RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Isnin, 24 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 24

BAB 24

Aku melihat jam tangan pemberian Fazrul… Aku sedih…. Tak sanggup untuk aku luahkan segala isi hati aku padanya kerana aku bakal meninggalkannya. Walau sedalam mana cinta aku pada Fazrul… aku tetap tak boleh melafazkan. Aku tak mahu mainkan perasaannya… Fazrul… maafkan aku…

*************
Malam itu, aku ke pasar malam bersama mama. Tiba-tiba aku terlihatkan wrist band yang dijual. Cantik dan berwarna hitam. Aku ingin menghadiahkan wrist band ni pada Fazrul. Hadiah sebagai tanda kenangan. Malam itu aku menyulam namaku dan Fazrul di wrist band tersebut. Walaupun aku tidak pandai menyulam… tapi keinginan mengatasi segalanya. Aku yakin Fazrul akan suka.

***************
Dua bulan hampir berlalu… bulan puasa pula menjelma. Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan SPM. Juga hari terakhir aku di Penang. Besok keluarga kami bakal berangkat ke Sabah. Terlampau cepat masa berlalu. Dan aku rasa masih banyak benda yang perlu aku lakukan di sini… Aku berjalan menuju ke dewan peperiksaan. Walau sesedih mana sekalipun aku, peperiksaa mesti dilalui…

***************
Selesai sahaja exam… kami semua bergembira. Orang yang paling gembira adalah Fazrul… Dia melemparkan beg sandangnya tanda kemerdekaan…

“Merdeka! Merdeka!! Hahaha…” jerit Fazrul. Kami ketawa melihat gelagatnya. “Beb! Akhirnya, habis juga periksa, kan? Lepas ni boleh la aku pergi main bola keranjang lagi. Hampir dua bulan tak main, beb! Rindu pulak!” kata Fazrul…

“Hah! Itulah yang kau ingat… bola keranjang… bola keranjang… bola keranjang…! Cubalah kau ingatkan orang lain pulak!” perli Mimi. Aku menyiku tangannya. Firdaus tersenyum… dia memang dah tahu pasal aku. Fazrul? Sampai sekarang dia tak tahu pasal pemergianku ini…

“Ala… nak ingat siapa? Korangkan ada je dengan aku. Hehehe…” jawab dia selamba. Mimi hanya mencebik.

“Err… malam ni korang berdua free, tak?” ujar Firdaus tiba-tiba…

“Kenapa?” tanya Mimi.

“Kalau boleh malam ni kitorang nak ajak korang berbuka di rumah kitorang. Mama kitorang buat kenduri doa selamat. Sempena menyambut kelahiran adik tiri kitorang.” jawab Firdaus. Kami terkejut. Adik tiri? Maksudnya…

“Mak tiri kau yang seksi tu dah lahirkan anak, ke?” tanya aku. Hahaha… teringat saat mereka bergaduh pasal ibu baru mereka lebih-lebih lagi si Fazrul ni. Dia yang paling banyak memberontak.

“Dah tak seksi dah. Dah alim la pula. Sejak dia mengandung.” balas Fazrul. Kami ketawa. Ala… ibu tiri mereka tu bukan jahat pun cuma mulut tu kuat memerli je. Si Fazrul tu kan degil. Tu yang dia tak boleh terima ibu baru. Tapi aku yakin ibu tiri mereka tu wanita yang baik. Kami mengangguk bersetuju. Dan mungkin juga malam ni aku bakal beritahu kepadanya mengenai pemergianku.

****************
Selesai sahaja kenduri, aku dan Mimi membantu ibu mereka membasuh pinggan dan mengemas apa yang patut…

“Cepatnya korang berdua nak balik?” tanya Firdaus.

“Yelah… baru nak ajak korang makan buah…” kata Fazrul pula menyokong.

Aku hanya tersenyum. Tidak tahu nak cakap macam mana.

“Aku tak kisah… tapi si Wani ni la… dia nak packing barang… terpaksa balik awal…” jawab Mimi selamba. Aku membuntangkan mataku. Aduusss…

“Packing barang? Kau nak ke mana, Wani?” tanya Fazrul tak puas hati…

“Err…” lidah kurasakan kelu… aku masih belum bersedia untuk memberitahu…

Mimi mengerut dahi memandangku. Aku tunduk membisu. “Kalau kau nak tahu, Fazrul… Wani nak tinggalkan kita… Dia nak pindah ke Sabah” balas Mimi. Aku betul-betul terkejut apabila Mimi begitu direct berkata.

