RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 3 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 3

BAB 3

Besoknya seperti biasa aku pergi ke sekolah dengan dihantar oleh Pak Selamat. Kadang-kadang jeles pulak tengok Mimi dan pelajar-pelajar lain hidup berdikari balik sekolah dengan bas. Kalau diikutkan umur aku yang baru sahaja 16 tahun, aku ni memang dah layak pergi dan balik sekolah sendiri. Tak payah disuruh Pak Selamat hantar dan ambil aku tiap-tiap hari. Tetapi dah protokol hidup keluarga aku macam tu, aku terpaksa ikut je walaupun kadang-kadang hati aku memberontak tidak puas hati.

“Firdaus tu orang gelar dia romeo sekolah.” Aku tidak terkejut dengan kata-kata Mimi sebentar tadi. Tengok pada reaksi dan perangai si Firdaus yang agak menggoda tu tidak mustahil ramai pelajar sekolah ni cair melihat dia. Mana tidaknya, dia cakap dengan aku pun ada style... lembut dan penuh gentleman. Kalau tidak kerana aku ni keras hati dan perasaan, entah-entah aku pun boleh hanyut agaknya.

Si Mimi ni pulak aku tengok semakin excited bila kitorang berborak pasal si Firdaus tu. Boleh nampak yang minah ni macam minat gila kat si mamat tu. Yelah, kot? Dia siap cerita lagi yang dia pernah menghantar surat cinta kat Firdaus.

“So, dia tahu tak siapa yang hantar?” tanya aku. Mimi hanya tunduk menggeleng. Apa tidaknya, surat yang dihantar tidak bernama. Konon-konon secret admirer la. Sampai ke hari ini si Firdaus tu tidak tahu siapakah si penulis misteri tu. “Kenapa kau tak terus-terang je yang kau minat kat dia?” Kalau la aku jadi minah ni, dah lama aku berterus-terang. Perihal apa keputusan dia selepas itu memang aku tidak fikir apa dah. Yang penting aku puas. Daripada hati tu dipendam-pendam. Better diluahkan segera.

“Dia nak ke budak nerd macam aku?” Eh? Aku ingat aku sorang je yang perasan yang minah depan aku ni nerd. Nasib baik ko sedar. Hehehe. Gelak aku dalam hati. Astaghfirullah... jahat betul aku gelakkan dia. Macam la aku ni lawa sangat.

“Alah... kau jangan fikir sangat pasal tu. Yang penting kau luahkan apa yang ada dalam hati kau tu! Jangan lama-lama, nanti melepas baru padan dengan muka kau!” nasihat aku. Aku rasa inilah nasihat yang paling teruk aku bagi pada member aku yang sorang ni. Hahaha..

***********

Kelas hari ni bising sangat. Mana tidaknya, Cikgu Yusuf, guru sejarah kami tidak hadir jadi satu kelas buat pesta keramaian. Aku pula sibuk berbual-bual dengan Mimi, Aini dan Fatihah. Aku ni kalau diikutkan dengan perangai, aku ni memang la peramah yang teramat sangat. Mungkin disebabkan sudah biasa hidup berpindah randah, so dari situ aku kena belajar jadi peramah dan pandai mencari kawan. Kalau hidup dengan sikap malu-malu kucing, sampai bila-bila pun aku ni tak boleh nak cope dengan environment baru. Baru dua hari aku duduk kat sekolah ni, satu kelas aku dah bertegur sapa termasuklah mamat tiga suku tu. Tetapi mamat tiga suku tu aku tegur semalam la. Hehehe...

“Wani free hari ni?” kali ni sumpah aku terkejut beruk. Mamat romeo sekolah ni ajak aku keluar dating. Dia duduk di hadapan aku dengan senyuman yang memang mengancam habislah! Aku lihat Mimi di sebelah, minah ni dah tersenyum simpul. Pipi pun dah merah menyala macam biji saga. Macamlah si mamat depan aku ni yang ajak dia dating. Dia pulak yang malu-malu kucing.

