RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Ahad, 23 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 23

BAB 23

Entah kenapa tiba-tiba papa memanggil seluruh ahli keluargaku berkumpul pada petang itu. Tapi aku dah dapat agak apa yang ingin papa sampaikan.

“Papa ada sesuatu nak beritahu kamu semua.” jelas papa. Kami menunggu dengan penuh kesabaran.

“Kali ini kita kena pindah ke Sabah pula.” Kata-kata papa itu memang tidak memeranjatkan kami sekeluarga. Memang sudah lumrah hidup aku sejak kecil sering berpindah-randah. Tapi bagi aku…

“Kenapa tiba-tiba kena pindah pula, papa? Kita duduk kat Penang ni pun tak sampai setahun. Abang baru nak mula sukakan tempat ni” bangkang Abang Johar tidak puas hati.

“Betul la, papa. Kalau pindah ke Sabah, susah la Kak Chik nak balik rumah selalu.” bantah Kak Chik pula. Yelah, Kak Chik sekarang belajar di UiTM Penang. Kalau dulu, kami pindah di kawasan Semenanjung sahaja. So, senang la Kak Chik nak pulang ke rumah setiap bulan. Tapi kalau ke Sabah?...

“Kak Chik, Abang… Papa ada sebab kenapa…” mama pula menyokong papa. Papa mengeluh.

“Papa faham, korang semua tak suka kita asyik berpindah-randah. Tapi projek di Sabah banyak yang terbengkalai. Papa perlu selesaikan banyak perkara di sana. Mungkin makan masa bertahun. Sebab itu kita kena pindah ke sana.”

“Habis adik macam mana? Diakan nak SPM?” tanya Kak Chik.

“Yelah, papa… Bagaimana dengan adik?” abang Johar pula menyampuk.

“Kita bukan nak pindah sekarang… maybe lepas adik habis SPM.” jelas papa.

“Adik tak nak!” kali ini aku pula bersuara. Aku tak mahu pindah! Aku sayangkan tempat ni. Aku tak mahu pindah!

“Adik…” mama cuba menenangkanku. Aku bangun dari tempat duduk. “Kalau dulu, papa asyik cakap… pindah… pindah… pindah… Adik terima, pa! Adik hilang ramai kawan! Tapi sekarang, bila adik dah mula sukakan tempat ni… Bila adik dah dapat kawan sejati adik, adik kena tinggalkan tempat ni pula. Sampai bila, pa kalau kita asyik pindah aje! Adik tak boleh terima pa! Adik tak boleh terima! Nak jadi apa pun jadilah! Adik tetap tak nak pindah!” bentak aku lantas berlari naik ke bilik. Panggilan mama langsung tidak aku endahkan…

***************

Aku melayan tangisku di atas katil. Aku melihat jam tangan yang dihadiahkan Fazrul… Aku tak nak tinggalkan tempat ni. Aku tak nak tinggalkan Fazrul, Mimi dan Firdaus. Aku sayangkan mereka. Aku tak nak pindah!

Tuk…tuk…tuk… pintu bilikku diketuk…
“Siapa?”

“Mama, sayang. Boleh mama masuk?”

“Masuklah!” kedengaran pintu dikuak tatkala aku memberi keizinan. Mama menutup pintu lantas mendekatiku.

“Sayang… kenapa, ni? Tak baik tau… marah papa macam tu.” pujuk mamaku.

“Ma… kenapa hidup kita macam ni, ma? Asyik pindah, je! Bosanlah!” jelas aku tak puas hati. Mama mengusap rambutku lembut.

“Sayang… papa buat macam tu sebab dia ada tanggungjawab yang penting perlu dilakukan. Sayang kena faham.”

“Tak boleh ke kalau papa je yang pergi?” ujar aku memberi idea.

“Kan papa cakap projek tu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan? Susahlah kalau kita sekeluarga berpisah.”

“Kak Chik dengan Abang Johar macam mana?”

