RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Selasa, 23 Disember 2008

Dilema si gadis tomboy 1

BAB 1

Zarina bangun dari tidur. Sudah puas satu hari dia merehatkan diri dan masa itu jugalah dia tidak makan. Sejak bergaduh dengan ibu bapanya kelmarin Zarina langsung tidak keluar dari bilik. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia merupakan anak yang bukan dari kemahuan ibu bapanya. Sebelum dia lahir lagi ibu bapanya inginkan anak lelaki tetapi dia yang lahir. Dari kecil sampai meningkat remaja Zarina langsung tidak diendahkan. Dia ketandusan kasih sayang. Dan kelmarin dia bergaduh dengan ibu dan ayahnya hanya kerana perkara kecil iaitu pulang lewat dari rumah. Dia memegang pipinya. Sakit disebabkan tamparan ibunya masih lagi terasa. Dia melihat mukanya di cermin. Lebam di pipi beransur kurang. Nasib baik Mak Mah dah tuam lebam ni. Kalo tak, tentu membengkak.

Zarina segera mandi. Sudah malas untuknya memikirkan masalah yang dihadapi. Dia harus ke kolej. Sudah la semalam dia ponteng. Takkan hari ni pun nak ponteng juga. Selesai mandi, Zarina segera mengenakan pakaian. Dia memilih t-shirt dan seluar jeans hitam. Dia lebih gemarkan pakaian yang simple. Maklumlah dia tu ‘Boyish’.

Dia menyikat rambutnya yang panjang takat pinggang dengan rapi. Kemudian dia mengikat dan menyembunyikannya di balik 'topi'nya. Baru hensem,beb!! Dia tersenyum sendirian. Zarina turun dari tangga sambil bernyanyi riang. Mak Mah orang gaji ibu bapanya yang paling setia sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Zarina mengambil kasutnya di dalam almari kasut.

"Ina, kenapa tergopoh-gapah ni? Kan Ina belum sarapan lagik? Mari sarapan dulu…" sahut Mak Mah apabila melihat Zarina terus ke luar rumah.

"Takpelah, Mak Mah. Arin dah lambat ni!! Arin makan kat luar ajelah!!" balas Zarina sambil mengambil skuter kesayangannya. Bunyi enjin motor kedengaran. Mak Mah berlari mendapatkan Zarina.

"Janganlah macam tu, Ina. Sudah satu hari Ina tak makan. Karang perut tu sakit, Mak Mah yang susah!" pujuk Mak Mah. Dia simpati dengan anak gadis yang seorang ni. Mana taknya… sejak dari kecil sampailah sekarang, gadis inilah yang dibesarkannya. Dialah yang menjaga makan minum gadis ini sejak kematian suami dan anaknya 15 tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya. Zarina sudah dianggap macam anaknya sendiri.

Zarina tersenyum. "Arin dah lambat ni Mak Mah! Nanti Arin makan kat kolej aje!! Arin pergi dululah, Mak Mah! Bye!!" skuter berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah. Mak Mah menggeleng. Apa nak jadi dengan Zarina ni. Tapi dia tetap simpati dan sayang pada gadis itu. Kalaulah anak lelakinya masih hidup pasti umurnya sebaya dengan Zarina. Dan sekarang pasti mereka berkawan baik. Tiba-tiba hatinya sebak. Air mata mula mengalir di pipi. Mak Mah tersenyum.

"Mah!!" Mak Mah terkejut. Dia mengesat air matanya lantas berlari-lari anak ke ruang makan apabila puannya memanggil. Datin Sahara duduk mengadap makanan. Mak Mah mendekati mereka sambil menuangkan air teh ke cawannya. "Arin mana, Mah? Dia dah bangun?"

"Sudah datin. Dia dah pergi ke kolej pun," Mak Mah masih lagi sibuk menuangkan air teh ke cawan Datin. "Dato' mana,Datin?"

"Ada kat atas! Kejap lagi dia turunlah! Si Arin tu memang degil! Tak sedar-sedar lagi lepas kena penampar dari saya. Susah nak jaga anak dara yang sorang ni!! Perangai mengalahkan lelaki!! Tak macam kakak-kakaknya!!" bebel Datin Sahara. Mak Mah cuma tersenyum mendengar.

‘Degil macam korang berdua jugak’, bisik hatinya. Tiba-tiba Dato' turun sambil menjinjing briefcasenya.

"Ara..hari ni abang tak balik. Ada banyak kerja yang nak dibereskan. Petang ni pulak ada meeting!" Dato' Zaki duduk lantas mengambil surat khabar di atas meja. Mak Mah menuangkan air ke cawan Dato'.

"Awak tu tak habis-habis dengan kerja! Cubalah lekat kat rumah sikit! Si Arin tu dah makin liar tau tak!!" bebel Datin.

"Awak yang sepatutnya duduk rumah. Jaga anak! Bukannya menempel dengan persatuan awak tu!" Dato' membalas. Bukannya dia tak faham dengan perangai Datin Sahara. Suka mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari kesalahan sendiri. "Saya ni lelaki. Tugas saya cari duit untuk keluarga. Awak yang bertanggungjawab jaga anak."

"Saya pun kerja jugak! Tu butik saya tu kalau takde saya, siapa nak jaga?? Persatuan saya tu pulak..kalau takde saya, siapa yang nak handle? Sayakan pengerusi!!" Datin Sahara masih tidak mengaku kalah. Dato' hanya diam. Malas dia nak melayan kerenah isterinya yang keras kepala tu. Dia saja yang nak menang. Patutlah si Arin tu ikut perangainya. Anak beranak sama saja keras kepala.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...