“Free. Kenapa?” Alahai. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula. Apa punya soalan la yang aku tanya ni. Kalau dia dah tanya aku free ke tidak mestilah dia nak ajak keluar dating. Koman-koman pergi jalan-jalan pusing Penang, tak pun guling-guling kat Taman Bunga macam filem hindustan tu.

“Fir nak ajak Wani keluar.” Sah! Itulah jawapan yang aku tunggu-tunggu. Sekali lagi aku melihat Mimi yang masih lagi tersengih macam kerang busuk kat sebelah aku.

“Aku ajak Mimi sekali boleh?” usul aku dengan cadangan yang sure boleh mematahkan semangat dia. Firdaus mengerutkan dahi.

“Untuk apa?” dia bertanya seolah-olah tidak berpuas hati.

Saje. Bagus ke jawapan tu? Aku rasa tak cukup power kot? “Papa aku tak bagi aku keluar berdua-duaan dengan lelaki lain. Nanti dia marah. Kalau nak keluar, kena keluar beramai-ramai. Baru dia kasi!” Jawapan yang aku rasa terlebih la power dia. Alasan ni la yang 100% dapat meyakinkan dia bahawa aku cuba nak elak dari keluar berdua dengan dia. Bukan apa, tak mahu la kena gosip. Mana la tahu tengah dating-dating tu terserempak dengan rakan sekelas, tak pun rakan sekolah. Mau hangat macam pisang panas nanti. Lagipun aku tidak mahu la potong jalan si Mimi ni. Dia lebih dulu minat mamat ni. Takkan aku nak rampas bakal MARKA dia, kot? Hehehe..

“Wani nak Fir ajak siapa?” tanya dia lagi. Aku hanya tersenyum. Pandai-pandai la kau nak cari siapa yang layak. Adik kau yang tiga suku tu pun boleh! Eh? Mamat tu? Sumpah malaikat 44. Tidak mahu la aku keluar dengan budak tidak cukup umur macam dia. Ish! Apa la aku ni. Kejap-kejap tiga suku, kejap-kejap tidak cukup umur. Kesian budak tu. Bukan apa, sampai sekarang aku tak tahu nama budak tiga suku tu. Lagipun aku panggil dia gelaran tu memang betul-betul sesuaiiii la sangat untuk mamat yang memang tak sayang mulut dia semalam. “Takpelah! Kalau Wani setuju, Fir ajak kawan Fir petang ni. Kita keluar 4 orang macam mana?” Yes! No prob bro! Itu yang aku mahu!

*****************

“Awak betul-betul ke nak keluar dengan Firdaus, Wani?” tanya Mimi semasa kami menunggu bas.

“Kenapa? Kau tak mahu join, ke?” Janganlah buat hal time-time macam ni. Kalau si minah ni tak nak join, siapa aku nak ajak temankan aku petang ni? Lagipun aku buat macam ni pun sebab dia juga.

“Takdelah! Takut dia tu tak suka, je. Yelah... dia ajak awak bukan saya.” jelas Mimi. Jelas reaksi muka dia yang agak kecewa. Kali ni memang aku diam seribu bahasa. Memang betul gak apa yang minah ni cakap. Kalau aku jadi dia pun aku segan. Macam aku ni pengacau date orang je.

”Alaaa... dia setuju kan? Lagipun nanti dia bawa seorang kawan dia. So nanti kita keluar berpasangan la.” jawapan aku tu betul-betul memuaskan hati si Mimi. Kali ini reaksi mukanya kembali ceria. Kadang-kadang kesian juga tengok minah ni. Nak kata tak lawa, lawa. Cuma dia kena buang cermin mata kanta tebal dia tu. Betul-betul menghodohkan mukanya. I guess la. Hehehe..

