RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Khamis, 6 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 6

BAB 6

Ini yang aku lemah kalau keluar berdua dengan Firdaus ni. Ada saja mata cemburu yang memandang kami. Ada pula yang berbisik-bisik. Macamlah aku keluar dengan artis popular. Kalau setakat romeo sekolah, bukan masalah besarlah! Bila si Firdaus berbual dengan aku, aku langsung tidak memberi 100% pay attention padanya. Yang dalam benak fikiran aku sekarang ialah pasal Fazrul. Kemana budak tiga suku tu pergi, ye? Dia tidak risau ke sebab banyak ketinggalan pelajaran?

Firdaus masih lagi mengajak aku keluar. Kali ini memang aku tidak dapat mengelak. Mimi pula dah malas nak melayan kerenah aku yang asyik menyuruh dia yang pergi menemani Firdaus. Entah-entah dia dah tahu siapa dia sebenarnya. Gadis yang tidak layak berdamping dengan Firdaus. Habis? Aku ni layak sangatlah!
******

Esoknya, kelas bermula seperti biasa. Sedang kami bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran, muncul Fazrul di muka pintu. Semua kawan-kawan sekelas terkejut memandangnya.

“Kamu ke mana, Fazrul? 3 hari tidak datang ke sekolah!?” marah Cikgu Rohana.

“Maafkan saya, cikgu,” pendek je jawapan yang diberikan. Macam tidak puas hati je aku bila mendengarnya. Cikgu Rohana segera menyuruhnya ke tempat duduk. Semasa budak tiga suku tu melalui meja aku, langsung dia tidak memandangku malah dia berlalu dengan muka yang agak selamba. Memang dasar takde perasaan betul mamat ni! Kelas bermula kembali. Masing-masing menumpukan sepenuh perhatian dengan ajaran Cikgu Rohana di hadapan. Kecuali aku! Dalam kepala aku ni asyik memikirkan apa masalah si Fazrul tu. Ish! Kenapa aku ni baik sangat nak tahu masalah budak tiga suku, tu? Dia tu kan musuh aku. Walaupun aku yang declare sendiri tetapi setiap kali kami berjumpa mesti nak gaduh. So, bukan salah aku kalau aku dah declare dia as my true enemy! Hahaha…

Semasa rehat kelas kami agak gawat sedikit. Mana tidaknya, si Firdaus bergaduh dengan Fazrul depan kami semua. Macam-macamlah yang ditanya Firdaus tetapi takde langsung mamat tiga suku tu nak menjawab. Dia hanya buat dono dan biarkan aje soalan itu berlalu tanpa jawapan. Bila dia bangun, Firdaus menarik lengannya keras. Diorang ni kalau nak bergaduh, carilah tempat sembunyi sikit. Ini dalam kelas. Nasib baiklah masa tu hanya aku dan beberapa kawan kelas kami yang lain yang berada dalam kelas itu. Mimi pula awal-awal dah ke library. Kalau tidak dah jadi buah mulut satu sekolah.

“Kau kemana, Arul? Papa dan mama risaukan kau tahu, tak!?” tanya Firdaus tegas.

“Kenapa pula papa nak risau. Bukan dia suka Arul takde. Diakan dah bahagia dengan bini baru dia, tu!” jelas Fazrul menjeling ke arah Firdaus. Bini baru? Walaupun aku membelakangi mereka namun telinga aku ni memanjang je mendengar perbualan mereka.

“Kenapa Arul macam ni? Itu hak papa nak kahwin seberapa banyak yang dia suka. Lelaki kan boleh kahwin 4?” jelas Firdaus tidak puas hati. Bila aku mendengar jawapan dari Firdaus membuatkan aku pula yang sakit hati. Lelaki kahwin 4? Ish! Simpang malaikat 44. Teruk betul papa diorang. Kenapa pula Firdaus nak menyokong?

“Habis abang sukalah papa kahwin 4!? Mama Arul baru je meninggal! Kenapa papa buat Arul macam ni!? Walaupun lelaki layak kahwin 4 tetapi dia kena faham perasaan bini dia yang lain. Abang nak ke kalau papa lupakan kita dan pergi dekat bini baru dia!!!? Kalau baik takpe... ini tidak, mulut kurang ajar! Dah la tu, seksi nak mampus!” balas Fazrul.

Kali ini aku memang setuju 100% dengan jawapan yang diberikan oleh mamat tiga suku tu. Kalau aku jadi dia pun aku akan membantah gila-gila. Siapa yang inginkan ibu tiri yang mulutnya kurang ajar dan seksi! Oh, tidak!! Kalau dia baik sekalipun tidak sanggup untuk aku terima ibu tiri dalam hidup aku!

Aku melihat sahaja Fazrul berlari meninggalkan kelas. Buku di tepi meja aku dilanggar dan jatuh ke lantai. Kali ini aku bengang sekali lagi. Untuk kali kedua dia dah jatuhkan buku aku. Memang nak kena mamat tiga suku ni! Semasa aku ingin mengambil buku tersebut, Firdaus terlebih dahulu mengambilnya lantas diberikan kepadaku. Dia hanya tersenyum. Jelas pahit senyumannya. Seolah-olah dibuat-buat. Aku hanya membalas senyumannya. Aku tahu dia sedang terseksa sekarang. Antara papa dan adik tirinya. Dia perlu membuat pilihan.