“Mereka ikut je. Abang Johar kan kena handle tempat tu juga. Tapi Kak Chik kamu tinggal kat sini. Diakan study kat sini. So nanti dia tinggal kat asrama, takde la papa and mama risaukan Kak Chik kamu tu nanti.” ujar mama. Aku hanya diam membisu. Tak boleh nak berkata apa-apa. Kalau aku tegas untuk membantah, akhirnya aku kena ikut mereka juga. So baik diam je.

******************

“Apa!? Kau nak pindah?” tanya Mimi sewaktu aku memberitahunya di perpustakaan. Aku mengangguk. Mimi tak keruan. “Tapi kenapa!!? Kitakan nak SPM?”

Aku mengeluh. “Bukan sekarang. Lepas SPM…” jelas aku tak bermaya.

“Jadi, kau dekat sini lagi dua bulan?” aku mengangguk lagi.
“Tak best la macam ni! Kitorang akan kehilangan kawan yang paling baik… Kau tak cuba bincang dengan papa kau, ke?” Mimi masih lagi tidak puas hati. Aku menggelengkan kepala.

“Papa aku tu tegas, Mimi. Kalau putih, putih la kata dia. Kalau hitam, hitam la! Lagipun aku dah biasa dengan hidup berpindah-randah macam ni!”

“Kau dah beritahu Arul pasal perkara ni?”

“Belum… aku belum bersedia nak cerita kat dia. Maybe… aku takkan beritahu, kot…”

“But why?”

Aku memandang Mimi lantas memegang tangannya. “Mimi… Fazrul baru je sembuh. Lagipun dia tengah struggle sekarang. Aku tak nak perkara macam ni akan mengganggu pelajaran dia.”

“Ya, betul juga. Tapi Firdaus macam mana?”

“Terpulang pada kau samada nak beritahu pada dia ataupun tidak. Tapi aku harap sangat kau jangan ceritakan perkara ni pada Fazrul, ye? Sampai masa nanti kalau aku bersedia, aku akan ceritakan perkara ni pada dia.” Jelas aku berharap. Mimi hanya mengangguk.

“I’m gonna miss you!” ujar Mimi lantas memegang erat tanganku.

“Me too” balas aku. Saat ini la yang paling susah untuk aku jelaskan pada mereka. Tapi aku kena beritahu. Dah jadi lumrah hidup, setiap pertemuan pasti aka nada perpisahan.

****************

“Strike!!!!” jerit Fazrul ketika bola boling yang dilemparkannya telah menjatuhkan kesemua pin. Kami bertepuk tangan dan kini giliran Firdaus pula menunjukkan kebolehannya.

Fazrul duduk di sebelahku lantas meneguk air mineral. Aku memandangnya. Memang sukar untuk aku berterus-terang tapi aku sudah tidak punya masa lagi untuk menerangkan isi hati aku pada dia.

“Err… Fazrul…” kata-kataku masih lagi tersekat… Fazrul memandangku…

“Yups!”

“Err… aku… aku….” Ya Allah! Kenapa la susah sangat nak cakap, ni?

“Aku apa!?” tanya Fazrul mengerut dahi. Dia meletakkan botol mineral di atas meja.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau…”

“Apa dia?”

“Sebenarnya aku… aku suka…”

“Yes! Spare!!! Hahahaha…” jerit Firdaus. Aku terkejut.

“Giler! Lebih la kau bro…” ujar Fazrul tak puas hati bila melihat markah Firdaus melebihinya.

“Tengok tangan la… lawan dengan otai boling!” Firdaus mendabik dada. “Sayang, turn awak…” kata Firdaus kepada Mimi. Mimi mengangguk lantas mengambil bola boling.

“Kau cakap apa tadi, Wani?” Fazrul bertanya kembali apabila kata-kataku terhenti separuh jalan.

“Err… takde apa-apa la.” aku tak jadi nak beritahu dia. Hm… mungkin tempat ni tak sesuai, kot?... Nantilah…

**************

Selesai sahaja melepaskan tension, kami pulang dengan bas. Di dalam bas, aku tetap duduk di sebelah Fazrul dan melihat Fazrul asyik membaca majalah Remaja… Tak sangka, budak otai macam dia pun layan gak majalah Remaja. Hehehe…

“Bodoh lah perempuan, ni!” herdik Fazrul tiba-tiba. Aku memandang Fazrul…

“Apehal, ni?” tanya aku.