Aku membelek jam di tangan. Sudah pukul 1.30 petang. Bayang-bayang kereta BMW 7 series kepunyaan papaku langsung tidak kelihatan. Bas Mimi baru saja beredar. Tinggallah aku sorang-sorang duduk tercongok menunggu Pak Selamat. Kadang-kadang naik bosan juga tunggu Pak Selamat menjemput aku. Mana tidaknya, Pak Selamat tu driver papa aku juga merangkap driver syarikat. So tentulah dia agak busy dengan nak hantar papa aku ke pejabat lagi, nak ambil aku lagi lepas itu kena balik ke pejabat sebab nak bawa papa aku tengok tapak projek...macam-macam lagilah! Kan senang kalau biarkan saja aku balik sendiri. Takdelah menyusahkan orang tua tu.

Sedang aku tunggu Pak Selamat, tiba-tiba aku terpandangkan wajah si mamat tiga suku tu yang sibuk menjinjing bola keranjang mendekati stesen bas dengan seorang kawannya. Dia juga memandang aku sambil tersenyum sinis. Kadang-kadang rasa nak cungkil biji mata dia tu. Ingat pandangan dia tu buat aku cair, ke? Tolong la! Hello, cik abang.. jangan ingat muka awak macam muka pelakon Ryo Nishikido kita boleh tergoda, ke? Tolong sikit!

“Aku chow dulu! Jumpa lagi esok!” Sebaik sahaja mereka bersalaman, member mamat tiga suku tu meninggalkannya dan berlalu mengikut jalan yang bertentangan. Aku melihat sahaja dia melambaikan tangan kepada kawannya lantas dia membuka langkah mendekati stesen bas yang sedang aku duduk itu. Dia berlalu dengan bersahaja di hadapan aku. Kemudian duduk di atas bangku yang jaraknya hanya 3 meter dari tempat aku duduk. Aku hanya diam membisu. Langsung tidak terfikir nak berbual-bual dengan mamat tu.

15 minit menunggu. Masih lagi tidak kelihatan kereta yang aku nanti-nantikan. Aku mula menyeluk poket baju kurung sekolahku untuk mengambil handphone. Lantas aku segera mendail nombor Pak Selamat.

“Lambat lagi, ke? Lama dah Wani tunggu!” marahku. Jawapan yang diberikan Pak Selamat betul-betul tidak memuaskan hati aku. Trafic Jam! Tahu la sekarang waktu lunch! Dah tahu nak ambil aku, keluar la awal sikit! Aku mengeluh keras. Geram dan sakit hati bercampur aduk!

“Kalau dah tahu drebar busy, baliklah sendiri! Manja betul!” Ni satu lagi mamat yang buat aku naik darah. Aku memandang tajam ke arah mamat tiga suku tu. Reaksi mukanya agak selamba. Langsung takde perasaan. Pandang aku pun tidak. Tapi aku boleh nampak dia tersenyum sinis.

“Kenapa? Kau jealous ke sebab kena balik sendiri? Takde orang nak ambil kau balik sekolah!!!?” perli aku. Mamat tu hanya diam membisu. Aku tersenyum puas. Padan muka kau!

“Tapi sekurang-kurangnya aku belajar berdikari. Bukan macam orang tu. Dah besar panjang pun masih lagi jadi anak mak! Hahaha....” Sakit telinga aku bila mendengar mamat tiga suku tu memerli aku sekali lagi. Kalau diikutkan rasa amarah ni, memang dah lama mamat tiga suku tu aku tumbuk! Belum sempat aku membalas, tiba-tiba bunyi kereta dihon. Aku memandang ke arah jalan dan kelihatan kereta BMW 7 Series papaku bergerak perlahan mendekati stesen bas. Aku bangun lantas segera ke pintu kereta. Pintu ditutup. Semasa kereta mula bergerak, aku langsung tidak menoleh ke arah mamat tiga suku tu. Sakit hati melihat dia.

