi. Zarina keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Dia dah malas untuk bertekak dengan ibunya siang dan malam. Dia perlukan ketenangan. Entah apa dosa dia sampaikan ibunya membencinya sebegitu.

Dan sekarang Zarina tinggal dengan anak sedara Mak Mah, Munirah. Mak Mah yang cadangkan. ‘Biarlah dia itu menenangkan perasaannya. Lagipun Munirah boleh menjaga dia’ fikir Mak Mah dalam hati. Rumah Munirah kecil. Jauh beza dengan rumah Zarina. Biarlah kecil asalkan dia bahagia. Lagipun sewanya murah.

Amilia pula gembira kerana Zarina sekarang telah sudi berkongsi masalah dengannya. Mungkin kerana gadis itu ketandusan kasih sayang dan tidak tahu kepada siapa untuknya meluahkan segala masalah.

Untuk membiayai kos sewa rumah, makan minum dan pembelajarannya, Zarina terpaksa bekerja di sebuah kedai makanan segera, Chicken Rice Shop. Walaupun ayahnya sanggup memberikan wang untuk menampung hidupnya tetapi Zarina menolak. Dia mengambil keputusan untuk berdikari. Amilia kesian melihat keadaan sahabatnya itu tetapi dia kagum dengan kecekalan gadis itu. Walaupun dia anak orang berada tetapi Zarina pandai membawa diri.

Kini telah hampir dua bulan perkara itu berlaku…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...