“What!!?” Fazrul terkejut. Dia memandangku marah. Aku tak sanggup membalas pandangannya. Fazrul mengetap bibirnya… “Bila?” dia bertanya lagi.

“Err… besok!” jawab aku terketar-ketar. Fazrul diam. Matanya masih memandangku. Aku tahu dia marah.

“Besok? Dan malam ni baru kau nak beritahu aku?? Itupun Mimi yang mulakan dulu!” Fazrul memerli. Aku masih lagi tunduk membisu.

“Arul, jangan la macam ni. Wani belum bersedia untuk beritahu kau!” Firdaus cuba untuk meredakan keadaan. Fazrul kaku dengan muka bengkek. Dia langsung tak memandang Firdaus. Matanya masih tertancap ke wajahku. Pertama kali aku melihat Fazrul begitu marah.

“Kau dah tahu pasal perkara ni, Fir?” tanya Fazrul kepada Firdaus. Firdaus terpinga-pinga…

“Err… ya!” jawab Firdaus teragak-agak…

“Oh! Jadi aku orang yang terakhir la! Ok, fine! Kau nak balik.. kan? Kau boleh balik!!!” ujar Fazrul lantas segera masuk ke dalam rumah. Panggilan Firdaus langsung tidak diendahkan. Tanpa dapat kutahan air mataku mengalir membasahi pipi. Bukan ini yang aku mahu. Bukan ini yang aku nak sebelum aku pergi, Fazrul!

“Wani… I’m so sorry. Fazrul tengah marah tu. Kejap lagi reda la, tu. Awak balik la dulu. Packing barang awak. Esok kitorang datang, ye?” ujar Firdaus menenangkanku. Aku mengangguk. Mimi memegang bahuku. Kami bergerak pulang. Amat berat untukku meninggalkan tempat itu. Tapi aku harus pulang… maafkan aku, Fazrul…

****************

Aku mengangkat beg pakaianku lantas dimasukkan ke dalam kereta. Aku melihat sahaja rumah ku untuk kali terakhir. Rumah ini akan disewakan ke orang lain pula.

“Dah siap, ke?” tanya papa. Aku mengangguk… lantas segera menemui Mimi dan Firdaus yang setia menunggu. Fazrul? Ah! Adakah dia masih marahkan aku? Mimi tersenyum pahit memandangku. Matanya bengkak. Aku tahu dia baru lepas menangis. Kami berpelukkan.

“Jaga diri baik-baik, Wani. Keep in touch ok. Kalau rindu datanglah, sini!” kata Mimi. Matanya kembali berair. Aku tersenyum.

“Kau pun jaga diri baik-baik, tau. Insya’allah… bila result SPM dah keluar, aku akan datang ke sini lagi.” balas aku. Mimi mengangguk. Aku mendekati Firdaus. Lantas ku keluarkan sesuatu… Wrist Band yang aku beli di pasar malam kuberikan kepada Firdaus.

“Kau tolong bagi hadiah ni pada Fazrul, ye? Katakan pada dia, aku minta maaf.” Firdaus hanya mengangguk…

“Kau nak aku beritahu pasal isi hati kau pada Fazrul?” tanya Firdaus. Aku menggelengkan kepala.

“Takpelah, Fir… Dah terlambat… Aku tak nak dia kecewa lagi.” balas aku. Firdaus mengangguk faham…

“Wani, nanti selalu-selalu la mesej aku, ye? Aku minta maaf kalau selama ni aku banyak buat salah dengan kau.” kata Mimi mengharap. Aku mengangguk…

“Aku pun… Fir, kau jaga dia baik-baik tau. Jangan buli dia!” aku memberi amaran. Firdaus hanya ketawa.

“Adik… kita dah lambat ni…” Papa memanggilku di dalam kereta… Aku mengangguk…

“Aku pergi dulu. Kirimkan salam aku pada Fazrul, ye? Katakan pada dia… dia tetap kawan baik aku!” Mereka berdua mengangguk. Aku memeluk Mimi untuk kali terakhir sebelum bergerak memasuki kereta.

Kereta mula bergerak… aku melambaikan tangan ke arah Mimi dan Firdaus. Biarlah… andai sudah tersurat jodohku bukan untuk Fazrul, aku redha… Selamat tinggal, Fazrul… Selamat tinggal, semua. Kenang daku dalam doamu…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...