*****************

“Firdaus ni datang ke tak, Wani?” rungut Mimi. Dari tadi aku tengok dia macam cacing kepanasan. Ke hulu ke hilir. Tak duduk diam aku dibuatnya.

“Sabarlah makcik oii... janji pukul 3.00. Sekarang baru pukul 2.55” perli aku. Saja aku ajak Mimi keluar awal hari ni ke Komtar, Penang. Konon nak book tiket wayang dulu la. At last si Mimi ni tak mahu pula. Kononnya tiket hari ini mahal la apa la. Bukan dia tak tahu yang hari ni aku belanja dia 100%. Tension betul!

Tepat pukul 3.00, Firdaus datang. Tapi.... “Kau sorang je ke yang datang?” tanya aku sambil mata masih mencari-cari kelibat sorang lagi. Mimi pula asyik mengangguk dari tadi.

“Takdelah! Fir datang dengan adik Fir. Dia ke tandas sat. Sat gi dia mai la!” aku terkejut. Adik? Si budak tiga suku tu, ke? Ish! Janganlah! Kalau lah dia... rosak plan aku nak biarkan si Firdaus ni keluar dengan Mimi. Takkan aku nak berpasangan dengan mamat tiga suku tu, kot? “Haa... tu pun dia!” Mata kami tertumpu ke arah lelaki yang berjalan dengan bergayanya menghampiri kami. Sah! Budak tiga suku tu. Tapi kali ini penampilan dia agak berlainan sikit. Rambutnya disapu jel dan dibuat style cacak. Tiada lagi rambut serabai yang ala-ala rambut sabut kelapa tu. Smart juga mamat ni aku tengok!

“Korang mesti kenal dia, kan?” Firdaus memperkenalkan mamat tiga suku tu kepada kami. Dari tadi mata mamat tu tak kelip-kelip memandang aku dengan senyum sinisnya. Aku hanya menjeling. Geram melihat dia. Mimi pula hanya tersenyum mengangguk.

“Hensem la awak, Fazrul!” puji Mimi. Oh! Baru aku tahu nama dia Fazrul. Nama sedap tapi perangai tu ada sedikit kurang sedapnya. Kalau ikutkan hati memang aku nak tahu sangat nama mamat tiga suku ni. Tapi disebabkan dia ni bukan dalam list lelaki yang aku berkenan so aku buat dono je la dengan dia.

Kami berjalan beramai-ramai menuju ke panggung wayang. Yang aku sakit hati sangat tu, si Mimi tu beria-ia tak mahu tengok wayang tadi. Alih-alih bila Firdaus ajak, dialah orang pertama yang setuju dan offer diri nak temankan si Firdaus pergi beli tiket. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan si Mimi tu. Tapi bila fikir balik, rupa-rupanya minah ni lebih bijak dari aku mengatur strategi. Firdaus pula teragak-agak nak bawa si Mimi pergi menemani dia. Sebelum dia membuka mulut menolak, aku terus mengatakan ok dan memberi alasan kaki aku lenguh. Tanpa kerelaan, dia terima dan pergi ke barisan bersama Mimi.

Sementara menunggu Firdaus dan Mimi membeli tiket, aku sempat lagi menjenguk ke bawah. Hari ni hari Selasa. Ramai juga orang membeli-belah kat Komtar petang-petang macam ni. Sedang aku leka memerhatikan orang ramai, budak tiga suku yang baru aku ketahui namanya Fazrul itu berdiri di sebelah aku.

“Kau pernah datang ke sini sebelum, ni?” tanya dia kepada aku. Hai, pelik betul! Hari ni peramah pula dia. Sebelum ni pandang aku macam nak telan orang je. Lepas itu... kalau borak tu memang menyakitkan hatilah!

”Belum, kenapa?” jawab aku acuh tak acuh diselangi dengan soalan. Dia tersenyum sinis. Senyuman yang memang buat aku menyampah!

