RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Sabtu, 8 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 8

BAB 8

Hari ini hari minggu, aku berniat untuk pergi berjoging dengan abangku. Kami berlari sekeliling kawasan perumahan di taman kami. Setibanya di hadapan rumah Firdaus, aku memberhentikan langkahku. Kelihatan Firdaus sedang sibuk membersihkan kereta papanya di luar rumah. Sebaik dia ternampakkan aku, dia segera memanggil.

“Abang, mari adik kenalkan abang dengan kawan adik!” ajak aku sambil menarik tangan abangku menghampiri rumah Firdaus. Firdaus membuka pintu pagarnya.

“Hai, pagi-pagi macam ni rajin berjoging?” tanya dia.

“Alah! Diapun sama. Pagi-pagi dah basuh kereta.” balas aku bergurau. Firdaus ketawa lantas terpandang ke arah abangku.

“Siapa, ni?” tanya dia.

“Pakwe!” jawab aku laju. Ternyata reaksi mukanya berubah. Aku tersengih memandang abangku. Abang Johar hanya tersenyum menggeleng.

“Jangan percaya cakap Wani ni, dik! Abang ni abang dia.” jawab Abang Johar setelah agak lama Firdaus mendiamkan diri. Dia melepaskan nafas lantas tersenyum.

“Firdaus.” Firdaus memperkenalkan dirinya lantas menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan abangku.

“Johar!” balas abangku. Mereka berdua berjabat tangan.

“Abang, Firdaus ni kawan kelas adik.” kata aku. Abang Johar mengangguk. Kami berborak sekejap sementara menunggu matahari meninggi. Sempat juga aku bertanyakan mengenai Fazrul kepada Firdaus. Sah budak tiga suku itu tidak pulang ke rumah. Tapi dimana dia tinggal? Semalam aku lihat dia bermain di kawasan taman ini juga. Jadi kemungkinan besar dia mungkin berada di kawasan ini juga.

“Hensem pakwe adik” kata abangku semasa kami dalam perjalanan pulang. Aku ketawa.

“Dia bukan pakwe adiklah! Kawan je.” jawab aku.

“Ye, ke? Tapi nampak baik semacam, je? Tapi yang musykilnnya, siapa Arul?” tanya abngku lagi sebelum sempat aku membalas mengenai hal Firdaus. Aku memandangnya.

“Adik Firdaus. Adik tiri. Bukan tiri kot? Sebab dari benih bapa yang sama. Dia pun sebaya dengan kitorang. Satu kelas lagi.” jawab aku. Abang Johar mengangguk tanda faham.

“Kenapa dengan dia? Lari dari rumah?” Aku mengangguk sahaja apabila abang bertanyakan soal Fazrul. Di dalam hati risau juga ke mana budak tiga suku tu pergi.

“Hai, kenapa diam ni?” tanya Abang Johar kepadaku.

“Entahlah, abang. Kadang-kadang risau juga. Kemana budak tiga suku tu pergi”

“Tiga suku?” Suara abang aku agak meninggi. Kali ini aku tersedar yang aku terlepas cakap. Aduuusss macam mana boleh terlepas ni? “Dia tu sindrom ke? Bahaya kalau biarkan dia terlepas! Karang kemana pula dia pergi!”

Aku hampir nak ketawa bila abangku mengatakan si Fazrul tu sindrom. Memang dia sewel sikit. Tapi itu cuma panggilan nakal aku je. Aku menceritakan perkara sebenarnya kepada abangku. Dari saat aku kenal budak tu sampailah sekarang. Abang Johar mengangguk. Dia memandang ke arahku sambil tersengih. “Benci-benci pun... satu hari nanti takut adik terpikat kat budak tiga suku tu plak! Hahaha...” Aku terkejut dengan kata-kata Abang Johar. Apa? Dengan budak tiga suku tu? Oh tidak!! Tak mungkin!!!! Abang Johar berjalan laju meninggalkan aku. Janganlah kata-kata Abang Johar tu menjadi kenyataan.

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...