“Kau tengok la, ni. Budak perempuan ni cerita boy dia marah dan sedih sebab dia nak pergi jauh.”

“La… kenapa pula? Dia nak kemana?”

“Ke UK. Further study… tapi budak ni tak beritahu boy dia. Masa nak naik flight tu baru nak beritahu. Dah la tu, pakai main mesej je. Kalau aku pun marah…” kata Fazrul lantas menggelengkan kepala. Aku gugup… Erk…kalau aku?

“Kalau aku buat macam tu pada kau, apa kau akan buat?” tanya aku mengujinya.

“Eh? Kau awek aku, ke?” gurau Fazrul lantas membuntangkan matanya.

“Err…takdelah… Maksud aku, kalau la aku ni selaku kawan baik kau blah macam tu tanpa beritahu kau, apa kau akan buat?” ujar aku membetulkan ayat. Siot! Malu betul bila dia cakap macam tu.
“Tentulah aku akan kejar kau! Kau nak lari dari aku!? No way, man!... Sampai lubang cacing pun aku akan cari…!” jawab dia lantas ketawa. Aku tahu dia main-main. Tak serius betul! Menyampah aku… tapi, betul ke kalau aku buat macam tu… dia akan kejar aku? Ah! Tak kot… Tapi aku yakin, dia akan marah aku… Huhuhu…

**********

Turun sahaja dari bas… kami duduk di bus stand untuk sementara. Firdaus dan Mimi meminta izin untuk pulang. Konon la pulang. Entah-entah pergi merayap kat taman permainan kejap. Kalau dah nama pasangan kekasih, satu hari berjumpa pun tak cukup… Hehehe…

Aku dan Fazrul mengambil angin di bus stand kawasan rumah kami.

“Beb, kau ingat tak saat pertama kali kita bergaduh?” tiba-tiba sahaja Fazrul mempersoalkan hal tersebut.

“Kenapa?” tanya aku tak memahami…

“Bila aku terpandangkan bus stand ni… aku teringat bus stand depan sekolah kita, tu. Kat situ la tempat pertama kita start gaduh, kan?”

Aku mengangguk… “A’ah! Dan aku paling tak sangka… budak tiga suku yang suka sakitkan hati aku ni la… yang jadi kawan baik aku, betul tak?” balas aku pula.

“That’s right!” jawab Fazrul setuju. Tiba-tiba dia memandang aku. “Eh? Budak tiga suku? Bila masa kau gelar aku budak tiga suku?” Ooopsss… macam mana boleh terlepas ni? Alahai… “Ooo… dibelakang aku, kau dah gelarkan aku macam-macam, ye?”

“Eh, mana ada!” aku menafikan. Aiseh man… hampeh betul!

“Ah… tak kira! At last aku tahu, jugak! Hmm… aku rasa aku pernah gelarkan kau sesuatu dulu… apa ek?” Fazrul kelihatan cuba mengingatkan balik sejarah lama… malas betul aku nak melayan. Dia menongkat dahu memikirkan sesuatu.

“Ahaaa…!! Aku dah tahu!” Aku memandangnya. Dah mula la tu! “ Aku pernah ejek kau kingkong dulu! Masa kau pijak kasut aku. Memang berat nak mampus! Sebijik macam berat kingkong! Hahaha…” ejek dia. Aku menjeling. Macam la dia pernah rasa kingkong pijak dia. Menyampah! Eee… geram betul!

“Tapikan… aku seronok jadi kawan kau. Andai satu hari nanti ditakdirkan kau tinggalkan aku, aku la orang yang paling kecewa…” kata-kata akhirnya betul-betul buat aku rasa terharu. Walau kecewa macam mana sekalipun kau Fazrul, aku tetap bakal tinggalkan kau… maafkan aku…

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...