“Masakan kau anak datuk tidak pernah melawat Penang?” Anak datuk? Macam mana dia tahu aku anak datuk? Mamat ni kenal keluarga aku, ke?

“Mana kau tahu aku anak datuk?”

“Jadi betul la kau anak datuk? Aku cuma teka je! Ingat nak bagi ko terperasan.Tak sangka betul pula!” sekali lagi aku terkena. Mamat ni memang menyakitkan hati aku satu hari ni. Mana pula si Firdaus dan Mimi ni. Makin lama aku dengan si mamat tiga suku ni makin meluap-luap darah aku. Sebelum gunung berapi meletus baik aku blah. Aku segera meninggalkan Fazrul dan cuba menyelit dicelah-celah orang ramai yang berbaris. Belum sempat aku nak menyelit tiba-tiba kakiku tersadung dan jatuh. Aku memegang kakiku yang terseliuh. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

“Awak tak apa-apa?” tanya seseorang diantara orang-orang yang lalu lalang di situ kepada aku. Aku menggelengkan kepala. Aku mengurut kakiku. Sakitnya bukan kepalang. Lelaki itu cuba membantu tetapi...

“Jangan sentuh dia!” aku mengangkat kepala mencari kelibat suara itu. Lelaki di hadapanku yang ingin membantu aku terkaku di situ. Kelihatan Fazrul mendekati kami dengan muka marah.

“Awak siapa?” tanya lelaki yang belum sempat aku tanya namanya. Dia seolah-olah gementar melihat reaksi Fazrul. Aku sendiri terkejut. Salahkah lelaki itu membantu? Kenapa pula si budak tiga suku ni nak buat memek muka sebegitu?

“Dia awek aku! Ke tepi!” marah Fazrul lantas menolak lelaki itu ke tepi dengan kasar. Lelaki itu menggelengkan kepala lantas meninggalkan kami. Aku rasa semakin malu dengan kelakuan Fazrul sebentar tadi. Kalau ia pun jangan la buat macam tu. Lelaki itu baik nak menolong. Fazrul mencangkung di hadapan aku. “Sakit?” tanya dia tersenyum. Aku menjeling. Geram dengan perangainya. Mataku sempat pula mencari kelibat Firdaus dan Mimi dicelah-celah orang ramai. Mana diorang ni?

Tiba-tiba Fazrul memegang lengan bajuku. ”Bangun!” arah dia lantas cuba untuk memapah aku. Aku tiada cara lain selain mendengar arahannya. Sedaya upaya dia membantu aku. Dia memapah aku sehingga ke kerusi kosong yang berhampiran. “Kau tunggu sini!” Aku melihat sahaja Fazrul hilang dari celah-celah orang ramai. Hairan sedikit. Ke mana dia hendak pergi? 5 minit kemudian Firdaus dan Mimi menghampiriku.

“Kenapa dengan awak, Wani?” tanya Firdaus cemas. Aku hanya tersenyum. Mimi juga kelihatan cemas melihat keadaan aku.

“Awak ok, ke? Kenapa dengan kaki awak?” tanya Mimi.

“Aku takde apa-apa. Cuma kaki terseliuh sikit.” jawab aku cuba menenangkan perasaan mereka. Mimi melutut di hadapanku. Tangannya membelek kakiku. Apabila dia mengurut sedikit kakiku, aku merengek kesakitan.

“Mana Fazrul ni!!? Senang betul dia tinggalkan awak sorang-sorang kat sini!!” marah Firdaus. Matanya melilau mencari kelibat Fazrul.

“Tadi dia ada. Tapi dia suruh aku tunggu kat sini.” jelas aku menenangkan keadaan. Beberapa minit kemudian, Fazrul datang sambil menjinjit sebungkus plastik. Dia mendekati kami lantas duduk melutut di hadapanku. Aku melihat sahaja dia yang agak busy mengeluarkan sebotol minyak urut dan kain pembalut.