******************

Masih aku ingat apa yang dikatakan oleh Firdaus dalam kelas tengahari tadi. ’Arul memang emosi sikit orangnya. Dalam bab macam dia tak matured. Kalau diikutkan rasa hati, Fir pun tidak setuju dengan cara papa membelakangi kami. Kahwin dengan perempuan yang macam tu. Kesian kat mama kami berdua. Lagipun mama Arul baru je berapa bulan meninggal dunia. Dah kahwin lain.’ Aku mengeluh. Walaupun ini bukanlah masalah aku, tetapi kalau aku disituasi diorang, boleh aku rasakan yang mereka berdua terseksa kerana ditakdirkan dapat masalah seperti itu.
Sedang aku mengenangkan masalah diorang, aku terpandang ke arah Fazrul yang ketika itu mendekati stesen bas. Aku cuba tersenyum ke arahnya tetapi dia langsung tidak membalas. Malah dia duduk dan terus memandang ke arah jalan. Bengang juga bila diperlakukan macam tu. Kita nak berbaik dia buat kita macam tu pula. Sakit hati betul.

Aku melihat jam tangan. Si Pak Selamat ni pun satu. Time-time macam ni la dia datang lambat. Kan senang kalau aku balik sendiri je. Takdelah menyusahkan orang tua tu nak ambil aku. Papa pun satu. Ikut sangat protokol keluarga. Dari kakak aku kecil, abang aku sampailah ke aku, tak habis-habis dengan protokol. Hantar dan ambil ke sekolah. Kadang-kadang malu juga dengan mamat tiga suku sebelah aku ni. Aku ni betul-betul anak manja ke? Takdelah manja. Tapi terpaksa jadi manja. Huhuhuhu...

Lama juga la kami diam membisu. Kat stesen bas ni hanya aku dan dia je. Masa budak tiga suku ni datang pun, bas baru je tinggalkan stesen. Lagipun, dia takkan naik bas yang penuh dengan pelajar. Bak kata dia, orang gila je yang naik bas penuh macam tu. Huhuhu... Shu..shu..shu.. Aku memandang mamat tiga suku sebelah aku ni. Ah! Dia bersiul pula. Memang tak makan saman betul budak ni!

“Oooii... cik abang, boleh tak jangan bersiul kat sini?” marah aku. Makin lama makin kuat siulannya. Aku memandang tajam ke arah budak tiga suku tu. “Rasanya kau ni tak faham Bahasa Melayu. Kenapa? Nak aku cakap Bahasa Tamil, ke?” perli aku. Dia tersenyum sinis. Lantas dia memandang aku. Pandangannya betul-betul buat aku rasa lain. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Aku segera memegang dadaku dan melarikan anak mataku ke arah lain.

“Kenapa? Tak sanggup lawan pandangan aku? Ke kau dah terjatuh cinta dengan aku?” tanya dia dengan nada sinis. Aku mengetap bibir. Geram juga bila dia kata macam tu. Simpang malaikat 44 aku nak jatuh cinta dengan budak tiga suku macam dia tu. Daripada berlakikan dia, baik aku membujang sampai ke tua? Ish! Ada ke membujang? Tak mahu la aku jadi andartu. Kalau dah dia calon yang tinggal, terpaksa lah! Eh? Apa yang aku melalut ni?

“Jangan nak perasanlah!” Aku menjeling ke arahnya. Tengah marah-marah dengan keluarga tu, sempat pula dia nak berlawak dengan aku. Memang betul dia ni tak makan saman punya budak! Mamat tu dari tadi hanya ketawa. Bila melihat dia gembira macam tu, hati aku rasa terusik. Tiba-tiba secara spontan bibirku tersenyum melihat kerenahnya. Kenapa aku rasa gembira apabila melihat dia gembira? “Kenapa kau buat keluarga kau macam tu? Kau tak kesian ke dengan abang kau?” tanya aku setelah melihat dia ketawa tidak henti-henti. Mungkin masa ini hatinya tenang sedikit, so dapatlah aku korek rahsia dia sedikit demi sedikit.

Ketawanya terhenti apabila aku mengujakan soalan itu. Dia memandang tajam ke arahku. Aku gugup. Salahkah aku bertanya? “Hal aku dengan keluarga aku, tak payah kau ambil peduli. Kau jaga dulu diri kau tu. Perbaiki apa yang patut. Jangan tahu nak nasihat orang. Diri sendiri tak betul dah pandai nak nasihat orang.” Dia bangun lantas memandang sinis ke arahku. Mulutku melopong. Macam bisa ku kenal ayat itu. Dia balas balik! Ah! Jantan gila! Ada je idea kau nak kenakan aku! Aku melihat sahaja Fazrul meninggalkan stesen bas. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu sakitnya. Tetapi hairan juga, kemana dia nak pergi? Bukan dia balik naik bas?

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...