RSS Feed
Assalamualaikum w.b.t untuk kawan-kawan dan pembaca yang sudi menjenguk laman web wani yang baru sahaja diupgrade. Walaupun waniey jarang update website ni, hope kawan-kawan masih lagi support hasil karya waniey yang tidak seberapa.

Thanks semua! Sangat appreciate pada kawan2 yang sudi support Waniey tak kira spoken reader or silent reader.
Wani hargai sangat2!

SELAMAT MEMBACA! SEMOGA TERHIBUR! (^^)v~

Jumaat, 21 November 2008

Bus stand; destinasi cinta kita 21

BAB 21

Di dalam kelas, wajahku agak sugul. Aku takde mood untuk datang ke sekolah hari ini. Dalam benak fikiranku hanya berdoa agar Fazrul sedar dari koma.

“Wani… kenapa dengan kau, ni?” tanya Mimi. Dia simpati dengan aku. “Janganlah macam ni. Kau makin kurus. Muka kau pun dah tak berseri. Kalau Fazrul sedar dan tengok kau sekarang, mesti dia sedih”

Aku hanya tersenyum… Mimi mengusap pipiku… “Aku rindukan Fazrul la, Mimi. Aku rasa macam tanpa dia, tak lengkap hidup aku…”

“Aku rasa kau dah mula sayangkan dia.” teka Mimi lantas tersenyum…

“Bukan baru mula… tapi dari dulu lagi. Cuma aku tak sedar dan sering menafikan yang aku sukakan dia.” Ya… aku sayangkan dia. Tapi… Rini? Ah! Dimana gadis itu? Sejak 2 hari Fazrul masuk wad, aku dah tak nampak gadis itu lagi.

*************
Semasa aku menunggu Pak Selamat datang, aku dikejutkan oleh seseorang…
“Rini!?” aku bangun dari tempat dudukku. Rini hanya tersenyum pahit denganku.
“Kenapa dah lama tak nampak kau? Kau sihat?

Rini hanya mengangguk lemah. Dia tunduk… “Wani… ak…aku… aku datang nak minta maaf.” ujar dia.

“Kenapa kau nak minta maaf pula? Kau takde buat salah dengan aku” balas aku. Perkara yang lama sudah lama luput dalam ingatan. Aku tak mahu ingat lagi.

“Sebenarnya… sebenarnya hari tu… hari tu aku tipu kau!” aku terkejut… Tipu? Rini masih sukar untuk menceritakan perkara sebenar…

“Apa maksud kau?” aku rasa macam bengang apabila mendengar pengakuan Rini.

Rini menggelengkan kepala lantas menangis di hadapanku. “Aku dengan Fazrul…. Takde apa-apa sebenarnya. Kitorang cuma kawan biasa!” dia mengesat airmatanya. Aku betul-betul bengang… kalau ikutkan hati rasa nak tempeleng je muka minah ni.

“Wani, aku minta maaf! Aku bersalah… Aku jealous dengan kau. Masa aku jumpa dengan dia, dia tak habis-habis cerita pasal kau! Walaupun dia dah maafkan aku, tapi dia tetap tak nak terima aku!... aku tahu dia sukakan kau. Bila aku tanya dia tak nak mengaku… tapi aku yakin dia sukakan kau. Sebab tu aku ambil jalan mudah… aku nak putuskan persahabatan korang agar Fazrul kembali dengan aku semula… aku minta maaf… aku betul-betul pentingkan diri!” Rini segera memelukku. Namun aku tiada hati untuk membalasnya…

“Bila aku tengok kau dan dia sanggup menolong antara satu sama lain… baru aku tahu, korang berdua ada chemistry. Aku banyak susahkan korang berdua!”

“Terima kasih sebab selamatkan aku. Aku terhutang budi dengan korang berdua. Lepas ni… aku janji aku takkan kacau korang berdua lagi”

“Wani… aku yakin Fazrul akan sedar. Kalau dia dah sedar nanti… kau bagi surat ni pada dia, ye?” Rini menghulurkan sekeping kertas berlipat kepadaku.

“Kenapa kau tak jumpa terus je dengan dia?” tanya aku mengerut dahi.

“Aku nak pergi jauh dari hidup dia. Aku hanya berdoa agar dia selamat.” Surat itu ku ambil. Rini memelukku semula dan berbisik di telingaku. “Jaga diri dia baik-baik. Aku doakan korang bahagia!”

Rini segera melangkah meninggalkanku. Aku hanya memandang tanpa perasaan. Walaupun bengang dengan sikap gadis itu tetapi biarlah asalkan dia insaf dengan perbuatannya. Aku melihat surat di tangan. Perlukah aku membacanya?

****************
Aku tidak berniat untuk membaca surat tersebut. Biarlah surat itu mengandungi rahsia antara dia dan Rini. Aku tak mahu masuk campur. Surat itu di simpan di dalam laci meja solekku. Kalau Fazrul dah sedar, aku akan bagi surat ni…

Berapa lama lagi harusku tunggu kau, Fazrul… cepatlah sedar…
Tiba-tiba… handphoneku berbunyi…

“Helo?”

“Wani!!...”suara Mimi seolah-olah menggeletar…

“Mimi…kenapa ni?”

“Arul…Arul, Wani… Dia dah…”

“Mimi, kenapa dengan Fazrul!!???” aku semakin tak keruan. Ya Allah! Apa yang dah berlaku kepada Fazrul?

“Cepat datang ke hospital!! Arul dah nazak!!”

“Whaatttt!!??”

0 orang beri kritikan::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...