“Buka kasut kau, tu!” arah dia kepadaku sekali lagi. Aku hanya menurut sahaja. Sebaik kasutku dibuka, dia segera memegang kaki yang terseliuh lantas disapukan dengan minyak urut. Firdaus dan Mimi hanya melihat sahaja kelakuan Fazrul tanpa berkata apa-apa. “Maaf! Aku terpaksa sentuh kaki kau! Kaki kau ni dah masuk angin. So aku kena urut sebab nak buang angin dia. Kalau tak nanti dia membengkak!” jelas Fazrul sambil leka mengurut kakiku lembut. Kali ini aku benar-benar terkejut. Pertama kali aku melihat lelaki yang begitu gentleman. Jarang lelaki meminta maaf setelah mereka menyentuh seorang wanita dengan sengaja. Aku hanya melihat sahaja Fazrul mengurut kakiku. Kadang-kadang tu rasa kesakitan terasa tatkala dia mengurut bahagian yang berangin dengan kuat. Kali ini pertama kali aku salute dengan mamat tiga suku di depan aku ini.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya kakiku selesai diurut dan dibalut. Fazrul mendongakkan kepalanya memandang aku. “Sakit lagi kaki kau, ni?” tanya dia. Concern benar dia kepadaku.

Aku hanya menggeleng senyum. “Dah boleh jalan sikit.” jawab aku lembut. Tiada lagi rasa marahku kepadanya. Firdaus segera memegang lenganku untuk membantu aku bangun. Begitu juga Mimi.

“Lain kali jalan tu hati-hati. Kan dah payah macam ni? Menyusahkan orang saja!” perli Fazrul. Aku diam. Tak suka mendengar lelaki membebel. Ah! Aku terseliuh nipun sebab kau juga! Hilang pula rasa hormat aku padanya.

“Siapa yang susahkan kau? Kau yang nak tolong sangat!” jawab aku tegas. Firdaus yang dari tadi cuba membantuku kutolak lembut.

“Tengoklah, tu! Degil! Orang tegur tak nak terima!” sekali lagi mamat tiga suku tu memarahiku. Rasa nak menangis pun ada.

“Sudahlah tu, Arul! Takkan korang nak bergaduh kat tengah-tengah khalayak ramai macam ni?” tegur Firdaus menenangkan keadaan.

“Bukan apa, bang. Kalau dia dah salah kita kena perbetulkan!” jawab Fazrul membantah. Aku dah malas nak dengar dia membebel lantas kutarik Mimi menjauhi mereka.

“Pukul berapa wayang?” tanya aku kepada Mimi. Sesekali itu aku mengesat air mata dikelopak mata sebelum ia mengalir gugur ke pipi.

“Pukul 4.00. Lagi 5 minit.” jawab Mimi.

“Panggil diorang. Kita pergi tengok wayang, lepas itu kita balik!” jawab aku lantas meninggalkan Mimi menuju ke barisan pintu masuk.

Petang itu dating kami tidak berapa meriah. Firdaus mempelawakan diri untuk menghantar kami pulang tetapi aku menolak lembut. Tidak sanggup untuk aku bertentang mata dengan Fazrul yang kadang-kadang agak menyakitkan hati. Hilang sudah rasa terharuku dengan kebaikan dia sebentar tadi. Yang tinggal hanyalah rasa kebencian yang meluap-luap.

****************

Malam itu aku baring di atas katil. Aku melihat sahaja kakiku yang berbalut. Terkenang kembali saat Fazrul mengurut dan membalut kakiku petang tadi. Aku mengeluh. Kalau tidak kerana mulut dia yang celupar tu, mesti temujanji kali ni best! Dia betul-betul membuatkan aku rasa hilang mood. Tengok wayang macam tengok cerita sedih sedangkan movie yang kami tonton penuh dengan komedi. Mana tidaknya, tengok Rush Hour 3 macam tengok cerita Titanic. Orang tengok bergelak ketawa, aku tengok berendam air mata. Huhu...

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...